R17 On October 16, 2007 @ 9:01 am

Catatan Sunyi di Pagi Aidilfitri 1428H

Salam Takbir

1. Allahu Akbar x7 walilLahhil Hamd. Segala puji hanya untukNya (‘Az wa Jal) kerana Maha Besar Kuasa, Status, Ilmu dan Segala-galanya, telah memberikan hakguna sepenuhnya kepada mahluk apa yang menjadi hakmilikNya. Di dalam proses cuba mengingati fitrah (asal kejadian) tidak dapat tidak kita terpaksa mengakui bahawa kita berasal dari tiada, dan dengan ArRahman dan ArRahimNya dapatlah kita mengnikmati suasana Aidilfitri buat sekian kalinya, bersama keluarga, sanak-saudara, jiran-tetangga, rakan taulan dan warga alam seluruhnya.

2. Penghidupan Aidilfitri sudah pasti, dalam bertakbir, bertahmid, bertasbih, bertahlil dan berzikir mengingatiNya, haruslah disulami dengan ingatan yang bukan sahaja menyebut namaNya, tetapi lebih bermakna jika jasaNya (menghayati carakerjaNya), berlegar-legar di dalam ingatan bagaimana segalanya boleh berlaku. Tanpa ibu-bapa kita tak ada di dunia, tanpa evolusi tiada pula ibu-bapa kita dan alam ini sebagai pasarananya. Begitu juga tanpa nafsu, mungkin tiada keriangan yang datang bersama Aidilfitri.

3. Menjadi trend, buat generasi semasa, ibubapa selalunya di kampung. Jadi berduyun-duyunlah warga bandar pulang ke kampung, dengan apa acara sekalipun, untuk mendapatkan puncak kemeriahan dengan menzairihi ibu-bapa terutamanya, selain dari keluarga mereka dan yang lainnya. Bermaaf-maafan dan bersama-sama meluahkan rasa, apa yang telah dilaksana seharian, sepanjang tidak berjumpa. Sudah semestinya Aidilfitri bukan hanya harinya, tetapi dengan kemeriahan suasana, ia akan lebih bermakna.

4. Zuriat kita memerhatikan segalanya. Segala tingkahlaku ibubapanya terhadap atuk-neneknya dan saudara-maranya, bagi yang mula berfikir, teringat mereka, cerita-cerita di TV yang bermacam ragam bentuk cerekarama manusia. Di sebalik agenda-agenda ceria, terselit juga episod-episod duka, kerana nafsu durjana. Harta ibubapa, milik siapa agaknya?. ‘Aku kan abang’ atau ‘aku yang menjaga kampung’ atau bermacam helah manusia mencari cara mendapatkannya, walaupun harta pusaka dah jelas hukumnya. Maka yang berdamai cantik akhir ceritanya, yang terikut nafsu durjana, masam mukanya. Hancur Aidilfitrinya.

5. Tok khatib pula memainkan peranannya. Bila lagi yang dirasakan peluang baik untuknya, menyampaikan hasrat terbuku di hatinya. Kisah manusia dan suasana persekitarannya. Hari biasa tak ramai pendengarnya, Aidilfitri kepadatan masjid luarbiasa. Maka kalau khutbahnya menyentuh masaalah remaja, selalau yang lupa di bawa adalah ‘cermin’nya. Di mana tumpah kuah, kalau tidak ke pinggannya?. Remaja muda menjadi tajuk berita, apa kurang remaja tuanya (badan dah senja, tapi hati masih muda, berkobar-kobar semangat nafsunya). Sikat rambut kita, betullah bayang-bayang di cerminnya. Marahkan cermin tiada hasilnya. Kalau pecah, lagi teruk padahnya!

Selamat Hari Raya.

One Response to R17 On October 16, 2007 @ 9:01 am

  1. Min berkata:

    Bagaimana Kita Meihat Dunia

    Cara kita berfikir banyak ditentukan dengan bagaimana keadaan hati kita dengan dunia ini. Apabila hati kita betul-betul meletakkan dunia sebagai penghubung akhirat, maka penglihatan kita akan melihat segala yang berlaku sebagai batu loncatan dalam meraih keredaan Allah. Keadaan hati sangat penting dalam membantu kita melihat dunia ini. Apabila hati kita bersih dan tumpuan kita hanyalah mencari keredaan Allah, kita akan dapat melihat dunia ini, semua yang tersurat dan yang terpenting kita akan dapat melihat apa di sebalik semua yang berlaku.

    Inilah asas penting dalam kita menilai cara pandang kita terhadap sesuatu. Apabila kita menjadikan hidup dan mati kita untuk Islam, dan menjadikan Islam sebagai kehidupan sehari-hari tanpa pemisahan antara dunia dan akhirat, maka cara pandang kita terhadap dunia ini dan segala apa yang terjadi sebagai batu loncatan dalam mengharungi kehidupan.

    Dari http://umaralfateh.wordpress.com/2008/08/06/iluvislamcom-dan-wonderful-overseas-weekend-wow/

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.