Salam lebih
1. Ekonomi nampaknya bersuara lebih lantang sebagaimana keperluan akan menyebabkan semangat perjuangan luntur. Kita memang mengidamkan yang sempurna, tetapi malangnya yang sempuna adalah hasil dari perlaksanaan yang kurang sempurna. “Untuk mengukuhkan persoalan islam yang masih banyak bersifat conceptual itu” kita perlu berjalan di bumi nyata, dengan menyedari hakikat kehidupan. Majmuknya Malaysia tidak mengizinkan beberapa pekara untuk berlaku, kerana ketidak-seimbangan kebolehan dan keupayaan komponen masyarakatnya bertanding di padang yang rata. Melayu tak minat ekonomi.
2. Sebagai Islam kita merasakan memegang kuasa politik melalui status Melayunya. Dengan kuasa politik kita seharusnya boleh mengarah aliran ekonominya ke arah yang kita suka. Malangnya ini yang menjadi masaalah besar dan utama. Penguasaan Melayu terhadap politik tidak melahirkan penguasaan ekonomi. Nabi saw, sebelum menguasai politik Muslim, telah menguasai ekonomi masyarakat di masa itu. Maka merujuk kepada Sunnah Allah, keutamaan yang ditunjukkan Nabi itu sangat menentukan. Keperluan mengenali yang mana lebih menterjemah kuasa sebenar, perlu difahami secara mendalam. Muslim hanya berkobar mengikut Syariat Allah dengan tidak memerhatikan perinciannya bahawa Sunnah Allah dan Sunnah Nabi, mengutamakan yang lebih utama.
3. Dalam memilih apa yang sepatutnya dilakukan sekarang, kita tidak seharusnya menambah kekusutan dengan berkobar menukar yang sedia ada. Memberikan fokus kepada pembaikan yang ada, jauh lebih baik dan senang dilaksanakan dari menjemput yang belum tebukti. Bukan kita tidak dapat menilai baik buruk yang telah ditunjukkan, malangnya kita meningkatkan kepekaan emosi kita terlalu lebih dari kepekaan rational yang membena. Cuba mengulangi sejarah dengan tidak mahu sedar kepada pepatah ‘Menang sorak, kampung tergadai’. Check and balance dalam sistem kerajaan yang dipilih sekarang, perlu dilihat sebagai lengkap dan boleh melayani kehendak kita mencapai tujuan negara hampir Islam.
4. Jelas nampaknya kekeliruan kita dalam memilih warna mana yang kita hendak. Ditambah keliru apabila kedua-dua pehak menggunakan sistem percaya semata-mata, tanpa mahu melebihkan guna sistem percaya-fikir. Kedua-dua membaca nas yang sama dan menambah warna kegemaran dalam perlaksanaan. Keadaan buta warna ini bukan sahaja akan menghilangkan Melayu di dunia, malah yang dikhuatiri, Islamnya hilang juga, dan menjadikan dari situasi teruk, beragama tanpa Tuhan, kepada yang lebih teruk menjadi hanya berbudaya tanpa bertuhan. Bukan setakad kerja tidak menjadi ibadah, malah yang disangkakan ibadah pun, tanpa disedari, diancam Allah dengan balasan yang teruk.
5. Kita perlu U trun dan lihat kembali liku-liku kehidupan yang pahit, apabila hanya dapat mempertahankan Melaka, Melayu dan Islam selama 100 tahun sahaja, yang kemudian dijajah selama hampir 500 tahun. Apakah Islam yang telah menyebabkan Melaka jatuh ke tangan Portugis? Yang pasti kedatangan Islam melalui pedagang menjadikan Melaka berkembang pesat dan dapat mengawal empire yang agak besar. Islam yang diperkenalkan itu juga yang dapat mengukuhkan kedudukan ekonomi Melaka, sehinggakan penjajah tidak boleh duduk senang dan bertekad untuk menjajah. Sudah pasti ketika itu tiada salaf atau khalaf dan pelbagai istilah yang lain dibincang. Hanya apabila telah 50 tahun merdeka, dan ramai yang dihantar ke tanah Arab pulang, perbendaharaan kata agama bertambah, sehinggakan menimbulkan perpecahahan.
6. Kita tidak nafikan pentingnya tajdid yang membawa erti pembaharuan pemikiran. Bukan tajdid yang membawa makna pembaharuan kepercayaan. Dari satu percaya kepada satu kepercayaan yang lain, yang kedudukannya masih di tahap percaya tanpa bukti. Kita perlu anjakan paradigma pemikiran dari kurang berfikir kepada lebih berfikir dan berilmu. Kita perlu sedar adanya perbezaan antara ilmu dan pengetahuan, agar kita tidak buta warna, menjadikan kita mengutamakan yang bukan keperluan. Kalau kita menyedari Nabi saw mengutamakan ekonomi dalam kehidupannya, kenapa kita hanya mengikut Sunnahnya dengan mengenepikan ekonomi? Ekonomi adalah keperluan asas dalam beragama, terutama ke arah beragama dengan Allah.
7. Seperti yang dikemukakan di salam ekonomi, pengadaan kekayaan itu sangat perlu dalam berekonomi, bukan menghabiskan tenaga membincang cara penyimpanannya, yang tidak dinafikan kepentingannya. Tetapi kita perlu tahu mengenali keutamaan. Terus dengan makan gaji, bukan sebenarnya terlibat dengan ekonomi sebenar. Memberikan nas dengan warna tersendiri bukan terlibat dengan kegiatan ekonomi. Nabi saw yang mengingatkan, perniagaan itu adalah 9/10 kegiataan muamalah. Kenapa kita hanya mengingatkan yang lain dan tidak memokuskan perhatian kepada kegiatan perniagaan? Dengan kuasa ekonomi di tangan kita sudah pasti, beribadah akan menjadi lebih selesa, dari memperjuangkan semangat sorak bukan keutamaan.
Comment Posted By Pak Din On November 24, 2007 @ 11:39 pm
Betul ke ni Akhi? “Bagi saya, syarat penting menjadi calon PAS ialah orang kaya atau berpendapatan mantap sebelum dan selepas pilihanraya.” Apakah mereka sudah berekonomi dengan baik? Syabas Akhi!
Comment Posted By Pak Din On November 24, 2007 @ 11:57 pm
5. Apabila Imam Ghazali mendalami falsafah bagi membendung ketelanjuran penggunaan aqli ke atas naqli, beliau tidak mensarankan pembunuhan proses berfikir. Terlibatnya beliau dengan ilmu mantik, menandakan ilmu itu ada manfaatnya dalam mencari kesimbangan. Keseimbangan antara percaya dan fakir. Antara Agama dan Sains dan sebagainya. “Agama juga tidak tertegak dengan membunuh akal”. Salah tafsir kefahaman kepada apa yang dikemukan oleh Imam Ghazali telah menyebabkan Muslim selepas zamannya mengalami kemerosotan proses berfikir. Memang benar AQ mensarankan “Samikna waatokna – Dengar dan taat”, tetapi AQ juga berkali-kali mengajak kita menggunakan akal dalam menjalani kehidupan. Maka tidak timbul kesalahan meletakkan ditengah “dengar dan taat” itu proses fikir dan bukti.
Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/08/15/r79-saifulislamcom-belajar-befikir/