1. Apa lagi nak dikata? Mana lagi nak lari? Dah semua perkataan Ustaz dah guna dan semua tempat Ustaz dah cover! Tapi kesimpulan yang cantik, “Yang enggan hidup dengan akal itulah haiwan ternakan, bal hum adhall!” itu yang paling menarik hati (akal?) saya. Kita boleh lari bertempiran kalau serangan tidak berstrategi, tetapi penulisan Ustaz yang menyeluruh dan merangkumi semua sudut ini, menjadikan kita hanya cuba lari dari mulut singa dan masuk mulut buaya. Tetapi sebagai manusia, kita akan terus lari kerana tidak mahu merasakan itu cerita tentang kita, tentang perangai kita, tentang kehidupan kita, tentang agama kita dan tentang Allah (sebenarnya Tuhan) kita.
2. Saya lihat kecenderungan Ustaz memuji Europa, bukanlah kerana dia suka orang itu. Dan sebaliknya mengeji orang Islam bukan kerana dia benci Muslim ini. Kadang-kadang kerana terpaksa, bukan kerana mengikut selerea, terpaksa kita buat ganas untuk buat kebaikan. Be cruel to be nice. Yang ingin mengambil kesempatan meninggikan kepekaan emosinya, sentiasa menunggu input-input begini. Diberitahu cara baik, dia tak dengar dan diberitahu cara kasar pun sama juga. Kerana gara-gara bal hum adhall. Hobi meninggalkan minda ditempat selamat dan berkunci, takut kalau-kalu dicuri orang sekiranya dibawa ke sana sini.
3. Islamnya pemerintahaan di Malaysia adalah se Islam pemerintahan Alam. Booo! Mana boleh sama pemerintahan Allah dengan pemerintahan manusia! Op silap! Islamnya pemerintahan di Malaysia oleh yang sediada, lebih Islam dari pemerintahan yang sedia nak ada. Lembut sedikit bunyinya. Yang sedia nak ada pun nak bergabung dengan yang mempunyai kepercayaan berbeza dengan mereka. Bak kata Ustaz, ‘ritual dalam berpolitik’, ‘beragama tanpa Tuhan’ dan berperangai ‘bal hum adhall’. Cuma ialah, sana sini kena repair, lampu pechah, bangunan runtuh, hakim (yang syarii pulak tu) silap kira duit dan pelbagai masaalah harian manusia. Biasalah kalau yang sedia nak ada, memerintah pun, entah-entah x5 lebih besar outanya (pasal campuran bahanapi Jet sangat bebahaya)
4. Islamnya pemerintahan Alam, oleh zat yang Muslim tak kenal (beragama tanpa Tuhan) menyediakan positif dan negatif, agen baik dan agen jahat, malaikat dan syaitan dan pelbagai pasangan warna kehidupan. Tidak pulak pemerintahaan Allah terlalu kuku besi sehingga permintaan Syaitan untuk menggoda tidak diizinkan. Dah minat dia menggoda, jangan salahkan dia bila tergoda. Korek bijik mata simpan dalam safebox, bukan akal yang di simpan di situ. Segala infrasturktur bersifat neutral, yang memberikan charge +ve dan –ve ialah minda manusia. Jadi kalau Alam menyediakan infrastruktur yang begitu, kenapa tidak boleh yang serupa dilaksanakan di bumi Malaysia ? Kenapa perlu ditukar terbilang kepada temberang? Siapa yang temberang, sebenarnya?
5. Kita diberikan akal untuk memilih yang terbaik. Tak layak dipanggil manusia kalau tidak digunakan akal itu, ditempat yang diperlukan. Tak layak untuk beragama kalau asyik megenepikan fungsi akal. Lihat semua rukun-rukun wajib melaksanakan ibadah semuanya memerlukan seorang yang berakal, tidak gila, tidak mabuk, samada sengaja memilih untuk mabuk atau dipengaruh untuk mabuk. Sekiranya tiada kewarasan semasa menjalankan ibadah, maka jadilah semuanya ritual. Seautomatik lembu yang lapar lari ke arah rumput, untuk memenuhi perutnya dengan makanan.
6. Sebenarnya ramai yang kata mereka guna akal. Setiap hari, keluar sebelum subuh (solat di pejabat) dan balik selepas Magrib, memerah otak mencari nafkah, melibatkan diri dengan mu’amalah, dan pelbagai kegiatan sosial lagi. Malangnya pemerahan ini semuanya termasuk di dalam kategori menyebukkan diri hanya dengan carakerja mahluk, tanpa sedikitpun mahu mencampurkan atau cuba memahami carakerja Haliq. Dua kategori yang sangat berbeza. Selagi kita tidak dapat lihat pemerintahan Alam, yang sempurna itu sebagai pemerintahan yang perlu diikuti, kita akan melihat kejayaan orang Europa akan lebih ketara dari Muslim, kerana antara baragama tanpa Tuhan dengan berTuhan tanpa agama, Sunah Allah akan menyebelahi pehak kedua (sudah dibetulkan).
