N21 Saya juga Salafi seperti anda.

Ringkasan dari artikel asal Saya Juga Salafi Seperti Anda!11-Jun-2007 oleh Ustaz Muhammad Fauzi. Terima kasih Ustaz.

1. Perbincangan tentang isu salafi ini banyak berkisar di sekitar dua isu ini; amalan masyarakat Melayu Islam yang merupakan khilaf fiqhi dan manhaj dakwah. Persoalan akidah yang sebenarnya salah satu dari asas isu salafi ini kita dapati tidak begitu ketara dibincangkan di Malaysia. Sebaliknya isu yang ditimbulkan adalah isu tahlil, talqin, bacaan Yasin di malam Jumaat, bacaan Qunut di dalam solat Subuh, penyelewengan Sayyid Qutb, bid’ah usrah, kesalahan-kesalahan di dalam tafsir fi Zilal al-Quran, bid’ah ta’wil nas dan lain-lain isu seumpamanya.

2. Sebahagian dari mereka mengatakan salafi adalah pengikut ‘madrasah an-nas’, iaitu satu methodologi yang diambil oleh sebahagian ulama’ di dalam melakukan istinbat hukum secara langsung dari zahir nas tanpa banyak melihat kepada maqasid (rahsia dan maslahat hukum di sebalik zahir nas). Dengan itu mereka berpegang kepada zahir nas dari al-Quran atau hadis dan menolak methodologi yang digunakan oleh ulama’ yang lain. Sebahagian yang lain mengatakan salafi adalah sesiapa yang mempraktikkan mazhab Imam Ahmad bin Hanbal. Sebahagian yang lain pula mengatakan salafi adalah pendekatan dakwah Muhammad bin Abdul Wahab, pelopor gerakan Wahabi di Arab Saudi. Malangnya apa yang mereka fahami dari gerakan Wahabi ini hanyalah sebahagian dari perjuangannya sahaja.

3. Dari manakah datangnya istilah ‘salafi’ ini? Ia adalah hasil kefahaman yang digabungkan dari beberapa buah hadis. Di antaranya sabda Rasulullah s.a.w.:“Telah terpecah orang-orang Yahudi menjadi tujuh puluh satu golongan dan terpecah orang Nasrani menjadi tujuh puluh dua golongan. Akan terpecah umatku menjadi tujuh puluh tiga golongan. Semuanya dalam neraka, kecuali satu golongan.” Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Mereka adalah orang yang berdiri di atas apa yang aku dan para sahabatku berdiri di atasnya.” (Riwayat Abu Daud) Satu lagi hadis mutawatir menyempurnakan makna ini: “Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian generasi sesudahnya dan kemudian generasi sesudahnya.”

4. Apa yang ada pada mereka sehingga mereka digelar golongan salafussoleh? Mereka adalah generasi manusia yang hidup di tiga generasi pertama Islam. Mereka mempunyai manhaj tertentu di dalam akidah. Dengan manhaj itu mereka menafsirkan alam, kehidupan dan manusia berpandukan sumber Islam yang asli iaitu al-Quran dan Sunnah, jauh dari pengaruh falsafah Yunan dan falsafah-falsafah tamadun lain. Mereka membangunkan sistem ibadah di atas manhaj yang syumul dan umum hasil dari aqidah yang sejahtera dan praktik sunnah yang tepat. Mereka hanya memberikan wala’ kepada Allah dan Rasul serta berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi dengan manhaj dakwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka mempunyai manhaj haraki berpandukan manhaj dakwah Rasulullah s.a.w. yang mampu mengumpulkan seluruh umat di dalam satu kesatuan.

