R8 On October 8, 2007 @ 4:52 pm

Oktober 13, 2007

Siapa Saya Sebenarnya?

Salam pembetulan

1. Betul juga kata-kata Ustaz ‘emosi-emosi yang membosankan perbahasan’ dan Ukhti Shiha ‘mudah nak tersilap faham’. Jadi ‘berlatih bahas’ kena tukar jadual … ditangguh sehingga sesuai waktu dan ketika. Sementara tu kita bertukar pendapat saja lah. Bukan senang nak menghadapi masaalah emosi ni.

2. Tak guna ruang ciber ni, rugi juga. Tak belajar mengeluarkan pendapat di blog pun rugi juga. Ruang dah ada. Kita manfaatkanlah dengan seboleh mungkin. Kalau tak isi, bersarang pula dengan pendedahan jasmani, sekurang-kurang boleh tambah artikel pendedahan rohani.

Terima kasih

Comment Posted By Sharudin On October 9, 2007 @ 3:10 pm

Salam mesra

1. Bagi menyahut saranan ukhti Shiha, ‘mesra’ di salam itu bermaksud ‘sedang dalam keadaan tenang, tak berkerut muka dan yang setara dengannya’. Tetapi dalam kita mengatakan kita mesra, kemesraan itu tidak membataskan kita untuk tidak menyinggung perasaan orang lain disebabkan apa yang hendak kita sampaikan. Itulah tujuan menjentik minda, untuk berfikir sesuatu yang belum kita terfikir (peranan otak rational) dan tersentuh perasaan (peranan otak emotional – hati) disebabkan sesuatu yang baru, sedang difikirkan oleh otak rational.

2. Petikan Ustaz ‘ijtaniboo katheeran min al-dhann…’ dari ayat 49:12. perlu dirujuk dari ayat sebelum dan selepasnya. Intipati ayat sebelumnya iaitu 11 ‘Janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak yang lain’ dan 13 ‘Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan’. Ayat-ayat ini perlu diimbangi dengan pesanan yang mengatakan bahawa Islam itu bermakna ‘tegur-menegur’. Ya ramai yang akan menambah dengan ‘hikmah’. Bukan penegur sahaja yang perlu berhikmah tetapi yang ditegur perlu juga sama berhikmah menerima sekiranya, dalam proses menerima suntikan baru (otak rational) tadi, emosinya juga tersentuh.

3. ‘Classical case of Men are from Mars, Women are from Venus’ di jawab oleh ayat 49:13 dan melambangkan perselisihan faham bukan hanya berlaku di peringkat rakan taulan, jiran tetangga, blogger-berlaga (he he) tetapi juga suami isteri. Jadi sedangkan lidah lagi tergigit, tak bermanfaat marahkan gigi yang menggit lidah. Ambil teori DAWRIN, dengan Allah kita akan ingat keadilan, kenapa gigi tergigit lidah?. Gunakan emosi kita secara sementara dan berhikmah kepada diri, dengan kembali menggunakan akal rational lebih banyak dari emotional. Semua ni pancaran umum, bukan kes ni sahaja.

4. Melihat masaalah pada common denominator banyak membantu. Contoh melihat 120 sebagai 120 dan melihat 120 sebagai 1 x 2 x 3 x 4 x 5 adalah berbeza. Dengan pendekatan kedua kita melihat kepada pokok permasaalahan, tetapi melihat dengan pendekatan pertama, membuatkan kita mempunyai 1001 masaalah (malah selalunya lebih dari itu). Dengan 2,3,4 dan 5 sebagai contoh kita menyelesai masalah berkaitan 2 x 3 = 6, 8, 10, 4, 9, 12, 15, 16, 20 dan seterusnya. Dan orang yang melihat 120 di atas, mungkin tidak sedar orang lain menjawabnya dengan meliaht common denominatornya. Dah timbul salah sangka, jawab keluar soalan, sedangkan ianya berkaitan, dengan ilmu mantik, seharusnya.

