R44 Beragama tanpa Tuhan

November 22, 2007

Salam Hayy

1. Apa lagi nak dikata? Mana lagi nak lari? Dah semua perkataan Ustaz dah guna dan semua tempat Ustaz dah cover! Tapi kesimpulan yang cantik, “Yang enggan hidup dengan akal itulah haiwan ternakan, bal hum adhall!” itu yang paling menarik hati (akal?) saya. Kita boleh lari bertempiran kalau serangan tidak berstrategi, tetapi penulisan Ustaz yang menyeluruh dan merangkumi semua sudut ini, menjadikan kita hanya cuba lari dari mulut singa dan masuk mulut buaya. Tetapi sebagai manusia, kita akan terus lari kerana tidak mahu merasakan itu cerita tentang kita, tentang perangai kita, tentang kehidupan kita, tentang agama kita dan tentang Allah (sebenarnya Tuhan) kita.

2. Saya lihat kecenderungan Ustaz memuji Europa, bukanlah kerana dia suka orang itu. Dan sebaliknya mengeji orang Islam bukan kerana dia benci Muslim ini. Kadang-kadang kerana terpaksa, bukan kerana mengikut selerea, terpaksa kita buat ganas untuk buat kebaikan. Be cruel to be nice. Yang ingin mengambil kesempatan meninggikan kepekaan emosinya, sentiasa menunggu input-input begini. Diberitahu cara baik, dia tak dengar dan diberitahu cara kasar pun sama juga. Kerana gara-gara bal hum adhall. Hobi meninggalkan minda ditempat selamat dan berkunci, takut kalau-kalu dicuri orang sekiranya dibawa ke sana sini.

3. Islamnya pemerintahaan di Malaysia adalah se Islam pemerintahan Alam. Booo! Mana boleh sama pemerintahan Allah dengan pemerintahan manusia! Op silap! Islamnya pemerintahan di Malaysia oleh yang sediada, lebih Islam dari pemerintahan yang sedia nak ada. Lembut sedikit bunyinya. Yang sedia nak ada pun nak bergabung dengan yang mempunyai kepercayaan berbeza dengan mereka. Bak kata Ustaz, ‘ritual dalam berpolitik’, ‘beragama tanpa Tuhan’ dan berperangai ‘bal hum adhall’. Cuma ialah, sana sini kena repair, lampu pechah, bangunan runtuh, hakim (yang syarii pulak tu) silap kira duit dan pelbagai masaalah harian manusia. Biasalah kalau yang sedia nak ada, memerintah pun, entah-entah x5 lebih besar outanya (pasal campuran bahanapi Jet sangat bebahaya)

4. Islamnya pemerintahan Alam, oleh zat yang Muslim tak kenal (beragama tanpa Tuhan) menyediakan positif dan negatif, agen baik dan agen jahat, malaikat dan syaitan dan pelbagai pasangan warna kehidupan. Tidak pulak pemerintahaan Allah terlalu kuku besi sehingga permintaan Syaitan untuk menggoda tidak diizinkan. Dah minat dia menggoda, jangan salahkan dia bila tergoda. Korek bijik mata simpan dalam safebox, bukan akal yang di simpan di situ. Segala infrasturktur bersifat neutral, yang memberikan charge +ve dan –ve ialah minda manusia. Jadi kalau Alam menyediakan infrastruktur yang begitu, kenapa tidak boleh yang serupa dilaksanakan di bumi Malaysia ? Kenapa perlu ditukar terbilang kepada temberang? Siapa yang temberang, sebenarnya?

5. Kita diberikan akal untuk memilih yang terbaik. Tak layak dipanggil manusia kalau tidak digunakan akal itu, ditempat yang diperlukan. Tak layak untuk beragama kalau asyik megenepikan fungsi akal. Lihat semua rukun-rukun wajib melaksanakan ibadah semuanya memerlukan seorang yang berakal, tidak gila, tidak mabuk, samada sengaja memilih untuk mabuk atau dipengaruh untuk mabuk. Sekiranya tiada kewarasan semasa menjalankan ibadah, maka jadilah semuanya ritual. Seautomatik lembu yang lapar lari ke arah rumput, untuk memenuhi perutnya dengan makanan.

