Aksi Seorang Penidur Profesional
Assalammualaikum semua,
1. Mathematik adalah bahasa sains. Dan sains pula adalah bahasa untuk memahami carakerja Allah. Allah menjadikan setiap sesuatu dengan kadar (bilangan, angka). Maka yang berminat kepada mathematik, insyaallah, terbuka luas mindanya kepada ilham-ilham Allah tentang carakerjaNya. Saya tabik ustaz bawa buku mathematik semasa nak pergi ambil degree Pengajian Islam. (Kalau bawa masa ceramah .. apa pula orang kata!)
2. Orang barat (terutamanya sainstist) menulis ayat matematik macam kita menulis blog. Banyak contoh kat internet, karangan mathematik. Kita pakar dalam pechahan 1/8 kerana masaalah Faraid. Zaman keagungan sains Islam, memang ramai muslim yang pakar dan menemui kajian falak. Malangnya entah mana silapnya, padam api mathematik dan sains Islam zaman itu.
3. Sekarang ini kita mahu timbulkan minat muslim kepada carakerja Allah. Tapi macam selalu yang saya rungutkan, sains ketuhanan (malah sains biasa sekalipun) belum menjadi bahan bacaan orang Islam, termasuk Melayu. Kalau dah timbul minat pada sains, yang berbentuk karangan, langkah seterusnya adalah untuk menyelitkan matematik di dalam kefahaman sains itu.
4. Saya kira yang menjadi masaalah ialah sikap tak mahu belajar sains yang membelenggu muslim sekarang ini. Besar kemungkinan kerana, yang mengajar ilmu agama terlalu sedikit yang minat dengan sains, yang mahu mengaikan pelbagai teori sains kepada ketuhanan. Saya melihat pewaris-pewaris yang sebegini, tidak berjalan dengan dua kaki, iaitu maaf kata tempang.
5. Dari segi sains, separuh sedar mempunyai kelebihan tersendiri semasa mengingat. Semasa tidur pula, roh kecil kita keluar dari jasad. Kalau roh ini dilatih mencari makan semasa berada di jasad, saya yakin bila mengembara dia pandai berdikari. Makanan roh adalah fikir dan dzikir. Melatih roh semasa di jasad, ibarat diambil biji tasbih dan digantikan dengan biji tasbih asli, iaitu nadi. 24 jam berfungsi, termasuk tidur.
6. Saya melihat Ustaz memang mempunyai potensi menguasai sains dan mathematik. Malah saya hanya boleh menjadikan 1 + 1 = 2, tetapi Ustaz berkebolehan menjadikan 1 + 1 bukan sahaja 2, tetapi mengikut keadaan persekitaran. Di sini mamang saya akui sedari waktu mula bekerja, bahawa sainstis berfikiran structured, sementara artis berfikiran flexable.
7. Yang perlu disebarkan sekarang ini adalah menanamkan minat sains dan mathematik di dalam beragama, agar penserasian depat dilaksanakan dengan berkesan. Samada ketempangan perwarisan ilmu dapat diperbetul, akan bergantung penuh kepada masyarakat menerima tajdid anti-ketempangan. Berkat Ramadahan yang kita lalui sekarang ini, harapan adalah kepada terbukanya pintu hati muslim kepada pemikiran Ustaz. Seperti yang telah Ustaz definasikan sebelum ini, malalui Saifilislam.com.
Terima kasih.
Comment Posted By Sharudin On September 28, 2007 @ 3:55 am
Separuh Masa Kedua Piala Taqwa!
1. Untuk dapat Piala Takwa kita kena hidupkan malam
2. Untuk dapat hidupkan malan kita kena hidupkan siang
3. Untuk dapat hidupkan siang kita kena hidupkan ibadah
4. Untuk dapat hidupkan ibadah kita kena hidupkan kerja
5. Untuk dapat hidupkan kerja kita kena hidupkan sains Allah
6. Untuk dapat hidupkan sains kita kena ada pengethuan
7. Untuk dapat hidupkan pengetahuan kita kena Allah selection (hidayah)
1. Untuk dapat hidupkan selection perlu Piala Takwa
Begitulah pusingan hidup berevolusi
Dapatkan offer 1 : 10^3 (min alpi shahr)
Comment Posted By Sharudin On September 27, 2007 @ 11:52 am
PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :”Orang tua, guru, kawan dan sahabat”. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘mati’. Sila rujuk surah Ali ‘Imran ayat 185.
KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :” negara China, bulan, matahari dan bintang”. Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘masa lalu’. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: ” Gunung, bumi, matahari”. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah ‘nafsu’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A’raf ayat 179
Dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1109
saifuddin wrote:
Dalam AQ sendiri Allah memberi ruang untuk kita membicarakan soal evolution dan creation dengan tidak menyatakan larangan untuk kita berbincang asal-usul kehidupan. Jangan kerana yang menemui teori ini ialah kafir, maka kita kata teori ini kafir. Sekiranya yang menemui adalah Muslim, saya pasti berbondong2 Muslim terhegeh2 mengaku bahawa ini adalah mukjizat dari AQ.
Setuju dengan Sdr Saifuddin. Evolusi sebagai cara membuat perlu dipisahkan dari pembuatnya. Dan walaupun pengkaji adalah orang kafir, kita sebagai Muslim perlu menepis dan memisahkan bahagian-bahagian yang sains dari bahagian yang bukan sains. Contoh kalau mereka memanggil nature kita masih boleh menggunakan perkataan itu dengan peringatan bahawa nature itu masih ada yang menciptakannya.
Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=94&thread_id=3311&pid=65654#post_65654
[...] pada R09 On October 22, 2007 @ 12:3…Ana pada S030 Muhasabah setahun lepas…Ana pada R10 On September 28, 2007 @ 3:…Ana pada R10 On September 28, 2007 @ 3:…Ana pada R38Min pada R15 On October 6, 2007 @ [...]