Salam Segera
1. Nabi Adam adalah mahluk pertama diberikan ilmu yang melayakan ia digelar berakal. Anak-anaknya belajar melalui alam dengan cepat disebabkan zuriat (gen) Nabi Adam. Kadar pembelajaran pada masa itu, ibarat seorang anak yang baru lahir, adalah sangat tinggi. Apabila sampai pada satu tahap keperluan asas sudah ada, pembelajaran mula berkembang dengan lebih perlahan kerana alat-alat mengingat (otak) tidak lagi kosong. Untuk lebih menguasai ilmu, selepas mendapat asas dan awal keselesaan, proses mendapatkannya bertambah sukar dan banyak usaha perlu dilibatkan.
2. Kita perlu memahami ilmu, sebagai terbagi kepada dua pembahagian utama, mengikut kategori sama ada Haliq atau mahluk. Seperti yang telah berkali saya utarakan, carakerja Halik adalah sains dan carakerja mahluk adalah arts. Sebenarnya saya masih bertanggapan bahawa ilmu itu hanya sesuai bagi menghurai carakerja Halik sementara pengetahuan itu adalah carakerja mahluk. Tidak layak sebenarnya carakerja mahluk dipanggil ilmu, tetapi bagaimanapun ilmudan pengetahuan telah diguna secara sinonim dalam bahasa.
3. Ledakan teknologi maklumat (IT Inggerisnya) memberikan lambakan ilmu dan pengetahuan. Bagaimana pun, ketidak-fahaman kita kepada konsep ilmu itu, membuatkan ramai menjadi keliru dengan apa sebenarnya yang mereka dapat. Apakah ia benar-benar ilmu atau ia sekadar pengetahuan. Apa yang kita panggil sebagai berita, ehwal semasa dan yang setara dengannya, kebanyakannya ialah pengtahuan kerana ia menceritakan tentang hal ehwal mahluk. Ambil contoh, terjadinya gunung berapi, gempa bumi dan tsunami. Semuanya menceritakan hal hasil kerja mahluk. Pergerakan lantai bumi yang sentiasa bergerak.
4. Saya setuju pada dasarnya “artikel bukan gelanggang ilmu. Ia adalah medan mencetus idea. Dalam erti kata yang lain, kita tidak sepatutnya menganggap yang kita telah tahu.” Kalau mengikut tanggapan di atas, buku yang tidak menemui kriteria juga bukanlah ilmu. Kita boleh lihat penghasilan sesuatu buku, journal atau apa pun medianya, berdasarkan kepada kedlaman kajian. Sebelum terciptanya media cetak, ilmu dan pengetahuan sudah ada, secara lisan dan ingat turun-temurun. Perbezaan ketara ialah pengumpulan dan penyebaran ilmu dan pengetahuan itu terhad dengan cara lisan dan ingat.
5. Sesuatu media adalah perantara, sebagai cara untuk memindahkan apa yang ada di minda seseorang kepada seseorang yang lain. Apa yang ada di dalam minda itu sekarang dirujuk sebagai meme. Meme merebak dari individu kepada masyarakat, jauh sebelum adanya media cetak atau tulisan kuno sekalipun. Meme merupakan asas sosial dan manusia adalah mahluk sosial. Manusia mahu memberitahu kawannya dan juga mahu tahu apa yang berlaku dari kawannya. Di sinilah evolusi bahasa lisan bermula, di atas keperluan mengetahui antara satu sama yang lain.
6. Apa bendanya yang perlu diketahui secara sosial itu yang menentukan ilmu dan pengetahuan. Sudah pasti di peringkat awal kemanusiaan, keperluan hidup menjadi bahan pengetahuan utama. Bagaimana menangkap binatang sebagai makanan yang kemudian berkembang kepada bagaimana memanfaatkan tanaman yang ditanam sebagai makanan. Teruslah tamadun berevolusi, dari satu tahap rendah kepada yang lebih tinggi, dari mencari keperluan kemudiannya bertukar kepada mencari keselesaan.
7. Setelah asas keperluan tercapai berserta kelegaan (yang melembangkan keselesaan) manusia diilhamkan dengan konsep ketuhanan. Siapa yang menjadikan mereka? Maka mulalah manusia mencari kebenaran dan erti kehidupan. Allah terus mengajar manusia melalui alam (termasuklah belajar dari binatang, contoh Khabil dan burung Gagak). Lama kelaman manusia mencari cara mengumpul dan menyebar dengan lebih berkesan. Dari lukisan di dinding gua, berkembang kepada kepingan batu, kemudian pelepah dan setiap masa mencari peningkatan sehinggalah sekarang ini media elektronik menyediakan IT.
8. Kita sekarang ini kalaupun belajar, tidaklah lagi banyak belajar dari alam, kerana proses tersebut telah banyak diletakkan di media cetak. Malah apa yang kita kaji pun bukanlah sebagai pengkaji pertama, seperti mana yang saya rujuk sebagai penumpang. Kita menyambung apa yang telah dimulakan oleh pengkaji ynag terdahulu. Kita belajar memahami apa yang telah difahamai oleh orang terdahulu dan membuat pengubah-suaian sekiranya perlu. Semua ini dimungkin berlaku dengan kadar yang pantas kerana adanya media yang berkesan untuk proses pengumpulan dan penyebaran, seperti buku, majalah, journal dan sebagainya.
