S03 Agama dan Tuhan.

Salam Tuhan

1. Agama adalah lanjutan dari berbudaya. Dengan berbudaya unsur-unsur ketuhanan tidak menjadi fokus. Dengan beragama kemasukan unsur ketuhanan menjadi teras kebudayaan. Walaupun Islam (berada di dalam keselamatan dan menyerah diri) telah ada sejak dari azali, kehadiran akal yang sebenarnya menjadi pengukur kepada beragama yang sebenar, kerana sebelum adalnya akal mahluk tidak mempunyai kebebasaan secara meluas dalam menjalankan kehidupan seharian. Budaya kehidupan mahluk sebelum pemberian akal, merupakan budaya mengikut dan menerima apa sahaja yang diilhamkan oleh Allah kepada mahluknya, contoh dari Al Quran, Allah mengwahyukan lebah untuk bersarang di atas busut atau di atas pokok.

2. Dengan alat canggih (akal) baru yang dikurniakan Allah, manusia berevolusi menggunakannya sesuai keperluan harian kehidupannya. Setiap kali berlaku apa yang dirasakan tidak bersesuaian dengan kehendaknya, manusia mengambil langkah memperbaharui cara dan tindakan yang di ambil, bagi memastikan apa yang diperolehi dari persekitaran dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sudah pasti alat baru ini tidak hanya digunakan ke arah kebaikan sahaja, malah dengan adalanya nafsu yang terlebih dahulu diberikan, manusia cenderung menggunakan akalnya untuk memikirkan keperluan ke arah memaksimakan keseronokkan melayan nafsu berbanding mencari kebenaran.

3. Allah tidak bertindak untuk terus menegur manusia dengan secara terus, melalui pemberian syariat tertentu pada awalnya, sebagaimana tidak adanya disebut Al Quran behubung permberian kitab atau suhuf kepada Nabi Adam. Bagaimanapun Al Quran menceritakan bagaimana anak-anak Nabi Adam belajar dari persekitaran (Alam) dengan meniru gaya perlakuan binatang melakukan sesuatu. Ini merupakan bukti bahawa Allah memberikan manusia kepercayaan penuh terhadap kepandaian mereka menggunakan akal yang baru diberikan. Hanya selepas beberapa waktu, manusia semakin jauh menyimpang dari landasan asal, barulah Allah bertindak mengwahyukan kepada orang-orang pilihannya, untuk membawa peringatan secara terperinci.

4. Budaya sebelum pemberian akal tidak mengharapkan penganutnya mengenal siapa Pencipta Alam ini. Selepas adanya akal, selain dari memperkaya perbendaharaan cara menjalani kehidupan, Allah mengharapkan dengan kepelbagaian ragam manusia, untuk melihat siapa di antara manusia yang akan dapat mengenali Tuhannya. Proses bertuhan ini juga mengambil masa dan dipandu oleh petunjuk dari Allah. Pada peringkat awalnya, segala apa yang berlaku dipersekitaran, yang tidak dapat dihuraikan oleh pemikiran manusia, jalan penyelesaiannya adalah dengan mengatakan itu kehendak dan kekuasaan Tuhan. Maka bermulalah manusia mendefinasikan Tuhan dengan bermacam-macam definasi, sesuai apa yang memberikan impak hebat di dalam kehidupannya.

5. Berbudaya bertukar menjadi beragama apabila kesedaran menyandarkan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan kepada satu kuasa yang luarbiasa, tidak mati, immortal, superbeing dan sebagainya. Allah terus memberikan whuyu menjelaskan Tuhan itu hanyalah satu. Konsep tauhid atau mengasakan Tuhan diberikan kepada manusia seawal Nabi Adam. Namun manusia dengan selera mengikut nafsunya yang kuat, terus mengenepikan peringatan ini dan menganut pelbagai kepercayaan bahawa kekuasaan berada dipersekitaran yang lebih kelihatan dan dapat dirasai mereka. Akibat dari kuasa pasaran berbudaya dan bermasyarakat, yang memberikan hasil lebih lumayan kepada kehidupan, manusia semakin tidak dapat menerina peringatan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

6. Ketuhanan adalah konsep penciptaan atau pembentukan, pengendalian atau penyelengaraan dan kemudian pembalasan. Kesedaran kepada pengesaan Allah hanya boleh diperolehi dengan memahami peringatan ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’ yang kemudian menuju kepada ‘Tiada yang wujud dengan zat melainkan Allah’. Adanya dunianya nyata yang kita alami sekarang ini tidak melayakkan kita untuk mengatakan ‘Ada mahluk dan ada Tuhan’. Sifat ada atau wujud pada zat, hanya layak pada Allah. Kita (mahluk) hanya ada pada nama, seperti contoh adanya baju pada nama kerana sebenarnya baju adalah kain yang asalnya dari kapas dan seterusnya. Selagi penghayatan keberadaan kita tidak menjangkau kepada tahap itu, tidak bermakna agama yang kita anuti disisi Allah, Pembentuk Alam ini.

