R25 Makanan segera, ilmu segera

Oktober 28, 2007

Salam Segera

1. Nabi Adam adalah mahluk pertama diberikan ilmu yang melayakan ia digelar berakal. Anak-anaknya belajar melalui alam dengan cepat disebabkan zuriat (gen) Nabi Adam. Kadar pembelajaran pada masa itu, ibarat seorang anak yang baru lahir, adalah sangat tinggi. Apabila sampai pada satu tahap keperluan asas sudah ada, pembelajaran mula berkembang dengan lebih perlahan kerana alat-alat mengingat (otak) tidak lagi kosong. Untuk lebih menguasai ilmu, selepas mendapat asas dan awal keselesaan, proses mendapatkannya bertambah sukar dan banyak usaha perlu dilibatkan.

2. Kita perlu memahami ilmu, sebagai terbagi kepada dua pembahagian utama, mengikut kategori sama ada Haliq atau mahluk. Seperti yang telah berkali saya utarakan, carakerja Halik adalah sains dan carakerja mahluk adalah arts. Sebenarnya saya masih bertanggapan bahawa ilmu itu hanya sesuai bagi menghurai carakerja Halik sementara pengetahuan itu adalah carakerja mahluk. Tidak layak sebenarnya carakerja mahluk dipanggil ilmu, tetapi bagaimanapun ilmudan pengetahuan telah diguna secara sinonim dalam bahasa.

3. Ledakan teknologi maklumat (IT Inggerisnya) memberikan lambakan ilmu dan pengetahuan. Bagaimana pun, ketidak-fahaman kita kepada konsep ilmu itu, membuatkan ramai menjadi keliru dengan apa sebenarnya yang mereka dapat. Apakah ia benar-benar ilmu atau ia sekadar pengetahuan. Apa yang kita panggil sebagai berita, ehwal semasa dan yang setara dengannya, kebanyakannya ialah pengtahuan kerana ia menceritakan tentang hal ehwal mahluk. Ambil contoh, terjadinya gunung berapi, gempa bumi dan tsunami. Semuanya menceritakan hal hasil kerja mahluk. Pergerakan lantai bumi yang sentiasa bergerak.

4. Saya setuju pada dasarnya “artikel bukan gelanggang ilmu. Ia adalah medan mencetus idea. Dalam erti kata yang lain, kita tidak sepatutnya menganggap yang kita telah tahu.” Kalau mengikut tanggapan di atas, buku yang tidak menemui kriteria juga bukanlah ilmu. Kita boleh lihat penghasilan sesuatu buku, journal atau apa pun medianya, berdasarkan kepada kedlaman kajian. Sebelum terciptanya media cetak, ilmu dan pengetahuan sudah ada, secara lisan dan ingat turun-temurun. Perbezaan ketara ialah pengumpulan dan penyebaran ilmu dan pengetahuan itu terhad dengan cara lisan dan ingat.

5. Sesuatu media adalah perantara, sebagai cara untuk memindahkan apa yang ada di minda seseorang kepada seseorang yang lain. Apa yang ada di dalam minda itu sekarang dirujuk sebagai meme. Meme merebak dari individu kepada masyarakat, jauh sebelum adanya media cetak atau tulisan kuno sekalipun. Meme merupakan asas sosial dan manusia adalah mahluk sosial. Manusia mahu memberitahu kawannya dan juga mahu tahu apa yang berlaku dari kawannya. Di sinilah evolusi bahasa lisan bermula, di atas keperluan mengetahui antara satu sama yang lain.

6. Apa bendanya yang perlu diketahui secara sosial itu yang menentukan ilmu dan pengetahuan. Sudah pasti di peringkat awal kemanusiaan, keperluan hidup menjadi bahan pengetahuan utama. Bagaimana menangkap binatang sebagai makanan yang kemudian berkembang kepada bagaimana memanfaatkan tanaman yang ditanam sebagai makanan. Teruslah tamadun berevolusi, dari satu tahap rendah kepada yang lebih tinggi, dari mencari keperluan kemudiannya bertukar kepada mencari keselesaan.