7. Kita perlukan penggunaan akal sehingga kita dapat menghampirkan kefahaman dari beragama dengan Tuhan kepada beragama dengan Allah, seperti mana di cadang oleh kalimah tahid “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Dengan mengenepikan fungsi akal, atau meletakkan akal selepas nas, kita terperangkap pada nas terlebih dahulu, sebelum dapat menggunakan akal membacanya. Bukan kata nak buang nas, tapi keutamaan susunan sangat perlu. Akal, nas, Syariat, Sunnah, sains, arts, mahluk, Halik, percaya fikir, termasuklah akhir sekali Saifulislam, Pak Din perlu susunan yang mantap bagi menghasil sesuatu yang jitu. Apa ada PD tanpa SI? Terima kasih Ustaz.
Pak Din! Pak Din! Silaplagi … kerana antara baragama tanpa Tuhan dengan berTuhan tanpa agama, Sunah Allah akan menyebelahi pehak kedua. …. bukan pertama. iaitu yang memahami Sunnah Allah (walau apa nama diberikan … Nature ke, Semulajadi ke, dia percaya atau tidak kepada tuan milik Nature) akan lebih berjaya mendapat keizin Alam dari kumpulan pertama yang beragama secara ritual
Comment Posted By Pak Din On November 22, 2007 @ 3:42 pm
Written by Nik Elin bte Nik Abd Rashid on 18 December, 2006 at 12:37
There’s just too much too little that the Tok Guru Nik Aziz wants to do in Kelantan. He is offering discos for non Muslims where no intermingling between sexes is allowed. And all patrons have to cover their aurat. Can you imagine wearing a lampshade jubah and swaying to the beat of “La isla Bonita” or “Lets Hear it for the Boy”?
http://tasekpauh.blogspot.com/2006/12/berita-welcome-to-islamic-disco-pas.html
Dan mereka juga menambah pembahagian baru yang seterusnya : sehingga ada “Islam Thawri (revolusi), “Islam Radikal dan Klasik”, “Islam Al-Yamini (Haluan Kanan)”, “Islam Al-Yasari (Haluan Kiri), “Islam Al-Mutazammit (Rigid), “Al-Islam Al-Munfateh (terbuka) dan akhirnya wujud pula “Al-Islam As-Siyasi” , “Al-Islam Ar-Ruhi ( ruh), “Al-Islam Az-Zamani (semasa)
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=592&Itemid=95
Sejarah buktikan UMNO “Pengkhianat Bangsa”
Posted on November 23, 2007 by greenboc
Oleh al-bakistani / greenboc
Berikut ialah koleksi video klip yang mendedahkan pembohongan parti UMNO selama ini. Ia dapat di lihat di dalam siri video klip ini dimana terbukti pejuang kemerdekaan yang sebenarnya bukan UMNO yang pada masa itu slogannya ialah “Hidup Melayu” tetapi PKMM, MDU dan lain-lain di dalam PUTERA-AMCJA dengan pemimpin-pemimpin mereka seperti Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Mohammad (Pak Sako), Lim Kean Chye dan lain-lain berslogankan “Merdeka”.
UMNO sebenarnya adalah BARUA British, yang telah menangkap dan menekan perjuangan rakyat. Ramai yang merengkok di alam penjara dan ramai juga yang telah dibuang negeri. Ikutilah kisah menyayat hati tentang pembohongan UMNO yang telah merampas “panji kemerdekaan” dan dengan angkuh memadam sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan untuk mendabik dada tanpa segan silu kononnya UMNOlah pejuang kemedekaan Tanah Melayu.
http://tranungkite.wordpress.com/2007/11/23/sejarah-buktikan-umno-pengkhianat-bangsa/#comment-33
Pengenalan Tentang Tajdid
Tajdid ialah suatu proses pembaharuan dalam umat Islam, yang mengeluarkan umat Islam dari kepincangan kepada kondisi yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep tajdid ini merupakan senjata kekuatan umat Islam sejak zaman berzaman, di mana, setiap kali umat Islam mengalami kemunduran, maka Allah s.w.t. akan melahirkan individu atau golongan dalam umat Islam, yang sanggup menggadaikan hidup mereka demi membaikpulih umat Islam dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat Islam.
Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:
“Allah s.w.t. akan mengutuskan bagi umat ini (umat Islam), setiap seratus tahun orang yang akan memperbahrui (tajdid) agamanya (agama umat Islam.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Al-Hakim, Al-Baihaqi, Al-Hasan bin Sufian, Al-Bazzar, At-Tabrani, Abu Nu’aim dan sebagainya).