5. Sebahagian menghadkan manhaj tersebut kepada manhaj madrasah an-nas sahaja atau kepada mazhab Ahmad bin Hanbal sahaja. Dengan erti kata lain mereka mula menolak ta’wil, menolak untuk menafsirkan nas berdasarkan ilal nas, menolak untuk membuat imbangan antara ruh nas dan lafaz, menolak untuk membuat imbangan antara zahir nas dan maqasid (rahsia dan maslahat hukum di sebalik zahir nas), menolak untuk membuat imbangan antara wasilah yang berubah dan hadaf yang thabit daripada nas, tidak meraikan perbezaan di antara lafaz majazi dan lafaz hakiki, tidak mengambil kita perubahan madlul lafaz dengan perubahan zaman dan lain-lain methodologi istinbat hukum dari nas yang digunapakai oleh aliran-aliran lain di dalam fiqh Islami.

6. Dengan itu adalah amat tidak tepat apabila seseorang melabelkan dirinya salafi hanya kerana dia berpegang dengan madrasah an-nas dan melabelkan orang lain tidak salafi hanya kerana orang itu berpegang dengan madrasah ar-ra’yu. Kedua-dua aliran ini adalah aliran yang diiktiraf di dalam Islam. Dengan itu mereka mengatakan bahawa aliran madrasah ar-ra’yu tidak salafi kerana terlalu banyak bergantung kepada kajian maqasid dengan menggunakan akal dan tidak bersandar kepada hadis. Begitu juga jika sekiranya kita menyelusuri susur galur madrasah ar-ra’yu ini kita akan mendapati bahawa ianya lahir dari ulama’-ulama’ hadis juga.

7. Golongan Muktazilah mengatakan bahawa al-Quran adalah makhluk dan Imam Ahmad bin Hanbal bermati-matian berusaha melawan bid’ah tersebut sehingga beliau dipenjarakan. Ia juga kemungkinan mempunyai kaitan dengan usaha mematikan bid’ah yang dilancarkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab di Semenanjung Tanah Arab. Daripada kedua-dua mereka, difahami bahawa memerangi bid’ah dan menyucikan Islam dari sebarang campuran adalah salah satu unsur yang penting di dalam manhaj salafi. firman Allah: “…oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (An-Nur: 63). Di antaranya lagi adalah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: “Sesiapa yang melakukan amalan baru yang tidak ada dalam agama ini maka ia adalah tertolak.” (Riwayat Muslim)

8. Bid’ah mula timbul di zaman Saidina Ali r.a. Dengan masalah yang menimpa umat Islam sehingga membawa kepada pembunuhan Saidina Osman r.a., berlakunya peristiwa Unta dan peristiwa Siffin lahirlah golongan Khawarij, Syiah dan Murjiah. Setiap golongan ini membawa bid’ah yang mewakili kumpulan masing-masing. Di akhir zaman Bani Umayyah, muncul Ma’bad al-Jahni dengan fahaman qadariah (segala yang berlaku dengan ketentuan manusia). Ini disambung pula oleh anak murinya, Jahm bin Sofwan yang mencipta bid’ah ta’til (menafikan nama dan sifat bagi Allah). Kemudian datang pula giliran Muktazilah yang membawa lebih banyak bid’ah kepada umat setelah mereka terkesan banyak dengan falsafah Yunan.

9. Ini juga kemungkinan adalah salah satu pendekatan yang difahami oleh golongan ini sebagai manhaj salafi yang sebenarnya. Sesiapa yang tidak mengambil pendekatan ini, mereka bukan salafi. Dengan itu mereka berusaha untuk menghapuskan budaya taqlid kepada mazhab tertentu yang menjadi amalan majoriti umat Islam pada hari ini. Mereka melaung-laungkan slogan tidak bermazhab dan mendesak umat untuk mengkaji al-Quran dan hadis secara langsung. Kami menyetujui usaha mereka untuk meningkatkan kemampuan seseorang sehingga sampai ke peringkat ijtihad dan mampu mengeluarkan fatwa. Tetapi di masa yang sama kami tidak menolak keperluan taqlid kepada majoriti umat Islam pada hari ini.