6. Sebenarnya ramai yang kata mereka guna akal. Setiap hari, keluar sebelum subuh (solat di pejabat) dan balik selepas Magrib, memerah otak mencari nafkah, melibatkan diri dengan mu’amalah, dan pelbagai kegiatan sosial lagi. Malangnya pemerahan ini semuanya termasuk di dalam kategori menyebukkan diri hanya dengan carakerja mahluk, tanpa sedikitpun mahu mencampurkan atau cuba memahami carakerja Haliq. Dua kategori yang sangat berbeza. Selagi kita tidak dapat lihat pemerintahan Alam, yang sempurna itu sebagai pemerintahan yang perlu diikuti, kita akan melihat kejayaan orang Europa akan lebih ketara dari Muslim, kerana antara baragama tanpa Tuhan dengan berTuhan tanpa agama, Sunah Allah akan menyebelahi pehak kedua (sudah dibetulkan).

7. Kita perlukan penggunaan akal sehingga kita dapat menghampirkan kefahaman dari beragama dengan Tuhan kepada beragama dengan Allah, seperti mana di cadang oleh kalimah tahid “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Dengan mengenepikan fungsi akal, atau meletakkan akal selepas nas, kita terperangkap pada nas terlebih dahulu, sebelum dapat menggunakan akal membacanya. Bukan kata nak buang nas, tapi keutamaan susunan sangat perlu. Akal, nas, Syariat, Sunnah, sains, arts, mahluk, Halik, percaya fikir, termasuklah akhir sekali Saifulislam, Pak Din perlu susunan yang mantap bagi menghasil sesuatu yang jitu. Apa ada PD tanpa SI? Terima kasih Ustaz.

Pak Din! Pak Din! Silaplagi … kerana antara baragama tanpa Tuhan dengan berTuhan tanpa agama, Sunah Allah akan menyebelahi pehak kedua. …. bukan pertama. iaitu yang memahami Sunnah Allah (walau apa nama diberikan … Nature ke, Semulajadi ke, dia percaya atau tidak kepada tuan milik Nature) akan lebih berjaya mendapat keizin Alam dari kumpulan pertama yang beragama secara ritual

Comment Posted By Pak Din On November 22, 2007 @ 3:42 pm


S05 Allah dan SunnahNya

November 22, 2007

Salam Sunnah

1. Muslim sangat jelas dengan Syariat Allah yang di wahyukan kepada sebahagian rasul-rasul Allah, sebagai panduan menjalani kehidupan di atas muka Bumi ini. Terdapat sekurang-kurangnya 3 Suhuf dan 4 Kitab yang telah diturunkan Allah, dengan Al Quran sebagai yang terakhir dan membenarkan kandungan Kitab-kitab terdahulu. Tidak dinafikan terdapat perubahan berlaku, sesuai tamadun dan zaman, kepada Syariat yang diberikan kepada rasul-rasul berlainan. Ini menunjukkan hidupnya Syariat Allah dan sangat memahami keperluan perubahaan waktu dan tempat, tidak lain dan tidak bukan, untuk menyokong Muslim menjadi khalifah atau pemimpin di atas Bumi ini.

2. Tidak seperti Syariat Allah, Sunnah Allah, juga yang Melayunya membawa makna peraturan, telah ada sejak azali lagi. Sebelum lagi adanya Nabi Adam sebagai manusia pertama, Sunnah Allah telah menjadi program atau aturcara yang menentukan perjalanan Alam ini. Sunnah Allah yang dirujuk sebagai Nature oleh mereka yang tidak percayakan Allah, merupakan hukum halangan (rujuk Bhg 16 Teori Darwin) yang memberikan kesan sertamerta berbanding hukum garisan, yang pembalasannya ditangguhkan sehingga ke hari pembalasan. Kedua-dua Syariat dan Sunnah Allah merupakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Muslim dan memahami fungsi setiap satu memberi kesan berbeza yang amat ketara.

3. Terdapat tidak kurang dari 5 ayat di dalam Al Quran (Kitab panduan Syariat Allah) menerangkan tentang Sunnah Allah. Lihat komen 2 dan 3, ‘S04 Tuhan dan Allah’, berhubung ayat-ayat 33:62, 35:43, 40:85, 48:23 dan 33:38, yang semuanya secara terus menceritakan tentang Sunnah Allah. Antara yang paling penting ialah “48:23 Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu” dan “33:62 Yang demikian adalah menurut Sunnatullah (undang-undang peraturan Allah) yang telah lalu dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah itu.”

