R35

November 12, 2007

# 24 Pak Din Says:
November 12th, 2007 at 11:44 am
Salam atas-bawah

1. Persoalan pertama yang terbit ialah bagaimana membena bangsa atau negara yang dapat mengatasi yang lain. Bagi memastikan survival of the fittest. Yang paling sesuai untuk mendapat keizinan meneruskan tamadun dan menduduki dunia. Dahulu kelayakan diberikan kepada kekuatan bawahan, tapi kini kekuatan bahagian atasan lebih menentukan kejayaan. Work smart not hard. Atau yang ingat berkorban kena Work smart and hard. Malangnya arus perdana memenjurus kepada Work hard not smart (sedar atau tidak). Tetapi tak nafi dari golongan Work less and not smart (relaxlah beb).

2. Kedua, kefahamaan kerja sama-sama lawan kerjasama!. Ada yang kata kerja sama-sama saya. Tak dengar pulak Nopolean kata bergitu. Kerjasama menghasil tamadun besar di dunia. Kerja sama-sama hanya bererti bila menceritakan sifat kerja, iaitu kerja sama-sama kuat, kerja sama-sama smart dan sebagainaya. Yang cantik sudah semestinya berkerjasama bersama-sama dengan kuat dan smart. Pilihlah antara yang ada, kerana apa yang dipilih akan menentukan Qadar Allah yang terbaik bagi menghasilkan keputusan.

3. Ketiga, Kak Ija yang membaca seluruh artikel dan nampak kesimpulan yang tak nampak “Syok sendiri dengan nota kaki”. Setuju sangat saya dengan penzahiran itu. Asyik mengukur panjangnya nota kaki, tak sedar sekarang dah tukar meter. Nota badan mesti hasil dari kerja atasan, bukan penat kaki berjalan mencari letaknya nota kaki. Tetapi jangan lupa kepelbagaian. Syok sendiri pun ada hasilnya. Janganlah terasa pula macam syok sendiri ni teruk sangat. Segala yang teruk semuanya adalah hasil dari keterlaluan. Yang paling baik dalam membuat sesuatu adalah kesederhanaan.

4. Seterusnya, Ustaz meletakan ayat terakhir untuk menyimpul sebagai, ”Kebijaksanaan itu perlu untuk menterjemahkan ketinggian akal dan minda, kepada sesuatu yang boleh dijamah oleh seluruh masyarakat.”. Ada dua sifat yang macam serupa di situ, bijak dan pandai, mana satu yang kita nak lebih?. Bijak menggunakan pandai atau pandai menggunakan bijak?. Macam telur dan ayam aja! Akal dan minda yang melahirkan bijak dan pandai, sebagaimana akal dan minda juga yang menimbulkan rational dan emosi. Jadilah orang yang bijak dan pandai yang menggunakan akal dan minda untuk mengawal rational dan emosi, dalam memberi ilmu dan pengetahuan kepada ramai.

5. Tapi kata Knowledge of Power, dari Edward Said (Kritian yang berbaju Islam), lebih berkesan kalau diterbalikkan, The Power of Knowledge, kerana seiring denganya ada The Miracle of Belief. Bila disambung menjadi The Miracle of Belief, in the power of knowledge, ia sangat berkesan untuk menangani keserabutan yang mana perlu diguna sebagai keutamaan dalam perjuangan. Sebagaimana kita perlukan semangat, tetapi bukan dengan buluh runcing sebagai senjata perang. Kita perlukan semangat menjadikan bulu runcing sebagai pena melakar senjata perang.

6. Berdasarkan kepada 5 ulasan di atas, sudah pasti “Berilmu di atas, beramal di bawah” sangat penting, untuk dilaksanakan bagi mendapat kejayaan. Dengan semangat kerjasama, amalan setiap ahli masyarakat sangat menentukan. Bukan sama-sama melakukan kerja yang sama, tetapi sama-sama berkerjasama dalam bidang-bidang sendiri. Masyarakat yang tidak bekerjasama, tidak akan dapat membolehkan adanya individu yang perlu ke bidang tertentu. Masyarakat perlu berilmu di atas untuk mengetahui, bagi mereka yang rela pergi berperang, jangan ditambah tugasannya dengan mengemas bandar atau kampung. Masing-masing ada tugasnya. Kefahaman dari ayat Al Quran.

7. Komen ini telah ditulis sebelum saya cuti, tapi tak sempat post. Lepas cuti rasa kena bersihkan 7-10. Wow! Ada 7 tajuk baru. Dan ada politik. Syabas Ustaz! Doakan saya masih boleh menyusun pemikiran melalui penulisan. Itulah masaalah menulis dari seseorang yang bukan Penulis. Hehe.


