Salam agama
1. Dalam Al Quran istilah Ulil Al Baab disentuh tidak kurang dari 16 kali. Manhaj Al Baab ini berkisar kepada pengunaan akal selepas asas percaya terbena. Maka Manhaj Al Baab atau Ulil Albaab, lembutnya, adalah pendekatan pecaya-fikir berbanding kebiasaannya percaya-percaya. Yang lari lari percaya-percaya ini pula, seperti di Europa tersasar kepada fikir-fikir, iaitu tanpa element pecaya lansung. Maka jangan lupa kepada fikir-percaya, yang mendahulukan fikir, tetapi dengan adanya Rukun Iman, lebih sesuai, Ulil Albaab ini dikaitkan dengan percaya-fikir.
2. Bertuhannya Eropah tanpa agama, adalah atas dasar kehilangan kepercaya kepada sistem percaya-percaya. Dengan mendapatkan dan mengusahakan bukti kepada segala yang dihujah dan dicadangkan, Eropah membuktikan hasil fikir-fikir hampir menyerupai tuntutan Islam. Maka timullah “Jika tanpa agama, Eropah boleh memperelokkan struktur sosial, ekonomi dan politik mereka, apa perlunya dunia ini kepada Islam?” Kita seharusnya membuka minda kepada hasil yang diperolehi Eropah dan memahami konsep yang hendak dijelaskan oleh Al Quran melalui istilah Ulil Albaab. Al Quran sentiasa mengingatkan kita bahawa percaya-percaya (taqlid semata) itu tiada mendatangkan hasil.
3. Kenyataan “Hampir semua tamadun purba ada kesan wahyu dan kenabian padanya, biar pun sulit untuk kita buktikan secara jazam”, perlu dilihat dengan mengemukakan adanya 124,000 nabi-nabi yang telah diturunkan Allah. Dari manusia pertama, Nabi Adam, sehingga Nabi Muhammad saw, nabi penutup, dan sudah pasti Sunnah Allah menurunkan mengikut keperluan masa dan tempat. Jadi bolehlah dinafikan “Tetapi Tamadun Eropah nyata berbeza. Tiada nabi yang diutus untuk mereka selain Nabi Muhammad SAW sebagaimana kita.” Sekiranya tidak “bagaimana kesan yang hanya mampu dicetus oleh sari pati Tauhid boleh kelihatan dalam banyak aspek kehidupan Eropah hari ini?”
4. Revolusi Perancis adalah hasil dari masyarakat tidak menerima sistem percaya-percaya, yang pada dasarnya melaksanakan penindasan dan paksaan agama di Eropah, terutamanya Sepanyol (The Inquisition). Kemarahan yang memuncak menyebabkan tersasarnya penerimaan fikir-fikir, tanpa mahu sedikit menyelitkan percaya, selepas dari apa yang berlaku pada mereka. Maka kelihatan “manusia bebas dari perhambaan sesama manusia,” dan “ barulah mereka bersedia untuk menerima hakikat bahawa setiap insan dilahirkan sama.” Tetapi dengan keterbukaan sistem fikir-fikir yang mengutamakan bukti, pembaharuan pemikiran di bidang ekonomi berlaku, yang kemudianya menghala kepada ekonomi terbuka, dan terbukti sekali lagi menghasilkan kekayaan dan keselesaan.
5. Pada asasnya “Kesamarataan ini adalah intipati keadilan. Dengannya manusia memandang manusia lain dengan rasa kebersamaan.” Dengan penelitian kepada Hukum Alam, pemikir Eropah kemudian membuktikan, ada bidang yang perlu kepada sistem imbuhan, bagi meransang manusia bekerja keras dan bijak. Timbul sistem ekonomi yang mereka rasakan tidak boleh diasaskan kepada kesama-rataan, kerana susahnya mengajak manusia untuk kerja keras bersama-sama, terutama dalam kerja berfikir. Dengan pengenalan kepada hak cipta intelek dan copyright, Barat sebenarnya lari dari kesama-rataan secara menyeluruh kepada secara berpilih. Al Quran menceritakan ini sebagai “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya.”
