R22 On 27 Oct 2007 at 1:30 pm

Salam Seru

1. Dal (d) dan Ain (c) ialah kata asas yang akan kita rujuk di sini sebagai dc (bunyi dac’) bermakna seru, yang kemudiannya membenuk perkataan doa, dakwah, da’ie (membawa makna seru, sampai, tukang seru). Perkataan yang juga hampir dengan dc, iaitu, Nun (n) dan Ba (b) pula, yang dirujuk sebagai nb (nab) yang bermaksud sampai, beritahu kemudiannya membentuk perkataan nabi (penyampai). Dan Nabi saw menyampai seruan kepada Islam dengan berdakwah selama 23 tahun, contoh ayat. Melayunya, perkataan yang berkaitan ialah pendakwah, da’ie, penceramah agama, penyeru ke jalan benar dan sebagainya. Setakad ingin memahamkan istilah.

2. Keperluan berdakwah (menyeru kepada kebenaran), boleh dilihat kontek sepenuhnya dari pecahan lanjut rukun Ikhsan, yang mana dalam memastikan keberkesanan cara kita beragama (beribadah kepada Allah) untuk mencapai tujuan (mentauhid dan mengenal Allah), kita mesti menafsirkan ‘seolah-olah Allah melihat kita’ kepada 4 katerori perhubungan. Hablum (hubungan) dengan Allah (1), dengan mahluk selain manusia (persekitaran, 2), dengan sesama manusia (3) dan dengan naf (diri kita sendiri, 4). Keperluan pecahan no 4 itu, adalah kerana kita ini sebenarnya ialah roh, yang diberikan jasad. Jasad yang ada di dunia akan hancur ditelan bumi sebelum diberikan jasad baru di hari kebangkitan. Bagaiman kita-roh mengawal diri-jasad, menentukan hasil!

3. Walaupun menyeru kepada sesama manusia yang selalunya dititikberatkan, agar manusia lain (yang kita rasa tak betuhankan Allah) supaya mentauhidkan Allah, keberkesanan menjalankan penyeruan itu banyak bergantung pada kejayaan kita menyeru pertama sekali diri kita sendiri dahulu. Kalau kita tidak jelas dalam memberitahu kepada diri, maka apa yang akan disampaikan kepada sesama kita manusia, juga sekabur kabus keimanan yang berlegar diingatan kita, kemudian di tambah lagi dengan ketidak-berkesanaan (inefficiency) semasa menyampaikan idea kepada orang lain.

4. Faktur keseluruhan kedua yang perlu dilihat ialah, pada jasmani mana pendakwah itu sedang menjalankan penyeruan? Kehidupan manusia di dunia, melalui 7 peringkat umur, seperti dicatit di Bgh 7 Teori Darwin, Per 4, antaranya kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Samada disedari atau tidak, perkara 2 di atas, boleh dilaksanakan oleh kemua 7 peringkat umur, dan sudah pasti kita perlu memahami perbezaan berdakwah diperingkat umur yang berbeza.

5. Apakah kita perlu berdakwah? Sudah pasti ya!, dan semua peringkat umur (per 4) dan peringkat perhubungan (per 2) dengan silibus tersendiri. Ditambah pula ada kenyataan yang mengesyurkan “sampaikanlah walau sepotong ayat” dan “sampaikanlah dengan berhikmah”. Kesemuanya perlu difahami dan diimbangi untuk menghasilkan penyeruan yang berkesan kepada sesiapapun. Kalau kita selasa dengan hanya merasa cukup dengan sepotong dua ayat, semasa menyeru, maka jangan pula mengharapkan ummah yang berilmu lebih dari sepotong dua ayat.

6. Ketika remaja (sekolah menengah) dan awal dewasa (sekolah tinggi termasuk U), manusia berada di peringkat jasmai yang sangat bertenaga, darah muda, berkobar-kobar dengan sepotong dua yang ada, memandang berhikmah dari sudut darah muda, maka dalam apa sahaja peluang, terutama di kampus, berebut-rebutlah semuanya cuba mengapplikasikan teori yang ada. Tanpa disedari, dalam kegirahan darah muda dan pengalaman muda, mahu mengatasi tahu di dalam membuat tindakan. Maka 1001 jenis pendekatanlah timbul, sesuai kemahuan manusia yang pelbagai.