R34

November 12, 2007

# 32 Pak Din Says:
November 12th, 2007 at 4:52 pm Salam politik

1. Samada disedari atau tidak, soal politik adalah soal kepimpinan. Apa tujuan Allah menjadikan manusia di Bumi ini, sekiranya tidak menjadi pemimpin? Khalifah di atas Bumi Allah. Kalau kita faham perlunya kepimpinan di peringkat keuarga, maka begitulah pentingnya kepimpinan di kalangan sekumpulan keluarga (kampung, daerah, negeri dan negara). Tidak timbul bahawa politik itu kotor kerana politik itu sebahagian dari Islam dan Islam tidak pernah kotor, hanya penganutnya yang menjadi kotor, disebabkan tidak memahami kehendakNya.

2. Kotornya pemimpin adalah kerana kotornya yang dipimpin. Demi demokrasi (penuh atau sebahagian), yang dipimpin mahu menyuarakan pendapat masing-masing. Samada berilmu atau tidak, masing-masing mahu menggunakan hak sebagai seorang individu yang hidup bermasyarakat. Kalau diketepikan hak menentukan pemimpin, sudah pasti mereka akan memberontak dan mengatakan pemimpin mereka tidak menghormati mereka kerana tidak memberikan hak menentukan pemimpin.

3. Kesedaran kepada kepimpinan memang redah di kalangan Muslim. Mereka tahu ada nas yang mengatakan, sekiranya terdapat lebih dari dua orang dalam kumpulan, maka seorang dari mereka perlu dilantik untuk memimpin atau menjadi ketua. Di dalam solat berjemaah, itulah yang hendak diutarakan, soal kepimpinan. Tetapi kita semua terlebih maklum, solah yang dihidupkan, mati sejurus selepas memberi salam. Bila imam membuat salah semasa solat, baru kita akan dapat lihat yang dipimpin faham soal kepimpinan atau tidak, nak berpisah atau nak bersama meneruskan solat bersama imam?

4. Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di kalangan mahluk, setelah diberikan ilmu asas. Allah mengharapkan seterusnya manusia mencari ilmu untuk meneruskan kekhalifahannya. Maka kaum yang tidak berusaha menambah ilmu, bukan sahaja terpinggir dari menjadi pemimpin, malah dilihat kadang-kadang tidak juga sesuai dipimpin sebagai manusia, iaitu mempunyai hak kebebasan untuk dipimpin. Sebahagian besarnya menunjukkan sikap tidak boleh dipimpin secara demokrasi, kerana tidak mahu memahami atau berilmu tentang bagaimana hendak menjadi yang dipimpin.

5. Menjadi pemimpin perlu kefahaman tentang kerjasama dan kerja sama-sama. Mengimbangi kedua-duanya perlu dibust secara bijak. Ada pemimpin yang hanya menjadi wakil suara dari yang dipimpin, maka tiada pembaharuan yang akan berlaku kerana segalanya adalah berdasarkan suara majoriti yang dipimpin. Kita perlukan pemimpin yang membuat pembaharuan dengan merumus dari suara majoriti, sesuatu yang baru dari ideanya sendiri. Pada dasarnya sama dengan suara majoriti, tetapi pada hasilnya, mendatangkan sesuatu yang di atas dari yang dipimpin harapkan. Kalau yang dipimpin mengharapkan kebaikan, pemimpin menghasilkan kecemerlangan.

6. Masalah timbul apabila yang dipimpin tidak berilmu untuk membezakan kebaikan dan kecemerlangan. Maka pemimpin beradaptasi menjadi, yang mewakili suara yang dipimpin bulat-bulat. Tanpa ada pembaharuan. Demi mengekalkan era kepimpinannya. Terbentuklah kecenderungan mencari populariti, dengan mengabaikan perjuangan sebenar yang harus dicapai. Apabila kecenderungan ini berjangkit keseluruh perusuk bahagian perjuangan, maka terbentuklah ciri-ciri politik kotor, yang hanya menggunakan kuasa pasaran kemahuan manusia secara menyeluruh. Manusia dijadikan sangat minat kepada yang popular, termasuklah dalam berbudaya (berpolitik) dan beragama.

7. Kita perlu berbangga bagaimanapun, adanya kebebasan terkawal, suasana politik demokrasi berparliment (beraja). Mungkin ada yang merasakan ia tidak berfungsi sepenuhnya, tetapi selagi kita dapat menggunakan akal dengan sempurna, tujuan utama kita memilih sistem tersebut akan dicapai. Kebabasan berfikir dengan akal yang sempurna berlatar-belakangkan suasana kehidupan yang bebas, akan memastikan tujuan kehidupan dapat dipimpin ke arah mencapai kebebabasan hidup hakiki, yang semestinya merangkumi kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Kejayaan melaksanakan Syariat dan Sunnah Allah swt.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.