7. Setelah asas keperluan tercapai berserta kelegaan (yang melembangkan keselesaan) manusia diilhamkan dengan konsep ketuhanan. Siapa yang menjadikan mereka? Maka mulalah manusia mencari kebenaran dan erti kehidupan. Allah terus mengajar manusia melalui alam (termasuklah belajar dari binatang, contoh Khabil dan burung Gagak). Lama kelaman manusia mencari cara mengumpul dan menyebar dengan lebih berkesan. Dari lukisan di dinding gua, berkembang kepada kepingan batu, kemudian pelepah dan setiap masa mencari peningkatan sehinggalah sekarang ini media elektronik menyediakan IT.

8. Kita sekarang ini kalaupun belajar, tidaklah lagi banyak belajar dari alam, kerana proses tersebut telah banyak diletakkan di media cetak. Malah apa yang kita kaji pun bukanlah sebagai pengkaji pertama, seperti mana yang saya rujuk sebagai penumpang. Kita menyambung apa yang telah dimulakan oleh pengkaji ynag terdahulu. Kita belajar memahami apa yang telah difahamai oleh orang terdahulu dan membuat pengubah-suaian sekiranya perlu. Semua ini dimungkin berlaku dengan kadar yang pantas kerana adanya media yang berkesan untuk proses pengumpulan dan penyebaran, seperti buku, majalah, journal dan sebagainya.

9. Dalam kesibukkan masyarakat menyediakan keperluan asas kehidupan, tidak dinafikan ramai yang mengambil jalan pintas untuk berilmu dan berpengetahuan. Malah pemberi dan penderma ilmu dan pengetahuan juga berusaha keras mencari cara berkesan menyampaikan dan menyebarkannya. Dengan kepalbagaian ragam kehendak dan kemahuan manusia, ilmu bercabang mengikut persekitaran ruang dan waktu. Yang disedari mengandung kesalahan, diperbetulkan, mengikut selera dan kesesuaian penggunaannya. Timbullah lebih ramai yang hanya sempat menjadi pengguna dari yang sempat mengkaji kesahihan faktanya.

10. Kalau kita ambil wadah terkini paling popular iaitu Wiki, kita akan dapat lihat kepelbagaian ilmu dan pengetahuan yang dipaparkan. Wiki sesikit sebanyak membuka ruang bagi menerima kuasa pasaran (market forces). Mereka hanya menjadi perantara yang inginkan ilmu dan pengetahuan dituliskan sebanyak-banyaknya di dalam ruangan mereka. Pada mulanya mereka menghadkan kepada expertise, tetapi mode ini tidak berjaya dan kemudian ditukar kepada mode kuasa pasaran ilmu dan pengetahuan.

Terasa keluar topik, tetapi atas keperluan membena dasar, postkan juga!


R21 on 27 Oct 2007 at 4:12 am #32

Oktober 28, 2007

Salam Islam

1. Khutbah Jumaat semalam di Masjid X, 200 m dari Masjid/Markaz Khadiani, menegaskan bahawa selepas peristiwa 9-11, salah faham tentang Islam semakin meruncing. Ini disebabkan definasi Islam itu dibuat berdasarkan kepada apa yang dilakukan atau dianuti oleh pengamal Islam tersebut. Saya kira semua pasti setuju dengan kenyataan tersebut. Walaupun kita sepatutnya menukar perkataan Islam dengan Muslim sebenarnya, tetapi saya pasti ramai faham akan maksudnya.

2. Seterusnya penulis khutbah mengegaskan bahawa budaya barat yang maju sekarang ini, semuanya berasaskan kepada Islam, yang satu masa dahulu menaluki sebagagian besar negara di dunia ini. Kejayaan Barat ini juga memang tidak ramai yang dapat menyangkalnya, walau apa alasan yang diberikan termasuklah golongan yang hendak mendamaikan hati dengan mengatakan kejayaa Barat itu hanya semata-mata di dunia dan tidak langsung di akhirat.

3. Saya kira, Islam telah dibena sejak dari Nabi Adam diberikan ilmu oleh Allah dan tidak kurang 124,000 pesuruh Allah terlibat dalam penyempurnaannya dengan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi terakhir. Sebelum diberikan akal kepada manusia, semua mahluk adalah di dalam Islam. Hanya apabila diberikan kepandaian untuk membuat pilihan (berakal) barulah dibebankan tanggung-jawab kepada manusia, dan status Islam itu mula boleh berubah mengikut pandangan penganutnya.

