Cederahati Tahun Merawat Malaysia 2007
Salam
Kajian teliti menyeluruh dari semua aspek memang penting. Lihat aspek sejarah. Kalau kita mengatakan 50 tahun Merdeka adalah melambangkan 3 generasi secara umum, maka kejatuhan Melaka disebabkan oleh generasi atuk nenek yang tidak kurang 20 generasi sebelum kita, disebabkan salahguna kuasa orang besar (pemerintah). Kemudian 20 generasi ini terkongkong di bawah penjajah. Timbul generasi yang bertindak bijak dengan menuntut kemerdekaan dan kesinambungannya memerentah baru 3 generasi. Dan pemerintah ini diundi oleh rakyat, bermakna segala inspirasi rakyat yang aktif bersama pemerintah iitulah yang membentuk masyarakat sekarang iti. Jadi kalau tak salahkan diri sebagai rakyat rasanya kurang adil.
R13 On October 3, 2007 @ 6:39 pm
Salam semua
1. Dari artikel “Akhlak Itu Bukan Lalang” “Soalnya, orang Barat ‘tak ada agama’ tapi ada tabiat positif. Ada HABIT. Kita yang ada agama, tak ada Akhlaq. Habis, macam mana nak jawab kalau ada orang persoalkan, apa gunanya agama kalau yang beragama tidak berakhlaq, sedangkan Barat tanpa Islam pun boleh lebih ‘Islamik’!”, saya cuba mencetuskan persoalan yang lebih meruncing.
2. ”Ya, kalau kita minta sesiapa mengajar bab batang, ranting dan daun, ramai yang boleh mengajar, meleret bertahun-tahun. Membetulkan solat membetulkan ibadah… bertahun lamanya… seolah-olah kemuncak agama ialah pada sahihnya Ibadah. Tetapi jika kita meminta sesiapa mengajar bab Akhlaq, ramai guru yang tidak selesa. Kalau ada yang mahu, dipakejkan pula ke dalam Tariqah, lantas yang awam menggaru kepala.”
3. Kat Malaysia ni banyak sangat minta maaf pun susah juga. Nanti jadi macam kata Amin Ahmad “Kalau baik sangat, dikata poyo, skema, lurus..nerd dsbgnya..” atau bekemungkinan lebih terus dari itu. Tapi, apa nak buat dah tertanam sikap “inferority complex” (apa pun tak tahu sebenarnya), kenalah mintak maaf juga. Maaf, kerana dah di arah ke artikel di atas, barulah nak baca. Kalau tidak kesan ngantuk tidor lama tu masa ada.
4. Rupa-rupanya Ustaz dah buat kesimpulan yang nyata berhubung apa gunanya beragama … Tak payah lah lagi nak jadikan priority membuat kajian lanjut tentang itu. Saya katakan ini kerana kerana kekecewaan selama ini memanglah kerana itu. Terang-terang balik dari menhadapkan diri ke Baitullah, sampai bilik perangai serupa sahaja macam tak pergi sana. Malah macam tak kenal Allah! Sesetengahnya.
5. Lagi pulak minat saya memang dengan sains dan mathematik … jadi mimpipun sebut nama Newton, Darwin dan sebagainya, walaupun latihan denyutan nadi masih tertumpu kepada menyebut Allah, kerana Allah yang menjadikan sainstis-saintis Barat ni. Dan Allah juga yang membuka hati mereka untuk berminat mengkaji carakerjaNya. Malangnya bukan hanya konsep yang mereka bawa tak diterima, malah namanya pun kalau boleh, tak boleh di sebut.
6. Bila Uztaz tambah lagi dengan “cenderamata” Readers’ Digest, semakinlah kukuh persoalan “fa wayl lul lil musoleen”. Keluar sahaja dari masjid, maka masing-masing mengekspressi diri di jalan raya terhadap ketidakfahaman tentang siapa yang menjadikan mereka. Di mulut berbueh mengatakan Allah, tetapi pakaian rohaninya terlondeh tak ambil kesah. Yang telanjang pun ramai.
7. Saya petik kata-kata Richard Darwkin dari God Delusionnya “Manusia tidak mengambil apa yang Tuhan cakap dalam Kitab, sebagai rujukan untuk bermoral.”. Tepat sekali apa yang ditelitinya, sebagaimana tepatnya kawan-kawannya membuat teori. Kalau benar manusia mengambilnya dari Kitab, sudah tentu aman damai dunia ini.
Terima kasih
Dikirim oleh Pak Din 31