R32

# 7 Pak Din Says:
November 3rd, 2007 at 11:52 pm
Salam centric

1. Tajuk, isi dan kesimpulan yang berbeza. “Jemaah itu keperluan dan Ummah itu tujuan”. Kalau dilihat dari sudut berbeza, memandangkan manusia adalah mahluk sosial, iaitu memerlukan antara satu dengan yang lain, maka jemaahlah yang akan melayani keperluan kita. Samada sesorang itu meninggal sebagai salaf atau khalaf, yang berjiran dengan kita, menjadi kewajipan kita menguruskan jenazahnya, sebenarnya bukan kepada keperluan si mati, tetapi lebih kepada keperluan si hidup untuk mengebumikannya. Kalau ada talkin pun bukan untuk si mati, yang hidup yang lebih patut mendengarnya,

2. Ummah pula lebih kepada tanggapan atau persepsi keseluruhan manusia yang mengaku di bawah satu payung kepercayaan, dalam kes ini, ummah merujuk kepada Muslim. Dengan berasaskan mahu manusia, yang popular mengatasi yang tak popular. (Kedua-dua mengaku mereka lebih benar dari yang lain). Jadi ummah tidak boleh menjadi tujuan, kerana ketidak-sukaan manusia menjunjung akal (rational) dari nafsu (emotional). Kedua-dua akal dan nafsu boleh digunakan oleh kepercayaan untuk membentuk jatidiri yang kuat, walau apa tujuannya.

3. Dari kesimpulan, “Kuncinya adalah pada meletakkan ALLAH sebagai matlamat. Tanpa God-Centered, sama ada kita akan menjadi self-centered, atau larut sebagai social-centered.” Kalau dipandang tujuan sebagai mengarah kepada matlamat, maka tujuan dan matalamat harus selari. Tujuan kepada Ummah dengan matlamat kepada Allah, tidak membuatkan akhirnya menemui Allah, kerana ummah adalah arus perdana yang kuat berdasarkan nafsu, kerana fitrahnya manusia. Kita memang ingin ummah yang Allah centered, tetapi yang minum air bukannya kita, kita hanya membawa ke sumber air.

4. Tidak dinafikan percaya kepada Tuhan adalah asas mengenal Allah, tetapi ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’. Allah itu adalah tujuan dan matlamat untuk kejayaan keseluruhan. Secara jasmani kita berummah dengan yang ramai atau semua, tetapi kecenderungan ummah memilih secara bukan akal, akan memaksa kita secara rohaninya tidak berummah. Atau mempunyai ummah tersendiri yang jauh lebih kecil dari Ummah Popular. Ini tidak dapat dielak kerana ingin berhikmat dengan keadaan persekitaran.

5. Self-centred juga tidak dapat disalahkan sepenuhnya dengan alasan di atas. Self centred yang mengenal diri secara pengunaan akal rational berbeza dari yang secara menggunakan bukan-akal. Walaupun ramai (arus perdana) tidak menerima kenal diri untuk kenal Allah, ia adalah sesuatu yang sebenarnya, boleh disebut sebagai kenal Allah untuk kenal diri. Self centred yang berasaskan nafsu akan menghasilkan social centred yang berasaskan sama dan self centred yang berasaskan akal akan menghasilkan ummah yang dikehendaki. Bukan self centred masaalah sebenarnya. Mengajak individu kepada berfikir menjadi masaalah asasnya.

6. “yang mengganggu Ummah adalah SIKAP NEGATIF dan CARA BERFIKIR yang salah.” Isi yang membincangkan wadah, media, jemaah dan sebagainya yang dipilih untuk mencapai matlamat, tidak sepenting, tujuan sebenar, mengenal Allah. Perpecahahan jemaah adalah kerana tanggapan berbeza tentang bagaimana Allah yang sebenar. Apakah cara sains (rational) atau cara arts (emotional) yang dipilih untuk dijadikan tujuan dan akhirnya matlamat. Cara berfikir yang salah ditambah dengan sikap negatif berpandukan emosi, yang perlu diperbetulkan.

7. Black American, Muslim Europa dan Melayu Malaysia memilih, tanpa disendari, Qadar Allah yang menghasilkan keadaan mereka sekarang. Allah tidak pernah menentukan yang Melayu akan lebih mundur dari Orang Putih, atau dekat sedikit dari Kaum Cina Malaysia. Individu Melayu sendiri, yang kebanyakan mewarisi trait Islam, yang diajar memilih, yang kemudiannya sesuai ketentuan Allah menjadikan mereka tidak semaju kaum lain. Kalau mereka kata ‘Melayu Boleh’ pun, sebagai ransangan membena jatidiri, hanya yang berfikir akan mendapat hasil. Yang menggunakan emosi akan hanya menghasilkan ego bukan usaha.

8. Semua kesibukan berjemaah, bermazhab, berkumpulan dan sebagainya hanya akan menyebukan Muslim dengan housekeeping berbuat demikian. Mangsanya adalah tujuan sebenar, disebabkan kesebukkan tersebut, dalam membuktikan siapa lebih betul, hanya melahirkan satu hasil, bahawa semuanya salah, melainkan yang memasang tujuan mengenal Allah untuk mengenal diri atau sebaliknya. Kita sebuk mengorek nas-nas untuk membetulkan carakerja kita, kita lupa dengan carakerja Allah, yang sebenarnya akan membawa kita kepada mengenalNya dan mengenal diri, yang sudah pasti akan menghasilkan Muslim yang Islam, bukan yang popular.

9. “Subjek yang menjadi sasaran dan kritik bukan lagi pada permasalahan SIKAP TAASUB setiap kumpulan terhadap kumpulan lain, tetapi kepada konsep berjamaah itu sendiri.” Pembenaan ummah yang popular adalah berdasarkan kebolehan mengolah sikap taksub, walau apa yang digunakan. Ini yang telah tertanam di minda kebanyakan Muslim. Ikut, ikut dan ikut bukan fikir, ikut dan fikir. Kalaupun telah tersedar ramai yang terikut, dan cuba membuang permasaalahan sikap taasub, ia telah berakar umbi dalam ummah yang ada sekarang, ummah yang berorientasikan popular.

10. Akhir kata, sebagaimana Ustaz pernah memberikan komen, lebihkurang, individu yang merdeka di dalam jemaah atau ummah yang bersatu, adalah kemerdekaan yang sebenar. Ummah yang merdeka sekalipun (yang tidak merdeka fikirannya), tidak akan dapat menghasil kejayaan yang sebenar. Sebagaimana Allah mengingaktkan Dia tak akan mengubah nasib sesuatu KAUM sehingga individu di dalam kaum itu sendiri mengubahnya. Pentingnya self centric dalam membena ummah. Sudah pasti bukan atas definasi self centric yang popular.

Tinggalkan Jawapan