4. Maka berevolusilah kefahaman tentang Islam dari zaman Nabi Adam as, dengan sebahagian cerita-cerita yang berlaku pada anak-anak Nabi Adam diceritakan di dalam Al Quran. Nabi Adam tidak diberikan Kitab secara resmi, hanya diilhamkan kepada keturunannya bagaimana untuk menjalani penghidupan secara terus atau melalui tarbiah dari alam, sehinggalah ke Nabi Seth, barulah diceritakan tentang permberian suhuf kepadanya. Pengajaran asas ketuhanan sudah diterapkan dari mula, tetapi evolusi minda manusia juga berkembang bersama perkembangan tamadun manusia, membuatkan pelbagai pengertian yang berbeza diberikan tentang siapa Tuhan sebenarnya.

5. Islam itu jelas dari mula. Islam itu memberikan penekanan kepada mengenal dan mentauhidkan Allah dari mula. Mengesakan Allah tidak berubah dari awal sehinggalah ke Nabi terakhir, walaupun syariat berubah mengikut zaman, sesuai tahap kepandaian manusia menggunakan akal yang diberikan Allah dari mulanya. Dan tahap penggunaan akal manusia masih terus berkembang, sesuai penemuan-penemuan ilmu alam semulajadi yang baru oleh manusia. Maka setiap kali pengamal Islam terkeluar dari landasan tauhid, Allah menurunkan Kitab dan persuruhNya untuk memperbetulkan keadaan. Yang terkeluar dari landasan inilah yang akhirnya menamakan diri mereka, lain dari Islam, contohnya menjadi Yahudi, Majusi, Nasrani dan sebagainya (dengan Islam sebagai asas),

6. Terdapat juga yang tidak mahu mengkategorikan atau menamakan kefahaman mereka dengan nama yang baru, dan terus mengatakan bahawa apa yang mereka anuti itu sebagai Islam, walaupun ia bukan Islam yang asalnya. Di sinilah timbulnya isu Islam Popular … Islam Murahan. Nabi mengingatkan umatnya tentang perpecahan itu menjadi 1:73 (Angka sebenarnya tidak sepenting perpechahannya). Sejurus sahaja kewafatan Nabi Muhammad saw, di kalangan keluarganya sendiri terdapat perpecahan, apatah lagi di kalangan bukan keluarga. Masing-masing membuat penafsiran tersendiri, walaupun masih, pada dasarnya memegang kuat kepada dua sumber utama yang ditinggalkan Nabi saw, iaitu Al Quran dan As Sunnah.

7. Dengan tahap penggunaan akal yang berbeza, maka jurang semakin tebal. Yang terdahulu (Salafi) enggan menerima penggunaan akal sebebas yang terkemudian (Khalaf). Kemudian ada juga Salafi yang mahukan pembaharuan. Maka begitulah, timbul Ilmu Kalam yang kemudian kononnya dipebetulkan dengan pendekatan ilmu yang lain. Akhirnya tiba di Malaysia, timbullah golongan yang menggunakan waktu Subuh atau Maghrib, sebagai masa untuk belajar, pasang telinga sahaja pun cukuplah, otaknya tak pasang penuh, teringat Manchester kalah. Begitu juga yang mengajar, pasang mulut sahaja cukuplah, esok baru bawak otak.

8. Lama kelamaan, yang tertinggal itu ini, yang nampak lobak berbeza, yang pasang tak penuh, menyebabkan isu harga semakin turun naik. Sekejap naik, sekejap turun tetapi puratanya turun, semakin murah. Kerana yang pertamanya, susah nak perah otak secara selamba (natural) ni. Nak kena ada telent, gifated dan seterusnya rajin/pandai mengasahnya. Keduanya banyak pengorbanan masa, tenaga, kesenangan, kedamaian, keluarga dan bermacam lagi yang perlu dibuat. Ketiganya, perah otak tak keluar duit buat apa, penat je!

9. Hukum alam yang dituangkan di dalam mathematik, mengatakan penaburan (distribution) kebanyakan pekara yang berlaku secara semulajadi, termasuk graphical distribution of usage of brain, adalah berbentuk loceng (binomial distribution), di mana 90% duduk di average (biasa) dengan 5% duduk di luar biasa positif (yang mahu menggunakan akal dengan betul), dan 5% duduk di luar biasa negatif (hampas!). Kalau semua 5% positif ni menyalak bukit pun, serak suara letih minda, tetapi macam tadi lah, pasang telinga saja wire tak pasang! Ni bukan giveup, tapi nak berjenaka saja. Selagi hayat dikandung badan ….

