# 32 Pak Din Says:
November 12th, 2007 at 4:52 pm Salam politik
1. Samada disedari atau tidak, soal politik adalah soal kepimpinan. Apa tujuan Allah menjadikan manusia di Bumi ini, sekiranya tidak menjadi pemimpin? Khalifah di atas Bumi Allah. Kalau kita faham perlunya kepimpinan di peringkat keuarga, maka begitulah pentingnya kepimpinan di kalangan sekumpulan keluarga (kampung, daerah, negeri dan negara). Tidak timbul bahawa politik itu kotor kerana politik itu sebahagian dari Islam dan Islam tidak pernah kotor, hanya penganutnya yang menjadi kotor, disebabkan tidak memahami kehendakNya.
2. Kotornya pemimpin adalah kerana kotornya yang dipimpin. Demi demokrasi (penuh atau sebahagian), yang dipimpin mahu menyuarakan pendapat masing-masing. Samada berilmu atau tidak, masing-masing mahu menggunakan hak sebagai seorang individu yang hidup bermasyarakat. Kalau diketepikan hak menentukan pemimpin, sudah pasti mereka akan memberontak dan mengatakan pemimpin mereka tidak menghormati mereka kerana tidak memberikan hak menentukan pemimpin.
3. Kesedaran kepada kepimpinan memang redah di kalangan Muslim. Mereka tahu ada nas yang mengatakan, sekiranya terdapat lebih dari dua orang dalam kumpulan, maka seorang dari mereka perlu dilantik untuk memimpin atau menjadi ketua. Di dalam solat berjemaah, itulah yang hendak diutarakan, soal kepimpinan. Tetapi kita semua terlebih maklum, solah yang dihidupkan, mati sejurus selepas memberi salam. Bila imam membuat salah semasa solat, baru kita akan dapat lihat yang dipimpin faham soal kepimpinan atau tidak, nak berpisah atau nak bersama meneruskan solat bersama imam?
4. Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di kalangan mahluk, setelah diberikan ilmu asas. Allah mengharapkan seterusnya manusia mencari ilmu untuk meneruskan kekhalifahannya. Maka kaum yang tidak berusaha menambah ilmu, bukan sahaja terpinggir dari menjadi pemimpin, malah dilihat kadang-kadang tidak juga sesuai dipimpin sebagai manusia, iaitu mempunyai hak kebebasan untuk dipimpin. Sebahagian besarnya menunjukkan sikap tidak boleh dipimpin secara demokrasi, kerana tidak mahu memahami atau berilmu tentang bagaimana hendak menjadi yang dipimpin.
5. Menjadi pemimpin perlu kefahaman tentang kerjasama dan kerja sama-sama. Mengimbangi kedua-duanya perlu dibust secara bijak. Ada pemimpin yang hanya menjadi wakil suara dari yang dipimpin, maka tiada pembaharuan yang akan berlaku kerana segalanya adalah berdasarkan suara majoriti yang dipimpin. Kita perlukan pemimpin yang membuat pembaharuan dengan merumus dari suara majoriti, sesuatu yang baru dari ideanya sendiri. Pada dasarnya sama dengan suara majoriti, tetapi pada hasilnya, mendatangkan sesuatu yang di atas dari yang dipimpin harapkan. Kalau yang dipimpin mengharapkan kebaikan, pemimpin menghasilkan kecemerlangan.
6. Masalah timbul apabila yang dipimpin tidak berilmu untuk membezakan kebaikan dan kecemerlangan. Maka pemimpin beradaptasi menjadi, yang mewakili suara yang dipimpin bulat-bulat. Tanpa ada pembaharuan. Demi mengekalkan era kepimpinannya. Terbentuklah kecenderungan mencari populariti, dengan mengabaikan perjuangan sebenar yang harus dicapai. Apabila kecenderungan ini berjangkit keseluruh perusuk bahagian perjuangan, maka terbentuklah ciri-ciri politik kotor, yang hanya menggunakan kuasa pasaran kemahuan manusia secara menyeluruh. Manusia dijadikan sangat minat kepada yang popular, termasuklah dalam berbudaya (berpolitik) dan beragama.
7. Kita perlu berbangga bagaimanapun, adanya kebebasan terkawal, suasana politik demokrasi berparliment (beraja). Mungkin ada yang merasakan ia tidak berfungsi sepenuhnya, tetapi selagi kita dapat menggunakan akal dengan sempurna, tujuan utama kita memilih sistem tersebut akan dicapai. Kebabasan berfikir dengan akal yang sempurna berlatar-belakangkan suasana kehidupan yang bebas, akan memastikan tujuan kehidupan dapat dipimpin ke arah mencapai kebebabasan hidup hakiki, yang semestinya merangkumi kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Kejayaan melaksanakan Syariat dan Sunnah Allah swt.
http://saifulislam.com/?p=1000
Entry #1000: Saya Bukan Ahli Politik, Tetapi…
November 12, 2007 By: Abu Saif Category: Cabaran Islam, Kampus
“Aih, di sini pun cakap politik juga”, keluh seorang pembaca.
“Ingatkan berkecuali. Rupa-rupanya sama sahaja si Abu Saif ni!”, rungut pembaca yang satu lagi pula.
“Saya tak suka cakap-cakap politik ni. Boleh tak elakkan politik di sini?”, minta seorang lagi pengunjung.
Panas juga. Tak pernah-pernah Abu Saif menulis tentang politik, tiba-tiba semenjak kebelakangan ini, lain pula nadanya. Saifulislam.Com sudah mula berpolitik?
Saya bukan ahli politik. Tidak terfikir di minda saya untuk menjadi seorang ahli politik. Ahli politik dalam erti kata berkempen politik, berceramah di pentas politik, atau mungkin juga bertanding sebagai ADUN atau Ahli Parlimen, menggantikan Lim Kit Siang yang sudah sekian lama mewakili orang kampung saya.
Saya bukan ahli politik.
AsNiza wrote:
Ajal kite xkan lewat or cpt even sesaat pn…
sy pernah dua kali terselamat dr mati lemas..masa zaman kanak2…
dan ini lebih meyakinkan sy,bhwa ajal maut ditangan Tuhan..
bila2 masa shj Dia boleh mengambil nyawa kita..
kpd sesiapa yg pernah ‘terselamat dr ajal’..
jom share ape moral yg korang dpt dr peristiwa itu dan how u adapt thats experience with ur daily routine..jom sama2 muhasabah dri…hidup di dunia cuma sementara.
Allah menentukan kadar pada segala sesuatu, pembentuk jirim atau peristiwa. Maka ketentuan Allah ada menentukan kadar-kadar yang menyebabkan sesuatu boleh berlaku. Contoh kalau kita lalai atau tidak sedar kita lalai, semasa menyebrang jalanraya, maka besar kemungkinannya kadar ‘mendapat kemalangan’ ketika menyebrang itu akan berlaku.
Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=93&thread_id=3586&pid=65411#post_65411
[...] 1. Samada disedari atau tidak, soal politik adalah soal kepimpinan. Apa tujuan Allah menjadikan manusia di Bumi ini, sekiranya [...]