7. Allah, tiada Tuhan melainkan Dia. Tiada yang berzat (bukan vitamin) melainkan Dia. Tiada sesuatu berlaku (termasuk adanya mahluk) dan tiada kuasa untuk melakukan sesuatu (termasuk perlakuan mahluk) melainkan dengan adanya Allah. Mahluk semuanya berwakil kepada Allah pada zat, sifat dan perbuatan. Tetapi ingat Allah memberikan penuh kebebasan hakguna zat yang menjadi HakmilikNya, kepada mahluk, dan mahluk berwasilah kepada mahluk lain untuk tambahan berwakil kepada Allah, terutamnya manusia, secara sedar atau tidak. Maka berterusanlah manusia berinteraksi antara satu dengan yang lain, atas nama bersosial dan bermasyarakat, yang sebenarnya hanya proses berwakil kepada Allah melalui keberadaan mahluk lain. Sebagaimana, secara tidak sedar, kita menggunakan keberadaan Allah semasa mengangkat secawan kopi untuk diminum.

18 Responses to S03 Agama dan Tuhan.

  1. Ummu Aniq berkata:

    Salam.

    Saya tak beberapa faham isi no.7. Menurut kefahaman saya :

    a) Allah SWT itu Esa (satu, tunggal) pada zat, Esa pada sifat dan Esa pada perbuatan-Nya.
    b) Zat bermaksud sesuatu yang menyebabkan wujudnya sesuatu benda. Namun, zat Allah berbeza dari segala-galanya; tidak mempunyai tulang, urat, daging dan sebagainya. Maha Esa Allah pada zat bermaksud bahawa Allah tidak menyerupai sesuatu dan tidak ada sesuatu yang berkongsi dengan-Nya dalam pemerintahan dan pentadbiran alam ini. Allah Maha Esa mentadbir dan memerintah alam ini dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Tidak ada sekutu bagi-Nya.
    c) Sifat bermaksud keadaan atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat. Namun sifat Allah tidak sama dengan sifat makhluk-Nya. Maha Esa Allah pada sifat bermaksud Allah bersifat dengan sifat kesempurnaan dan bersih daripada sifat kekurangan. Tiada sesuatu sifatpun yang dapat menyerupai sifat Allah SWT. Dia tidak menyamai segala yang wujud dan tidak ada suatupun benda yang wujud menyerupai sifat-Nya.
    d) Perbuatan pula bermaksud segala yang dibuat, kerja atau tindakan. Namun perbuatan Allah tidak sama dengan apa yang dibuat dan dilakukan oleh makhluk-Nya. Maha Esa Allah pada perbuatan bermaksud Dialah yang Maha Berkuasa dalam menjadikan sesuatu benda; tiada siapa yang dapat menyerupai perbuatan-Nya. Tiada sesiapa selain Allah SWT yang melakukan perbuatan Allah kerana semua makhluk yang wujud adalah ciptaan Allah SWT.
    e) “Makhluk semuanya berwakil kepada Allah pada zat, sifat dan perbuatan”. Wakil ialah 1: orang yang diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak orang lain, pengganti 2: orang yang dilantik sebagai utusan atau untuk bertindak dan sebagainya bagi pihak orang lain, utusan. Adakah maksudnya disini makhluk terutamanya manusia memainkan peranan sebagai utusan dalam proses Allah menunjukkan segala kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya yang ada di alam ini, dalam menunjukkan sunnah-Nya kerana pada setiap makhluk itu ada bukti-bukti kekuasaan dan kewujudan Allah SWT.
    f) Adanya Allah barulah adanya makhluk. Makhluk terutamanya manusia melakukan sesuatu perkara, berinteraksi dan berwasilah dengan yang lain dengan keberadaan Allah kerana dengan adanya Allah barulah manusia dapat melakukan sesuatu perkara yang dikehendakinya; Allah SWT lah yang berkuasa menentukan perlakuan manusia.