4. Sunnatullah atau Sunnah Allah, tidak pernah dan tidak akan berubah, tidak seperti Syariat Allah yang pernah berubah mengikut kesesuaian manusia. Sunnah Allah merupakan Superprogram Allah (DARWIN 26 Program dan Superprogram) yang berkaitan dengan apa yang difahami sebagai Qodo dan Qadar Allah, satu dari rukun Iman yang menjadi tunggak kepercayaan kepada ada dan esanya Allah. Qadar Allah tidak berlaku hanya pada yang percaya kepadaNya dan kesan hukumnya tidak mengenal kepada samada pemilihnya Muslim atau tidak. Siapa sahaja yang memilih Qadar yang tertentu, sudah pasti hasilnya tidak berubah. Keizinan Allah diberikan kepada sesiapa sahaja yang mengkaji dan memahami Sunnah Allah.

5. Ilmu sains, yang satu ketika dahulu dirujuk sebagai ilmu falsafah, adalah ilmu yang mengkaji Alam semulajadi atau Nature. Allah mentarbiah mahluknya melalui AlamNya. Malangnya bahasa yang digunakan dalam pembelajaran Alam ini, tidak semudah bahasa yang digunakan seharian oleh manusia. Segala kunci pekara ghaib ada tersimpan di Alam ini dan menunggu manusia menggunakan akal yang diberikan Allah untuk mencarinya. Malangnya, kegemaran mencari rasia Alam ini tidak berlegar di kalangan Muslim. Kebanyakan, kalau tidak semua, penemuan-penemuan hukum-hukum Alam, yang merupakan Sunnah Allah, dibuat oleh orang yang mengaku Muslim rujuk sebagai bukan-Muslim. Sungguh malang sekali.

6. Keutamaan memahami Sunnah Allah adalah setara dengan kepentingan memahami Syariat Allah. Bagaimanapun, mempelajari Sunnah Allah jauh lebih susah dan memerlukan penggunaan akal yang lebih mencabar. Sudah pasti orang yang tidak biasa dengan rumitnya mempelajari Sunnah Allah, akan mengambil jalan berbeza dengan mengkaji sesuatu yang jauh lebih mudah mendatangkan ketenangan. Sunnah Allah tidak dapat dipelajari tanpa pengorbanan. Dalam menjalankan pengorabanan, ketenangan mempunyai makna berbeza dari ketenangan yang datang tanpa pengorbanan. Secara umumnya, manusia lebih berminat mencari ketenangan dari mengorbankan jiwa untuk mencari kebenaran.

7. Kata kunci dalam memahami Sunnah Allah adalah penggunaan akal ke arah mengkali carakerja Allah. Tidak dinafikan ramai yang sanggup berkorban memeras otak, akal dan minda, cuba memahami carakerja mahluk atau manusia. Manusia yang pada fitrahnya dijadikan resah geliash, sentiasa membuat strategi mengatasi lawan sesama mereka, walaupun membaca nas yang sama. Carakerja manusia sentiasa berkembang tidak seperti carakerja Allah yang tidak berubah mengikut zaman dan tempat, seperti yang termaktub di dalam Al Quran. Bagaimana boleh sesuatu yang sentiasa berkembang mengikut selera manusia, dapat menemui penyatuan dengan tidak mempelajari dari bagaimana carakerja Allah, yang telah dipaparkan di dalam Alam? Sesungguhnya Sunnah Allah sangat-sangat menentukan hasil dari pilihan yang dibuat.


S04 Tuhan dan Allah

November 22, 2007

Salam Allah

1. ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’ merupakan kalimah tauhid (mengesakan Allah) yang agung, yang dipegang oleh semua orang bernama Muslim. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh 124,000 nabi, dengan Nabi Muhammad saw sebagi nabi terakhir. Setiap kali laungan azan mengingatkan Muslim untuk mendirikan tiang agama, maka teringatlah kita kepada kalimah itu. Malangnya kalimah yang seagung itu, tidak dapat menyatukan Muslim di seluruh dunia secara sepenuhnya, dari hasil yang dapat dilihat mengamati keadaan Muslim di pada hari ini. Basahnya bibir Muslim menyebut kalimah tersebut tidak di sambut dengan penghayatan pada perlaksanaan kehidupan Muslim setiap hari.