6. “Lantas Eropah tanpa agama, lebih telus dan komited dalam melaksanakan keadilan kepada rakyatnya, berbanding negara mahu pun negeri al-Quran dan al-Sunnah.” Dengan memberikan bukti dan hujah fikir, perbezaan pendapat pun dapat diterima dibidang tertentu. Ini sebenarnya mengundang kos yang tinggi, tetapi dengan ekonomi yang telah dibena lebih awal, kos ini dapat ditampung dengan selesanya. “Soal pemerintah yang melakukan kesilapan dan kesalahan, ia adalah sesuatu yang lumrah. Ia terbit dari sifat asli manusia.” Dan menyedari ini politik Britain memperkenalkan sistem check and balance, iaitu dengan adanya pembangkang. Semua ini berjaya kerana landasan sistem fikir-fikir.
7. Sebagai Muslim kita seharusnya menjadi manusia yang sentiasa melihat kepada Sunnah Allah dan mempelajari apa yang Allah tarbiahkan kepada kita melalui Alam Semulajadi. Sangat sedih jadinya, ada yang “mempertahankan gagasan pembelajaran aqidah melalui Ilmu Kalam, tetapi sebahagian mereka turut bermusuh dengan seruan akal.” Ini membuktikan kerapuhan “kepercayaan membuta tuli terhadap teks yang diangkat sebagai subjek sembahan”. Muslim seharusnya memahami roh beribadah, sekiranya betul-betul mahu menolak materialism semata. “Ia bukan soal Sufi Tasawwuf atau falsafah putar belit… ia adalah maksud beragama sebagai jalan berhubung dengan Tuhan” dengan memahami carakerjaNya membentuk Alam.
Muslim tidak beramal dengan fahaman pragmatisme untuk beriman kepada Allah dan mengenal erti kebaikan dalam kehidupan. Agama dan Iman itu satu dan tidak terasing, juga tidak pula ia menjadi candu bagi masyarakat atau pengekang kehidupan sebagaimana yang dilontarkan oleh golongan marxism.
Manusia didatangkan dengan fitrah ingin bertuhan dan beragama. Jangan pula menjadi golongan bertuhan tanpa agama atau beragama tanpa bertuhan.
Buku ini antara lainnya menerangkan keterkaitan iman dalam setiap aspek kehidupan yang memenuhi segala kemahuan fitrah manusia serta menjelaskan hubungkait antara iman (’aqidah) dan ilmu. Ilmu diterangkan hanya menyediakan manusia menjadi moden, jalan kehidupannya tetapi tidak memberi petunjuk kepada petunjuk sebenar kehidupan yang lebih punyai nilai dan maksud yang lebih tinggi.
http://fauzanibrahim.wordpress.com/2007/11/25/iman-dan-kehidupan/
….ada yang “mempertahankan gagasan pembelajaran aqidah melalui Ilmu Kalam, tetapi sebahagian mereka turut bermusuh dengan seruan akal.” ….
Bro Shar,
Saya perlukan sedikit pencerahan ayat diatas. TQ
1. Yang dalam quote itu ada petikan dari Ustaz Hasrizal. Bagainamapun sebelum lagi dari Ustaz mengatakan begitu, saya dah fikirkan begitu, jadi seperti biasa Ustaz banyak mengukuhkan apa yang saya fikir. Kalau salafi pada dasarnya tidak mahu menta’wilkan nas, khalafi dikatakan lebih terbuka. Ilmu Kalam dikembangkan dengan campuran naqli (nas) dan aqli (akal), bagi mengurangkan pengaruh kebabasan berfikir yang telah merebak disebabkan pengaruh penterjemahan pelbagai ilmu falsafah dari Greek. Malangnya pengajaran ilmu dari sumber apapun kalau hanya kemudian dihafal teknya dengan tidak mendapatkan rational disebalik, tidak akan nampak sebagai hidup, semasa ia cuba dilaksanakan atau di terangkan kepada orang lain.