10. Di kelas Permata999, kami baru habis Surah Yusuf. Allah berkata, ayat 103 “Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).” Dan 106 “Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.”. Jadi … Ustazlah jawab, saya tak reti tentang ni!


R24 on 28 Oct 2007 at 8:40 am #38

Oktober 28, 2007

Salam 1+1

1. Harini, (ibubapa) murid-murid, kita nak berlajar ilmu Hisab (istilah mathematik satu ketika dahulu sehinggalah terlalu ramai pakar hisap, kita pun tun tukar). Gantinama ‘kita’ ni pasal yang jadi chegu pun masih belajar, belajar guna akal atau canggih sikit ‘critical thinking’ atau bahasa umi-nda-nya ‘ilmu mantiq’. Silibus mathematik Malaysia dah jauh sehingga kita dah sampai ke ISS. (Al Fatehah buat adik Sheikh .. walau apa sebab kematiannya). Tapi balik ke bumi, kita ulang kaji bab 1+1, bagi tujuan kefahaman dakwah.

2. Tiga kategori nafsu (Melayunya patut ‘diri’) Amarah, Lawwamah dan Mutmainnah. Diri yang resah, diri pertengahan dan diri yang tenang. Amarah tu sebenarnya ada positif dan negatif … dan sudah pasti di sini kita rujuk yang ‘Amarah bis Suu’ (Mengarah kepada kejahatan). Mana tahu ada adik-adik dan abang adik yang terpengaruh dengan Menteri Kebudayaan Dr Rais Yatim, tidak mahu mengarabkan Bahasa Melayu. Status diri ini juga saya selalu rujuk sebagai ‘Diri yang peka rationalnya’ atau ‘Diri yang peka emotionalnya’.

3. Dalam isu tahu vs mahu, rumusan yang terlibat ialah 1+1=2 (tahu) atau 1+1= Apa saja (mahu). Kini, kita nak belajar apa yang dirujuk sebagai 1+1=3 (synergistic effect). Dari Bhg 13 Teori Darwin – Jet (roket) : Barisan, bulatan dan keadilan. suasana politik sesalunya membuatkan seseorang ahli politik itu terpaksa mengubahsuai rumusan asal 1+1 tidak menjadi 2, tetapi apa sahaja yang pengundinya hendak, kalau tidak susah baginya untuk memenangi pertandingan disebabkan kepelbagaian ragam pengundi.

4. Dalam memahami Islam, terutama orang yang ingin berdakwah, keberkesanan kita mengolah sifat manusia ‘mahu’ perlu diimbangi dengan sifat asas menjadi manusia iaitu ‘tahu’ (manusia tidak menjadi manusia sekiranya tidak kerana akal yang membezakan dengan mahluk lain). Kita tidak mahu, pengolah sifat mahu itu menjadikan situasi ‘Quantity over Quality’, seperti di sentuh dalam Per 5, Bhg 13. Dengan terbentuknya QoQ tadi, kita tidakakan dapat lari dari isu ‘Islam Popular … Islam Murahan’.

5. “Apa yang kita harapkan daripada kelompok sedemikian?”. Soalan yang sama yang selalu difikirkan, sehinggakan kadang-kadang ingin mengapplikasikan “If you cannot beat them, join them!”. Adakah “penceramah perlu mengubah mengikut keadaan” kerana terlalu ramai pakar hisap. Memang “pak cik yang baru sahaja menghabiskan sebatang rokok “dunhill 14? di “berenda” surau” tu nak menguji penceramah (lembut sikt dari mencabar), diri mana yang kita pilih, antara diri-diri yang disebut di per 2 atas tadi. Terus terang saya katakan saya “tidak pernah duduk di kerusi mengajar surau kecil”, tetapi seperti yang pernah Ukhti Shiha nyatakan tempat bekerja itu adalah sesuai untuk kita menyampaikan.

