S05 Allah dan SunnahNya

Salam Sunnah

1. Muslim sangat jelas dengan Syariat Allah yang di wahyukan kepada sebahagian rasul-rasul Allah, sebagai panduan menjalani kehidupan di atas muka Bumi ini. Terdapat sekurang-kurangnya 3 Suhuf dan 4 Kitab yang telah diturunkan Allah, dengan Al Quran sebagai yang terakhir dan membenarkan kandungan Kitab-kitab terdahulu. Tidak dinafikan terdapat perubahan berlaku, sesuai tamadun dan zaman, kepada Syariat yang diberikan kepada rasul-rasul berlainan. Ini menunjukkan hidupnya Syariat Allah dan sangat memahami keperluan perubahaan waktu dan tempat, tidak lain dan tidak bukan, untuk menyokong Muslim menjadi khalifah atau pemimpin di atas Bumi ini.

2. Tidak seperti Syariat Allah, Sunnah Allah, juga yang Melayunya membawa makna peraturan, telah ada sejak azali lagi. Sebelum lagi adanya Nabi Adam sebagai manusia pertama, Sunnah Allah telah menjadi program atau aturcara yang menentukan perjalanan Alam ini. Sunnah Allah yang dirujuk sebagai Nature oleh mereka yang tidak percayakan Allah, merupakan hukum halangan (rujuk Bhg 16 Teori Darwin) yang memberikan kesan sertamerta berbanding hukum garisan, yang pembalasannya ditangguhkan sehingga ke hari pembalasan. Kedua-dua Syariat dan Sunnah Allah merupakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Muslim dan memahami fungsi setiap satu memberi kesan berbeza yang amat ketara.

3. Terdapat tidak kurang dari 5 ayat di dalam Al Quran (Kitab panduan Syariat Allah) menerangkan tentang Sunnah Allah. Lihat komen 2 dan 3, ‘S04 Tuhan dan Allah’, berhubung ayat-ayat 33:62, 35:43, 40:85, 48:23 dan 33:38, yang semuanya secara terus menceritakan tentang Sunnah Allah. Antara yang paling penting ialah “48:23 Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu” dan “33:62 Yang demikian adalah menurut Sunnatullah (undang-undang peraturan Allah) yang telah lalu dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah itu.”

4. Sunnatullah atau Sunnah Allah, tidak pernah dan tidak akan berubah, tidak seperti Syariat Allah yang pernah berubah mengikut kesesuaian manusia. Sunnah Allah merupakan Superprogram Allah (DARWIN 26 Program dan Superprogram) yang berkaitan dengan apa yang difahami sebagai Qodo dan Qadar Allah, satu dari rukun Iman yang menjadi tunggak kepercayaan kepada ada dan esanya Allah. Qadar Allah tidak berlaku hanya pada yang percaya kepadaNya dan kesan hukumnya tidak mengenal kepada samada pemilihnya Muslim atau tidak. Siapa sahaja yang memilih Qadar yang tertentu, sudah pasti hasilnya tidak berubah. Keizinan Allah diberikan kepada sesiapa sahaja yang mengkaji dan memahami Sunnah Allah.

5. Ilmu sains, yang satu ketika dahulu dirujuk sebagai ilmu falsafah, adalah ilmu yang mengkaji Alam semulajadi atau Nature. Allah mentarbiah mahluknya melalui AlamNya. Malangnya bahasa yang digunakan dalam pembelajaran Alam ini, tidak semudah bahasa yang digunakan seharian oleh manusia. Segala kunci pekara ghaib ada tersimpan di Alam ini dan menunggu manusia menggunakan akal yang diberikan Allah untuk mencarinya. Malangnya, kegemaran mencari rasia Alam ini tidak berlegar di kalangan Muslim. Kebanyakan, kalau tidak semua, penemuan-penemuan hukum-hukum Alam, yang merupakan Sunnah Allah, dibuat oleh orang yang mengaku Muslim rujuk sebagai bukan-Muslim. Sungguh malang sekali.

6. Keutamaan memahami Sunnah Allah adalah setara dengan kepentingan memahami Syariat Allah. Bagaimanapun, mempelajari Sunnah Allah jauh lebih susah dan memerlukan penggunaan akal yang lebih mencabar. Sudah pasti orang yang tidak biasa dengan rumitnya mempelajari Sunnah Allah, akan mengambil jalan berbeza dengan mengkaji sesuatu yang jauh lebih mudah mendatangkan ketenangan. Sunnah Allah tidak dapat dipelajari tanpa pengorbanan. Dalam menjalankan pengorabanan, ketenangan mempunyai makna berbeza dari ketenangan yang datang tanpa pengorbanan. Secara umumnya, manusia lebih berminat mencari ketenangan dari mengorbankan jiwa untuk mencari kebenaran.

