R50 Beragama tanpa Tuhan

Salam beragama

1. Semakin jelas pada saya sekurang-kurangnya, pendirian Ustaz berhubung apa yang dikatakan beragama. Seperti yang pernah diutarakan Kak Ija, saya juga meminjam keberanian Ustaz dalam memilih bukan sahaja tamadun Islam, malah peradaban Barat, sebagai sejarah yang perlu dilihat, dalam meneruskan kembara mencari Tuhan. Seperti yang pernah disebut, bukan tak jelas apa yang dicari, blueprintnya ada, hanya belum berjumpa. Biarlah apapun manhaj yang diperkenalkan dan pelbaginya istilah yang digunakan untuk menerangkan keesaan Allah, kita terpaksa mengambil yang terbaik dari semua yang ada. Nama pakej tidaklah sepenting mengetahui apa isi sebenar yang dipakejkan.

2. “Eropah bertuhan tanpa agama, Muslim beragama tanpa Tuhan. Eropah sesat menuju Akhirat, Muslim muflis dunia dan nasibnya juga belum tentu di Akhirat”, membuktikan dalam mengejar yang sempurna, jangan kita terlalu taksub dengan yang terlalu conceptual, terlalu ideal sehingga diidolakan dan tidak dapat memenuhi kehendak kehidupan di alam nyata ini. Dengan keberanian Ustaz mengatakan nasib Muslim belum tentu di akhirat, saya mendapat keberanian mengatakan bahawa yang menggangap Eropah sesat menuju Akhirat, (setelah jelas memaparkan ciri-ciri keislaman di dunia), adalah mereka yang hanya minat mengidolakan nas, tanpa mahu mencari kebenaran sejati.

3. Tambahan lagi apabila terdapat ketegasan “menentang riba sebagaimana yang diperincikan oleh teks agama, tetapi alternatifnya sama menindas. Riba hilang, tetapi penindasan dan tekanan tetap ada”. Ini disebabkan penumpuan kerja adalah pada menghijaukan daun, dari memastikan kesihatan dahan dan pokok di mana daun itu tumbuh, tidak pernah hendak dihiraukan. Tidak mahu menyedari bahawa menyelesaikan masaalah perlu melihat kepada kebenaran (pokoknya) bukan dengan bersentimen politik dengan meraih popuariti (daun) semata-mata. Sistem mata wang yang keluar-masuk ke dalam sistem perbankan itu sendiri yang perlu dilihat dan diperbetul, sebelum memprosesnya di dalam sistem perbankan, agar tidak selari dengan ‘garbage in, garbage processed and garbage out’.

4. “Ketika semua ‘agama’ dan ideologi menerima bahawa kestabilan negara mesti dijaga, kerajaan mesti berlaku adil, dan kesilapannya mesti diperbetulkan, melalui pelbagai sistem yang ada, tiba-tiba hanya ada satu versi sahaja yang muncul memberitahu sebaliknya. Dan ia muncul atas nama al-Sunnah. Bahawa mengkritik pemerintah ialah suatu dosa! Dosa warisan puak Khawarij!”. Apakah itu yang menjadi pendirian atau prinsip perjuangan sekian lama? Atau kerana keterpaksaan menukar kenyataan dengan sesuatu yang boleh menyara kehidupan? Ibarat tadi menghijaukan daun yang tak akan hijau kerana dahan dan pokok yang dah mati dan tak diambil peduli. Belum sampai bab akar lagi, yang tersembunyi!

5. As Sunnah kalau Nabi saw punya, bermula dengan keperitan memahami perniagaan, sebagai keperluan asas menyara kehidupan. Lebih 20 tahun, sebelum diangkat menjadi Rasul, nabi mempraktikan ilmu simpan kira-kira (accounting), ilmu menjual barang (advertising, product and seller branding), ilmu mencari pelanggan (menandatangani MoU, FTA dan bermacam lagi), ilmu mencari modal (Letter of Credits, Loans, Borrowing, Buisness Modelling, Banking) dan bermacam lagi ilmu-ilmu yang diperlukan bagi memastikan perniagaan yang menguntungkan dan selaras dengan hukum. Kemudian barulah Nabi menjadi Rasul dan diberikan bebanan yang besar menyeru manusia untuk mengesakan Allah.