6. “beramallah dengan hukum asas berfikir, iaitu sesiapa yang terkecuali, terkecualilah dia dari andaian ini.” Berhikmahlah pada diri, dengan menjadi peka emotionally secara sementara (seperti Akhi Elbariti masih boleh terus mengajar walaupun telah dicabar). Saya tabik hormat ustaz-ustaz yang mempunyi daya ketahanan tinggi, terpaksa merendahkan minda (walaupun mindanya tinggi) hanya kerana mahu menyampaikan sesuatu pada yang tidak mahu mengetahui lebih dari hukum, seperti Ukhti Kak Ija kata “Audiens cuma nak tahu hukum dan ritual”. Bukan senang nak rendahkan minda untuk orang lain, lainlah kalau anak kita, kerana mereka memang masih kanak-kanak.

7. Kak Ija … Mungkin juga ada yang akan kata, “pengajian saya usuluddin jadi saya hanya boleh sampaikan bab aqidah,” “saya pelajar syariah jadi bagaimana saya nak terangkan mengenai akhlak” Ini isu sebenarnya. Kalau dikatakan agama dan sains perlu dipisahkan, nanti ramai yang kata Islam tidak begitu. Tapi bila soalan susah sikit, dan lupa nak bawak nota ilmu mantiq, mulalah memperkotakkan isu. Yang sepatutnya satu kotak, kita ubah jadi banyak. Islam itu satu. Tiga serangkai (Bukan trinity) Satu tangkai yang ada tiga benda yang bebeza pendekatan. Begitu juga bila saya mendakwahkan sains dan agama sebagai perlu dipisahkan pendekatan tetapi bagi menghasilkan satu tujuan, mengesakan Allah.

8. Apa yang perlu kita perolehi dari Sifulislam.com adalah belajar menghayati 1+1 = 3. Bagaiman kita hendak menghasilkan synergy. Simbiotik relationship? Kesenimbungan tenaga? Ibarat suami dan isteri perlu ada kepakaran berbeza, untuk menghasilkan jangkauan yang luas … tapi pada masa yang sama tidakkah jangkauan berbeza antara kedua ini, juga yang akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dengan apa yang kita hasilkan tapi dia tidak?. Di ruangan ini begitu juga … Kita nak sampaikan jangkauan kita, yang berbeza, tetapi perbezaan itu tidaklah mahu sampai membezakan atau memechahkan kita.

9. Saya kira tdak timbul isu bila “membicarakan isu2 akhlak kita merujuk kitab2 yang lain”. Asasnya kita telah ke hompage pertama, Al Quran, yang kemudian mengarahkan kita melompat ke halaman lain. Tidakkah kita dapat menerima kenyataan dari khutbah yang saya petik “semuanya berasaskan kepada Islam, yang satu masa dahulu menaluki sebagagian besar negara di dunia ini”. Mungkin kerana kita terlalu lama disogok dengan pemikiran bila syaitan yang berkata, semuanya salah. Tetapi lupakan kita semasa dia memohon dari Tuhannya unutk menggoda manusia? Dia memohon … Allah mengizinkan … Manusia yang tergoda!

10. Semua pendapat dikeluarkan dengan senyuman tanpa paksaan atau desakkan situasi. Kita sama-sama belajar, sehinggalah datang Al Yakin (maut). Bagaimana cara mendapatkan itu, tidaklah perlu dipersoalkan sangat, kuliah subuh ke, magrib ke, atau mimpi sekalipun macam Nabi Yusuf, yang penting, Saifulislam.com ada. Tuangkan di sini dan kita prosess.


R23 on 27 Oct 2007 at 3:57 pm

Oktober 28, 2007

Salam kampus

1. Setelah melihat keluasan konteks berdakwah di dalam siri 1, kini kita membincangkan secara khusus permasalahan dakwah di kampus, yang melibatkan usia awal dewasa (akhir remaja juga). Dari segi method pembelajaran juga berbeza antara kampus dan sebelumnya. Kampus tidak lagi bertanggungjawab untuk menyuap, walaupun banyak mulut hanya tahu menganga sahaja. Dalam kepelbagaian ragam manusia, seperti biasa, terkurang peduli dan terlebih peduli akan timbul. Apa yang dipedulikan itu yang menjadi pertanyaan utama kita, ke arah pembentukan seorang dewasa yang sempurna.