9. Dalam kesibukkan masyarakat menyediakan keperluan asas kehidupan, tidak dinafikan ramai yang mengambil jalan pintas untuk berilmu dan berpengetahuan. Malah pemberi dan penderma ilmu dan pengetahuan juga berusaha keras mencari cara berkesan menyampaikan dan menyebarkannya. Dengan kepalbagaian ragam kehendak dan kemahuan manusia, ilmu bercabang mengikut persekitaran ruang dan waktu. Yang disedari mengandung kesalahan, diperbetulkan, mengikut selera dan kesesuaian penggunaannya. Timbullah lebih ramai yang hanya sempat menjadi pengguna dari yang sempat mengkaji kesahihan faktanya.
10. Kalau kita ambil wadah terkini paling popular iaitu Wiki, kita akan dapat lihat kepelbagaian ilmu dan pengetahuan yang dipaparkan. Wiki sesikit sebanyak membuka ruang bagi menerima kuasa pasaran (market forces). Mereka hanya menjadi perantara yang inginkan ilmu dan pengetahuan dituliskan sebanyak-banyaknya di dalam ruangan mereka. Pada mulanya mereka menghadkan kepada expertise, tetapi mode ini tidak berjaya dan kemudian ditukar kepada mode kuasa pasaran ilmu dan pengetahuan.
Terasa keluar topik, tetapi atas keperluan membena dasar, postkan juga!
Fast food is the term given to food that can be prepared and served very quickly. While any meal with low preparation time can be considered to be fast food, typically the term refers to food sold in a restaurant or store with low quality preparation and served to the customer in a packaged form for take-out/take-away. The term “fast food” was recognized in a dictionary by Merriam-Webster in 1951.[1]
Outlets may be stands or kiosks, which may provide no shelter or seating,[2] or fast food restaurants (also known as quick service restaurants). Franchise operations which are part of restaurant chains have standardized foodstuffs shipped to each restaurant from central locations.[3]
The capital requirements to start a fast food restaurant are relatively small. Small, individually-owned fast food restaurants have become common throughout the world. Fast food restaurants with higher sit-in ratios, where customers can sit and have their orders brought to them, are known as fast casual restaurant.
Dari http://en.wikipedia.org/wiki/Fast_food
Komen ini mungkin ‘tersasar’ dari yang ditajukkan..! Namun perkataan ‘segera’ itu tadi mengingatkan saya kpd kenangan silam sewaktu berkerja kontrak bersama (AB Nera) di SESCO Sibu Sarawak – 1992.. Saya bertemankan seorang berbangsa cina (dari Sitiawan). Ketika makan walaupun waktu ordernya sama dan makanan yang hampir sama, dikebayakan masa dia akan habis makan terlebih dahulu! Maka teringatlah saya (ketika itu) akan adab makan yang di tarbiyah oleh kumpulan Tabligh & juga apa yang di ajar semasa sek rendah dulu tak dapat nak diperaktik. Kerana, teman cina itu berkata: ‘Cepat2 lah makan kita mahu masuk kerja balek?’..
A meme (pronounced /miːm/)[1] is any thought or behavior that can be passed from one person to another by means of imitation. Examples include thoughts, ideas, theories, gestures, practices, fashions, habits, songs and dances. Memes propagate themselves and can move through the cultural sociosphere in a manner similar to the contagious behavior of a virus.
The word “meme” is a neologism coined in 1976 by Richard Dawkins occuring in ‘The Selfish Gene’ to describe how one might extend Darwinian principles to explain the spread of ideas and cultural phenomena. He gave as examples melodies, catch-phrases, beliefs (notably religious belief, clothing/fashion, and the technology of building arches).[2]
Meme-theorists contend that memes evolve by natural selection (similarly to Darwinian biological evolution) through the processes of variation, mutation, competition, and inheritance influencing an individual entity’s reproductive success. So with memes, some ideas will propagate less successfully and become extinct, while others will survive, spread, and, for better or for worse, mutate. “Memeticists argue that the memes most beneficial to their hosts will not necessarily survive; rather, those memes that replicate the most effectively spread best, which allows for the possibility that successful memes may prove detrimental to their hosts.”[3]
From http://en.wikipedia.org/wiki/Meme
Manusia terdiri dari roh dan jasad dengan jiwa sebagai perantara. Jasad membiak melalui gene atau benih keturunan, sementara roh (minda) berkembang melalui meme. Kalau jasad terbena dari jirim (yang asalnya tenaga), roh dan minda adalah msih dalam bentuk tenaga, yang ke arah tenaga asli (tenaga sebelum berlakunya Big Bang). Foton yang menjadi pembawa tenaga dalam bentuk electromotif force, mempunyai kedudukan di tahap 2 (Quantum Science) dengan Complex Livi Cells (termasuk jasmani manusia) berada di tahap 7. Lihat http://sharudin.wordpress.com/2007/09/03/bgh06/.
Jasmani sebagai jirim berada di dimensi ruang-masa sementara rohani berada di dimensi kesedaran (Consciousness) http://en.wikipedia.org/wiki/Consciousness dan tidak terkongkong di ruang-masa. Kesedaran minda kemudian mempunyai 2 hujung iaitu percaya (ikut) dan fikir (bukti).
[...] more here: R25 Makanan segera, ilmu segera tags: fast food, prepared-and, served-very, term, the-term, with-low « Chew on this: Fast [...]