R48 Beragama tanpa Tuhan.

November 26, 2007

Salam agama

1. Dalam Al Quran istilah Ulil Al Baab disentuh tidak kurang dari 16 kali. Manhaj Al Baab ini berkisar kepada pengunaan akal selepas asas percaya terbena. Maka Manhaj Al Baab atau Ulil Albaab, lembutnya, adalah pendekatan pecaya-fikir berbanding kebiasaannya percaya-percaya. Yang lari lari percaya-percaya ini pula, seperti di Europa tersasar kepada fikir-fikir, iaitu tanpa element pecaya lansung. Maka jangan lupa kepada fikir-percaya, yang mendahulukan fikir, tetapi dengan adanya Rukun Iman, lebih sesuai, Ulil Albaab ini dikaitkan dengan percaya-fikir.

2. Bertuhannya Eropah tanpa agama, adalah atas dasar kehilangan kepercaya kepada sistem percaya-percaya. Dengan mendapatkan dan mengusahakan bukti kepada segala yang dihujah dan dicadangkan, Eropah membuktikan hasil fikir-fikir hampir menyerupai tuntutan Islam. Maka timullah “Jika tanpa agama, Eropah boleh memperelokkan struktur sosial, ekonomi dan politik mereka, apa perlunya dunia ini kepada Islam?” Kita seharusnya membuka minda kepada hasil yang diperolehi Eropah dan memahami konsep yang hendak dijelaskan oleh Al Quran melalui istilah Ulil Albaab. Al Quran sentiasa mengingatkan kita bahawa percaya-percaya (taqlid semata) itu tiada mendatangkan hasil.

3. Kenyataan “Hampir semua tamadun purba ada kesan wahyu dan kenabian padanya, biar pun sulit untuk kita buktikan secara jazam”, perlu dilihat dengan mengemukakan adanya 124,000 nabi-nabi yang telah diturunkan Allah. Dari manusia pertama, Nabi Adam, sehingga Nabi Muhammad saw, nabi penutup, dan sudah pasti Sunnah Allah menurunkan mengikut keperluan masa dan tempat. Jadi bolehlah dinafikan “Tetapi Tamadun Eropah nyata berbeza. Tiada nabi yang diutus untuk mereka selain Nabi Muhammad SAW sebagaimana kita.” Sekiranya tidak “bagaimana kesan yang hanya mampu dicetus oleh sari pati Tauhid boleh kelihatan dalam banyak aspek kehidupan Eropah hari ini?”

4. Revolusi Perancis adalah hasil dari masyarakat tidak menerima sistem percaya-percaya, yang pada dasarnya melaksanakan penindasan dan paksaan agama di Eropah, terutamanya Sepanyol (The Inquisition). Kemarahan yang memuncak menyebabkan tersasarnya penerimaan fikir-fikir, tanpa mahu sedikit menyelitkan percaya, selepas dari apa yang berlaku pada mereka. Maka kelihatan “manusia bebas dari perhambaan sesama manusia,” dan “ barulah mereka bersedia untuk menerima hakikat bahawa setiap insan dilahirkan sama.” Tetapi dengan keterbukaan sistem fikir-fikir yang mengutamakan bukti, pembaharuan pemikiran di bidang ekonomi berlaku, yang kemudianya menghala kepada ekonomi terbuka, dan terbukti sekali lagi menghasilkan kekayaan dan keselesaan.

5. Pada asasnya “Kesamarataan ini adalah intipati keadilan. Dengannya manusia memandang manusia lain dengan rasa kebersamaan.” Dengan penelitian kepada Hukum Alam, pemikir Eropah kemudian membuktikan, ada bidang yang perlu kepada sistem imbuhan, bagi meransang manusia bekerja keras dan bijak. Timbul sistem ekonomi yang mereka rasakan tidak boleh diasaskan kepada kesama-rataan, kerana susahnya mengajak manusia untuk kerja keras bersama-sama, terutama dalam kerja berfikir. Dengan pengenalan kepada hak cipta intelek dan copyright, Barat sebenarnya lari dari kesama-rataan secara menyeluruh kepada secara berpilih. Al Quran menceritakan ini sebagai “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya.”