2. Isu asas saya lihat sebagai kelesuan kampus berdakwah berlandaskan ciri-ciri Islam. Masaalah wadah atau jemaah mana yang hendak dijadikan kenderaan tidak begitu penting di kampus, kerana pasarana asas jemaah semuanya sama seperti bermesyuarat, gembira menjadi majoriti – duka terjadinya manoriti, kelas-kelas ilmu (walau apa nama sekalipun) berlandaskan Al Quran dan As Sunah dan pelbagai isu house-keeping persatuan. Penyampaian Islam sejati yang hak berbanding penerapan ciri Muslim pupular, yang menjadi titik tolak, peduli atau tidak patut ditekankan.

3. “Kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka, maka belajarlah untuk suka apa yang kita dapat.” Kumpulan yang telah lebih lama ditubuhkan akan selalunya tidak melakukan perubahan ketara, berbandingan yang baru ditubuhkan. Hukum semulajadi, yang muda selalunya bertenaga, yang kemudian diterjemahkan menjadi pengalaman apabila menjadi tua. Maka bolehnya kita mengubahsuai diri dalam suasana bebeza, merupakan pelajaran yang paling penting. Kalau boleh kita memang hendak keduanya, kekuatan (dari muda) dan pengalamaan (dari tua), tapi apa kan daya itu Sunahtullah.

4. Tidaklah wajar tujuan jangka panjangnya dikorbankan sama seperti tujuan jangka pendek dan sederhana. Dengan tujuan jangka panjang selari tujuan hidup, tujuan jangka pendek boleh dianjak, sesuai memaksimakan pengalaman dan pembelajaran. “Bagaimana anda memanfaatkan peluang dan bagaimana anda memanfaatkan masalah?” itu yang menjadi ramuan utama menukar pengalaman tua dari kekuatan.muda. “Semua musibah sama ada berupa kurnia mahu pun bencana, adalah ketentuan Allah UNTUK kita” Ia merupakan hasil dari Hukum Garisan (Bhg 16 Teori Darwin), yang mana Pengubal dan Penguatkuasanya tidak tidur, malah tak pernah ngantuk pun, walau seketika.

5. Segala-galanya bergantung kepada aset utama yang menjadikan kita bergelar manusia, iaitu akal. Sekalipun terdapat suara-suara di dalam kumpulan yang megutamakan percaya (ikut) berbanding akal (berilmu), kan kita diajar unutk mengangkat tangan setelah berdebat atau berbahas sesuatu isu. Kalaupun timbul kekuatiran mengangkat tangan, angkat akal anda ke arah mengutamakan ilmu berbanding percaya. Kerana percaya-ikut dan percaya-ilmu itu sangat berbeza, bagaikan langit dengan bumi.

6. Yang menjadi masaalah ialah ketidak-sedaran kita menghadiri majlis yang pada awalnya berbahas dan berdebat, bertukar menjadi majlis murok dan jidal (balah dan belah, lebihkerang begitu!). Yang berdebat dan berbahas sepatutnya tidak memecahkan ummah, tetapi tidak yang bermurok dan berjidal. Ini bukan cerita sampai ankat kerusi lagi, macam yang selalu berlaku di parlimen Taiwan (kerana ramai ahli judo dan tek-won-don nya). Ini cerita yang dalam senyumnya dia tidak berbahas, tepi sebaliknya. Ini cerita yang belum sempat keluar dari dewan, nak daftar pertubuhan baru, punya tak dapat menerimanya pendapat orang lain.

7. Orang-orang yang panas baran tak menentu ni, perlu anti-depressent (tanya Dr paling aktif online, Ukhti Shiha, selain Dr Ummu Saif, hehe percuma ja!) bukan pertubuhan baru, atau kerusi baru (yang lama patah baling ke dinding). Mereka perlu serotonin baru, agar mindanya jadi baru, terbuka. Tak nafikan serotonin baru memerlukan darah baru, (tunggu tiga bulan aja dapat darah baru), tak perlu infuse. Darah baru ini perlu dijaga supaya tidak tercemar dengan unsur-unsur kejahatan kerana memang jelas ajen-ajen kesyaitanan itu merayap ke minda manusia melalui darah. Tak ada darah pulak tak jadi manusia, nak elak tercemar oleh anasir-ansir jahat.