    Semua perkara yang berkaitan dengan zat, sifat dan perbuatan Allah SWT ini hanya dapat diketahui dengan menggunakan akal fikiran. Allah SWT menyuruh manusia berfikir dan merenung. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud: ” (iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia.”

    Betulkan kalau saya tersilap faham. Terima kasih.
    Wallahu a’lam.

  2. Pak Din berkata:

    Salam Ummu,

    Saya merasakan kefahaman ini perlu diletakkan sebagai tajuk bersar.
    http://sharudin.wordpress.com/2008/05/25/s013-allah-lebih-berkuasa/

    Masih banyak lagi yang perlu dibincangkan dan saya berterima kasih Ummu memberikan pandangan yang baik.

  3. Pak Din berkata:

    As Ash‘arite theology came into being out of criticism of Mu‘tazilite rationalistic theology, the two schools have much in common but they are also not without their differences. There is no essential difference between them as to God’s essence (dhat Allah); al-Ghazali proves the existence of God (the Creator) from the createdness (hadath) of the world according to the traditional Ash‘arite proof. An atomistic ontology is presupposed here, and yet there are also philosophical arguments to refute the criticism of the philosophers. As for God’s attributes (sifat Allah), however, al-Ghazali regards them as `something different from, yet added to, God’s essence’ (al-Iqtisad: 65), while the Mu‘tazilites deny the existence of the attributes and reduce them to God’s essence and acts. According to al-Ghazali, God has attributes such as knowledge, life, will, hearing, seeing and speech, which are included in God’s essence and coeternal with it. Concerning the relationship between God’s essence and his attributes, both are said to be ‘not identical, but not different’ (al-Iqtisad: 65). The creation of the world and its subsequent changes are produced by God’s eternal knowledge, will and power, but this does not necessarily mean any change in God’s attributes in accordance with these changes in the empirical world.

    http://www.ghazali.org/articles/gz1.htm

  4. Pak Din berkata:

    Islam merupakan agama yang terakhir. Di dalamnya mengandungi panduan yang paling sempurna dan menyeluruh, dalam membimbing umat manusia. Ia hadir dalam rangka untuk memansuhkan agama-agama samawi terdahulu, dan membetulkan kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam ajaran yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t., seperti Yahudi dan Kristianiti, yang pada hakikatnya merupakan suatu himpunan ajaran-ajaran rekaan para agamawan mereka sendiri.

    Jesteru itu, Allah s.w.t. menyeru ahlul-kitab, baik dari kalangan Yahudi mahupun Kristian, agar bersama-sama di bawah satu payung samawi yang baru, yang dibawa oleh nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w., dalam rangka untuk membetulkan pengabdian dan aqidah mereka terhadap Tuhan Maha Pencipta.

    Dari http://mengapaislam.wordpress.com/2007/12/16/aqidah-tauhid-dalam-neraca-agama-agama-samawi-dan-hindu/

  5. Ana berkata:

    NUR MUHAMMAD barmula nyata
    asal jadi alam semesta
    saumpama api dengan panasnya
    itulah Muhammad dengan Tuhannya.

    Pantun Sufi dari http://masjid.phpbb24.com/forum/viewtopic.php?t=264

  6. Nur berkata:

    Tafsir Ayat 62.Surah Al Baqarah,Semua agama benar

    Ayat ini sering diperkosa oleh kalangan sekuler atau Islam liberal sebagai ayat yang membenarkan semua agama. Karena secara harfiyah, ayat ini sekilas memang menunjukkan bahwa yahudi, nasrani dan sabiin bila telah beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat dan berbuat kebaikan, akan menerima pahala. Bahkan meski di atay itu tidak disebutkan, sering dipahami dengan masuk surga dan agamanya benar atau diakui oleh Allah SWT juga.

    Pemerkosaan ayat ini demi kepentingan kampanye bahwa semua agama adalah benar merupakan gaya khas para zindiq dan orang-orang yang ingin merusak agama ini. Bila dikupas lebih dalam, maka kesalahan fatalnya adalah :

    Mengambil pengertian sekilas sebuah ayat lalu menambahinya dengan pemikiran pribadi bukanlah cara yang dibenarkan dalam metodologi tafsir, apalagi metodologi fiqih.

    Para ulama terbiasa mengkomparasikan sekian banyak ayat, hadits dan dalil-dalil lainnya sebelum mengambil kesimpulan. Sedangkan mencungkil sebuah ayat tanpa membandingkan pemahamannya dengan yang lain adalah ciri para zindiq dan provokator yang menyesatkan.