5. Bila ketua melangkah, diikuti dengan pengingkutnya, adakah ketua terasa tercabar dengan pengikut yang melangkah lebih hadapan darinya? Bila ia bahas sehala, maka pengikut tidak bolah melangkah lebih dari langkah ketua, tetapi kalau dua hala, jangkauan tidak terbatas. Dan ini yang berlaku dalam brain storming session. Semua suara sama dibelakang ketua, perlu dalam satu suasana, tetapi dalam menjangkau ilmu, untuk meningkatkan keberkesannya, dua hala patut menjadi pilihan. Tetapi risikonya memang ada. Lagi sekali berhikmah pada diri perlu mengawal situasi.

6. Keyakinan diri memang sangat penting. Seluruh tamaddun dunia dibena dengan keyakinan diri. Diturunkan petunjuk dari Allah juga berkait dengan keyakinan diri, kerana keyakinan yang tiada kebenaran, tidak menepati piawayan Rabbani. Kepercayaan sahaja tidak dapat berjalan sendiri. Ia memerlukan kebenaran. Keyakinan yang tinggi pada kepercayaan kepada sesuatu, menghalang kita menerima kebenaran. Hanya apabila ada element kurang percaya, barulah kita dapat membuka minda kepada yang lain.

7. Salah satu sebab kenapa sains perlu ‘dipisahkan’ dari kepercayaan, adalah kerana keajaiban yang boleh timbul dengan hanya kepercayaan. Terbukti di seluruh tamadun manusia dan dirakamkan oleh pepatah Melayu ‘Biar mati anak jangan mati adat’. Dengan kepercayaan manusia sanggup melakukan apa sahaja, walaupun tiada kebenaran pada apa yang dilakukan, atau, di atas dasar sangkaan yang kepercayaan mereka itu benar. Sains hanya boleh dinamakan sains apabila ada kepercayaan bahawa sesuatu itu dapat dibuktikan kebenarannya. Bukan dengan percaya tetapi empirikal. Lihat ayat Al Quran, serasi tetapi terpisah.

8. Allah memberikan petunjukNya kepada alam, bukan Muslim atau Mukmin sahaja. Begitu juga segala hukumNya adalah untuk semua. Kepekaan seseorang kepada petunjuk yang diberikan, membezakan kedudukan antara Muslim dan bukan-Muslim. Segala kemajuan yang dicapai sains tidak boleh berlaku dengan sendiri, tanpa keizinan dari Allah swt. Tetapi kalau Muslim menjawab dengan kenyataan ‘adanya ilmu itu tidak membantu dan tiadanya tidak memudaratkan’ maka akan lebih besarlah perbezaan antara kedua. Oleh itu kepekaan kita kepada menerima pancaran petunjukNya dengan menggunakan akal-fikir menjadi ketuamaan. Yang menjadi masaalah Muslim ialah terlalu peka (sensitif) hati-emosinya, tidak akal-fikirnya, bila diberitahu secara langsung, dan hilang kepekaan bila diberitahu secara tidak lansung (awam).

9. Semua artikel saya ke Saifulislam .com adalah berbentuk umum, iaitu untuk semua dengan mengambil Ustaz sebagai pencetus dan perantara bahas. Terpulang kepada individu untuk menjadi peka kepada sesuatu isu yang ditimbulkan. Tetapi berhikmah pada diri diharapkan agar kepekaan tersebut lebih kepada kepekaan akal-fikir daripada kepekaan hati-emosi.

10. Motto Saifulislam.com ‘Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan’ saya terjemah sebagai pentingnya kita berkembara mencari Tuhan, dengan blueprint yang nyata dalam pencarian, berbanding kebanyakannya, menyangka telah menemui Tuhan, tetapi blueprintnya tak jelas atau tiada lansung. Maka bila ada yang kata Allah ada di Baitullah berebutlah ke sana, sehingga tak cukup quota Malaysia (yang pertama kali tak apa) dan bila balik mereka ini semacam tak jumpa Tuhan di kampung asalnya.

Terima kasih.

Comment Posted By Sharudin On October 8, 2007 @ 4:52 pm


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.