8. Wahai darah-darah muda di kampus, perkuatkanlah iman dengan mengikuti nasihat Ustaz Hasrizal untuk mengembara mencari Tuhan, dikhuaitiri yang dah dijumpai itu version lama, dari Muslim-muslim yang hanya menyokong eksperiment World Trade Center dan banyak lagi eksperiment ketahanan badan di Palestain. Kalau dikatakan mereka panas baran sudah pasti mereka tak terima, kerana masa eksperiment mereka senyum dan relahati, malah bertakbir (Discovery Channel Malaysia potong tang takbir ni). Tumpukan minda muda dalam mempelajari Sunahtullah (sudah pasti disamping Syariat Allah) dan jangan asyik dengan mencari bahan membuat eksperiment baru. Ujikaji di lab U dan ulangkaji pelajaran jauh lebih penting.

9. Kepada yang sekadar menjadi pemerhati dan pengkritik yang hanya berpeluk tubuh, pastikan bersedia dengan surat tunjuk sebab, kerana modal perniagaan yang telah diberikan Allah, tidak berikan dengan pecuma sahaja untuk keadilan sejagat, bukan kerana Dia nak untung, tapi kerana Dia nak kita untung, pasal Dia tak pernah rugi. … Apa kurang dengar ! … Anda berdakwah .. tapiiii orang kata anda tidak! OK lah jawab di sana bukan di sini.

10. Oleh itu penting berdakwah, kerana ada Nabi yang berdakwah hampir beribu tahun, tapi dapat hanya beberapa orang pengikut sahaja (yang tulin lah ni, pengikut biasa ramai). Semuga kampus menjadi medan untuk menimba ilmu dan pengalaman, termasuklan bab seru-menyeru kepada kebenaran ni.


R22 On 27 Oct 2007 at 1:30 pm

Oktober 28, 2007

Salam Seru

1. Dal (d) dan Ain (c) ialah kata asas yang akan kita rujuk di sini sebagai dc (bunyi dac’) bermakna seru, yang kemudiannya membenuk perkataan doa, dakwah, da’ie (membawa makna seru, sampai, tukang seru). Perkataan yang juga hampir dengan dc, iaitu, Nun (n) dan Ba (b) pula, yang dirujuk sebagai nb (nab) yang bermaksud sampai, beritahu kemudiannya membentuk perkataan nabi (penyampai). Dan Nabi saw menyampai seruan kepada Islam dengan berdakwah selama 23 tahun, contoh ayat. Melayunya, perkataan yang berkaitan ialah pendakwah, da’ie, penceramah agama, penyeru ke jalan benar dan sebagainya. Setakad ingin memahamkan istilah.

2. Keperluan berdakwah (menyeru kepada kebenaran), boleh dilihat kontek sepenuhnya dari pecahan lanjut rukun Ikhsan, yang mana dalam memastikan keberkesanan cara kita beragama (beribadah kepada Allah) untuk mencapai tujuan (mentauhid dan mengenal Allah), kita mesti menafsirkan ‘seolah-olah Allah melihat kita’ kepada 4 katerori perhubungan. Hablum (hubungan) dengan Allah (1), dengan mahluk selain manusia (persekitaran, 2), dengan sesama manusia (3) dan dengan naf (diri kita sendiri, 4). Keperluan pecahan no 4 itu, adalah kerana kita ini sebenarnya ialah roh, yang diberikan jasad. Jasad yang ada di dunia akan hancur ditelan bumi sebelum diberikan jasad baru di hari kebangkitan. Bagaiman kita-roh mengawal diri-jasad, menentukan hasil!

3. Walaupun menyeru kepada sesama manusia yang selalunya dititikberatkan, agar manusia lain (yang kita rasa tak betuhankan Allah) supaya mentauhidkan Allah, keberkesanan menjalankan penyeruan itu banyak bergantung pada kejayaan kita menyeru pertama sekali diri kita sendiri dahulu. Kalau kita tidak jelas dalam memberitahu kepada diri, maka apa yang akan disampaikan kepada sesama kita manusia, juga sekabur kabus keimanan yang berlegar diingatan kita, kemudian di tambah lagi dengan ketidak-berkesanaan (inefficiency) semasa menyampaikan idea kepada orang lain.

4. Faktur keseluruhan kedua yang perlu dilihat ialah, pada jasmani mana pendakwah itu sedang menjalankan penyeruan? Kehidupan manusia di dunia, melalui 7 peringkat umur, seperti dicatit di Bgh 7 Teori Darwin, Per 4, antaranya kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Samada disedari atau tidak, perkara 2 di atas, boleh dilaksanakan oleh kemua 7 peringkat umur, dan sudah pasti kita perlu memahami perbezaan berdakwah diperingkat umur yang berbeza.