2. Walaupun kalimah itu menafikan adanya tuhan-tuhan lain, selain Allah, Muslim masih terus berpegang kepada pelbagai tuhan, tanpa mahu mengakuinya, yang dapat dilihat dari perbezaan pendapat dan pendekatan yang memecah-belahkan Muslim dari membuat keputusan sebulat suara secara menyeluruh. Bepuluh jenis mazhab, jalan, tarikat, sirath, manhaj, pendekatan, cara dan sebagainya berkembang di sana sini, dengan tiada kata sepakat, melainkan telalu sedikit untuk menjadikan Muslim satu ummah yang dapat mengawal atau menjadi khalifah di dunia. Dan yang menakutkan, perpechahan ini masih terus berlaku dan dikalang Muslim masih ramai yang menenangkan jiwa dengan berpendapat bahawa perbezaan itu membawa rahmat kepada mereka.

3. Dengan kejayaan Muslim di zaman Nabi dan sahabat mengembangkan Islam dan tanah jajahan Islam, tidak dapat dinafikan bahawa kesan sampingannya ialah penerapan nilai-nilai bukan Arab dan bukan Islam, ke dalam Islam berlaku. Ini menjadi ketara apabila pemerintahan Islam di kurun kedua Hijrah, mengambil langkah memperkembang penguasaan ilmu ke tahap yang belum pernah dilakukan sebelumnya, iaitu dengan menterjemah rujukan-rujukan bukan Arab kepada Arab, bagi menyemarakan lagi perkembangan ilmu, terutamanya yang mengkaji Alam. Maka terdedahlah ilmuan dan pemikir Muslim kepada idea-idea yang datang lebih awal ke dunia Barat seperti Yunani dan Greek.

4. Berkembanglah Ilmu Kalam dan terbitlah pemikiran baru menggunakan ketajaman akal dan minda, cuba menghuraikan pelbagai masalah kehidupan yang datang bersama kemajuan tamadun Islam yang semakin maju. Bersamanya bercambahlah pendekatan baru yang melihat permasaalahan yang sama dari sudut berbeza, dengan masing-masing masih berpegang teguh kepada dua sumber utama Al Quran dan Hadis. Pada masa yang sama perbezaan persekitaran membuatkan penggunaan akal dan minda menjadi terpisah kepada dua golongan utama, yang mahu terus bergantung kepada akal dan minda, dan golongan yang tidak gemar memaksimakan penggunaannya.

5. Kumpulan terdahulu tidak mahu pada asasnya mentawilkan sesuatu yang dirujuk. Apa sahaja yang disebut di dalam nas, itulah yang mesti disampaikan, khuatir tercemar penyampaian yang dibuat. Kumpulan terkemudian pula, menyedari perkembangan tamadun dan pemikiran masyarakat telah berkembang memperbaharui pendekatan dengan mentawilkan kefahaman kepada nas yang digunakan. Nasnya sendiri tidak berubah. Tanpa disedari perbezaan pendekatan ini menghasilkan begitu banyak simpang dan masing-masing berpegang teguh bahawa mereka berada di jalan yang betul. Tidak dinafikan kesemuanya adalah ahus Sunnah wal Jemaah kerana masih merujuk kepada dua sumber utama dengan hanya pentawilan dan penqiyas berbeza.

6. Dengan memberikan keutamaan yang rendah kepada pengkajian tentang Sunnah Allah, Muslim tidak akan dapat menemui satu titik pertemuan yang dapat menyatukan mereka. Al Quran menegaskan hanya Sunnah Allah yang tidak akan berubah, tidak seperti berkembangnya kepelbagaian kemahuan manusia. Memang tidak dapat diketepikan kepalbagaian tersebut, tetapi manusia seharusnya mengkaji dan belajar dari Alam Allah dan membudayakan segala peraturan yang Allah tuliskan di dalamnya, sehingga Allah dapat sentiasa mengizinkan pemintaan Muslim sesuai Qadar yang telah ditentukan, yang tidak dibuat hanya untuk Muslim, bahkan untuk semua manusia.

7. Sehinggalah Muslim dapat menjadikan Sunnah Allah sebagai panduan asas dalam membuat peraturan hidup, serta memperkemas dan memahami asas peraturan yang dituangkan Allah di dalam SyariatNya, Muslim tidak akan berjaya membulatkan tekad bersatu memerangi tuhan-tuhan selain Allah, yang menjadi mainan bibir setiap Muslim. Bukan kerana mentakwil atau mengkias, menyebabkan perbezaan pendapat berlaku, tetapi kerana kesilapan Muslim tidak memberikan keutamaan yang sama pada kefahaman fungsi Sunnah Allah, setaraf dengan keutamaan memahami Syariat Allah, yang akan terus menjadi penghalang penyatuan ke arah menerima Allah yang satu. Sunnah Allah amat menentukan segala-galanya.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.