    Dari http://www.hudzaifah.org/PNphpBB2-viewtopic-t-310.phtml

  7. rin berkata:

    Pak Din reply on May 18th, 2008 10:59 am:

    Let me make myself clear. Orientalism is the study, basically on culture. And culture has a wide scope. Even religion and belief are part of culture. Essentially culture is a way of life, hence the Muslim promoted Islam as the way of life, same as what the Hindus’ claimed. When the Orientalist saw there was a time Muslim, (wrongly defined as an Arab based origin) conquered the world, as proactiver, they conclude the need to study how its is done. Hence, schools add this subject, as part of the education cum economy enhancing centre.

    I assume the Orientalists are not emphasizing on science nor they themselves as one. They themselves lack the science of understanding culture as an art. Yes they were excellent on the art to studying culture. When I remained the fact that there a bigger war, after winning a hard physical war, I assumed the we in sync as to the need for science in the arts of performing life. Hence I agree with you the need to study occidentalism is not only to our physical enemy but also in our good selves.

    When I suggested the need to have a common playing field, a common measuring stick, and equivalent, by taking science and mathematics, which is a study of how He work, I an referring to He as in their belief. Their belief is too artistically based, with a lot of stray imaginations. They are never interested in finding proof. But science rejects strays imagination. If it doesn’t its not a science product, although the artist did manage to embed the idea of fictional science, or science fictions. He is the only One that exist, no matter what the Orientalist and Occidentilist belief who He is.

    Dari http://saifulislam.com/?p=1928#comment-19191

  8. Min berkata:

    Saya jumpa ramai orang professional bukan dalam bidang pengajian Islam, apabila timbul kesedaran Islam dalam diri mereka, mereka seolah-olah mempersalahkan latar pendidikan mereka yang bagi mereka bukan aliran Islam. Padahal mereka mampu memanfaatkan kebolehan mereka untuk umat Islam.

    Namun sesetengah yang kurang faham, oleh kerana mereka dahulu tidak sempat belajar Islam secara formal sepenuhnya, mereka seakan ingin menebus semua kesalahan itu dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama tanpa berhati-hati. Niatnya baik, malangnya sesetengah sekolah agama langsung tidak memberikan penekanan kepada keperluan akademik yang lain.

    Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/08/16/bhg01/#comment-493
    Kupasan dari Dr MAZA.

  9. Pak din berkata:

    Mengulamakkan artis dan mengartiskan ulamak
    Saya fikir ada jalan yang agak singkat, tapi ia tentunya memerlukan usa ha yang lebih dan bermodalkan kesungguhan istiqamah yang berpanjangan. Dalam bahasa lain, bung, perlu kita mengulamakkan artis dan mengartiskan ulamak.

    Mana lebih sukar? Usa ha mengartiskan ulamak atau mengulamakkan artis? Waduh, saya jadi sukar menjawabnya. Tetapi, hal ini pun penting juga didebatkan kerana kiamat sudah dekat dan kita kesuntukan waktu untuk memimpin umat ke laluan manusiawi.

    Jika usaha mengartiskan ulamak itu ternyata lebih mudah, maka kaedah untuk melahirkan ulamak berjiwa artis itu yang terlebih afdal untuk didahulukan. Dan begitulah sebaliknya. Tapi, ulamak-ulamak (tepatnya agamawan) acapkali dilihat menentang hiburan ini. Kata mereka, hiburan itu melalaikan. Jadi, sulit juga usaha mengartiskan ulamak ini.

    Dari http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015902&Itemid=35

  10. Sha berkata:

    Islam adalah cara hidup yang diterima Allah. Islam itu dari sejak azali. Kesemua mahluk di dalam keadaan ISlam (selamat) sebelum Allah beriradah memberikan cukup akal kepada manusia pertama iaitu N Adam as. Selepas itu dengan berbekalkan akal dan ilmu, tanggungjawab juga terpikul ke atas bahu manusia dari segala pilihan yang dibuatnya. Isu kahlifah adalah isu kepimpinan dan kepimpinan itu bermula dari roh yang memimpin diri dan akhirnya mencapai kepada kepimpinan kepada sekumpulan diri atau masyarakat. Ini yang dikatakan politik. Kepimpinan masyarakat. Maka disebabkan Islam itu adalah cara hidup dan ia berkisar kepada USUL maarifatullah sebagai asas agama, kesemua politik atau kepimpinan masyarakat semestinya berpaksikan kepada ketuhanan. LAri dari asa tersebut maka ia tidak menajdi Islam lagi.

    Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=2&thread_id=5094&pid=67848#post_67848

  11. [...] 4. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “Islam adalah cara hidup yang diterima Allah. Islam itu dari sejak azali. Kesemua mahluk di dalam keadaan ISlam (selamat) sebelum Allah beriradah memberikan cukup akal kepada manusia pertama iaitu N Adam as. Selepas itu dengan berbekalkan akal dan ilmu, tanggungjawab juga terpikul ke atas bahu manusia dari segala pilihan yang dibuatnya. Isu kahlifah adalah isu kepimpinan dan kepimpinan itu bermula dari roh yang memimpin diri dan akhirnya mencapai kepada kepimpinan kepada sekumpulan diri atau masyarakat. Ini yang dikatakan politik. Kepimpinan masyarakat. Maka disebabkan Islam itu adalah cara hidup dan ia berkisar kepada USUL maarifatullah sebagai asas agama, kesemua politik atau kepimpinan masyarakat semestinya berpaksikan kepada ketuhanan. LAri dari asas tersebut maka ia tidak menajdi Islam lagi.” Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/21/s03/#comment-1822 [...]

  12. Pak Din berkata:

    Posted on 28-08-2008 09:39 Senarai Moderator Peraturan

    shuhadaa wrote:
    assalamualaikum.
    ~insya Allah,eventually diorg dpt buang persepsi -ve ttg islam.

    ~hopefully, dpt mmbantu adik n others who may have the same prob.

    ~wallahua’lam.

    Satu situasa yang kerap berlaku dan jalan penyelesaiannya sangat rumit. Apapun sebagai diri yang berhadapa dengan situasi itu kita perlu kuatkan jatidiri dengan nilai-nilai Islam agar pandangan serong itu akan terhakis secara beransur. Sudah pasti persepsi yang salah itu, disebabkan adanya Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan betul. Sebahagian dari ilmu yang perlu dipelajari di IPT adalah menghadapai situasi begini, bukan sahaja silibus resmi IPT. KEgagalan kita belajar ‘kemahiran hidup’ mengahdapi situasi itu, akan menyebabka kegagal yang lebih besar ssewaktu bekerja dan bermasyarakat kelak.

    “. Islam adalah agama yang sempurna, yang diturunkan kepada manusia oleh Pencipta yang Maha Sempurna. Penafsiran atau penterjemaahan yang betul telah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw, dengan pengawasan penuh dari Allah swt. Nabi saw yang merupakan orang berbangsa Arab, seperti bangsa-bangsa lain termasuk Melayu, mempunyai budaya tersendiri sebelum menerima Islam. Maka oleh itu sangatlah penting untuk kita memahami kedudukan budaya dan agama bagi membahaskan dengan tepat yang mana satu perlu diambil dan yang mana satu perlu ditinggalkan.” – dari http://sharudin.wordpress.com/2008/08/27/r85-si-korbankan-%e2%80%98melayu%e2%80%99-demi-islam/

    Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=80&thread_id=5190&pid=69064#post_69064

  13. Min berkata:

    Posted on 28-08-2008 10:23 Senarai Moderator Peraturan

    Salam

    Tegang juga perbincangan ini. Saya nak cuba faham dan kalau boleh kendurkan sikit.

    Sdr Saifuddin kata “Tapi pada pandangan saya, layakkah sebuah dokumen yang boleh dipertikaikan dijadikan hujah untuk kita memusuhi dan membenci yahudi?”. Saya rasa tidak layak kalau berdasarkan dokumen tetapi layak kalau telah menzalimi Muslim.

    Dan lagi, “Dokumen yang menanam benih2 kebencian tidak sepatutnya dijadikan silibus?” Apa salahnya mengkaji perancangan orang unutk tujuan kita mengetahui apa yang hendak mereka lakukan dan seterusnya mengambil langkah menentangnya?

    Tetapi kenapa perlu ke ungkapan, “Saya pelik memikirkan anda pula bersangka buruk sesama umat Islam apatah lagi terhadap sebuah institusi pendidikan tinggi yang melahirkan ramai ulamak …..” Adakah kerana Sdr Saifuddin tidak mahu membenci mereka berdasarkan hanya dokumen?

    Persoalan asas adalah “Protokol Zionis Adalah Palsu?” dan Sdr Saifuddin merasakan “cenderung untuk mengatakan ia adalah forged”. Kalau palsu sekalipun, memandangkan ia merupakan perancangan dan propaganda memusnahkan Islam, Muslin sudah pasti harus membincangkan tindakan selanjutnya. Apatah lagi kalau ia benar.