5. Apakah kita perlu berdakwah? Sudah pasti ya!, dan semua peringkat umur (per 4) dan peringkat perhubungan (per 2) dengan silibus tersendiri. Ditambah pula ada kenyataan yang mengesyurkan “sampaikanlah walau sepotong ayat” dan “sampaikanlah dengan berhikmah”. Kesemuanya perlu difahami dan diimbangi untuk menghasilkan penyeruan yang berkesan kepada sesiapapun. Kalau kita selasa dengan hanya merasa cukup dengan sepotong dua ayat, semasa menyeru, maka jangan pula mengharapkan ummah yang berilmu lebih dari sepotong dua ayat.

6. Ketika remaja (sekolah menengah) dan awal dewasa (sekolah tinggi termasuk U), manusia berada di peringkat jasmai yang sangat bertenaga, darah muda, berkobar-kobar dengan sepotong dua yang ada, memandang berhikmah dari sudut darah muda, maka dalam apa sahaja peluang, terutama di kampus, berebut-rebutlah semuanya cuba mengapplikasikan teori yang ada. Tanpa disedari, dalam kegirahan darah muda dan pengalaman muda, mahu mengatasi tahu di dalam membuat tindakan. Maka 1001 jenis pendekatanlah timbul, sesuai kemahuan manusia yang pelbagai.

7. Jadi perubahan jasmani (tenaga) dan rohani (pengalaman) menghasilkan perubahan silibus dakwah, bak kata Ustaz “Jika dahulu, makna hidup dicari pada kawan yang mad’u dan diri yang da’ie, tetapi kini makna hidup beralih pada kerjaya, pada rumah tangga, pada semua ..” . Jika dulu banyak waktu boleh dihabiskan untuk kawan, ia berbeza apabila yang ‘wajib baru’ datang, isteri dan seterusnya anak-anak. Pembahagian dari satu (kawan sahaja) dah jadi sekurang-kurangnya kepada tiga, sebagai contoh, kerana tak masukkan kerjaya (teman sejati mengejar ekonomi).

8. Kadang-kadang dakwah perlu dipandang dari sudut berbeza. Leadership by example. Kepimpinan melalui tauladan tidak memerlukan sepatah perkataan pun, sebaliknya penyampaian nilai-nilai murni kehidupan melalui contoh pembawaan diri kita sendiri. Kerana kurangnya penerapan berhikmah kepada diri sendiri, masyarakat sekarang memang tidak melihat ‘kepimpinan melalui tauladan’ sebagai sumber berdakwah yang utama. Kita lebih peka kepada mendengar bahasa lisan dari melihat bahasa badan. Yang menjadi masaalah kadang-kadang, ialah kepekaan yang tersalah letak, kepekaan emosi berbanding kepekaan rational.

9. Pekara pertama dalam berdakwah, pada hemat saya, ialah memperbetul cara berdoa kepada Allah. Ingat dahulu ‘Berdoa syrik, tak berdoa kufur’. Asyik menyeru dan mengingatkan Allah untuk Dia melaksanakan kerjaNya sahaja, tindakan seterusnya yang sepatutnya timbul dari seruan sebenarnya, tidak dilaksanakan. “Ya Allah, panjangkan umurku, murahkan rezekiku (dapat naik jadi CEO), bukalah pintu hati umat Islam kepada kebenaran dan sebagainya” contoh berdoa. Tapi tak sedar dah jadi CEO dengan hantaran 5555.55 dulu, dengan kompang riuh senegeri, tak semualah, tapi yang ganti dengan joget lambak pun ada!

10. Kalau kita berkorban tenaga dan waktu mengenali Allah, dengan mengenali carakerjaNya (Sunahtullah), kemudian mengamalkan penelitan pelajaran tersebut di dalam kehidupan sesuai SyariatNya, Qadar Allah akan menentukan kejayaan sebenar kita berdakwah. Tak kisahlah apa pandangan dari orang lain, yang mungkin mengatakan kita tidak berdakwah dari sudut mereka, yang penting kita sudah berdakwah di sisi Allah, penentu kedamai abadi.