Salam
1. Bulan adalah satelit yang mengelilingi Bumi. Walaupun tamadun besar lain menggunakan Matahari sebagai alat pengukur masa, Islam menjdikan Bulan sebagai pengukur waktu. Dengan melihat kedudukan Bulan, maka menjadi wajiblah pekerjaan sesuatu ibadah itu, seperti Ibadah Haji, Puasa, Zakat sementara ibadah-ibadah lain menjadi wajib apabila sampai waktunya yang telah ditetapkan mengikut cara-cara tertentu. Kepentingan Bulan dirakam di dalam Al Quran, dan memberikan identiti tersendiri kepada Agama Islam.
2. Bulan juga dijadikan lambang ketenangan dan keharmonian malam. Menjadi ilham kepada ahli-ahli seni yang memberikan gambaran Bulan sebagai sesuatu yang ditunggu dalam pepatah ‘menunggu Bulan jatuh ke riba’. Bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri, tetapi ia menjadi cermin kepada cahaya Matahari. Perhiasan langit kepada kegelapan malam di samping kegunaannya menjadi rujukan kepada pelayar di lautan luas, bersama-sama bintang-bintang yang lain. Beberapa kejadian di Bumi juga berlaku ketika Bulan mengambang penuh, yang sebenarnya apabila Bulan ketika itu tidak terlindung dari pandangan mata oleh kedudukan Bumi itu sendiri.
3. Bulan juga menjadi pengimbang kepada putaran Bumi di atas paksinya sendiri. Beberapa planet lain yang mengelilingi Matahari juga mempunyai satelit atau bulan tersendiri. Walaupun bilangannya berbeza, fungsinya sama seperti Bulan kepada Bumi. Bagaimana Bumi dan planet-planet lain yang mengelilingi Matahari, berasal dari Matahari, begitulah juga Bulan terbentuk asalnya dari bahagian Bumi. Segala-galanya mempunyai laluan orbit yang telah ditentukan oleh Penciptanya, sebagaiman digambarkan di dalam Surah Yasin. Pengaruh tarikan graviti Bulan menjadikan air di Bumi memmpunyai waktu pasang dan surut, bagi kegunaan manusia.
4. Agama Islam adalah agama yang diiktiraf atau diterima oleh Allah. Al Quran menceritakan adanya pelbagai agama, tetapi hanya penganut Agama Islam sahaja yang akan mendapat keredhaan Allah di kehidupan akhirat kelak. Itupun penganut yang faham akan kehendak Tuhannya. Agama menjadi budaya apabila paksi ketuhanan diketepikan. Islam sebagai agama bermula dari terbentuknya Alam ini sejak azali. Maka keseluruhan Alam ini adalah di dalam keadaan Islam pada asalnya, sehinggalah Allah hendak melihat kesan kepada adanya penciptaan akal sebagai wadah kebijaksanaan, kepandaian dan keilmuan. Maka sewajarnyalah kita mengiktiraf alam tumbuh-tumbuhan dan binatang itu sebagai alam Islam, walaupun rujukan berbudaya lebih sesuai dari beragama untuk alam-alam tersebut.
5. Perlu diketahui dengan itu bahawa Alam keseluruhannya adalah Islam, iaitu dalam keadaan selamat dan menurut perintah Penciptanya, sehinggalah Allah menjadikan mahluk yang diberikan kebolehan untuk mencampakkan diri mereka ke lembah tidak selamat. Dengan adanya akal dan nafsu, manusia menjadi mahluk yang paling banyak diberikan pilihan untuk melaksanakan kehidupan. Segala-gala yang dibentuk pada awalnya boleh dimanfaatkan untuk manusia, terbatas hanya kepada kepintaran akal. Malangnya semua ini tidak berikan begitu sahaja, melainkan akan dipertanggung-jawabkan kepada manusia segala apa yang dia pilih untuk melakukannya. Allah sentiasa memberikan garis panduan melalui Kitab-kitab dan Rasul-rasulNya, agar manusia mendapat cara menjalankan kehidupan sesuai kehendakNya.