7. Jadi perubahan jasmani (tenaga) dan rohani (pengalaman) menghasilkan perubahan silibus dakwah, bak kata Ustaz “Jika dahulu, makna hidup dicari pada kawan yang mad’u dan diri yang da’ie, tetapi kini makna hidup beralih pada kerjaya, pada rumah tangga, pada semua ..” . Jika dulu banyak waktu boleh dihabiskan untuk kawan, ia berbeza apabila yang ‘wajib baru’ datang, isteri dan seterusnya anak-anak. Pembahagian dari satu (kawan sahaja) dah jadi sekurang-kurangnya kepada tiga, sebagai contoh, kerana tak masukkan kerjaya (teman sejati mengejar ekonomi).

8. Kadang-kadang dakwah perlu dipandang dari sudut berbeza. Leadership by example. Kepimpinan melalui tauladan tidak memerlukan sepatah perkataan pun, sebaliknya penyampaian nilai-nilai murni kehidupan melalui contoh pembawaan diri kita sendiri. Kerana kurangnya penerapan berhikmah kepada diri sendiri, masyarakat sekarang memang tidak melihat ‘kepimpinan melalui tauladan’ sebagai sumber berdakwah yang utama. Kita lebih peka kepada mendengar bahasa lisan dari melihat bahasa badan. Yang menjadi masaalah kadang-kadang, ialah kepekaan yang tersalah letak, kepekaan emosi berbanding kepekaan rational.

9. Pekara pertama dalam berdakwah, pada hemat saya, ialah memperbetul cara berdoa kepada Allah. Ingat dahulu ‘Berdoa syrik, tak berdoa kufur’. Asyik menyeru dan mengingatkan Allah untuk Dia melaksanakan kerjaNya sahaja, tindakan seterusnya yang sepatutnya timbul dari seruan sebenarnya, tidak dilaksanakan. “Ya Allah, panjangkan umurku, murahkan rezekiku (dapat naik jadi CEO), bukalah pintu hati umat Islam kepada kebenaran dan sebagainya” contoh berdoa. Tapi tak sedar dah jadi CEO dengan hantaran 5555.55 dulu, dengan kompang riuh senegeri, tak semualah, tapi yang ganti dengan joget lambak pun ada!

10. Kalau kita berkorban tenaga dan waktu mengenali Allah, dengan mengenali carakerjaNya (Sunahtullah), kemudian mengamalkan penelitan pelajaran tersebut di dalam kehidupan sesuai SyariatNya, Qadar Allah akan menentukan kejayaan sebenar kita berdakwah. Tak kisahlah apa pandangan dari orang lain, yang mungkin mengatakan kita tidak berdakwah dari sudut mereka, yang penting kita sudah berdakwah di sisi Allah, penentu kedamai abadi.

Satu Respons bagi “R22 On 27 Oct 2007 at 1:30 pm”

  1. Ana Berkata:

    Fitnah jika turun sehingga menggugat apa yang diajar oleh Allah dan rasulNya, maka kehidupan itu adalah racun sekalipun disangkakan madu. Jika benar fitnah akan berlaku maka kita disuruh memohon kepada Allah agar mati dalam keadaan tidak terlibat dengan fitnah atau kerosakan tersebut. Walaupun asalnya seseorang tidak disuruh bercita-cita untuk mati, namun baginda dalam hadis lain menyebut: “Jangan seseorang kamu berharap agar mati disebabkan kemudaratan yang menimpanya. Namun jika tidak boleh, katakanlah: Ya Allah! Hidupkanlah daku sekiranya kehidupan itu baik untukku. Matikanlah daku jika kematian itu baik untukku” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Kadang-kala kematian lebih baik daripada hidup menyusahkan orang lain sehingga menjadi fitnah atau gangguan kepada umat. Demikian mati lebih baik daripada cuba menghadapi ujian yang akhirnya membawa kita tewas lagi rugi pada kehidupan akhirat. Maka tidak pelik jika Saidina ‘Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya: “Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”. Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh.

    Dari http://drmaza.com/home/?p=334

Tinggalkan Jawapan