Realiti Umat Islam: Keperluan kepada Golongan Mujaddid
Suatu fenomena yang amat menggembirakan, apabila timbul ramai golongan yang cuba merealisasikan konsep tajdid ini, khususnya pada zaman ini, di mana umat Islam dirundung seribu satu macam kepincangan, di segenap aspek kehidupan mereka.
Dari sudut kerohanian, ramai umat Islam yang tidak menjalinkan hubungan yang baik dengan Allah s.w.t., samada dengan mentaati perintah-Nya mahupun dengan meninggalkan larangan-Nya. Apa yang disuruh, itulah yang ditinggalkan dan apa yang dilarang, maka itulah yang dilakukan (na’uzubillah).
Benih-benih keimanan sudah hilang dari dada mereka. Akar-akar ketaqwaan sudah kian rapuh dimamah seribu satu maksiat dan dosa. Mereka hilang hala tuju, tidak pasti ke mana mahu dituju. Apa yang pasti, bagi mereka, hidup hanya sekali, sekurang-kurangnya itulah peluang untuk berhibur. Keimanan tentang alam selepas kematian, baik alam kubur mahupun alam darain (dua rumah, iaitu syurga dan neraka) telah pudar. Hijab antara mereka dan Tuhan mereka semakin menebal.
http://protajdid.blogspot.com/2007/11/kemelut-umat-islam-antara-tajdid-dan.html
#10 Abu Saif Says:
November 22nd, 2007 at 3:59 pm
Saya sudah bersama dengan rufaqa-sesat.blogspot.com sebelum A pertama ditaip. Soal mengapa Arqam atau Rufaqa enggan menggunakan lafz jalalah dan menggantikannya dengan Tuhan, dari buku Abuya, sampailah ke nasyid Mawaddah, sangat jauh bezanya dengan sebab saya menyebut kalimah Tuhan di sini.
Tulisan saya ini tidak ada kena mengena dengan “kempen hidup berTuhan” Rufaqa atau Arqam. Jangan trauma anta dengan Rufaqa mahu diterjemahkan sebagai kemalangan kepada orang lain.
Nak komen, sila komen isi. Tang mana setuju tang mana tak setuju. Nak menjolok di luar pagar, itu bukan budak baru belajar mengaji, tapi baru belajar mencuri
http://saifulislam.com/?p=1037#comment-9154
[...] adanya elemen ketuhanan, segala yang dilakukan menjadi ibadah, jauh melebihi ritual keagamaan yang kehilangan ketuhanannya. Kenali Dia dan budayakan CarakerjaNya, sudah pasti segala kerja di Dunia menjadi ibadah, sebagai [...]
[...] kurang berdaya maju, dan hidup di tahap lama, dengan perangai dan adat lama yang usang. Segala tajdid, hanya berbentuk kepercayaan semata-mata yang disalurkan dengan kuasa veto. Biar mati (pemikiran) [...]
[...] kata yang plastik tu ialah yang memisahkan agama (muslim) dari iman (mukmin) … tetapi yang lebih parah ialah [...]
[...] 3. Islamnya pemerintahaan di Malaysia adalah se Islam pemerintahan Alam. Booo! Mana boleh sama pemerintahan Allah dengan pemerintahan manusia! Op silap! Islamnya pemerintahan di Malaysia oleh yang sediada, lebih Islam dari pemerintahan yang sedia nak ada. Lembut sedikit bunyinya. Yang sedia nak ada pun nak bergabung dengan yang mempunyai kepercayaan berbeza dengan mereka. Bak kata Ustaz, ‘ritual dalam berpolitik’, ‘beragama tanpa Tuhan’ dan berperangai ‘bal hum adhall’. Cuma ialah, sana sini kena repair, lampu pechah, bangunan runtuh, hakim (yang syarii pulak tu) silap kira duit dan pelbagai masaalah harian manusia. Biasalah kalau yang sedia nak ada, memerintah pun, entah-entah x5 lebih besar outanya (pasal campuran bahanapi Jet sangat bebahaya) [...]
The major difference between the Hindu and the Muslim perception of God is the common Hindus’ belief in the philosophy of Pantheism. Pantheism considers everything, living and non-living, to be Divine and Sacred. The common Hindu, therefore, considers everything as God. He considers the trees as God, the sun as God, the moon as God, the monkey as God, the snake as God and even human beings as manifestations of God!
Islam, on the contrary, exhorts man to consider himself and his surroundings as examples of Divine Creation rather than as divinity itself. Muslims therefore believe that everything is God’s i.e. the word ‘God’ with an apostrophe ‘s’. In other words the Muslims believe that everything belongs to God. The trees belong to God, the sun belongs to God, the moon belongs to God, the monkey belongs to God, the snake belongs to God, the human beings belong to God and everything in this universe belongs to God.
Thus the major difference between the Hindu and the Muslim beliefs is the difference of the apostrophe ‘s’. The Hindu says everything is God. The Muslim says everything is God’s.
http://www.ilovezakirnaik.com/comparative_religion/hinduism.htm