6. Islamnya Alam ini tidak bermakna tiada yang negatif atau buruk. Sebenarnya Allah menciptakan segala yang baik, sementara yang buruk datangnya dari pemilihan mahluk yang tidak memilih untuk melaksanakan sesuatu dengan cara yang baik. Bagaimanapun kedua-dua kesan buruk dan baik adalah hasil dari kekuasaan dan keberadaan Allah sebagai Pembentuk Alam ini. Tiada sesuatu berlaku dan tiada kekuatan bagi mahluk untuk melaksanakan sesuatu, tanpa adanya Allah. Hanya Allah yang wujud secara haq atau wujud berzat, walaupun bukan jisim bentuknya. Segala jisim, matters atau material yang ada di Alam ini merupakan terjemahan wujudnya Allah.
7. Pentingnya memahami Islamnya Alam ini, bagi memastikan kita sebagai Muslim, mencari kehidupan yang betul untuk dijalani. Pemerintahan bagaimana yang harus diambil sebagai meneraju kehidupan kita? Keutamaan bagaimana yang harus kita fahami dalam memilih segala yang nampaknya menjadi keutamaan hidup? Terutamanya apabila terlalu ramai yang membuat definasi sendiri, bentuk jemaah yang bagaimana akan mendapat keredhaan Allah dan ibadah yang bagaimana yang perlu diainkan dan dikifayahkan? Mendokong ummah itu adalah keperluan dengan keutamaan mengenal Allah sebagai Tuhan, melalui kefahaman carakerjaNya yang tertulis di Alam ini.
Ogos 8, 2008 at 12:14 am |
Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah, amalan dan hokum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.
Dari http://dppwp.wordpress.com/usrah/minggu-1-tasawwur-islam/
Islam dibawa oleh 124,000 Nabi-nabi dari Nabi Adam as.
Ogos 8, 2008 at 12:17 am |
3. Allah tidak bertindak untuk terus menegur manusia dengan secara terus, melalui pemberian syariat tertentu pada awalnya, sebagaimana tidak adanya disebut Al Quran behubung permberian kitab atau suhuf kepada Nabi Adam. Bagaimanapun Al Quran menceritakan bagaimana anak-anak Nabi Adam belajar dari persekitaran (Alam) dengan meniru gaya perlakuan binatang melakukan sesuatu. Ini merupakan bukti bahawa Allah memberikan manusia kepercayaan penuh terhadap kepandaian mereka menggunakan akal yang baru diberikan. Hanya selepas beberapa waktu, manusia semakin jauh menyimpang dari landasan asal, barulah Allah bertindak mengwahyukan kepada orang-orang pilihannya, untuk membawa peringatan secara terperinci.
Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/21/s03/
Ogos 8, 2008 at 12:34 am |
Agama Islam turun dari Allah SWT yang disampaikan Jibril kepada Nabi Muhamamad SAW. lalu disampaikan kepada umat manusia, segala petunjuk Allah diseluruh alam. Islam adalah agama yang menyelamatkan umat manusia khususnya dan mahluk Allah pada umumnya, baik di dunia maupun di akhirat sesuai QS : Ali Imron : 19 dan 85.
Dari http://raga-diem.blogspot.com/ tajuk Islam
AQ Surah Ali Imran 19. Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
Ogos 8, 2008 at 2:04 am |
Risalah Islam bermula sejak Nabi Adam lagi. Tidaklah semua budaya atau unsur pandangan alam manusia (Melayu khususnya) sebelum abad itu boleh dikategorikan sebagai budaya atau pandangan alam yang melahirkan sains tidak Islam kerana fitrah manusia (dan surih tinggalan risalah Islam sebelum kelahiran Nabi terakhir kita) sentiasa wujud sepanjang masa, dan adanya unsur ‘urf (adat resam) yang non-Islamic yang sentiasa boleh disesuaikan dengan Islam sebenar.