6. “Lantas Eropah tanpa agama, lebih telus dan komited dalam melaksanakan keadilan kepada rakyatnya, berbanding negara mahu pun negeri al-Quran dan al-Sunnah.” Dengan memberikan bukti dan hujah fikir, perbezaan pendapat pun dapat diterima dibidang tertentu. Ini sebenarnya mengundang kos yang tinggi, tetapi dengan ekonomi yang telah dibena lebih awal, kos ini dapat ditampung dengan selesanya. “Soal pemerintah yang melakukan kesilapan dan kesalahan, ia adalah sesuatu yang lumrah. Ia terbit dari sifat asli manusia.” Dan menyedari ini politik Britain memperkenalkan sistem check and balance, iaitu dengan adanya pembangkang. Semua ini berjaya kerana landasan sistem fikir-fikir.

7. Sebagai Muslim kita seharusnya menjadi manusia yang sentiasa melihat kepada Sunnah Allah dan mempelajari apa yang Allah tarbiahkan kepada kita melalui Alam Semulajadi. Sangat sedih jadinya, ada yang “mempertahankan gagasan pembelajaran aqidah melalui Ilmu Kalam, tetapi sebahagian mereka turut bermusuh dengan seruan akal.” Ini membuktikan kerapuhan “kepercayaan membuta tuli terhadap teks yang diangkat sebagai subjek sembahan”. Muslim seharusnya memahami roh beribadah, sekiranya betul-betul mahu menolak materialism semata. “Ia bukan soal Sufi Tasawwuf atau falsafah putar belit… ia adalah maksud beragama sebagai jalan berhubung dengan Tuhan” dengan memahami carakerjaNya membentuk Alam.


R49 Short comments

November 26, 2007

Beragama tanpa Tuhan

Entah kenapa dah rasa jemu belajar bahasa programming yang baru, termasuk HTML ni, selepas pernah mempelajari banyak bahasa yang lain. Yang saya cuba kekalkan sehingga sekarang hanya Visual Basic untuk MS Office sahaja, yang lain semua dah hilang, termasuklah bahasa Rusia yang pernah saya pelajari di U dulu. Terima kasih Ustaz, saya akan cuba. Sedang beusaha memahami bahasa Alam!

Salam Ustaz

Kalau 3 bulan 6425 + 10k terlalu banyak, tetapi kalau 3 tahun sedikit pula. Tetapi sudah pasti andaian saya 600k views menghasilkan 6000 comments, dahulu terlalu sedikit. Melihat stat terakhir purata 20-30k unique PV, dengan data bulan Jun 40k tetapi Jul 14k. Dan Nov ini boleh jangkau 35k. Minat saya baca stats begini. Memang tak dapat nafikan kebolehan dan kesungguhan Ustaz melayan, mebaca, mengurus dan segala yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan ‘erti hidup pada memberi’. Itu pun baru di Web, belum lagi segala kerumitan dan pengorbanan sebenar di dunia nyata. Syabas Ustaz!, semuga berterusan usaha Ustaz, menahan sabar dan berkorban demi untuk mendidik. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Yang pasti saya tak sanggup!

Bila disebut pasal sirr, saya teringat dengan zikr sirr ahli sufi. Diperingkat sirr, tak boleh cerita dengan orang lain, langgar bai’at, katanya. Kalaulah kita belajar yang benar tentang makrifat kepada Allah, dengan tarikat yang terang disuluh, untuk menuju kepada hakikat yang dicari, bagi mendapatkan hadirat bersamaNya, mengapa perlu di’sirr’ pembelajaran dan pengajarannya. Tak salahlah kalau dikata, kadang-kadang ada yang mengenepikan syariat akhirnya. Tidak termasuk Ulil Al Baablah nampaknya, tetapi awalnya hampir serupa, pentingkan falsafah yang memerlukan akal ditahap maklsima. Memahami Sunnah Allah cara Ulil Al Baab, mengutama bukti nyata tak tersembunyi atau berrashia.

Di mana janji kita?

Pada saya Ustaz, tidak timbul perbezaan ketara antara melihat hasil kerja Allah dengan hasil kerja mahluk. Melihat keindahan dan kepintaran hasil kerja mahluk, sentiasa mengingatkan saya juga kepada Allah. Kepintaran mahluk melaksanakan sesuatu adalah lambang kepada kehalusan senicipta Allah, di mana berdasarkan ‘Laa hawla walaa quwata illa bil Lah’ kita tidak nampak perbuatan manusia dapat melaksanakan sesuatu, melainkan ada kehadiranNya bersama. Begitu juga sebagaimana kita berwakil selepas berikhtiar, kepada Allah dalam segalanya, sehinggakan adanya kita tidak layak dirujuk wujud pada zat.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.