Salam Islam
1. Khutbah Jumaat semalam di Masjid X, 200 m dari Masjid/Markaz Khadiani, menegaskan bahawa selepas peristiwa 9-11, salah faham tentang Islam semakin meruncing. Ini disebabkan definasi Islam itu dibuat berdasarkan kepada apa yang dilakukan atau dianuti oleh pengamal Islam tersebut. Saya kira semua pasti setuju dengan kenyataan tersebut. Walaupun kita sepatutnya menukar perkataan Islam dengan Muslim sebenarnya, tetapi saya pasti ramai faham akan maksudnya.
2. Seterusnya penulis khutbah mengegaskan bahawa budaya barat yang maju sekarang ini, semuanya berasaskan kepada Islam, yang satu masa dahulu menaluki sebagagian besar negara di dunia ini. Kejayaan Barat ini juga memang tidak ramai yang dapat menyangkalnya, walau apa alasan yang diberikan termasuklah golongan yang hendak mendamaikan hati dengan mengatakan kejayaa Barat itu hanya semata-mata di dunia dan tidak langsung di akhirat.
3. Saya kira, Islam telah dibena sejak dari Nabi Adam diberikan ilmu oleh Allah dan tidak kurang 124,000 pesuruh Allah terlibat dalam penyempurnaannya dengan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi terakhir. Sebelum diberikan akal kepada manusia, semua mahluk adalah di dalam Islam. Hanya apabila diberikan kepandaian untuk membuat pilihan (berakal) barulah dibebankan tanggung-jawab kepada manusia, dan status Islam itu mula boleh berubah mengikut pandangan penganutnya.
4. Maka berevolusilah kefahaman tentang Islam dari zaman Nabi Adam as, dengan sebahagian cerita-cerita yang berlaku pada anak-anak Nabi Adam diceritakan di dalam Al Quran. Nabi Adam tidak diberikan Kitab secara resmi, hanya diilhamkan kepada keturunannya bagaimana untuk menjalani penghidupan secara terus atau melalui tarbiah dari alam, sehinggalah ke Nabi Seth, barulah diceritakan tentang permberian suhuf kepadanya. Pengajaran asas ketuhanan sudah diterapkan dari mula, tetapi evolusi minda manusia juga berkembang bersama perkembangan tamadun manusia, membuatkan pelbagai pengertian yang berbeza diberikan tentang siapa Tuhan sebenarnya.
5. Islam itu jelas dari mula. Islam itu memberikan penekanan kepada mengenal dan mentauhidkan Allah dari mula. Mengesakan Allah tidak berubah dari awal sehinggalah ke Nabi terakhir, walaupun syariat berubah mengikut zaman, sesuai tahap kepandaian manusia menggunakan akal yang diberikan Allah dari mulanya. Dan tahap penggunaan akal manusia masih terus berkembang, sesuai penemuan-penemuan ilmu alam semulajadi yang baru oleh manusia. Maka setiap kali pengamal Islam terkeluar dari landasan tauhid, Allah menurunkan Kitab dan persuruhNya untuk memperbetulkan keadaan. Yang terkeluar dari landasan inilah yang akhirnya menamakan diri mereka, lain dari Islam, contohnya menjadi Yahudi, Majusi, Nasrani dan sebagainya (dengan Islam sebagai asas),
6. Terdapat juga yang tidak mahu mengkategorikan atau menamakan kefahaman mereka dengan nama yang baru, dan terus mengatakan bahawa apa yang mereka anuti itu sebagai Islam, walaupun ia bukan Islam yang asalnya. Di sinilah timbulnya isu Islam Popular … Islam Murahan. Nabi mengingatkan umatnya tentang perpecahan itu menjadi 1:73 (Angka sebenarnya tidak sepenting perpechahannya). Sejurus sahaja kewafatan Nabi Muhammad saw, di kalangan keluarganya sendiri terdapat perpecahan, apatah lagi di kalangan bukan keluarga. Masing-masing membuat penafsiran tersendiri, walaupun masih, pada dasarnya memegang kuat kepada dua sumber utama yang ditinggalkan Nabi saw, iaitu Al Quran dan As Sunnah.
7. Dengan tahap penggunaan akal yang berbeza, maka jurang semakin tebal. Yang terdahulu (Salafi) enggan menerima penggunaan akal sebebas yang terkemudian (Khalaf). Kemudian ada juga Salafi yang mahukan pembaharuan. Maka begitulah, timbul Ilmu Kalam yang kemudian kononnya dipebetulkan dengan pendekatan ilmu yang lain. Akhirnya tiba di Malaysia, timbullah golongan yang menggunakan waktu Subuh atau Maghrib, sebagai masa untuk belajar, pasang telinga sahaja pun cukuplah, otaknya tak pasang penuh, teringat Manchester kalah. Begitu juga yang mengajar, pasang mulut sahaja cukuplah, esok baru bawak otak.
