November 16th, 2007 at 6:20 pm
Salam akhir
1. Akhi Elbariti, (Orang Parit), saya memang baru di Sifulislam ni, 15-Nov genap 3 bulan mengenalinya dan peserta-peserta perbahasannya. Saya pun baru kenal dengan Ustaz Hasrizal. Saya pun bukan tahu siapa Akhi melainkan dari penulisan, yang Akhi kata Akhi bukan Penulis tapi nak menulis. Jadi saya pun pinjam kata-kata tu kerana saya pun malas nak menulis, tetapi kerana atas dasar ‘tahu kena tulis’, saya pun tulis. Ustaz memperjuangkan mahu yang kemudian mampu menulis. Sebab tu tulisan saya agak beterabur ejaan, bahasa dan kandungannya.
2. Saya letak komen, yang Akhi tanya di Komen 8764, di sini, kerana sejajar dengan minat saya. Dengan berlatar-belakangkan pendidikan UK menjadi jurutera, saya sangat minat kepada sains sedari kecil, walaupun pendedahan dan penglibatan dengan jemaah dakwah bermacam bentuk telah saya rasakan sedari kecil. Jadi sebagai jurutera, sehingga dapat kerja dengan Jabatan Telekom, tak banyak saya dapat perkatakan tentang Islam, melainkan dengar, dengar dan dengar. Hanya apabila dah bekerja saya mula mencari Islam sebenar dasi kacamata saya sendiri, dan rupa-rupanya pekara yang saya paling minati, iaitu ilmu sains adalah separuh dari Islam, dalam ertikata sains itu adalah ilmu mengkaji hukum Alam, yang sebenarnya Hukum Allah, atau carkerja Allah atau Sunnah Allah.
3. Saya melihat kejatuhan Andalusia, dan juga kejatuhan zaman kegemilangan Islam, adalah kerana ketidak-fahaman Muslim berhubung pentingnya Sunnah Allah diletakkan setaraf dengan Syariat Allah. Kedua-duanya merupakan ayat-ayat Allah, cumanya satu berbahasa manusia dan satu lagi berbahasa Alam (ghaib). Malangnya Muslim hariini, lanjutan dari kejatuahan Islam dan Andalusia, tidak mahu menyedari dan mengakui bahawa segala ketentuan Allah dalam bentuk Sunnah Allah itu, sebagai pekara yang membawa kepada keruntuhannya. Muslim telah terlalu jauh menyempang dalam memahami Qodo dan Qadar Allah.
4. Dalam masa 3 bulan ini saya telah meluahkan apa yang tersirat selama ini dari pengkaji dan penelitian persekitaran, kepada tulisan yang saya harap, menjadi bahan bacaan rujukan kefahaman saya terhadap perbezaan-perbezaan yang ada pada pemikiran saya dan pemikiran orang lain. Sudah pastinya, dengan kesuaian yang terdapat di Saifulislam dan beberapa peristiwa yang ditakdir Allah, maka dapatlah saya meluahkan setakad ini, tidak kurang 90 komen, yang purata mengandungi 10 perenggan setiap satu. Samada ia sesuai kepada arus perdana, saya sendiri lebih mementingkan kepuasan diri belajar menulis.
5. Selepas berkesempatan bertemu Ustaz buat kali kedua dan seorang lagi peminat SI, saya mengulangkaji komen-komen saya, dan saya dapati betapa lemahnya saya dalam mendisplinkan penulisan saya, terutama dalam ejaan, bahasa dan kandungannya. Saya terfikir untuk memperbaikinya, terpaksalah saya mengambil iktibar dari, sekiranya membuat kesilapan menjalankan rukun ibadah Haji, kena main Dam. Jadi kebetulan saya jumpa Online Payment Pay Pal dalam laman Ustaz. Semalam saya cuba bayar Dam pertama kali Euro 10 (entah berapa sen pun tak pasti). Saya berharap dapat menambah Dam yang perlu kerana kesalahan yang banyak.
6. Saya berterima kasih sekali lagi kepada Ustaz, dan pembaca lain, sempena 3 bulan ini, terutama idea Akhi Elbarati berhubung menulis bukan sebagai penulis (sebagaimana bukan semua Muslim itu Islam, – dulu lain, sekarang lain) dan komen Akhi kepada Ustaz Hasrizal, yang merupakan kawan sekolah, di dalam ‘Siapa saya sebenarnya?’, yang saya kira sangat transparent dan bermakna. Jangan marah ya Ustaz.
7. Akhirkata, kepentingan sains pada saya sangat tinggi, sehinggakan disamping Ilmu Tauhid yang saya gunakan untuk mengenal Allah, Ilmu Sains sangat membantu dalam menyokong pencarian Tuhan. Blog saya, yang terbena atas dorongan Ustaz Hasrizal juga adalah khusus untuk memperkatakan sains sebagai ilmu mengkaji carakerja Allah dan kesemua komen saya, saya tulis dengan memokuskan kepada sains sebagai dasar mengenal Allah. Yang memandang sains sebagai alat materialistik sepatutnya, pandang buat kali kedua dan fikir betul-betul bahawa sains juga mengajar non-materialistik matter, seumpama roh, rohani, minda, akal dan yang setara dengannya. Jangan lupa rujukan utama sains saya ialah Al Quran.
14#14 Pak Din Says:
November 16th, 2007 at 11:19 pm
Salam Ustaz
Semalam punya test PayPal KO! Harini punya nampak OK! Euro 11.
Dikirim oleh Pak Din 31