# 34 Pak Din Says:
November 13th, 2007 at 12:30 am
Salam BERSIH
1. Syukur, protes BERSIH telah berlalu dengan tiada kejadian yang terlalu buruk bersamanya. Sesungguhnya ia sesuatu yang perlu dilakukan, walaupun sepatutnya mendapat kebenaran pehak berkuasa. Memang biasa, pekara sebegini akan berlaku walau siapapun memerintah! Kedua-dua pehak akan cuba menegakkan benang basahnya. Sudah menjadi tabiat budaya turun temurun, biar menang sorak, tak kiralah kampung tergadai. Yang pasti kalau pembangkang dan pemerintah bertukar tangan, sekalipun, selagi masih berbangsa Melayu, akan terjadi pekara yang sama.
2. Yang penting surat telah sampai ke tangan Raja. Akan berterusanlah benang basah ditegakkan. Yang satu kata kejayaan menyampaikan hasrat di hati kepada Payung pemerintah dan yang satu lagi kata hendak memerangkap Raja-raja untuk bermain politik. Tahniah kedua-dua pehak, kerana kesabaran dalam bertindak tidak mencetuskan kejadian buruk. Kedua-dua perlu sedar dalam sistem demokrasi beraja ini, parliament yang terdiri dari kedua-dua pehak saling membetulkan satu sama lain. Hasil dari pertikaman lidah di parliament itulah kesemua undang-undang digubal dan kemudian dilaksanakan.
3. Kesanggupan BERSIH mengadakan pasukan khas bagi tujuan membendung keganasan juga perlu disanjungi. Kekuathiran pehak penjaga keamanan juga bukanlah tidak bertempat. Semuanya berdasarkan kejadian lalu, di mana memastikan sesuatu demonstrasi, samada dicadang aman atau tidak, tidak menjamin kententeraman awam dapat dikawal. Apabila keadaan menjadi tegang, yang berserban pun akan mengambil kesempatan baling batu sembunyi tangan. Seakan Allah tak nampak bagaimana imannya yang rapuh di dalam jiwa?
4. Empat pekara yang dikemukakan bukannya sesuatu yang baru. Bukan tidak pernah dibahas di parliament. Bukannya Raja-raja asyik bermain golf atau menunggang kuda sehingga tidak tahu hal-hal rakyat. Tetapi itulah budaya short-sighted. Budaya jalan pintas. Disuruh oleh Allah untuk berilmu dalam menjalankan sesuatu, terutamanya dengan mematalamatkan syurga dalam kehidupan, carakerja berpotensi huru-hara yang dipilih untuk melaksanakan sesuatu hajat. Bukankah menyusun strategi yang lebih kukuh dari itu, masih boleh dibuat?
5. Penguat-kuasa undang-undang juga perlu berstrategi lebih jitu dalam menangani peristiwa sedemikian. Kalau telah diwar-warkan slogan berhemah dan berhati-hati di jalan raya, kenapa tidak slogan yang sama digunakan semasa bertindak? Kalau sesuatu terkeluar dari atur cara asal barulah bertindak, sekiranya belum terkeluar, kenapa perlu bertindak awal, kepada pekara yang belum pasti berlaku? Bagaimanapun syabas kedua-dua pehak kerana hasil tidakan masing-masing, tidak menjadikan keadaan huru-hara kepada persekitaran.
6. Umumnya BERSIH hendak menunjukkan perpaduan jitu dari pelbagai pehak, di atas isu-isu yang dikemukakan. Sememangnya kedua pehak bersetuju (kerajaan dan pembangkang) sistem pemerintahan perlu dikemaskini setiap masa, terutamanya sistem pilihanraya. Tidak akan bermakna kebebasan berdemokrasi, sekiranya dalam pelaksanaan pilihanraya terdapat kepincangan, walau sekecil manapun. Hanya dengan memdapat mandat yang sempurna, akan memastikan kejayaan cemerlang dalam sistem pemerintahan.
7. Masyarakat Malaysia perlu lebih matang dalam berpolitik. Dalam keghirahan mengejar kemajuan di bidang sains dan teknologi, rakyat seharusnya lebih memusatkan pemikiran kepada sesuatu yang lebih mendatangkan faedah kepada agama, bangsa dan negara. Menyedari bahawa segala sesuatu yang telah dan akan berlaku adalah mengikut Sunnah Allah, akan menjadikan kita lebih banyak berfikir panjang, dari bertidak dengan sort-sighted actions atau mengambil jalan pintas dalam menyelesaikan sesuatu.
Dikirim oleh Pak Din 31