R09 On October 22, 2007 @ 12:37 am

Oktober 14, 2007

Siapa Saya Sebenarnya?

Salam semua

1. Terima kasih pertama, sudah pasti buat Allah, yang telah mengatur segalanya, bagaikata Ustaz sejurus sebelum pertemuan pertama yang diatur oleh Abang saya, Ustaz telah berbincang pasal Darwin di UIA, walaupun artikel menyentuh Darwin (secara tidak lansung) dari Ustaz lebih awal dari itu. Dan saya masih ingat pembukaan soalan saya di gerai berkenaan ialah ‘Dimana salahnya Darwin?’. Apa pentingnya Darwin ini sudah pasti ramai pembaca sudah mengetahui. Tidak keberatan saya menegaskan, samasa kita suka atau tidak, Darwin (teori, kesan, fahaman dan sebagainya) sebenarnya mengukur iman!

2. Terima kasih kedua sudah pasti pada Ustaz Hasrizal sebagai pengemudi arah Saifulislam dan kita patut menghargai usaha beliau mempartingkat keupayaan menarik seramai pembaca blog dalam kategorinya yang tersendiri. Bukan mudah hendak mengendalikan satu-satu blog (dari segi pengeluaran idea) dan ianya mengambil masa untuk mencapai tahap yang telah dicapai oleh Saifulislam. Sebagaima peringatan Ustaz tentang bagaimana rumitnya menghadapi emosi-emosi tak terkawal, yang secara umumnya boleh mendatangkan mudharaat kepada pemilik blog dan jamaah.

3. Terima kasih ketiga kepada Akhi Riyod, yang merupakan pembaca pertama di Safulislam yang menyentuh tulisan saya. Ingat isu 1:72 yang jawapannya diberikan oleh Akhi Elbariti, sebelum akhirnya selepas balik cuti, saya menjawab. Jangan risau Akhi Riyod tentang saya terasa saya tertembak dengan isu ‘kurang bijak’, saya faham Akhi bercakap secara umum. Ibarat harga emas naik-turun, mood kita pun gitu juga. Yang penting belum crash!. Menulis di blok ni seperti kata Ukhti Shiha, tiada tone body language .. jadi bergantung penuh pada berhikmah pada diri.

4. Terima kasih seterusnya Akhi Elbariti. Walaupun tulisan Akhi belum banyak, saya terkesan sekali dengan pandangan Ahhi pada Ustaz Hasrizal, “Dan sudah pasti, hasil yang enta perolehi itu, muncul drp proses sendiri, yang terdedah kepada kebenaran dan kesilapan. Memang benar semua orang terdedah kepada keduanya, namun mungkin ada perbezaan pada proses sendirian dengan proses berkumpulan, atau proses yang penuh dengan pengalaman ramai.”. Pandangan yang menjawab soalan “Siapa saya sebenarnya?” adalah soalan umum dan saya perlu peka rationally yang saya tertembak.

5. Terima kasih last but not least, adalah untuk pembaca Saifulislam secara keseluruhan, yang telah terlebih dahulu mengenali Ustaz Hasrizal, samada secara peribadi atau secara online, yang bersabar memberikan laluan kepada saya, pendatang baru. Maaf dipinta kalau isu yang saya utarakan merupakan ulangan atau telah disentuh sebelumnya. Ramai pembaca ukhti yang saya lihat mempamirkan sifat keisterian, dengan memberi komen yang selalunya bersifat menyokong, melambangkan ketepatan kata-kata ‘di belakang (atau modern sikit di sebelah) kejayaan suami, ada isteri yang berdiri teguh bersama’.

6. Kalau tidak menjadi masaalah pada Saifulislam.com, saya tidak merasa rugi dengan ‘artikel dalam artikel’. Terus terang saya katakan pada Ustaz Hasrizal, dari awal, tak tahu sekuat mana stamina yang ada untuk menulis dan terus menulis, kerana saya bukan penulis, tetapi hanya hendak menulis. Lihatlah betapa teruk gaya bahasa saya dan ejaan! Saya akan perbaiki dari masa ke semasa. Saya juga terkesan dengan idea Akhi Riyod dan akan meletakkan kesemua komen-komen saya di dalam blog saya juga. Untuk mempermudahkan, bukan sahaja pembaca, malah saya sendiri mengulang-baca tajuk-tajuk yang telah saya sentuh.

7. Saya melihat Saifulislam.com berjaya membawa pembaca memikirkan buruk baik carakerja manusia, dalam proses mencari Tuhan yang dipelopori Ustaz Hasrizal. Melalaui blog saya, yang tertumpu kepada carakerja Haliq, saya cuba menyuratkan kefahaman saya kepada isu-isu ketuhanan. Sains vs Arts. Memang tidak dapat dinafikan ia perlu pengabungan pada akhirnya, tetapi kekuhatiran awal ialah ia akan menimbulkan kontrovesi tak menentu pasa pembaca, yang lebih berminat mengikut dari berfikir secara mendalam. Perlu diingat kesediaan saya menulis adalah selaras pandangan Ustaz “… Setiap artikel yang ditulis adalah untuk menggalakkan pembaca berfikir, bukan menelan.” (bulat-bulat).

8. Oleh itu, terlalu awal untuk saya menjadi penulis jemputan, belum sampai 3 bulan lagi mengenali Saifulislam.com, kalau dah 3 tahun mungkin juga. Biar saya kenali dengan mendalam lagi Saifulislam.com dan sebagaimana kata Ustaz biarlah saya betul-betul “berjaya menemui satu medium untuk meluahkan apa yang saya kira amat terbuku selama ini.” Yang terbuku itu isu aqidah, isu ketuhanaan, isu mencari kebenaran dan isu yang perlu ditempuhi dengan berhati-hati.

9. Sebenarnya, sebagai orang baru di Saifulislam, yang dulunya orang asing, tidak seperti sebahagian pembaca yang telah mengenali Ustaz semasa sekolah rendah, menengah atau tinggi, saya ingin mencadangkan Ustaz, contoh melalui comment page ‘The Most’ untuk mengetahui sedikit sebanyak latar belakang pembaca Saifulislam, yang rela hati untuk dikenali. Mungkin Ustaz telah memulakannya melalui ‘Member’, tapi sila lihat pembaca popular Kak Ija pun belum jadi member? Betul ke!

10. Akhir kata, sebagai seorang yang senior (atau tepat lagi dah tua), kadang-kadang terasa kurang selesa menulis pendapat-pendapat luar arus perdana. Tetapi disebabkan jiwa tidak dapat ditenteramkan dengan pencapaian Muslim sekarang ini, mahu tak mahu kena kuatkan semangat menulis, walaupun buka penulis. Semuaga hasilnya dapat dikonsgi bersama.

Terima kasih.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.