Desa Mati, Kota Sesak Separuh Mati
Salam pencarian
1. Satu daripada pekara yang selalu saya lakukan semasa berziarah ialah mencari sanak-saudara dan memperbesarkan lagi carta susun galur ahli keluarga. Setakad ini tidak kurang dari 4000 nama-nama ahli keluarga dari sebelah saya dan isteri telah tertacat di dalam komputer. Yang menyeronokkan ialah ia memberikan sebsb untuk pergi ke kampung-kampung yang sebelum ini saya tidak kenali. 7 generasi telah dipeolehi dan ianya berasal dari Jawa Tengah dan Minangkabau, Indonesia.
2. Projek yang dijalankan semasa raya ini, selaras dengan situasi selalunya ahli keluarga akan pulang ke kampung ketika berhari raya. Ia juga mengambil kesempatan sementara ibu ayah masih ada di dunia dan merekalah yang boleh mengeratkan lagi hubungan keluarga diperingkat atas dan menceritkan sejarah keluarga di zaman lampau. Saya melakukan ini selepas melihat satu program di Discovery Channel tahun 2000 yang menghunung-kait satu puak/kaum dengan kaum yang lain.
3. Di dalam projek tersebut yang ditaja oleh IBM dan Discovery Channel, tujuan utamanya ialah mencari ‘Scientifik Adam’. Hasil dari kajian tersebut Adam dianggarkan hidup sekitar 50,000 tahun dahulu dan berbangsa Afrika (hitam gelap tidak seperti lukisan kebanyakan orang Kristian bahawa Adam itu putih melepak seperti mereka). Program ini juga mengkaji bagaimana pepindahan manusia pada awal sejarah mereka. Setiap tahun program ini diperbaharui dengan lapuran-lapuran terkini tentang 2000 generasi manusia yang telah menduduki dunia sehingga hari ini yang kini berjumlah 6 billon orang. Dianggarkan jumlah orang yang telah hidup berjumlah tidak kurang 10 billion (4 bil yang telah mati dan 6 bil yang masih hidup).
4. Oleh kerana nenek saya mempunyai adik beradik yang ramai dan keadaan politik semasa yang membuatkan ramai orang kampung ke bandar Singapura, maka sebahagian besar dari mereka menetap di Singapura dan membentuk rumpun Melayu di Singapura. Saya sendiri pun dilahirkan di Singapura. Dengan senerio ini, perjumpaan keluarga (Singapura-Malaysia) selalunya dilakukan dengan menetapkan hari perhimpunan keluarga. Terakhir yang saya hadiri dilaksanakan di sebuah resort di Melaka, dengan di hadiri oleh lebihkurang 500 ahli keluarga.
5. Maka sambutan Aidilfitri memberikan peluang menghubung-kait orang-orang yang bukan sahaja berdarah keluarga secara langung, tetapi juga yang berdarah keluarga melalui proses perkhawinan. Memang kadang-kadang sensitif, apabila terdapat satu bapa banyak ibu dan tak kurang juga satu ibu dengan berlainan bapa (tidak pada masa yang sama semestinya). Dan sambutan Aidilfitri juga memberikan peluang untuk ke kawasan pekampungan baru, di mana proses pencarian keluarga baru ditemui.
6. Sudah pasti kemajuan pesat Malaysia menghasikan pembangunan ekonomi dan seterusnya perkembangan fizikal. Di kebanyakan kampung perkembangan pasarana dipacu oleh kehendak orang kampung mahukan kemajuan melalui parti politik yang mereka harapkan. Dari jalan-jalan tanah merah, kebanyakan kampung telah dilengkapi dengan jalan tar, kemudahan letrik dan yang lainnya. Masjid-masjid lama berubah wajah menjadi lebih ceria, secara phisikal. Maka timbul trend baru, ketika berhari raya, traffik jam yang berlaku di kampung.
7. Tidak dinafikan ada kampung yang menjadi pupus tetapi saya kira, bilangan kampung yang berkembang jauh lebih banyak dari yang menjadi pupus. Tidak juga dinafikan perkembangan pesat phizikal tidak melambangkan perkembangan rohani yang serupa. Kedua-duanya (perkembangan jasmani dan rohani) kadang-kadang semacam tidak serasi bersama. Walaupun itu yang menjadi tema utama blog Ustaz ini, kita tidak dapat menolak bahawa faktur manusia itu sendiri yang menentukan segalanya, bukan teori-teori ekonomi, pembangunan, politik yang bermasaalah.
8. Rakyat yang memilih parti pemerintah, yang selalunya dinasihatkan (melalui ceramah politik pilihanraya) oleh pemimpin-pemimpin setempat (tidak kurang juga peranan ahli agama seperti tok imam, guru pengajian, dll) dalam memastikan idea pembangunan yang ideal diserap oleh penduduk kampung. Penduduk kampung pula, secara keseluruhan mudah terpengaruh dengan sesuatu isu, tanpa mahu memikirkan kesan jangka panjangnya. Tidak kurang juga yang kononnya mahu mengasingkan diri, kerana tidak bersetuju dengan pembaharuan yang dibawa. Semua inilah yang telah menghasilkan suasana Malaysia sekarang ini.
9. Akhir-akhirnya dalam semua permasalahan manusia ia tertumpu kepada isu mahu dan tahu. Orang kampung (termasuklah orang Taman perumahan di bandar, contoh Kg Baru) semua mahukan pembangunan fizikal, tanpa mahu mengambil tahu apa kesan sebenar kepada apa yang mereka mahukan. Sikap cretionist yang pernah saya sentuh, bagaimana manusia mahukan sesuatu mengikut nafsu tetapi tidak tahu bagaimana hendak mengawal nafsunya setelah pembangunan itu tercapai. Secara purata ramai yang hanya mahu tetapi tidak tahu kesan sesuatu tindakan ayng diambil.
10. Akhirkata, cerita Hariraya sudah pasti membawa kita kepada padangan dari sudut berbeza, kerana secara fizikalnya kita berubah suasana dari persekitaran hari kerja biasa kepada persekitaran tempat yang dilawati. Yang penting, walau di mana kita, kita masih tidak lupa membawal akal fikiran kita untuk menganalisa keadaan di mana kita berada. Dan perlu diingat tiada sesuatu berlaku tanpa pilihan manusia dan keizinan Allah swt. Maknyanya, walaupaun kita tidak menyukai sesuatu suasana, ia adalah pilihan popular (terbanyak) dari saudara-saudara kita. Yang Islam khususnya dan alam amnya.
Selamat berSyawal.
Dikirim oleh Pak Din 31