10. Alangkah baiknya jika sekiranya kita semua mampu untuk berlapang dada di dalam masalah-masalah furu’ dan melakukan perbincangan ilmiah yang bersih dari sebarang sentimen dan emosi. Penyatuan dan penerimaan methodologi berfikir juga adalah jalan yang perlu kita rentasi bersama untuk mencapai kesatuan pemikiran dan umat. Berikanlah hak kepada semua pihak untuk mempraktikkan apa yang dilihatnya sebagai Islam selagi mana ianya tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Amalkanlah Islam yang syumul dan umum yang mampu menyatukan bukannya Islam yang sempit yang hanya melahirkan kumpulan-kumpulan.

7 Respon to “N21 Saya juga Salafi seperti anda.”


  1. 1 shar November 28, 2007 at 12:48 am

    AIMAN Says:
    July 26, 2007 at 5:20 am
    thnya..

    ana rasa ini adalah tuduhan yg tak berasas sebabnya ana dah baca keseluruhan tafsiran dan syarahnya..

    e.g -
    Sayyid Quthub pun memiliki aqidah wihdatul wujud (bersatunya hamba dengan Allah). Dia berkata dalam kitabnya Dzilalu Al Qur’an jilid 6 hal-4002 : “Hakekat yang ada adalah wujud yang satu. Maka di alam ini tidak ada yang hakikat kecuali hakikat Allah. Dan di sana tidak ada wujud yang hakiki kecuali wujud-Nya. Perwujudan selain Allah hanyalah sebagai perwujudan yang bersumber dari perwujudan yang hakiki itu”

    ………..
    Perwujudan selain Allah hanyalah sebagai perwujudan yang bersumber dari perwujudan yang hakiki itu”
    KERANA WUJUDNYA ALAM (MA SIWALLAH /SELAIN ALLAH)DARI TIADA (KEPADA ADA) ADALAH KERANA ADANYA ALLAH (YANG BERSIFAT DGN WUJUD) .TIDAK MUNGKIN ALAM WUJUD TANPA WUJUDNYA ALLAH SWT. WALAUPUN PENCIPTAAN MAKHLUK ITU SESUATU HARUS BAGI ALLAH.
    AJARKAN SAYAA…

    Dari
    http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/11/saya-juga-salafi-seperti-anda/#comment-528

  2. 2 shar November 28, 2007 at 12:54 am

    Ketiga: Dan diantara judul dalam Daftar Isi yang mengerikan adalah kata-kata-mu bahwa Sayyid Quthb mengatakan Wihdatul Wujud… Sesungguhnya Sayyid rahimahuLLAAH mengucapkan kata-kata yang mutasyabih (multi interpretatif), dengan uslub atau gaya tertentu dalam menafsirkan surat Al-Hadid & surat Al-Ikhlas yang membuat engkau menisbahkan Wihdatul Wujud itu kepadanya. Padahal engkau telah berbuat baik ketika engkau menukil perkataan Sayyid saat menafsirkan surat Al-Baqarah bahwa Sayyid menolak dengan jelas fikrah Wihdatul Wujud, dan di antara ucapan Sayyid tsb adalah (Dan dari sinilah berakhir pemikiran Wihdatul Wujud dalam fikrah Islamiyah yang benar). Dan aku tambahkan pada engkau bahwa dalam kitabnya Muqawwimat Tashawwur Islamiy terdapat bantahan yang cukup jelas terhadap orang-orang yang mengatakan Wihdatul Wujud. Oleh sebab itu kami berkata semoga ALLAH mengampuni Sayyid Quthb atas ucapannya atau kalimatnya yang mutasyabih dengan uslub yang memungkinkan disalah-fahami. Dan mutasyabih tidak dapat mengalahkan ungkapan yang tegas dari tulisan Sayyid, oleh karena itu aku berharap agar engkau segera mencoret vonis takfir tersembunyi kepada Sayyid rahimahuLLAHu Ta’ala & aku benar-benar menyayangi engkau.

