R47 Beragama tanpa Tuhan 4

Salam imbang

1. Tidak perlu Akhi Riyod memaksa diri untuk tidak bersetuju, kerana sudah semestinya kita tidak bersetuju dengan penekanan yang hanya ekonomi, ekonomi dan ekonomi, sebagaimana tidak bersetujunya kita kepada percaya, percaya dan percaya. Dalam beragama, ekonomi adalah komponen penting, selain politik (kepimpinan) dan pencarian halatuju hidup yang seimbang kearah mengenal Allah. Sebenarnya dengan beragama kesemua kos (budget perbelanjaan) untuk melaksanakan sesuatu perlu menjadi agenda penting, sepenting mengemukakan apa cadangan sekalipun. Keseluruhan perjuangan memertabatkan Islam perlu mengambilkira kos melaksanakan, jika kita ingin melihat kejayaannya. Tanpa menyediakan kos kita hanya memanjangkan mimpi di siang hari kita.

2. Kita tidak mahu menjadi seperti sami berjubah orange berjalan demi memperjuangkan agama mereka, dengan mengharapkan segala perbelanjaan disara oleh orang lain. Kita perlu melihat secara serius segala perjuangan menegakkan agama memerlukan kos dan perbelanjaan, bukan dengan hanya menekankan pentingnya membayar zakat atau bersedekah ke jalan Allah, tanpa memberi faham kepada kepentingan mengadakan kekayaan. Mengingatkan pembayaran zakat hanya bermakna apabila kita telah pandai, tanpa perlu diingatkan, melaksanakan tonggak aktibiti utama ekonomi, iaitu mengadakan kekayaan.

3. Tidak dinafikan manusia terbawa arus ketika menjalankan kegiatan, bukan sahaja dalam mencari harta, atau meramaikan anak, tetapi juga ramai yang terbawa arus semasa memperjuangkan sesuatu manhaj, pendekatan, agama dan sebagainya, dengan tidak mahu melihat kepada komponen keseluruhan untuk memastikan kejayaan. Dan dalam kes ini, lebih ramai yang terlupa menediakan kos perbelanjaan perjuangan, dari yang terlupa untuk berjuang. Akibatnya, kehabisan sumber semasa berjuang dan kemudian mengharapkan belas kesihan untuk meneruskan perjuangan. Sebab itu dalam perjalanan kehidupan Nabi terakhir kita, peniagaan (kegiatan menyediakan kos perjuangan) menjadi contoh utama, sebelum Nabi diberikan tanggungjawab besar memperjuangkan Islam

4. Keseronokan manusia mencari harta menjadikan mereka lalai kepada perjuangan Islam, bila dah berjaya, tetapi ramai juga yang terlalu seronok memperjuangkan sesuatu dan terlupa mencari harta, sebagai membiayai perjuangan tersebut. Kononya perjuangan itu mengatasi segalanya. Sunnah Allah tidak menyebelahi mereka yang terlupa kepada kepenting kos melaksanakan sesuatu, termasuklah dalam berjihad ke jalan Allah, kerana menyediakan harta, sebagai kos perjuangan, adalah sebahagian dari jihad tersebut. Kalau kita lupa kepada Qadar yang telah tentukan kerana telalu taksub dengan matalamat perjuangan, dan mengenepikan cara membiayai perjuangan, sudah pasti perjuangan tersebut akan menjadi menu utama berminpi.

5. Kegiatan memperjuangkan agama akan pincang sekiranya komponen ekonominya diketepikan. Pemikiran Muslim tersilap, dalam menterjemah kepentingan ekonomi yang dipaparkan oleh Sunnah Nabi. Sedangkan Nabi memperjuangkan perniagaan, sebagai sumber mengadakan kekayaan, Muslim sekarang mengharapkan kekayaan itu telah ada dengan sendiri, untuk mereka berjuang. Mengharapkan tongkat kewangan setiap kali mahu memulakan pencarian kekayaan dan sudah habis tongkat, kekayaan terlepas juga dari gengaman. Kalau duduk di atas Bumi berminyak sekalipun, dengan tiada modal permulaan, tidak akan keluar hasil tersebut. Belum cerita lagi tentang modal ilmu yang diperlukan.

6. Penukaran pimpinan politik hanya akan menyebabkan kos yang tinggi berlaku. Agak berbaloi kalau hasilnya nanti jelas, tetapi kalau hanya pandai berjuang tetapi lupa kepada ekonomi sebagai komponen perjuangan yang utama, kita dapat menjangka apa yang akan berlaku. Perjuangan akhirat akan menjadi alasan kepada kemiskinan di dunia. Sedangkan keizinan Allah mejayakan sesuatu di dunia, adalah merupakan ukuran kepada keredhaan Allah yang akan diperolehi di akhirat. Jangan kita tinggikan kepekaan emosi kita tidak mahu belajar dari Barat, hanya kerana kita percayakan janji Allah semata-mata. Janji Allah memang benar akan dipenuhi, tetapi baga mereka yang patuh pada SunnahNya dan juga SyariatNya, pada masa yang sama.

7. Kita memerlukan pejuang yang faham tentang ekonomi, sebagai pengerak utama kepada kejayaan yang diperjuangkan. Kita tidak mahu berillusi dengan berjuang tanpa ekonomi atau mengharap belas kashian sebagai modal perjuangan. Hasil dari pemikiran sebegitu, dunia Muslim menjadi yang paling miskin, paling tidak berilmu dan terkebelakang di atas dunia ini. Tak nafikan ramai yang tak mahu setuju dengan mengatakan mereka kaya moral atau non-material matters. Saya kira ini hanya sambungan mimpi malam yang dibawa ke siang hari. Dan bila dikejutkan dari mimpi, memberikan alasan untuk terus bermimpi dalam jaganya. Teruskan impian dalam mimpimu wahai pejuang! … senyum sikit aja.

Comment Posted By Pak Din On November 25, 2007 @ 12:42 pm

One Response to R47 Beragama tanpa Tuhan 4

  1. Pak Din berkata:

    Tarekat Menurut Bahasa

    Secara umumnya, tarekat menurut bahasa Arab bermaksud “jalan”, “cara”, “garis”, “kepimpinan”, “keyakinan” dan “agama” . Menurut Kamus Dewan, tarekat diertikan dengan jalan untuk mencapai kebenaran dalam ilmu tasawuf atau ilmu sufi. Tarekat juga diertikan dengan tatatertib hidup yang mengikut peraturan agama atau ilmu kebatinan atau dikenali juga dengan perkumpulan penuntut ilmu tasawuf.

    Imam Ibn Manzur di dalam Lisan al-cArab mengertikan tarekat dengan makna الرجال الأشراف iaitu “tokoh-tokoh terkemuka.” Tafsiran ini dijelaskan oleh beliau secara khusus ketika membahaskan makna طريقة yang terdapat pada ayat 63 surah Taha. Beliau juga mengertikan kata dasar tarekat ini sebagai السيرة iaitu “jalan”. Katanya lagi : “Jikalau dikatakan طريقة الرجل ia membawa maksud mazhabnya. Jika dikatakan seseorang itu berada di dalam tarekat yang satu, ia bermaksud “keadaan yang satu.” Dan dikatakan juga طريقة yang lafaz jamaknya طرائق itu bermaksud tasbih yang diperbuat daripada bulu suf atau bulu biasa yang mana panjangnya dalam empat atau lapan jengkal mengikut kadar tertentu.”

    Dari http://al-ghari.blogspot.com/2008/07/apa-sebenarnya-tarekat.html

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.