6. As Sunnah kalau Allah punya pula, bermakna memahami bahawa ilmu sains itu adalah ilmu mengkaji Alam, yang penciptanya ialah Allah swt. Tidak kurang 1000 ayat-ayat di dalam Al Quran merupakan ayat ilmu sains, bukan sahaja sains kegunaan, sains kemanusiaan, malah banyak juga sains ketuhanan. Muslim sekarang ini, memilih sains yang hanya memberikan kepuasan nafsu dengan pelbagai peralatan elektronik moden dan kecanggihan kenderaan menggantikan kuda tunggangan. Apabila disebut sains ketuhanan yang menyentuh carakerja Allah, Muslim tidak berminat dan membiarkan ilmu itu dikaji oleh bukan Muslim. ‘Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan Bumi … terdapat ayat-ayat (keterangan Kitab Alam) kekuasaan Allah bagi Ulil Albaab.’

7. Sebab itu akhirnya kata-kata keras disimpulkan di akhir artikel, “Yang enggan hidup dengan akal itulah haiwan ternakan, bal hum adhall!” bagi menjentik minda rational Muslim supaya bangun dari tidur dan mimpi yang mengasyikan. Syabas Ustaz, sekali lagi atas artikel yang bernas dan menyeluruh. Saya hanya tumpang menambah sedikit di sana dan sini. Idea asalnya sudah pasti milik Ustaz dan hasil dari usaha Ustaz yang tidak pernah kenal penat sekian lama. “Erti hidup untuk memberi”. Kalau dilabelkan sebagai taklid, taksub dan takdol (mengidola) kepada Saifulislam pun, terimalah sebagai ketentuan kerana hampir persamaan dalam wavelength. Kepentingannya adalah dalam ke arah memahami konsep beragama dengan Allah.

Terima kasih kerana meng’italic’kan yang di’quote’. Tak tahu saya nak buat dari sini.

3 Respon to “R50 Beragama tanpa Tuhan”


  1. 2 shar November 28, 2007 at 11:35 am

    Walau bagaimana pun, subjek ini amat besar impaknya kepada pemikiran saya. Membaca, mengkaji pelbagai tajuk dalam format seminar bagi subjek ini, telah mendedahkan saya kepada banyak perkara, yang sebahagiannya saya muatkan di dalam artikel penting saya iaitu “Beragama Tanpa Tuhan“. Kerana itu, saya dapat memujuk diri, bahawa walaupun peperiksaan saya bagi subjek ini agak menurun, saya mendapat sebesar-besar manfaat daripadanya. Ia mungkin menjadi fokus utama thesis saya, dan tidak mustahil untuk PhD, Ameen.

    http://saifulislam.com/?p=1074#more-1074

  2. 3 shar Disember 10, 2007 at 6:25 pm

    #113 Abu Saif Says:
    November 27th, 2007 at 6:08 am
    Terima kasih juga kepada Pak Din, sebab ulahan semula yang Pak Din buat itu membantu saya memperincikan beberapa bahagian yang saya tulis sambil lalu. Bak kata isteri saya, dia baca komen-komen dulu sebelum baca artikel suaminya. Sebab komen-komen tu lebih explicit dan bersusun berbanding dengan artikel asal

    Nak italic mana-mana ayat mudah sahaja. Pak Din just taip di pangkal ayat tu tanpa simbol _ . Saya letak _ supaya instruction ni tak diitalickan. Tutup ayat yang nak diitalickan tu dengan tapi dan sekali lagu buang simbol _ tu.

    Kemudian kalau nak buat quotation, letakkan di pangkal quotation, juga tanpa lambang _ tu. dan kemudian tutup dengan tag yang sama dengan membuang simbol _ berkenaan.

    http://saifulislam.com/?p=1037#comment-9424


Tinggalkan jawapan




 

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 43,659 hits

Salam semua

Komen yang menggunakan nama saya Sharudin, Shar atau Pak Din, yang diakhiri dengan alamat web, selalunya adalah petikan dari alamat tersebut. Ia sebagai pautan dan tidak berkaitan dengan setuju atau tidak saya kepadanya. Semua pendapat adalah bagi tujuan kefahaman dan pendidikan.