R11 On October 1, 2007 @ 4:11 am

Oktober 16, 2007

Bujang ‘Senang Dan Ambil Mudah’

Kalau membantu dalam pencarian Tuhan

1. Pencarian Tuhan bermula dari pemberian akal kepada manusia, iaitu N Adam. Berbudaya bertukar menjadi beragama dan apa yang dicari dalam beragama ialah ada sesuatu yang superbeing atau dipanggil tuhan (illah), yang dapat diletakkan harapan bagi setiap sesuatu yang tidak dapat difikirkan manusia. Contoh, zaman dulu tak dapat nak hurai bagaimana hujan turun ke bumi menghidupkan tumbuhan, maka awan atau langit yang mengeluarkan hujan itu dianggap superbeing atau tuhan. Maka bermacam-macam konsep tuhan timbul, sehinggakan N Ibrahim ra sendiri beberapa kali bertukar tuhan.

2. Adanya banyak tuhan memang disebut di dalam Al Quran, dan akhirnya apa sahaja yang dianggap manusia sebagai berkuasa dipanggil tuhan. Tetapi itulah yang ditekankan oleh semua Kitab-kitab Allah, mengajar manusia kepada tiadanya tuhan melainkan Allah. Perkataan Allah itu asalnya ialah Al-Illah (the God). Mengatakan ada banyak tuhan memang betul tetapi mengatakan ada lain Allah daripada Allah yang Esa itu yang menjadi syrik. Bahkan mengenal Allah yang mempunyai Zat, Sifat dan Perbuatan yang tidak sesuai bagiNya juga adalah syrik.

3. Allah membentuk/mencipta semua tuhan-tuhan yang ada, termasuklah Latta, Uzza, Mann dan sebagainya. Segala kekuasaan yang disangkakan ada pada tuhan-tuhan tersebut pun, adalah termasuk dalam penciptaan Allah. Sebagaimana berkuasanya syaitan menggoda manusia juga, adalah mendapat keizinan Allah. Tetapi Allah juga memberikan petunjuk bagaimana hendak mengatasi godaan dan sangkaan manusia kepada adanya tuhan selain Allah. Maka kalau pencapaian pemikiran manusia hanya ketahap bahawa tuhan yang mereka anggap itu adalah Allah, pemikiran itu yang perlu diperbetul untuk mengambil tuhan sebenar sebagai Allah.

4. Kita melatih anak-anak kita secara perlahan (gradual proses) untuk memahami sesuatu. Berkembangnya pemikiran anak-anak kita bermakna dia mendapat penambah-baikan dari segi pemahaman kepada kehidupan. Sekiranya kita boleh berinteraksi dengan situasi itu, maka adalah sama situasinya dengan kemajuan untuk mengenal Allah, bagi orang dewasa. Ia bekembang dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi, dengan syarat, ada keterbukaan orang yang beranggapan itu. Sebagaimana akhirnya N Ibrahim ra dapat mencari Tuhan sebenar.

5. Ilmu Tauhid adalah ilmu mengenal Allah. Dengan memahami ilmu sains, kefahaman kita kepada Allah akan menjadi lebih berkesan, sebagaimana contoh orang Purba pun pandai buat rumah, tetapi dengan sains dan teknologi, teknik membuat rumah menjadi lebih berkesan dan menghasilkan rumah yang jauh lebih baik. Kalau pemikiran kita terbuka kepada manhaj ilmu sains (akal rational), insyaAllah, kewujudan Allah akan menjadi lebih bermakna pada kita sebagai muslim dan mukmin.

Comment Posted By Sharudin On October 1, 2007 @ 4:11 am

Salam semua
1. Antara keluarga dan kawan, pilihlah keluarga
2. Antara manhaj dan Tuhan, pilihlah Tuhan
3. Antara bujang dan kahwin, pilihlah kahwin
4. Antara emosi dan rational, pilihlah rational
5. Antara popular dan benar, pilihlah benar
6. Antara keras dan lembut, pilihlah sederhana
7. Anrata creationist dan evolutionist, pilihlah evolutionist
Terima kasih

Comment Posted By Sharudin On September 30, 2007 @ 3:50 am


DARWIN36 Menghidupkan kerja

Oktober 16, 2007

Peta

1. Allah mengingatkan jin dan mansuia, tentang sebab dijadikan mereka sebagai untuk mengabdikan diri kepadaNya. Manusia diberikan akal dan kemudian ilmu, untuk melayakkan mereka menjadi khalifah di muka bumi ini. Dengan pilihan yang paling banyak di antara mahluk, kejaya sebagai manusia dipengaruhi oleh dua asas penting iaitu akal dan nafsu. Maka membiaklah manusia di atas muka bumi ini dengan pelbagai rupa bentuk dan ragam, sehinggalah Allah mengingatkan bahawa ianya untuk menguji siapa antara kita yang lebih mengenaliNya sebagai pencipta dan pembentuk alam ini.

2. Dari belum lahir ke dunia, manusia telah berkerja. Pertama sekali bila ia ditugaskan, secara tidak lansung, berlumba antara berjuta sperma yang dizuriatkan oleh bapa, untuk berjuang bermati-matian mendapatkan telur dari ibu. Hanya satu dari berjuta yang akan hidup, yang lainnya akan menemui ajal. Yang satu itulah (kalau tidak kembar) yang menjadikan kita. Yang satu antara berjuta inilah yang akan memumpang di perut ibu, sebelum di lahirkan ke dunia, sebagai seorang manusia yang mempunyai identiti tersendiri.

