Salam Allah
1. ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’ merupakan kalimah tauhid (mengesakan Allah) yang agung, yang dipegang oleh semua orang bernama Muslim. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh 124,000 nabi, dengan Nabi Muhammad saw sebagi nabi terakhir. Setiap kali laungan azan mengingatkan Muslim untuk mendirikan tiang agama, maka teringatlah kita kepada kalimah itu. Malangnya kalimah yang seagung itu, tidak dapat menyatukan Muslim di seluruh dunia secara sepenuhnya, dari hasil yang dapat dilihat mengamati keadaan Muslim di pada hari ini. Basahnya bibir Muslim menyebut kalimah tersebut tidak di sambut dengan penghayatan pada perlaksanaan kehidupan Muslim setiap hari.
2. Walaupun kalimah itu menafikan adanya tuhan-tuhan lain, selain Allah, Muslim masih terus berpegang kepada pelbagai tuhan, tanpa mahu mengakuinya, yang dapat dilihat dari perbezaan pendapat dan pendekatan yang memecah-belahkan Muslim dari membuat keputusan sebulat suara secara menyeluruh. Bepuluh jenis mazhab, jalan, tarikat, sirath, manhaj, pendekatan, cara dan sebagainya berkembang di sana sini, dengan tiada kata sepakat, melainkan telalu sedikit untuk menjadikan Muslim satu ummah yang dapat mengawal atau menjadi khalifah di dunia. Dan yang menakutkan, perpechahan ini masih terus berlaku dan dikalang Muslim masih ramai yang menenangkan jiwa dengan berpendapat bahawa perbezaan itu membawa rahmat kepada mereka.
3. Dengan kejayaan Muslim di zaman Nabi dan sahabat mengembangkan Islam dan tanah jajahan Islam, tidak dapat dinafikan bahawa kesan sampingannya ialah penerapan nilai-nilai bukan Arab dan bukan Islam, ke dalam Islam berlaku. Ini menjadi ketara apabila pemerintahan Islam di kurun kedua Hijrah, mengambil langkah memperkembang penguasaan ilmu ke tahap yang belum pernah dilakukan sebelumnya, iaitu dengan menterjemah rujukan-rujukan bukan Arab kepada Arab, bagi menyemarakan lagi perkembangan ilmu, terutamanya yang mengkaji Alam. Maka terdedahlah ilmuan dan pemikir Muslim kepada idea-idea yang datang lebih awal ke dunia Barat seperti Yunani dan Greek.
4. Berkembanglah Ilmu Kalam dan terbitlah pemikiran baru menggunakan ketajaman akal dan minda, cuba menghuraikan pelbagai masalah kehidupan yang datang bersama kemajuan tamadun Islam yang semakin maju. Bersamanya bercambahlah pendekatan baru yang melihat permasaalahan yang sama dari sudut berbeza, dengan masing-masing masih berpegang teguh kepada dua sumber utama Al Quran dan Hadis. Pada masa yang sama perbezaan persekitaran membuatkan penggunaan akal dan minda menjadi terpisah kepada dua golongan utama, yang mahu terus bergantung kepada akal dan minda, dan golongan yang tidak gemar memaksimakan penggunaannya.
5. Kumpulan terdahulu tidak mahu pada asasnya mentawilkan sesuatu yang dirujuk. Apa sahaja yang disebut di dalam nas, itulah yang mesti disampaikan, khuatir tercemar penyampaian yang dibuat. Kumpulan terkemudian pula, menyedari perkembangan tamadun dan pemikiran masyarakat telah berkembang memperbaharui pendekatan dengan mentawilkan kefahaman kepada nas yang digunakan. Nasnya sendiri tidak berubah. Tanpa disedari perbezaan pendekatan ini menghasilkan begitu banyak simpang dan masing-masing berpegang teguh bahawa mereka berada di jalan yang betul. Tidak dinafikan kesemuanya adalah ahus Sunnah wal Jemaah kerana masih merujuk kepada dua sumber utama dengan hanya pentawilan dan penqiyas berbeza.