8. Lama kelamaan, yang tertinggal itu ini, yang nampak lobak berbeza, yang pasang tak penuh, menyebabkan isu harga semakin turun naik. Sekejap naik, sekejap turun tetapi puratanya turun, semakin murah. Kerana yang pertamanya, susah nak perah otak secara selamba (natural) ni. Nak kena ada telent, gifated dan seterusnya rajin/pandai mengasahnya. Keduanya banyak pengorbanan masa, tenaga, kesenangan, kedamaian, keluarga dan bermacam lagi yang perlu dibuat. Ketiganya, perah otak tak keluar duit buat apa, penat je!
9. Hukum alam yang dituangkan di dalam mathematik, mengatakan penaburan (distribution) kebanyakan pekara yang berlaku secara semulajadi, termasuk graphical distribution of usage of brain, adalah berbentuk loceng (binomial distribution), di mana 90% duduk di average (biasa) dengan 5% duduk di luar biasa positif (yang mahu menggunakan akal dengan betul), dan 5% duduk di luar biasa negatif (hampas!). Kalau semua 5% positif ni menyalak bukit pun, serak suara letih minda, tetapi macam tadi lah, pasang telinga saja wire tak pasang! Ni bukan giveup, tapi nak berjenaka saja. Selagi hayat dikandung badan ….
10. Di kelas Permata999, kami baru habis Surah Yusuf. Allah berkata, ayat 103 “Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).” Dan 106 “Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.”. Jadi … Ustazlah jawab, saya tak reti tentang ni!
http://en.wikipedia.org/wiki/Portal:Mind_and_Brain
Artificial intelligence
Brain
Consciousness
Computer science
Cognitive psychology
Cognitive science
Mind
Neuroscience
Perception
Philosophy of mind
Reductionism
Qualia
Category:Psychology
Category:Cognitive science
Category:Philosophy of mind
WikiProject Philosophy of Mind
Pak Din on August 17 2008 09:18:23
Dari artikel “Hal ini bermakna, penglibatan kita sebagai aktivis gerakan adalah kerana ‘aqidah yang benar, bukan kerana ikut-ikutan, bukan kerana kawan, dan bukan kerana terpesona atau kagum dengan karismatik seorang pemimpin gerakan itu. Perkara ini berbalik kepada kewajipan penggabungan diri dengan gerakan itu sendiri. ”
Salam
Segala apa yang kita lakukan sudah semestinya hanya kerana satu tujuan, iaitu ke arah mengenal Allah dan mengabdikan atau beribadah kepadaNya. Jangan sampai berjemaah membuatkan kita terlalu taksub dengan jemaah sehinggakan lupa kita mengkaji arahtuju jemaah. Banyak perpechahan berlaku hari ini adalah kerana kesetiaan pengikutnya, tanpa mahu mengkaji, kepada arah tuju jemaah. Memang sukatr untuk memastikan pekara-pekara kecil yang tersirat di dalam jemaah yang selalunya membuatkan berlakunya fikrah atau perpechahan sesama Muslim.
Dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1132
puyengskecik wrote:
[quote]Pak Din wrote:
Salam
Bagaimana pendapat saudara tentang ilmu yang telah hampir tenggelam ni…? Sekadar bertanya. Mungkin saudara lebih arif.
Sama-samalah kita usahakan untuk ia dapat diterima kembali. Memang arus perdana lebih mudah dan mengambil melihat apa yang dihidangkan kepada mereka. Jara kita perolehi yang betul-betul mahu berfikir mendalam hakikat kita sebagai insan. Malah sekiranya kematian menjadi ukuran kehidupan, jauh sekali dari kebenaran dalam mencari persoalan siapa kita. Kematian hanya satu perpindahan dan kita sebai roh terus berjuang.
Usaha memertabatkan kembali warisan yang hampir ditenggelamkan samasekali bertambah susah apabila ramai yang mengkatakan mereka tidak materialistik pada percakapan sahaja tetapi tidak pada perbuatan seharian. Bagaimana didikan membaca zahir (seperti membaca AQ) telah diteruskan tanpa mahu memahami apa yang tersirat. Maka akhirnya Allah yang bersifat wujud itu, terpaksa disyirikkan dengan kenyataan bahawa kita ini wujud, sedangkan Sifat Wujud hanya layak bagi Allah.
Surah An Naas, mengingatkan bahawa syaitan itu adalah terdiri dari kalangan jin dan manusia. Kita lihat bagaimana Ramadan mendatang ini akan membuktikan bahawa syaitan manusia lebih menyerlah menggoda kita, kerana sepanjang Ramadan syaitan kalang jin sudah terbelenggu. Maka segala keingkaran manusia yang berlaku di sekitar Ramadan adalah hanya kerana syaitan manusia yang merupakan hawa nafsu sendiri. Adakah kita takut dengan diri sendiri, sekiranya terlintas di dalm hati pekara yang liar? Itu bisikan nafsu sendiri dan melawanya hanya memerlukan ilmu mengenal diri.
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=98&thread_id=1686&pid=68840#post_68840