7. Kata kunci dalam memahami Sunnah Allah adalah penggunaan akal ke arah mengkali carakerja Allah. Tidak dinafikan ramai yang sanggup berkorban memeras otak, akal dan minda, cuba memahami carakerja mahluk atau manusia. Manusia yang pada fitrahnya dijadikan resah geliash, sentiasa membuat strategi mengatasi lawan sesama mereka, walaupun membaca nas yang sama. Carakerja manusia sentiasa berkembang tidak seperti carakerja Allah yang tidak berubah mengikut zaman dan tempat, seperti yang termaktub di dalam Al Quran. Bagaimana boleh sesuatu yang sentiasa berkembang mengikut selera manusia, dapat menemui penyatuan dengan tidak mempelajari dari bagaimana carakerja Allah, yang telah dipaparkan di dalam Alam? Sesungguhnya Sunnah Allah sangat-sangat menentukan hasil dari pilihan yang dibuat.

12 Respons bagi “S05 Allah dan SunnahNya”

  1. shar Berkata:

    Siapa kira justru pada bagian ilustrasi ini banyak terjadi pengaburan makna yang sedang dijelaskan al-Qur`an, begitu kesimpulan H. Hartono Ahmad Jaiz. Mantan wartawan yang sekarang menjadi peneliti di Lembaga Pengkajian dan Penelitian Islam (LPPI) ini mencatat, ada gambar sepasang lelaki dan wanita, yang wanita menggelendoti lelaki, dengan caption (keterangan gambar) berbunyi: ciri-ciri wanita surga (Ensiklopedi Al-Qur’an, jilid 5 hlm 103). Judul Hakekat Iman dihiasi dengan gambar pemeluk agama Kristen yang sedang berupacara lengkap dengan tanda salibnya (Ensiklopedi Al-Qur’an jilid 1, hlm 65). Siapa membaca surah Yasin akan mendapatkan pahala sebanding dengan melakukan haji 20 kali (Ensiklopedi Al-Qur’an, jilid 2, hlm 113). Berobat dengan menggunakan air bekas wudhu bisa menyembuhkan tujuh puluh penyakit (Jilid 6 hlm 30). http://www.sabili.co.id/telus-e05thXIV06.htm

  2. shar Berkata:

    71207 Muslim tak kan kuat tanpa jemaah, jemmah tak bermakna tanpa umara’ dan umara’ tak bermakna tanpa yang mentaatinya.

    71201 Dr Yusuf Qardawi mengharamkan Pokemon kerana unsur-unsur Darwin, khayalan dan pelbagai

    Khutabah

  3. shar Berkata:

    Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT membawa syariat Islam yang bersifat undang-undang bersama. Islam menukar manusia yang ananiah kepada kekitaan, merasa bersama antara satu sama lain sebagai satu ummah. Firman Allah SWT:

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka hendaklah kamu memperelokkan di antara dua saudaramu… (Al-Hujurat 49 : 10)

    Sabda Nabi SAW:

    Perumpamaan orang yang beriman di dalam berkasih-kasihan sesama mereka, rahmat merahmati dan sayang menyayangi, adalah seumpama satu jasad. Apabila satu anggota mengeluh, ia memberi kesan kepada seluruh jasad sehingga berjaga dan demam.

    Islam juga menekankan kepentingan hidup bergaul dan memelihara hubungan silaturahim sesama umat. Sabda Nabi SAW:

    Seorang mukmin yang bercampur gaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang dirasai daripada mereka adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dan tidak sabar dengan kesakitan yang dirasai daripada mereka (akibat pergaulan itu)

    Bahkan Nabi SAW memberikan peringatan berupa ancaman kepada mereka yang mengenepikan sensitiviti dan sikap mengambil berat sesama mukmin dengan sabda Baginda SAW:

    Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka bukanlah dia itu dari kalangan mereka

    Memutuskan silaturahim dan meninggalkan tuntutan ukhuwwah menjadi kekejian yang besar di dalam Islam. Sabda Nabi SAW:

    “Dan janganlah kamu memutuskan (silaturahim), janganlah merancang kejahatan sesama kamu, janganlah benci membenci dan jangan saling berhasad. Jadilah kamu wahai hamba-hamba Allah bersaudara. Tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan saudaranya lebih dari tiga (hari)”

    Bukan sahaja di dalam perhubungan sosial, bahkan di dalam ibadah yang zahirnya bersifat peribadi, turut dianjur dan ditegaskan kepentingan melaksanakannya secara berjemaah. Solat seharian dan solat Jumaat bagi kaum lelaki, kewajipan mengeluarkan zakat sebagai imbangan ekonomi dan banyak lagi cabang ibadah, menggambarkan betapa Islam sangat menekankan agar penganutnya hidup bermasyarakat.