6. Dengan memberikan keutamaan yang rendah kepada pengkajian tentang Sunnah Allah, Muslim tidak akan dapat menemui satu titik pertemuan yang dapat menyatukan mereka. Al Quran menegaskan hanya Sunnah Allah yang tidak akan berubah, tidak seperti berkembangnya kepelbagaian kemahuan manusia. Memang tidak dapat diketepikan kepalbagaian tersebut, tetapi manusia seharusnya mengkaji dan belajar dari Alam Allah dan membudayakan segala peraturan yang Allah tuliskan di dalamnya, sehingga Allah dapat sentiasa mengizinkan pemintaan Muslim sesuai Qadar yang telah ditentukan, yang tidak dibuat hanya untuk Muslim, bahkan untuk semua manusia.
7. Sehinggalah Muslim dapat menjadikan Sunnah Allah sebagai panduan asas dalam membuat peraturan hidup, serta memperkemas dan memahami asas peraturan yang dituangkan Allah di dalam SyariatNya, Muslim tidak akan berjaya membulatkan tekad bersatu memerangi tuhan-tuhan selain Allah, yang menjadi mainan bibir setiap Muslim. Bukan kerana mentakwil atau mengkias, menyebabkan perbezaan pendapat berlaku, tetapi kerana kesilapan Muslim tidak memberikan keutamaan yang sama pada kefahaman fungsi Sunnah Allah, setaraf dengan keutamaan memahami Syariat Allah, yang akan terus menjadi penghalang penyatuan ke arah menerima Allah yang satu. Sunnah Allah amat menentukan segala-galanya.
Bersatu Dalam Perbedaan
26 Sept 2006
K.H. Abdullah Gymnastiar
SAUDARAKU, alangkah indahnya taman bunga di sekeliling kita; aneka warna, aneka perbedaan, aneka ragam, dan bau wewangian. Sungguh, keindahan itu dapat diwujudkan karena adanya perbedaan. Keindahan bukan terwujud dari persamaan atau kesamaan warna kulit, bentuk, bahasa, dan lainnya. Perbedaan akan menjadi keindahan dan kian indah, apabila diikat dengan hati.
Saudaraku, Allah menghadirkan perbedaan dalam kehidupan di negeri ini. Alangkah indahnya kalau perbedaan ini kita pahami dan kita jadikan sebagai suatu potensi bagi terwujudnya persatuan. Ketahuilah, kita berbeda tapi sama-sama ciptaan-Nya.
Sudah cukup kita saksikan dan rasakan bersama, betapa tindakan-tindakan yang tidak bijaksana, bahkan anarkis (membuat kerusakan), tidak menyelesaikan masalah. Bahkan, yang terjadi adalah semakin buruknya masalah. Betapa tindakan-tindakan yang mengakibatkan kerusakan di mana pun dan kapan pun, ternyata memunculkan beragam masalah yang tiba-tiba datang.
Janganlah karena adanya perbedaan ini, kita malah saling menzalimi. Kejadian apa pun yang telah menimpa negeri ini, sudah semestinya menjadi pelajaran bagi kita semua. Di antara yang bisa kita ambil hikmahnya adalah kita harus memiliki tekad yang sama untuk membangun kebersamaan di negeri tercinta ini. Jangan biarkan kekerasan menjadi solusi dari permasalahan yang ada.
http://www.al-nidaa.com.my/artikel.php?id=85&action=view
(1) Yang demikian adalah menurut “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” itu.
( سورة الأحزاب , Al-Ahzab, Chapter #33, Verse #62)
(2) Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah) dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan “Sunnatullah” itu.