    http://www.al-ikhwan.net/index.php/raddus-syubuhat/2007/surat-emas/

  3. 3 shar November 28, 2007 at 1:17 am

    Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

    Kategori : Akidah
    Tajuk :
    Wahdatul Wujud

    Keputusan
    a) Fahaman Wahdatul Wujud menyalahi akidah
    Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

    b) Bersetuju dengan Fatwa resmi Negeri Johor tahun 1948 oleh S.S. Syed Alawi Tahir Al-Hadad seperti berikut: “Mengikut pendapat ijmak ulama’ fahaman Wahdatul Wujud adalah kufur. Sesiapa yang mempercayai dan mengamalkannya adalah murtad jika pengamal fahaman tersebut mempunyai isteri, isterinya tertalak dan anaknya adalah anak luar nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.”

    c) Kitab Kasyf Al-Asrar, Al-Dar an-Nafis, Hidayah As-Salikin dan kitab-kitab lain yang mempunyai elemen Wahdah al-Wujud tidak dibenarkan dipelajari di masjid-masjid dan di surau-surau.

    d) Semua negeri akan mengambil tindakan memfatwa dan mewartakan bahawa ajaran Wahdatul Wujud bercanggah dengan ajaran Islam.

    Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48
    Tarikh Keputusan : 3 April 2000
    Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000

    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=159

    Jadi jangan ingat dalam jubah ada Allah, RM 1 adalah!

  4. 4 shar November 28, 2007 at 9:47 pm

    Ajarkan Aku Mengira Semula

    Subjek ini fomulanya mudah. Satu Campur Satu Tidak Semestinya Dua. Prasyarat untuk faham, lupakan sebentar ajaran cikgu tadika anda yang mengatakan satu campur satu sama dengan dua 1+1 = 2. tak kira samada anda mempelajarinya dengan batang lidi, biji saga mahupun program math made easy with computer-aid software.

    Jauh lama sebelum jatuhnya epal ke kepala Newton, Rasulullah telah di ajar tentang teori-teori aqidah ini.

    “Sesungguhnya Kami ciptakan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi” (Al Qamar : 49)

    “Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.” (Furqan : 2)

    Yang mana disimpulkan oleh Syed Qutb sebagai bukti bahawa di dalam alam alwujud ini tidak ada ruang bagi kebetulan yang membuta tuli. Kerana “Setiap perkara dan kejadian ada hikmatnya, tetapi hikmat itu adalah suatu hikmat ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak kepada pandangan manusia yang singkat.” (Muqadimah Fil Zilal Al Quran)

    http://fussilat.blogspot.com/2007/11/statistics-iman-dan-calculus-aqidah.html

  5. 5 shar November 28, 2007 at 9:53 pm

    Kejatuhan Daulah Othmaniyyah merupakan kejatuhan kuasa Islam didalam berpolitik dan mentadbir alam ini dengan islam.

    Pemikiran secular merupakan dalang dalam usaha untuk menjatuhkan kekuatan khilafah Islamiyyah yang terakhir itu.

    Bermula dari situ, umat Islam yang berfikir dan berjiwa islam mula melancarkan beberapa tindakan agar Daulah Islamiyyah itu dapat dibina semula.

    Ada dari mereka menubuhkan gerakan-gerakan Islam di negara-negara masing-masing, ada meneruskan dengan agenda individunya dan berbagai-bagai lagi.

    Kelahiran Jamaat Islami yang berada di Benua India, Ikhwan Muslimin di Semenanjung Tanah Arab, Hizbul Muslimin di Malaysia dan sebagainya, selepas kejatuhan Daulah Islamiyyah ketika itu merupakan perjuangan untuk mengembalikan kekuatan politik islam yang telah rebah.

    Kelahiran gerakan-gerakan Islam ini, bukanlah untuk mengaut keuntungan dunia dan pengaruh individu-individu tertentu sahaja, bahkan kelahiran gerakan Islam ini bertujuan untuk mengembalikan semula kekuatan khilafah Islamiyyah yang telah jatuh semenjak dahulu lagi.

    PAS adalah salah satu gerakan islam yang muncul bagi berusaha kearah tersebut. Melihat Malaysia adalah sebuah negara yang dipimpin oleh muslim tetapi berfikiran dan bertindak secular, maka PAS telah menubuhkan partinya, bagi berusaha hendak melaksanakan Islam mengikut kadar yang termampu dilaksanakan.

