Salam ekonomi
1. Ekonomi (muamalah) merangkumi 3 aspek utama, pengadaan kekayaan (creation of wealth), penyimpanan dan pembahagian. Membentuk ekonomi yang sempurna memerlukan ketiga-tiga pekara utama ini. Dengan kepincangan hanya salah satu dati tiga aspek ekonomi, akan menjadikan keseluruhana ekonomi tidak dapat berfungsi dengan betul. Ekonomi adalah tentang kekayaan, yang sebenarnya semua milik Allah, sebelum ada yang mengatakan apa perlunya berekonomi. Bagaimanapun Allah menyuruh kita menjalankan kegiatan ekomomi dan Nabi saw mengingatkan kita tentang pentingnya perniagaan dalam kehidupan kita.
2. Pengadaan kekayaan bermula dengan kegiatan perniagaan. Pada zaman mula tamadun, perniagaan hanya dijalankan dengan pertukaran keperluan atau barter trade. Bagi mengemaskini dan menjadikan kegiatan perniagaan ini lebih rancak dan menyeluruh, maka sistem kewangan dicipta manusia, untuk memmudahkan perturaran barang dan keperluan. Bemacam jenislah pada mula media yang dijadikan bahan pertukaran yang dapat diterima pakai, seperti cengkerang, binatang ternakan, emas, perak dan akhirnya diterimalah sistem mata wang yang berdasarkan wang kertas, sebagai media pertukaran.
3. Berkembangnya kegiatan perniagaan, selari dengan keperluan manusia menyara kehidupan, dan penerimaan satu media mata wang, keperluan penyimpanan menjadi kritikal. Maka terbentuklah sistem perbankan. Sudah pasti semua ini berevolusi, dengan sistem yang tidak berkesan ditukar kepada sistem yang tahan lasak, sesuai teori Darwin, survival of the fittest. Sistem perbankan yang ada sekarang adalah hasil dari ujian masa dan keadaan, dengan kebanyakan, seperti biasa dalam apa bidang pun, Muslim tidak memainkan peranan penentu semasa pembentukkannya. Ibarat kita hanya berlegar di sekitar masaalah daun dan tidak pernah mahu terlibat dengan masaalah pokok, apatah lagi akar yang tak nampak.
4. Menghijaukan daun yang melekat pada dahan dan batang kelabu (bak kata Akhi Riyod samar) adalah kerja, yang layak diberikan kepada si Pandir, atau, bak kata Ustaz, “sistem sebegini mesti dianggap sebagai dalam proses penyempurnaan”. Sistem perbankan adalah hanya satu komponen dari tiga yang utama dalam berekonomi. Oleh itu sekiranya penekanan hanya diberikan kepada mengislamkan penyimpanan dan yang berkaitan, tidak akan mendatangkan kesan yang menyeluruh kepada ekonomi. Penyimpan hanya baik dari segi apa yang disimpan. Ibarat garbage in, garbage out. Yang perlu diberi penekanan lebih serius ialah kegiatan perniagaan itu sendiri.
5. Keseluruhan sistem ekonomi adalah pengadaan kekayaan atau satu sistem meletakkan harga kepada segala yang Allah berikan sebagai rezeki kepada kita. Sebenarnya kalau kita hendak menilaikan rendah dari segi matawang, pada sesuatu pemberian Allah, walaupun nilai sebenarnya tinggi, ia merupakan kesepakatan yang perlu diiktiraf bersama oleh ahli masyarakat yang terlibat. Malangnya pekara-pekara begini tidak berligar di minda dan akal Muslim, dengan membiarkan sistem pengkajian pemerintahan Alam dibuat oleh bukan-Muslim. Ia semuanya berkaitan, segala kegiatan manusia akhirnya, sekarang ini diukur dengan nilai matawang, yang sekiranya Muslim terlibat dari awal secara berkesan, tidak mengarah kepada pemikiran materialistik.
6. Keperluan meletakkan harga pada apa yang Allah berikan percuma, datangnya dari sifat semulajadi manusia yang malas dan ingin jalan pintas menyara kehidupan. Bagi memisahkan antara yang suka dengan pengunaan percaya dan yang suka pengunaan fikir, maka sistem penilaian kewangan tercipta dan menjadi penggalak kepada yang berusaha keras, dalam segala bidang, memastikan mereka mendapat imbuhan yang sesuai kepada apa yang mereka usahakan. Oleh kerana ramai Muslim yang bersifat creationist (mengharapkan segala dah ada), maka susah untuk mereka mehayati keperluan menjadi evolutionist (semua perlu diciptan dan mengalami penambah-baikan setiap masa)
7. Kunci kata, sistem perbankan tidak bertanggung-jawab secara lansung kepada kegiatan perniagaan, walaupun ianya sendiri menjalankan perniagaan. Sistem perbankan dipertanggung-jawab untuk mengurus penyimpanan dan pengurusan mata wang, yang mana mata wang sendiri bergantung penuh kepada macro ekonomi, bukan sesuatu yang dikawal oleh bank. Makro ekonomi adalah berkait rapat dengan kuasa pasaran di dalam masyarakat, yang selalunya dipimpin oleh sistem pemerintahaan atau politik. Politik tidak lain penyerahan kuasa dari ahli masyarakat kepada pemimpin masyarakat. Maka kalau ahli masyarakat, iaitu kita, tak mahu membincangkan makro ekonomi lepas solat Magrib, bagaimana nak harapakan ummah untuk faham.
Comment Posted By Pak Din On November 23, 2007 @ 4:18 pm