( سورة فاطر , Fatir, Chapter #35, Verse #43)
(3) Maka iman yang mereka katakan semasa melihat azab Kami, tidak berguna lagi kepada mereka; yang demikian adalah menurut “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah) yang telah berlaku kepada hamba-hambaNya dan pada saat itu rugilah orang-orang yang kufur ingkar.
( سورة غافر , Ghafir, Chapter #40, Verse #85)
(4) (Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) “Sunnatullah” (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.
( سورة الفتح , Al-Fath, Chapter #48, Verse #23)
33:38. مَّا كَانَ عَلَى النَّبِيِّ مِنْ حَرَجٍ فِيمَا فَرَضَ اللَّهُ لَهُ سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ قَدَرًا مَّقْدُورًا
Ma kana AAala alnnabiyyi min harajin feema farada Allahu lahu sunnata Allahi fee allatheena khalaw min qablu wakana amru Allahi qadaran maqdooran
Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya.
Maka itu, pandangan di atas yang menyatakan bahawa manusia tidak dapat melihat Tuhan di dunia ini, akan tetapi mukminin dapat melihat-Nya pada Hari Kiamat, adalah sebuah kepercayaan yang sangat tidak-rasional.
Satu-satunya alasan yang menyebabkan mereka membela kepercayaan ini adalah hadith yang disebutkan di dalam beberapa kitab induk hadith bahawa Tuhan boleh dilihat pada Hari Kiamat. Akan tetapi, tidakkah kelemahan pandangan ini—berdasarkan hukum akal—merupakan dalil atas adanya pencemaran terhadap hadith itu dan ketidakabsahan kitab-kitab yang memuat hadith-hadith seperti ini? Jika kita tidak tafsirkan hadith ini sebagai penyaksian mata hati atau sesuai dengan hukum akal, selayaknya kita tinggalkan saja hadith-hadith semacam ini.
Atau, jika dalam sebahagian ayat-ayat al-Qur’an—yang secara lahir—menyiratkan bahawa Tuhan dapat dilihat, seperti ayat: “Wajah-wajah ketika itu berseri-seri, sembari melihat kepada Tuhannya” (al-Qiyamah [75]: 23-24) dan ayat: “Tangan Tuhan berada di atas tangan mereka” (al-Fath [48]: 10), semua itu mengandung erti figuratif (majâzi), lantaran tidak satu pun ayat Al-Qur’an yang bertentangan dengan hukum akal.
Dari http://ummahonline.wordpress.com/2008/04/17/melihat-tuhan/
Eksistensi Tuhan adalah salah satu masalah paling fundamental manusia, karena penerimaan maupun penolakan terhadapnya memberikan konsekuensi yang fundamental. Alam luas yang diasumsikan sebagai produk sebuah kekuatan yang maha sempurna dan maha bijaksana dengan tujuan yang sempurna berbeda dengan alam yang diasumsikan sebagai akibat dari kebetulan atau insiden. Manusia yang memandang alam sebagai hasil penciptaan Tuhan Maha Bijaksana adalah manusia yang optimis dan bertujuan. Sedangkan manusia yang memandang alam sebagai akibat dari serangkaian peristiwa acak atau chaos adalah manusia yang pesimis, nihilis, absurd dan risau akan kemungkinan-kemungkinan yang tak dapat diprediksi.
Dari http://islamalternatif.net/iph/content/view/133/33/
124,000 is a positive integer that has significance in Islamic theology. According to one Hadith (no. 21257 in Musnad Ibn Hanbal) this is the number of prophets (Arabic nabi as opposed to rasul[1]) who have been in the world over the course of history. The reason for such a high number is that, according to the Qur’an, God has sent a messenger to every nation ([Qur'an 16:36]).