2. Kalau dirujuk artikel asal tersebut, Ustaz cuba memaparkan apa yang saya cuba tuliskan dalam tajuk ‘menghidupkan kerja’ atau lebih popular menghidupkan ibadah. Saya lebih kepada menyatakan bahawa segala kerja, yang tidak bertentang dengan Syariat, semuanya adalah menjadi ibadah jika rohnya dapat dinyatakan. Maka hiduplah ibadah tersebut. Tetapi sebaliknya, jika dikerjakan ibdah khusus sekalipun, tanpa memahami tujuan asal beribadah untuk mengenal Allah, maka ibadah itu dikatakan menjadi ritual atau ibadah mati, atau kerja yang sama taraf dengan kerja orang yang tidak mengenal Allah.
3. Apa yang saya selalu ingatkan ialah adanya amaran Allah ke atas ibadah yang dilakukan tetapi tidak menepati tujuan. Walaupun hanya solat diperkatakan secara terus di Al Quran, ia adalah lambang kepada semua peribadatan yang lain dan selalu dirujuk sebagai tiang agama. Dengan itu 3 serangkai di agama saya rujuk sebagai tujuan (tauhid), cara (ibadah) dan penilaian (ikhsan). Dan dengan peringatan yang mengatakan ‘Awal beragama itu adalah mengenal Allah’, keutamaan memperbetulkan tujuan amat perlu. Di sokong lagi oleh hadis yang mengingatkan kita tentang ‘Sesungguhnya segala amal itu bergantung pada niat’ dan di dalam penulisan Ustaz selalu ditujuk dari Barat ‘Begin with End in mind’.
Terfikir pula bahawa ada kemungkinan Ummah menghabiskan masa menggunakan akal ditempat yang tidak sepatutnya.
1. Sudah semestinya, seperti yang telah banyak kali saya sentuh. Antara ilmu dan pengetahuan ada perbezaan, sebagaimana berbezanya carkerja Allah (Sunnah Allah) dan carakerja mahluk (terutama manusia). Saya merujuk selalu carakerja Allah sebagai sains (convergent, tidak pernah berubah) dan mahluk sebagai arts (divergent, sentiasa berkembang mengikut selera). Maka mempelajari sains sebenarnya ilmu dan mempelajari arts sebagai pengetahuan.
2. Oleh itu sekiranya kita hanya menghabiskan masa hanya berpengetahuan sahaja (mempelajari carakerja manusia) dan tidak mahu berilmu dengan mempelajari carakerja Allah, saya beranggapan itu adalah satu kepincangan yang boleh dikategorikan sebagai “menghabiskan masa menggunakan akal ditempat yang tidak sepatutnya”. Malangnya ummah sekarang menganggap ilmu dan pengetahuan itu adalah sama, sebagaimana samanya meraka menganggap wujud Allah dan wujud mahluk.
Posted on 28-08-2008 11:25 Senarai Moderator Peraturan
Mugi wrote:
I’m not sure how the religious laws apply to this, but one sentence interested me: “Islam melarang pembayaran balik hutang yang melebihi kuantiti asalnya, iaitu sekiranya kita berhutang dengan RM10,000 maka kita wajib membayarnya dengan RM10,000.” Sure, the amount would be the same when you pay it back 10-15 years later, but the VALUE associated with the amount wouldn’t be the same! If anything, it would have lessened. For example, say you borrow 50 cents from a guy 30 years ago. Back then the 50 cents would have bought him a bowl of wonton mee from the chinese vendor. Now you can’t even buy a roti canai for 50 cents! So if the laws are against interest to be fair, isn’t it unfair for the lender to only be allowed to collect 50 cents? It might have not been an issue under the gold standard, where the value of currency was fixed, but in the modern economy, aren’t interest rates a way to regain the value of the amount lent out, as opposed to having the amount you lent out LOSE value?
Just a thought, I’m not sure how religious laws would apply to this scenario. So if any of you could answer, please do.
Cheers!
Salam
Setuju dengan penjelasan yang terang. Kita meminjam nilai benda/perkhidmatan bukan pinjam wang. Wang terdedah kepada inflasi (Pengislaman konsep infalsi ini yang perlu ditekankan sekarang). Barang/perkhidmatan yang sama dinailai oleh matawang dengan lebih banyak kerana inflasi.
Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=15&thread_id=4797&pid=69098#post_69098