    Perlaksanaan hukum-hukum dan undang-undang Islam adalah sesuatu yang telah sabit dengan nas dan telah diijmakkan oleh ulama, maka berusaha kearah perlaksanaannya adalah sesuatu yang wajib.
    http://budakmenulis.blogspot.com/2007/11/apabila-orang-tidak-berprinsip-bercakap.html

  6. 6 shar Disember 8, 2007 at 11:48 pm

    Pemikiran para salaf dimulai pada abad ke-4 H, disaat ulama-ulama Madzhab Hanbali yang pemikirannya bermuara pada Imam Ahmad bin Hanbal. Madzhab ini menghidupkan aqidah ulama salaf dan memerangi paham lainnya. Golongan ini kemudian muncul kembali pada abad ke-7 H dengan kemunculan Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Ibnu Taimiyah menambahkan beberapa hal pemikiran Hanbali sesuai kondisi zamannya. Ibnu Taimiyah ditangkap dan dipenjara beberapa kali, pada tahun 726 H beliau dipenjara kembali karena perdebatan mendatangi kuburan nabi dan orang-orang shalih, akhirnya beliau meninggal dipenjara Damaskus pada tahun 20 Dzulhijjah 728 H dan selama dipenjara ditemani murid beliau Ibnul Qayyim Al-Jauziyah. Selanjutnya pada abad ke-12 H pemikiran serupa muncul kembali di Jazirah Arab yang dihidupkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab, yang selanjutnya disebut kaum Wahabi. lihat 3, hal 225; lihat 4, hal 61; lihat 6.

    http://sampaikan.wordpress.com/2007/02/23/sejarah-kelam-salafi-2/

  7. 7 shar Disember 10, 2007 at 6:31 pm

    “Lantas kedua-dua golongan ini terus berbalah di sepanjang sejarah, atas kesepakatan mereka menolak faculty of reason. Jika ada yang cuba keluar dari dua kelompok ini, segera pula dibungkus dengan plastik berjenama Muktazilah! Habis cerita…”

    Komen saya mungkin lari daripada point yang dikemukakan.
    Seorang pendakwah dan penganalisa gerakan Islam/politik terkenal dari London yang berbangsa Arab pernah membahagikan salafi kepada tiga jenis. ( Lupa nama, bukan Azzam Tamimi )

    1. Salafi jihadi. 2. Salafi haraki 3. Salafi akedemik.

    Salafi jihadi dicontohkan dengan golongan yang masih lagi menetap di gunung ganang Algeria. Mereka menerima aliran ini secara turun temurun, tanpa mengkaji dan memahaminya secara betul.

    Salafi haraki adalah golongan salafi yang banyak menjalankan kerja dakwah, tetapi tidak membawa fahaman pecah belah serta mereka bersedia terlibat di dalam sistem politik dan pilihanraya.

    Salafi akedemik dicontohkan kepada golongan salafi di Arab Saudi, yang hebat dalam kesarjanaan ilmu, tetapi kurang dalam memahami realiti dunia, tidak berpolitik dan tidak membenarkan kerajaan ditentang.

    Bagi pemerhatian saya, walaupun golongan ultra salafi di Malaysia mendakwa tidak mengambil faham mereka bulat-bulat dari Arab Saudi, tetapi di situlah akarnya bermula. Jika mereka kembali ke akar, saya fikir faham mereka sudah molek dan muluk untuk dipraktikkan, namun jika sampai ke daun, perlulah diambil kira keperluan daun yang sedikit berbeza dengan akar tadi.

    http://saifulislam.com/?p=1037#comment-9560


Tinggalkan jawapan




 

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 43,699 hits

Salam semua

Komen yang menggunakan nama saya Sharudin, Shar atau Pak Din, yang diakhiri dengan alamat web, selalunya adalah petikan dari alamat tersebut. Ia sebagai pautan dan tidak berkaitan dengan setuju atau tidak saya kepadanya. Semua pendapat adalah bagi tujuan kefahaman dan pendidikan.