Dengan tabii sains Melayu-Islam yang digariskan di atas, satu daripada kegiatan sains Melayu-Islam ialah kegiatan menyelidik, mencungkil dan menyerlahkan unsur etnosains di alam Melayu, iaitu sains yang tersirat dalam cara hidup Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam. Kegiatan sains itu membantu menguatkan kekuatan jiwa Melayu yang terbelenggu dengan tanggapan kehebatan bangsa lain yang kaya dengan etnosainsnya, membantu memenuhi satu daripada tuntutan ‘Wawasan 2020′ kita supaya kita ‘terucul secara psikologinya’ (asalnya, psychologically liberated atau ‘tidak terkongkong jiwanya’) dan sekali gus menjadikan bangsa Melayu lebih berdaya pengaryaannya.
Dari http://www.kesturi.net/2008/07/30/mencerna-sains-menurut-acuan-alam-melayu-islam/
Ogos 12, 2008 at 2:36 pm |
Most traditions, however, including the one just cited, inflict the death sentence because the apostate waged war on Islam. Indeed, the primary justification for the execution of the apostate is that in the early days of Islam, apostasy and treason were in fact synonymous. War was perennial in Arabia. It never stopped. To reject the leader of another tribe, to give up on a coalition, was in effect to go to war against him. There was no such thing as neutrality. There were truces, but there was never a permanent neutrality. It is reported, for example, that immediately after the death of Mohammed, many tribes apostatized. They said in effect, “The leader whom we were following is gone, so let’s go back to our own leaders.” And they rebelled against Muslim rule. The first caliph, Abu Bakr, ordered such rebels to be killed.
Dari http://www.thewhitepath.com/archives/2006/08/what_went_wrong_in_islam_an_excellent_analysis.php
“in the early days of Islam”. Bila Islam bermula?
Ogos 25, 2008 at 3:04 pm |
Nama-nama seperti Astora Jabat dan Sisters in Islam bukanlah nama yang saya kenali sebagai golongan “Liberal.” Mereka ini golongan “Islam Liberal.” Apabila Ustaz menyebut sahaja nama-nama mereka, maka jelaslah kepada saya bahawa Ustaz telah terkeliru. Nampaknya Ustaz tercampur antara “Islam Liberal” dengan “Liberalisme”. Lihat komentar pendek saya di sini.
Izinkan juga saya memberi sedikit ulasan mengenai Liberalisme. Sebagai seorang yang baru belajar mengenai Liberalisme, saya sebenarnya bukan “pakar” tetapi saya rasa saya boleh memberikan pandangan berdasarkan apa yang saya telah pelajari. Saya juga merasakan bahawa penerangan ini penting kerana pembentangan Ustaz tadi penuh dengan kekeliruan mengenai “Liberalisme” dan “Islam Liberal”.
(NB: Semua nota di bawah merujuk kepada konsep Liberalisme Klasik, yang juga dikenali sebagai Libertarianisme)
Liberalisme Klasik mempunyai beberapa ciri-ciri penting. Dalam buku The Libertarian Reader, David Boaz menulis bahawa “the main thread of libertarianism goes back to the Jewish and Greek idea of a higher law, a law by which everyone, even the ruler, could be judged.” Ini menunjukan bahawa golongan liberal klasik tidak menolak wujudnya satu “higher” authority, yang mana ini boleh ditafsir sebagai agama. Golongan Liberal Klasik mempertahankan hak untuk beragama dan hak untuk mengamalkan agama.
Dari http://wansaiful.com/2008/02/03/islam-liberal-atau-liberalisme-satu-surat-terbuka/
Ogos 25, 2008 at 5:30 pm |
[...] kasih Rin pada S02 Bulan dan agamaRin pada R7 On October 5, 2007 @ 1:06…Rin pada R80 Kitab ”KimyauSaadah…Rin pada [...]