#29 Pak Din Says:
November 30th, 2007 at 9:12 am
Salam sinergi
1. “Perbezaan antara suami dan isteri, bukan punca masalah, tetapi suatu nikmat dan peluang pengkayaan rumahtangga mereka” sekiranya keduanya mengambil tahu semasa bernikah bahawa ia satu pengorbanan, tetapi tidak bagi pasangan yang hanya mengambil mahu, iaitu tertarik berdasarkan perasaan cinta berahi semata., seperti kata #3 Insan Biasa “ketika bercinta, bukan main faham lagi, tapi bila dah berkahwin, semakin lama semakin tidak memahami.. makin tak serasi…”. Pasangan sedemikian hanya faham fungsi perasaan tanpa faham rational berkahwin. Tak timul soal bagaimana, kerana automatiknya kedua-dua bangun, “Maksud saya, macam mana kamu berdua dapat anak? Dua orang pula tu. Satu campur satu jadi empat!”, soal Covey.
2. Pasangan yang kedua-duanya menjangkau kawasan yang sama, iaitu berkerja sama-sama, tidak menghasilkan sinergi yang tinggi, tetapi tak dinafikan ‘ketenangan’ yang datang bersamanya. Tetapi Sunatullah mengatur adanya pasangan, dengan peringatan keduanya dari planet berlainan, berdasarkan ratio 1:9 yang popular. Kita perlu ingat, jasad (memberikan nafsu, perasaan yang berpotensi negatif) kita, disediakan jauh lebih awal dari peniupan roh (memberikan akal, rational berpotensi positif). Dan diketahui umum bahawa lelaki mewarisi 1 nafsu dan 9 akal, sementara perempuan sebaliknya. Maka, “Bukan soal makan pakai. Tetapi bagaimana perasaan awak terhadap saya, terhadap anak-anak dan rumahtangga kita?”, adalah tabiat si isteri melahirkan fitrahnya. Pasangan perlu ambil tahu ketika bercinta.
3. “Sunnatullah yang telah menyuburkan kehidupan manusia, lantas seluruh kehendak Syariat mendorong insan untuk saling bersinergi.” Contoh yang Ustaz bawakan menunjukkan betapa pentingnya kita memahami ekonomi dan kegiatan berkaitannya. Oleh kerana Syariat (Al Quran) tidak banyak memberikan perincian kepada Sunnatullah (Hukum Alam), dan kelalaian Muslim mempertahankan sistem ekonomi, secara menyeluruh, menyebabkan sistem ekonomi yang dipakai sekarang ini tidak mengikut Syariat sepenuhnya. Ia diatur sebaik mungkin oleh bukan Islam untuk menguntungkan mereka. Sinergi ekonomi yang datangnya dari usaha Muslim (30% dari penduduk dunia), senang-senang diraih untuk kepentingan dan kemajuan bukan Muslim. Sinergi berekonomi memang sangat baik, tetapi strategi bukan-Muslim terlalu halus untuk disedari Muslim, yang terlalu sibuk, untuk memahami Syariat yang tersirat.
4. “Seluruh alam bersinergi untuk keperluan masing-masing.” Malangnya hasil 3 dari sinergi 1 (usaha Muslim) + 1 (usaha bukan-Miuslim), tidak dibahagikan samarata kepada modal usaha, kerana Muslim terlalu selesa membiarkan Sunnahallah dipelajari oleh bukan-Muslim, dan mereka memperuntukkan jauh lebih banyak kepada diri mereka (mungkin 70-80% dari hasil 3 itu), tanpa Muslim boleh bersuara, kerana kegagalan berturut-serta mengubal peraturan perdagangan (berekonomi) yang digunakan sekarang ini, yang asalnya tidak dinafikan berasaskan Islam atau pemerhatian Alam. Kunci segala kejadian hanya terdapat di dalam Sunnahallah atau Alam, dan Allah Maha Adil memberikan kepada siapa yang berusaha mendapatkannya.
5. Pada tahap mahluk tak berakal, sinergi tidak boleh dimanipulasi. Binatang (termasuk manusia) hasilkan carbon dioxide, tumbuhan mengambilnya dan tumbuhan menghasilkan oxygen dan binatang mengambilnya. Tetapi apabila manusia diberikan akal, hasil sinergi yang selalu dimanipulasi oleh mereka yang tidak bermoral, yang tidak percaya kepada pembalasan hari kemudian. Mereka memaksimakan hasil sinergi mahluk kepada keselesaan hidup mereka di dunia. Mereka kawal segala faktor, yang akan menyebabkan pengaliran hasil kepada mereka, walaupun modal usahanya adalah bukan mereka. Mereka bermodalkan akal semaksimanya, bagi memanipulasi Muslim yang bermodalkan percaya semata-mata. “Sinergi bukan keterbukaan yang mutlak tetapi ada prinsip-prinsip dan nilai yang memimpin”
6. Dalam berpolitik, sistem demokrasi menentukan sinergi bukan your way and my way. Hasil dari pertikaman lidah penyokong dan pembangkang, yang membentuk undang-undang untuk dilaksanakan. Di Malaysia, hasil sinergi membolehkan Muslim menikmati ketuanan Melayu, selaras perlembagaan. Segala usaha mengubahnya akan menyebabkan ketidak-stabilan sistem yang memastikan ketuanan. Kalau terburai ketuanan ini, Sunnahallah akan menyebabkan hasil sinergi berpehak kepada bukan-Muslim, mengetahui merekalah yang sebenarnya memberikan lebih modal sinergi di sektor ekonomi.
7. “.. kepelbagaian kumpulan Islam, wajar dilihat sebagai suatu perbezaan.” Bukan perbezaan itu yang perlu dipersoal, sehinggalah ia menyentuh soal akar dan pokok. Apabilah hanya dipercayai dan tidak dapat dibuktikan, maka perbezaan sedemikian, sekecil manapun akan menghasilkan buah yang berbeza. Hanya satu Allah yang layak menjadi Tuhan semua Alam. Tuhan yang telah membentuk segala-galanya, dan memberikan apa yang menjadi HakmilikNya, untuk menjadi hakguna kepada mahluk. Dengan hakguna itu mahluk bermodal untuk bersinergi sesama sendiri, tetapi tidak menyama-ratakan pembahagian hasil sinergi.
ok ulasan aku pulak, fresh engineer normally diajar dekat university berkenaan konsep fact dan kenyataan. Dia orang kata kalau 1 + 1 dia orang senang paham yang itu jawapannya adalah 2. Namun setelah dia orang ini lama bekerja dan mula bergaul dengan masyarakat accros the team (orang dari pelbagai bidang lain), normally dia orang akan mula paham konsep reasoning and understanding. Dia orang akan mula memasukkan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan abstract, emosi dan pelbagai lagi perkara yang tidak dapat dibuktikan dengan perkara 1 + 1 adalah 2. Integrasi di antara konsep fact dan kenyataan serta reasoning and understanding ini biasanya akan menghasilkan satu hasil kerja yang boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.
http://hshiyuti.blogspot.com/2008/06/perbezaan-seorang-engineer-dan-peniaga.html