This number should not be confused with 144,000 which has significance in a different religious context.
http://en.wikipedia.org/wiki/124000_(number)
Profesor Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud, Presiden ASASI dalam beberapa makalahnya menyatakan bahawa sebab utama kejayaan kegiatan sains di kalangan insan dalam mengkaji alam serta memanfaatkan hasil kajian tersebut dalam bentuk teknologi, ialah hakikat bahawa alam semesta telah ditundukkan/dipermudahkan (tazlil) dan dikerah agar berkhidmat (taskhir = “to constrain something to be of service to something else”) kepada insan. Sebagai contoh kita dapati bahawa ramai ahli ilmu hisab pelik dan kagum dengan kemampuan ilmu hisab ciptaan aqal insan dalam mengatur, memeri dan meramalkan pelbagai aspek kejadian alam yang pada zahirnya begitu rumit dan canggih, seolah-olah wujud (atau memang dah diprawujukan oleh Sang Pencipta) keserasian tersirat antara kejadian alam fizikal luaran yang ditanggapi inderawi dengan tataatur daya fikir dalaman dalam akal insan. Dalam ertikata lain, kejadian alam semesta seolah-olah diarahkan demi berkhidmat kepada jasad dan aqal insan sekaligus demi menzahirkan apa yang diungkapkan oleh Fakhr al-Din al-Razi sebagai ni‘am afaqiyyah dan ni‘am anfusiyyah (nikmat yang bersifat luaran/jasmaniah dan nikmat yang bersifat dalaman/kejiwaan).
Dari http://www.kesturi.net/2008/08/06/ekologi-islam-sebagai-cabang-amali-kosmologi-islam/
Pada ayat 22, surat Al-Anbiya’ [21], kita membaca: “Sekiranya ada Tuhan selain Allah, maka akan terjadi kerusakan dan sistem-semesta akan saling bertabrakan.” Soal yang mengedepan di sini adalah banyaknya Tuhan akan menjadi sumber kerusakan di alam semesta, lantaran tiap-tiap mereka akan bangkit untuk memerangi satu sama lainnya. Akan tetapi, jika kita menerima mereka sebagai orang-orang bijak dan berpengetahuan, tentu saja dalam mengelola alam semesta ini mereka akan saling bahu-membahu.
Dari http://eurekamal.wordpress.com/2007/06/29/isu-isu-teologi-kontemporer-5/
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.
Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.
Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk.
Dari http://disertasi.blogspot.com/2007/11/ahli-sunah-larang-ithbat-tempat-bagi.html
An Illustration dari Blog Kristian on Trinity.
Basically, the universe consists of three elements: Time, Space, and Matter. Each of these is comprised of three ‘components.’
Time Past Present Future
Space Height Width Depth
Matter Solid Liquid Gas
As the Trinity doctrine maintains, each of the persons of the Godhead (Father, Son, and Holy Spirit) is distinct, yet they are all each, by nature, God.
With time, for example, the past is distinct from the present, which is distinct from the future. Each is simultaneous. Yet, they are not three ‘times,’ but one. That is, they all share the same nature: time
With space, height is distinct from width, which is distinct from depth, which is distinct from height. Yet, they are not three ‘spaces,’ but one. That is, they all share the same nature: space.
With matter, solid is not the same as liquid, which is not the same as gas, which is not the same as solid. Yet, they are not three ‘matters,’ but one. That is, they all share the same nature: matter.
