# 13 Sharudin Says:
October 30th, 2007 at 6:41 am
Salam bipolar
1. Islam dan Al Quran adalah pengubat yang sebaiknya. Tetapi nasihat ini hanyalah untuk yang percaya kepadanya. Adakah seorang doktor professional yang merawat pelbagai bangsa dapat memberikan nasihat yang sama kepada yang bukan Islam, atau kepada mat dan minah rempit yang tegar? Begitu juga sebelum kes sebegini ke hospital, di tempat kerja, sebagai seorang ketua, terutamanya yang ramai pekerja dan berbilang kaum, jawapan simplified tidak akan menyelesaikan masaalah.
2. Ini hal cognatif, hal otak, hal saraf atau wirenya yang tidak berfungsi dengan betul. Samada jati dirinya kuat atau tidak, bahagian-bahagian sistem badan yang yang berkedudukan seluruh jasad, tidak dapat menerima data-data jatidiri dengan sempurna. Malah bukan sahaja anggota lain, di dalam otak sendiri yang terdiri dari berbilion neuron, bergantung penuh kepada keberkesanan cecair penyambung yang mehubungkan antara neuron. Kesannya sekiranya data-data asas ada sekalipun, ia tidak dapat disampaikan kepada sasaran kerana highway atau wirenya tidak lengkap.
3. Dalam CBT (Cognative Behaviour Therepy) saya lihat kadang-kadang (tidak semua) unsur-unsur kewarasan, pikir rational tidak dijadikan priority. Pesakit disogok dengan pendekatan yang mereka tidak percaya. Bagi yang normal, sememangnya mudah untuk bercerita tentang percaya, tetapi apabila ada masaalah cognative, sudah pasti dalam keadaan ‘tidak normal’ mindanya, pesakit tidak dapat menerima pikir rational. Hanya setelah bantuan ‘anti-depressent’ baru boleh membantu awal penyembuhan.
4. Malangnya adalah sangat taboo perkataan kemurungan di kalangan masyarakat kita. Kalaupun senarai simptomnya panjang lebar, ‘apa kata orang’ masih menjadi penghalang, untuk pesakit mendapatkan nasihat. Lagi teruk bila pesakit sedang berkerja, terutama di syarikat yang kewangannya yang tipis. Jadinya, bertambahlah setiap masa kemurungannya, sehingga satu hari ada yang terus meletup, sehingga mengalibatkan nyawa diri dan orang lain. Saya difahamkan kes kemurungan semakin meningkat, di zaman yang penuh dengan cabaran ini. Yang hairannya cabaran dulu-dulu pun tak kurang hebatnya!
5. Ketidakpekaan mesyarakat memberikan layanan yang sepatutnya, membuatkan pesakit menjadi lagi keras hati untuk mula mendapatkan rawatan. “Tanpa pengetahuan tentang masalah psikiatri ini, saya tidak tahu berapa banyak rumah tangga yang hancur, berapa banyak pekerja yang diberhentikan majikan”, kata Ustaz. Kadang-kadang kita jadi murung kerana cuba menyelesaikan kemurungan pekerja di bawah jagaan kita. Sekurang-kurangnya di Malaysia, masaalah ini masih diambil peduli, walaupun perlu peningkatan mutu. Pengalaman di dua negara Islam miskin, Medan dan Dacca, lebih ‘mudah’ dan menakutkan, kerana yang normal pun ramai yang tak bekerja, jadi yang tak normal, diketepikan sahaja dengan lebel sampah masyarakat.
6. Masyarakat pula punya alaasan tersendiri. Samada sedar atau tidak, berilmu atau tidak, tindakkan masyarakat mencerminkan pengajaran yang mereka dapat. Kita bercakap pada masyarakat secara keseluruhan. Sudah pasti ada yang lebih baik dari kebiasaan. Tetapi secara purata kedudukan ekomoni menekan dan menghalang mereka dari memberikan sumbangan yang lebih bermakna. Warisan ilmu turun temurun tidak banyak berubah cara. Penekanan kehidupan masih kabur di dalam kejelasan yang diberikan. Hasilnya tidakan yang kabur terpancar dari masyarakat dalam segala bidang, termasuk kebajikan.
7. Guru tersepit dengan panduan. Rotan tangan kanan dengan tangab kiri mengepit buku. Memang ada baiknya, tetapi tak dinafikan buruknya. Delima guru nak merotan murid yang tegar kerana kerelaan ibubapa membela kesalahan anak. Biarlah mereka tak bawak buku, nasihat dah tak jalan, rotan dah tak boleh, tapi gaji bergantung pada prestasi. Bila guru kemurungan, apa hasil yag akan nampak pada masyarakat? Kalau masuk dulu terpaksa berlakun nak dapat kerja, kini kena berlakun kerana nak teruskan kerja. Jadilah pelakun yang akan menghasilkan pelakun. Bukan semua … tak nafi ada yang berkaliber, tapi kita kena lihat hasil!
8. Sebelum ada yang marah dan akan menimbulkan kemurungan, kita terpaksa puji guru-guru (resmi dan tak resmi) yang menjalankan kerja dengan dedekasi. Apalah salahnya dan tiada kurang tenaga terus memuji, kalau itu yang menimbulkan kedamaian hati. Tapi apakan sistem kehidupan boleh berkembang berdasarkan pujian sahaja. Apakan kedamaian yang memastikan datangnya ilmu dengan lancar, ke semua minda, walaupun tak berusaha? Kalau kita hendak menerima hakikat, kehidupan ini adalah untuk mencari kebenaran. Dan kebenaran memerlukan pengorbanan. Cuma tak mahu pengorbanan menjadi kemurungan!
9. Yang merumitkan juga, ‘survival of the fittest’ tidak dapat diapplikasikan lagi dalam dunia modern sekarang. Yang mahu menerima teori itu sahaja pun dah berkurangan, kerana pengaruh yang berpengaruh. Kononnya manusia sudah boleh membuat pembelaan menyeluruh. Yang sakit dapat disembuhkan, yang barlubang jantung dapat diganti, yang beremosi dapat di CBT kan. Memang benar! … tetapi kebenaran ‘survival of the fittest’ sebagai Sunahtullah pun tak dapat diketepikan. Malah Sunahtullah yang banyak disebut di dalam Al Quran.
10. Syabas Ustaz kerana mengemukakan artikel yang meransang otak pemikiran. Syabas juga ustaz-ustaz lain yang mendamaikan otak pemikiran. Segala-galanya tepulang pada kita membuat pilihan. Sudah pasti keadilan Allah akan memastikan Qadar-qadar yang telah dirancangNya menghasil apa yang sepatutnya. Cuma kita perlu memikirkan dengan mendalam, kenapa selalunya semacam tak menjadi perancangan! … akhirnya kemurungan.
Dikirim oleh Pak Din 31