#79 Pak Din Says:
November 14th, 2007 at 10:37 am Salam po litik
1. Sebagaimana kita tidak perlu menjadi imam untuk mendapat 27 darjah, bergitu juga kita tidak perlu menjadi ahli politik untuk berpolitik. Sebagimana kita menjadi ahli masyarakat yang membentuk sebuah negara (yang kemuadian mendokong ummah), kita tidak perlu menjadi pemimpin tertinggi untuk meninggalkan kesan kepada masyarakat. Pemimpin yang baik memerlukan pengikut yang baik dan bergitulah sebaliknya. Keseluruhan suasana masyarakat bernegara dan berpolitik tidak hanya bergantung kepada beberapa orang atau kumpulan jemaah yang memimpin sahaja. Semua memainkan peranan yang besar.
2. Saya tertarik dengan Tipah yang asyik tertipu, di dalam semua bidang. Seperti kata Kak Ija “kesedaran politik orang ramai seolah2 meningkat begitu juga kefahaman terhadap Islam, tetapi rupa2nya Tipah Tertipu!!!”. Orang ramai Malaysia terutama Melayu Islam baru tersedar tentang kepentingan politik atau kepimpinan, walaupun pekara kepempinan telah lama terpahat di dalam Al Quran. Apabila tersedar (dari tidur) maka sifat Glokal (Glabah dan Kalut, mengikut kata Ahki Muhtar Suhaili) menguasai diri, terkecualilah penidur professional. Masing-masing mencari dahan untuk berpaut. Rapuh tak rapuh belakang kira. Asalkan nampak macam dahan, termasuk yang lapuk di dalam dan dicat baru di luar, pun jadilah untuk membentuk keyakinan diri berpaut pada sesuatu.
3. Maka apa saya warna yang melambai, kuning ke, hijau ke, biru ke, tidak menjadi kisah. “Tahawwur ialah keberanian manusia menempuh suatu hal meskipun menurut pertimbangan akal yang waras perkara itu tidak sewajarnya ditempuh. Punca kepada timbulnya sikap berani membabi buta ialah lantaran darah marah yang mendidih yang timbul dari nafsu membalas dendam” jelas Ahki Muhtar Suhaili. Segala rational berhubung dengan tindakkan yang perlu diambil menjadi kurang proiritinya. Sifat inilah yang dieksploit oleh penganjur selalunya untuk menjayakan kemahuan mereka.
4. Ustaz Hasrizal sentiasa mengingatkan “Apa yang paling penting adalah komitmen kita dengan Akhlaq. Sepanjang Ramadhan, banyak artikel yang telah saya tulis untuk emphasize bahawa “kuat sejati ialah pada keupayaan mengawal diri ketika marah”. Kawal diri kalau suka sangat dengan sesuatu, kawal diri juga semasa marah atau bencikan sesuatu.” Dan kadang-kadang (hampir selalu sebenarnya) menurut Akhi Amin Ahmad “sememangnya kita pilih utk tidak bersetuju (kadang2 tanpa hujah)..”. Tiada alasan yang dapat difikirkan dengan rational, bahkan hanya menurut emosi (dari pengaruh lambaian warna-warna melambai lembut di atas).
5. MemBERSIH adalah proses yang sehat. Tujuan yang sangat baik dan murni. Tetapi tujuan sahaja tidak dapat menjamin hasil yang sempurna. Kerana tujuan tidak menghalalkan cara, sebagaimana cara yang salah juga tidak akan mencapai kepada tujuan dan matlamat. Ustaz pilih Surah Al Maaon, kerana salah satunya mengandungi amaran keras Allah kepada mereka yang mendirikan tiang agama (solah). Cara yang salah atau proses yang tidak mencapai tujuan (seperti solat yang tidak mencegah kepada fahsa dan mungkar) akan hanya mendapat balasan buruk dari Allah. Begitu juga tujuan BERSIH dengan cara yang kurang bersih.
6. Akhi Drz yang mengatakan “Saya rasa Dr MAZA tak pernah merasai suasana Islam di negeri bukan Islam”, perlu memahami mengapa Ustaz Harizal cenderung kepada kata-kata Muhammad Abduh berhubung “Di Paris, ada Islam tanpa Muslim, tetapi di Mesir ada Muslim tanpa Islam”. Dengan berpuluh demo pun tidak akan dapat menyenangkan kerja Dr MAZA dan mufti-mufti lain di Malaysia, untuk mereka sahaja membentras segala kegiatan tidak diingini. Semuanya terpulang keapda team-work. Pemimpin dan yang dipimpin. Kedua-dua perlu pro-aktif.
7. Saya tidak merasakan BA akan dapat menangani masaalah yang BN hadapi dengan cara pemikiran dan pendekatan yang sediaada pada BA sekarang. Memang saya sendiri suka melaungkan reformasi, tajdid, anti-ultra-ke, mini-ke, salafi, tetapi laungan-laungan tersebut perlu datang dari akal rational, dan bukan hanya dari lambaian lembut warna-warna yang memperjuangkan jalan pintas. Jalan dan mengembara (jasmani dan rohani) untuk membuat rumusan dari nota-nota kaki yang ada, berhubung carakerja bagaimana yang akan memberikan hasil yang lumayan. Sunnah Allah menunggu pilihan kita.
Dikirim oleh Pak Din 31