Note that there are three sets of threes. In other words, there is a trinity of trinities. If we were to look at the universe and notice these qualities within it, is it fair to say that these are the fingerprints of God upon His creation? I think so. Not only is this simply an observation, but it is also a good source for an analogy of the Trinity
Dari http://www.carm.org/questions/god_trinity_triad.htm
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=125&thread_id=2292 Perbincangan on Trinity
Berkata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ;
“ Dan ketiga Mukhalafatuhu Lil Hawaditsi :
Dan maknanya : Bahawasanya Allah Taala tiada bersama ia dengan segala yang baharu, tiada pada zatNya, dan tiada pada sifatNya dan tiada pada af’alNya (perbuatanNya). Maka zat Allah tiada menyerupa akan dia segala zat yang baharu, dan sifatNya tiada menyerupa akan dia akan segala sifat-sifat yang baharu, dan perbuatanNya tiada meyerupa akan dia akan segala perbuatan yang baharu, dan setiap barang yang terlintas dengan hati seorang kita akan sesuatu maka bahawasanya Allah Taala itu bersalahan baginya kerana sekalian itu baharu[1]. Maka Allah itu bersalahan dengan segala yang baharu seperti firman Allah Taala :
Yang bermaksud :
“Tiada seperti seumpamanya Allah Yang Maha Suci suatu dan Dialah jua Tuhan Yang Amat Mendengar dan Yang Lagi Amat Melihat”.[2]
Dan tiada Allah Taala itu bertempat[3], dan tiada Ia di atas[4], dan tiada Ia di bawah, dan tiada ia di kanan, dan tiada di kiri, dan tiada pada hadapan, dan tiada di belakang,[5] kerana adalah sekalian itu melazimkan jirim, dan Allah Yang Maha Suci tiada berjirim, dan tiada Aradh. Kerana adalah segala yang baharu itu terhingga atas dua perkara iaitu jirim dan aradh maka tempat dan berubah itu sifat jirim dan sifat aradh. Demikian lagi besar dan kecil itu sifat jirim yang banyak dan sedikit kerana jikalau banyak jirim dinamakan besar dan yang sedikit dinamakan kecil. Dan berubah itu sifat aradh seperti gerak dan diam maka kedua-duanya itu daripada kelakuan yang baharu dan Allah Yang Maha Suci itu Qadim[6] tidak boleh disifatkan dengan segala sifat yang baharu. Dan barangsiapa menghinggakan zat Allah Taala pada tempat maka tiada syak ia pada kufurnya seperti katanya allah taala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.
Dari http://abulehyah.blogspot.com/2008/08/syeikh-daud-bin-abdullah-al-fathony.html
Bapa Ust Abdullah Phatoni yang mengingatkan “Laa mawjud illa Llah” Tiada yang wujud melainkan Allah.
Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua’wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya iaitu Mu’awiyah :
Ertinya :
Beliau (nabi SAW) bertanya kepadanya : “Di manakah Allah?”
Jawab budak perempuan : “Di atas langit.”
Beliau bertanya (lagi) : “Siapakah Aku ..?”.
Jawab budak itu : “Engkau adalah Rasulullah.”
Beliau bersabda : “Merdekakan ia ! .. kerana sesungguhnya ia mu’minah (seorang perempuan yang beriman)”.
Hadits soheh. Dikeluarkan oleh Jama’ah ahli hadits (Riwayat Muslim dan Abu Dawud)
Diriwayatkan Abu Hurairah ia berkata : Sabda Rasulullah SAW :Maksudnya : Tatakala Nabi Ibrahim dicampak dalam api (oleh kerajaan Namrud) beliau berdoa “Wahai Tuhanku!, sesungguhnya engkau hanya tunggal di langit dan aku adalah seorang sahaja di bumi ini yang (beriman dan) beribadah kepadamu ( Ibn Kathir, al Bidavah wa an Nihavah 1/146.)
Dari http://khairolkhalid.blogspot.com/2006/04/di-mana-allah.html
[...] dengan Nabi Muhammad saw sebagi Nabi Penutup dan Ulul Azmi, (g) Islam itu luas dan bukan Arab (h) Sunnah Allah itu adalah CarakerjaNya dan beberapa perkara [...]
[...] cerita hal kekebalan. Maka sebenarnya kita telah mendustakan arahan Tuhan dengan tidak mengkaji CarakerjaNYa. Kita lakukan tanpa “Sahaja aku [...]
[...] yang diperlukan, terletak pada kejayaan kita menumpukan pemikiran kepada ilmu yang selari dengan Sunnah Allah, segala yang mengkaji tentang bagaimana Alam ini terbentuk, berevolusi termasuk juga bagaimana [...]