    http://saifulislam.com/?p=466

  4. Rin Berkata:

    Faham alam dalam Islam atau kosmologi Islam, adalah faham yang menghuraikan hakikat alam fizikal atau alam ciptaan (kawn) ini. Alam ini difahami sebagai bukan hakikat yang bebas berdiri sendiri, malah alam sentiasa bergantung wujudnya kepada Allah pada setiap titik masa dan ketika kewujudannya. Setiap titik dalam alam ini sentiasa merujuk dan menjadi ayat/petanda kepada kewujudan Tuhannya, kerana setiap titik alam ini diwujudkan dan dipelihara oleh Allah pada setiap ketika, seperti yang tersebut dalam ayat al-Qur’an: “Dan tidak ada sesuatu melainkan ia bertasbih memuji Allah” (wa in min shay’in illÉ yusabbiÍu bi Íamdihi). Bahkan hukum sebab-musabab pun sebenarnya, menurut faham alam ini, tidak bisa diakui, kalau difahami bahawa sebab boleh bawa kepada akibat atau musabab dengan sendirinya tanpa keterlibatan ilmu, kuasa dan kehendak Tuhan. Konsep sebab-akibat dalam sains barat mengandaikan proses yang merdeka daripada kuasa Tuhan, padahal tidak bisa demikian, karena pada hakikatnya, semua yang ada tetap berada dibawa genggaman kuasa Allah. Faham ini jelas berlawanan dengan faham Gaia atau hipotesis Gaia dalam ekologi sekular arus perdana yang andaikan bumi ini terlepas daripada Pencipta Maha Tinggi, bahkan bumi dianggap sebagai dewi yang harus disembah maka harus pula dijaga, hal mana tiada menghairankan kerana Gaia ialah nama Yunani bagi dewi bumi!

    Dari http://www.kesturi.net/2008/08/06/ekologi-islam-sebagai-cabang-amali-kosmologi-islam/

  5. Ana Berkata:

    Our brain uses its 8 ­ 13 cycles per second Alpha waves to idle itself, to rest areas not actively processing and acting on incoming sensory and motor information. While this idling is a normal and favorable phenomenon for the idling brain, if Alpha wave activity becomes “locked” and inhibited, active participation of vital brain areas cannot occur with efficiency.

    The frontal lobes are the areas most commonly affected by excessive (flooding) and non-reactive(inhibited) Alpha waves. Our brain uses its frontal lobes to focus attention outside itself and to understand the complexities of the world. It is not unusual to find high amplitude, frontal Alpha in those failing academically and those having trouble meeting job demands.

    To process incoming information that requires us to think and act consciously, our brain uses Beta waves. As a fast brain wave frequency it energize specific areas in the cortex. If Beta is deficient, either all over or in small areas, the brain may have insufficient energy to perform classroom or workplace tasks at peer group standards.

    Dari http://www.crossroadsinstitute.org/brainmap.html

  6. sha Berkata:

    dr_taqwa reply on August 13th, 2008 7:26 am:

    saya menarik kawan2 kepada pandangan imam hassan albanna dalam usul ke 19 dari usul 20 dalm rukun bai’ah yang pertama(al-fahmu)

    “pandangan syar’i dan pandangan logik memiliki wilayah2 sendiri yang saling tidak dapat memasuki secara sempurna. namun demikian, keduanya tidak akan pernah berbeza dalam hal2 yang tetap. hakikat ilmiah yang benar tidak mungkin bertentangan dengan syariat yang sahih. sesuatu yang bersifat ragu2 dari salah satunya, harus ditafsiri yang sejalan dengan yang qath’i. bila kedua-duanya bersifat ragu2, maka pandangan syariat lebih utama untuk diikuti, sehingga logik mendapat legalitalis kebenarannya atau gugur sama sekali.”

    ni sekadar perkongsian, tanyalah yang lebih arif untuk menerangkannya…

    Dari http://saifulislam.com/?p=2479#comment-30233

    Perpecahan paling asas di dalam Islam ialah kepada yang mahu menggunakan akal dan logik (Muktazilah, Ash’ayriah dsb) dan mereka yang mahu mengekalkan teks daripada konteks. (mereka yang mengaku Salafi tetapi mengaku juga pro-tajdid).

  7. Sha Berkata:

    2. Suatu masa dahulu saya sendiri pun selalu membaca tentang HGP di webnya. HGP asasnya adalah the Bills of Quantity of Life dan tidak memberikan the How to of creating Life! Bagaimana pun saya yakin dengan pemikiran yang terbuka, Allah akan membuka jalan bagi mereka yang sentiasa mencari kunci rasia kepada pembentukan Alam, samada orang itu percaya atau tidak dengan wujudNya atau tidak. Inilah yang saya cuba paparkan dalam E=A+B+C+D, dimana dalam pemnyiapan sesuatu entiti E, hanya bahan B yang dihidangkan, komponent yang lain adalah penting tetapi tidak dihidang bersama.

    Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/10/09/35/#comment-604

  8. Sha Berkata:

    wanaimran wrote:
    assalamualaikum,

    jikalau saudara bertanya kepada ibn rushd mengenai hubungan di antara agama dan falsafah, beliau akan menjawab bahawa beliau tidak melihat sebarang percanggahan di antara kedua-duanya.

    menurut beliau, agama dan falsafah mewakili dua pendekatan yang berbeza yang boleh kita gunakan untuk mencapai kebenaran hakiki. beliau juga akan mengupas perbezaan di antara kedua-dua ‘ways of knowing’ ini dan berkata bahawa ilmu berkaitan kebenaran yang dibawa oleh agama merupakan kebenaran yang didasarkan atas kepercayaan seseorang, yang tidak boleh diuji menggunakan kaedah-kaedah saintifik dan tidak memerlukan sebarang latihan untuk dikecapi.

    manakala ilmu mengenai kebenaran yang dianjurkan oleh falsafah hanya boleh ditelusuri oleh mereka yang telah mempunyai daya intellek yang tinggi dan mendalam, oleh itu hanya dapat digarap sepenuhnya oleh beberapa orang tertentu sahaja.
    wallahu’alam.

    “5. Ilmu sains, yang satu ketika dahulu dirujuk sebagai ilmu falsafah, adalah ilmu yang mengkaji Alam semulajadi atau Nature. Allah mentarbiah mahluknya melalui AlamNya. Malangnya bahasa yang digunakan dalam pembelajaran Alam ini, tidak semudah bahasa yang digunakan seharian oleh manusia. Segala kunci pekara ghaib ada tersimpan di Alam ini dan menunggu manusia menggunakan akal yang diberikan Allah untuk mencarinya. Malangnya, kegemaran mencari rasia Alam ini tidak berlegar di kalangan Muslim. Kebanyakan, kalau tidak semua, penemuan-penemuan hukum-hukum Alam, yang merupakan Sunnah Allah, dibuat oleh orang yang mengaku Muslim rujuk sebagai bukan-Muslim. Sungguh malang sekali.” – dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/22/s05/

    Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=131&thread_id=2687&pid=68106#post_68106

  9. Topeng Minda Berkata:

    We call by philosopher someone who is aiming at wisdom without necessarily achieving it.Philosophy has also had the negative sense of a subject full of ‘idle speculation’.At some stages it was thought that the ideal state of human affairs could only come to pass when philosophers are kings.Some recent philosophers have continued these trends by arguing that philosophy tells us nothing;(mere hypothesis that does not show the truth)

  10. Pak Din Berkata:

    Salam

    Thanks for visiting and million thank for commentings. I am trying too approach philosophy, not as a atand-alone subject but as a tool to provoke the mind. I agreed philosophy itself “tells us nothing”. So do believing, by itself, “does not show the truth”. Its only the blend of belief and tought, will bring us to the tuth. Do comment on statements made by me, if you feel obliged to do so. I appreciate second views.

    Thanks.

  11. Haf Berkata:

    Ibnul Qayyim dalam kitab Al-Fawaid mengatakan:

    Allah mengajak hambaNya untuk mengenali diriNya di dalam Al Qur’an dengan dua cara yaitu pertama, melihat segala perbuatan Allah dan yang kedua, melihat dan merenungi serta menggali tanda-tanda kebesaran Allah seperti dalam firman-Nya: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat (tanda-tanda kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memiliki aqal.” (Surah Ali Imran, ayat 190). Juga dalam firmanNya yang lain: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang, serta bahtera yang berjalan di lautan yang bermanfaat bagi manusia.” (Surah Al Baqarah, ayat 164).

    Dari http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/07/20/atheists-bagaimana-mengajak-mereka-ke-syurga/

    “dua cara yaitu pertama, melihat segala perbuatan Allah dan yang kedua, melihat dan merenungi serta menggali tanda-tanda kebesaran Allah ?” perbuatan Allah = segala ciptaanNya
    malah perbuatal Allah ialah impulse in time domain dan components in frequency domain.

  12. S60 Salam celaru. « Sharudin.com Berkata:

    [...] kecelaruan minda memahami perbezaan nilai dan cara, ia akan terus mencelarukan kefahaman keperluan Syariat Allah dan Sunnah Allah. Selagi itu akan ada perlawanan yang disebut di perenggan 1, yang kebanyakannya tidak sepatutnya [...]

Tinggalkan jawapan