    Jadi daripada di lock lebih baik, diterangkan dengan lebih jelas. Cadangan aja? Tuan rumah berhak penuh. TK.

    Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=2&thread_id=5263&pid=69078#post_69078

    (112) Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). (113) Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (114) Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya) dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa. (Surah Ali Imran :113 )

  14. Sha berkata:

    Who is God?

    God Is One – Deut. 6:4; 1 Cor. 8:4
    God Is Truth -Psalm 117:2; Jer. 10:10
    God is Light – 1 John 1:5
    God is Love – 1 John 4:8,16
    God Is Infinite – Jer. 23:24; Psalm 147:5
    God is All Knowing – 1 John 3:20
    God is Everywhere – Psalm 139:7-12
    God is All Powerful – Jer. 32:17,27
    God is Unequaled – Isaiah 40:13-25
    God Is Perfect – 1 Kings 8:27; Psalm 139
    God Is A Most Pure Spirit – John 4:24
    God Is Invisible – 1 Tim. 1:17
    God Does Not Have A Human Body – Luke 24:39; Deut. 4:15-16
    God Does Not Change – Num. 23:19; Mal. 3:6; James 1:17
    God Is Without Limit – 1 Kings 8:27; Jer. 23:23-24
    God Is Eternal – Psalm 90:2; 1 Tim. 1:17
    God Is Incomprehensible – Rom. 11:33; Psalm 145:3
    God Is The Almighty One – Rev. 1:8, 4:8
    God Is Most Wise – Rom. 16:27; Jude 25
    God Is Most Holy – Isaiah 6:3; Rev. 4:8
    God Is Most Free – Psalm 115:3
    God Is Most Absolute – Isaiah 44:6; Acts 17:24-25
    God Works According To His Will – Eph. 1:11; Rom. 8:28
    God Receives Glory – Rom. 8:36; Rev. 4:11
    God Is Most Loving – 1 John 4:8-10
    God Is Gracious – Exodus 33:19; 1 Pet. 2:3
    God Is Merciful – Exodus 34:6; Psalm 67:1; James 5:11
    God Is Long-suffering – Psalm 86:15; 2 Pet. 3:15
    God Abounds In Goodness – Psalm 31:19; 52:1; Rom. 11:22
    God Is Forgiving – Dan. 9:9; Eph. 1:7; Psalm 86:5
    God Rewards Those Who Seek Him – Heb. 11:6
    God Is Just In All His Judgments – Neh. 9:32-33; 2 Thess. 1:6
    God Hates Sin – Psalm 5:5-6; Hab. 1:13
    God Is the Creator – Isaiah 40:12,22,26
    God Is Shepherd – Gen. 49:24

    Dari http://www.carm.org/doctrine/Godis.htm Blog Kristian.

  15. Sha berkata:

    Doha, (IINA): Eminent Islamic scholar, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi has asked Muslims to avoid Nafil Haj or Umrah and to divert these funds to support the poor. He said this was more rewarding. He said Muslims across the globe are facing acute hunger, yet you see millions of Muslims offering voluntary Umrah every Ramadhan and during other months, while many others repeat the Haj scores of times. He added that billions of dollars were being spent on such voluntary worship.

    “Yet,” said the Sheikh, “we cannot collect enough funds for humanitarian organisations like the Islamic Charitable Foundation in Kuwait, for which we have not been able to collect even a fraction of the US$ one billion that is needed.”

    Dari http://www.islamicvoice.com/november.99/news.htm

    Inilah yang saya rujuk sebagai mementingkan diri sendiri, kerana silap pembelajaran dari kefahaman Farudu Ain.

  16. adros berkata:

    Agreed..
    Di Msia sendiri saya sudah dengar banyak kali dengar para Utz mengingatkan tentang hal ini; adalah lebih ‘afdhal’ disedekahkan (utk maslahah umum) dpd di belanjakan ke ziarah umrah (utk maslahah khas)! Moga sama2 bermuhasabah..

  17. [...] IGT Impaired God Tolerance. Tanya Dr, macam-macam jawapan dapat. Dr Salafi, Dr ASWJ, Dr Sunni Dr Itu-Ini. Mewakili Dr Roh, saya berpendapat inilah penyakit yang paling banyak dikalangan Muslim. [...]

  18. [...] 6. Ketuhanan adalah konsep penciptaan (di SIO) atau pembentukan, pengendalian atau penyelengaraan dan kemudian [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.