3. Segala evolusi dan tumbesaran (dari bayi menjadi dewasa dan tua) merupakan kerja yang perlu dilaksanakan manusia. Makan, minum, benafas, berfikir, berjalan ke sana ke mari, tidur bangun dan sebagainya merupakan kerja-kerja harian yang perlu dilakukan samada di sedari atau tidak. Memang banyak yang telah menjadi routine harian sehinggkan menjadi pekara biasa. Kalau hendak difikirkan semuanya sudah pasti kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menulis semuanya. Maka di sinilah perbezaan antara mereka yang berfikir dengan yang tidak, tentang bagaimana manusia dijadikan dan menjalani penghidupannya, mengabdikan diri kepada Sunattulah, carakerja Allah atau Qadar kehendak Allah.

Peta

4. Dengan hanya menambahkan niat atau tujuan yang betul, melaksanakan setiap satu kerja, Allah menjadikan kerja tersebut sebagai satu kategori yang berbeza, yang lebih tinggi, dari kerja biasa kepada ibadah. Dari hanya mendapat keizinan kepada mendapat keredhaan Allah swt. Begitu mudahnya tugas manusia mendapatkan keredhaan dari Tuhannya, menjadi sesuatu yang amat berat untuk dilaksanakan kerana ramai antara manusai yang tidak mahu memikirkannya sebelum membuat sesuatu pekerjaan.

5. Syariat Allah diturunkan melalui Rasul-rasulNya, untuk dijadikan panduan dan rujukan menjalankan kerja seharian. Diwahyukan melalui Kitab-kitabNya, dengan dilengkapkan tentang pekara-pekara asas kehidupan, oleh Kitab Al Quran. Menjadi tujuan utama hidup beragama ialah mengenal pencipta alam ini, termasuklah di dalamnya kita sebagai manusia. Oleh itu Tauhid (mengasakan Allah) adalah tujuan utama hidup. Persoalannya ialah bagaimana kita hendak mencapai tujuan tersebut? Mengenal Allah. Allah memberikan kebebasan kepada manusia belajar dari alam sekelilingnya. Setelah gagal manusia memperlajari dari alam, barulah Allah memilih orang-orang terpilih untuk membawa perutusan khusus, bagaimana untuk melaksanakan kerja-kerja harian, dalam mendapat keredhaan dariNya.

6. Dengan sebab itu menghidupkan kerja menjadi pekara yang sangat penting dalam hidup sebagai Muslim. Setiap kali lauangan azan berkumandang, kita diingatkan untuk menghidupkan tiang agama, iaitu solat (puji dan pinta) ‘Hay ya’alas solah’ dan kemudian ‘hay ya’alal falah’ iaitu hidupkalah kejayaan. Dah berjaya pun kena hidupkan juga! Bagaimana tidak? Dah berjaya melawan berjuta yang lain, barulah kita memulakan hidup. Kemudian dah berjaya melalui rintangan hidup di dalam perut ibu barulah bermula hidup di dunia. Dah berjaya mengawal segala pegerakan asas fizikal, tangan kaki, mulut, akal dan anggota lain barulah mula kehidupan berfikir. Dan seterusnya.

Peta

7. Malangnya penekanan yang diberian kepada Muslim sekarang tidak menghasilkan kepekaan kepada budaya menghidupkan kerja. Ada yang mengatakan bahawa ibadah itu ialah apa yang diwahyukan oleh Kitab-kitab Allah. Jadi apabila Allah telah mengkategorikan itu sebagai ibadah, baut macanapun ia jadi ibadah, bukan kerja. Kalau kita ambil solah, yang menjadi simbol beribadah kepada Allah, dan seterusnya menjadi tiang kepada agama, Allah memberikan amaran yang sangat keras, kepada mereka yang mengerjakannya (solah) tetapi tidak mencapai tujuan. Tujuan bersolah adalah untuk menghindarkan diri dari pekara fahsa dan mungkar, termasuklah yang paling asas tidak menduakanNya.

8. Bagaimana manusia mengatakan mereka kenal pada Tuhannya yang sebenarnya, sekiranya meraka tidak berminat untuk mengenal carakerjaNya. Kita dilarang memikirkan tentang isi kandungan zatNya, bukan kerana Allah tidak mahu kita mengenal zatNya, tetapi kerana kita tidak diberikan alat yang boleh memikirkan zatNya. Tetapi Allah mengingatkan kita, berkali-kali di dalam Al Quran (setelah manusia gagal membuat pemerhatian sendiri), bahawa segala kejadian alam (pekara-pekara yang berlaku di alam ini) menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya (carakerjaNya).

9. Muslim sekarang tidak bermiant untuk menghidupakan kerjanya. Ramai yang hanya mahu menjadikan kerjanya sebagai routine harian. Sesuatu yang dibuat tanpa perlu memikirkan bagaimana, untuk apa dan apa kesan (tujuan) sepatutnya diperolehi dari melaksanakannya. Allah tidak melayakan seseorang masuk ke syurga dengan kiraan pahala yang tiada keikhlasan padanya. Dan untuk mendapatkan keikhlasan, seseorang itu perlu mengenal Tuhannya.

10. Marilah kita sama-sama belajar menghiupkan kerja. Dengan hidupnya kerja Muslim, kita akan berjaya bukan sahaja di akhirat malah di dunia juga. Apa kita perlu bangga dengan pencapaian Muslim di dunia sekarang? Yang segala-galanya di bawah kawalan yang bukan Muslim. Apakah boleh kita mendapatkan kebahagian akhirat, tanpa terlebih dahulu mendapat kejayaan di atas muka bumi ini? Dari keadaan dunia sekarang, malangnya memang ramai yang berfikir begitu.

Allahu ‘alam


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.