R38

November 17, 2007

Salam

Akhi Elbariti, jawapan saya di SIO

Comment Posted By Pak Din On November 16, 2007 @ 6:21 pm

Saya menyokong Akhi Riyod untuk penanaman benih ekonomi di artikel lain, walaupun ia memang bahagian besar agenda politik. Bagaimana pun jika 1+1(material)=2, sebenarnya kita perlu memehami ada 1+1(non-material)=2, tetapi sudah pasti tidak boleh dilihat dari sudut popular. Mengapa tidak, kalau ada bursa pasaran komoditi (material), kita sebagai Muslim adakan bur pasaran komodiri (moral, non-material). Bagaimana hendak dimulakan itu, ayng cuba saya paparkan dalam artikel terakhir saya. Bagaimanapun kita tunggu, benih ekonomi yang Ustaz akan tanam. Saya ada changkul kalau Ustaz perlu?

Comment Posted By Pak Din On November 15, 2007 @ 1:49 pm

Salam poli tik

1. Saya melihat kesemua permasaalahan ekonomi, politik dan sebagainya di dalam dunia Islam sebagai tidak akan berjaya kerana dasar yang digunakan. Kesemua teori-teori Barat (yang kebanyakan anggap sebagai negatif) adalah berpaksikan sains (Sunnah Allah) yang mereka kaji secara mendalam, termasuklah terutamanya sains kemanusiaan dan gunaan. Untuk memastikan kejayaan sesuatu pemasaran, dalam apa bidang sekalipun, kuasa pasaran mesti mengambilkira kehendak manusia. Dan dari majoriti manusia (termasuk Muslim juga) apa yang kita boleh simpulkan ialah mereka suka mengikut selerea (nafsu).

2. Jika kita berpijak di bumi nyata, di mana secara fitrahnya manusia suka mengikut nafsu, maka segala teori yang tidak menjadikan itu sebagai dasar pemasaran, sudah pasti ketentuan Allah akan mengatakan kita tidak akan berjaya. Allah sendiri yang menciptakan nafsu dan pengaruh syaitan, tetapi pada masa yang sama Allah juga yang memberitahu bahawa perangai-perangai syaitan tidak boleh diikuti. Juga dimasa yang sama Allah mengatakan ramai manusia akan terikut-ikut dengan pengaruh nafsu, melainkan sedikit sahaja yang berjaya melawannya.

3. Kita perlu bertanya pada diri sendiri, apakah kita faham dengan apa yang Allah sampaikan melalui RasulNya. Kalau dalam bab akidahpun ramai yang termasuk di dalam golongan 72 dari 73, iaitu 1/73, apatah lagi dalam bab-bab yang lain dari akidah. Sebenarnya tiada pemisahan antara ekomoni dan akidah. Semuanya ada di dalam Islam. Tetapi kerana Muslim telah mesub-kontrak kebanyakan penimbaan ilmu sains kepada bukan Islam, timbullah pengasingan antara bab-bab agama dan sains. Begitu juga boleh dikatakan kebanyakan teori yang dilaksanakan dalam kehidupan adalah dirumus oleh bukan Muslim, walaupun pada mulanya ada yang berdasarkan pemikiran Islam.

4. Saya telah membuat kesimpulan dahulu bahawa Muslim sekarang ini hanya menjadi penumpang di dalam semua bidang kehidupan di dunia. Pemikiran Muslin telah diset, secara tidak sedar, untuk tidak menggunakan akal secara penuh. Muslim terlalu banyak menggunakan akal-emosi berbanding akal-rational. Akal-emosi itu sebenarnya ialah perasaan atau hati atau lebih tepat lagi cenderung kepada nafsu. Kita sentiasa diarah membaca nas, dengan tidak menggunakn akal rational sepenuhnya ketika membuat kesimpulan pada apa yang tersirat di dalam nas tersebut. Kalau nas kata manusia dari tanah, kita baca bergitulah bukannya dari unsur-unsur tanah.

5. Untuk menjayakan ekonomi sendiri, yang mana itu sangatlah penting untuk mengembalikan identiti Muslim, kita perlu bertindak paling asas mengatakan tidak pada nafsu. Bukan kita tidak memerlukan nafsu, kerana tiada kehidupan tanpa nafsu, tetapi kita mesti mengenal fungsi nafsu dan dapat mengawalnya dari pekara yang paling asas dalam kehidupan. Kita semua menerima hasil dari ilmu sains, yang dinamakan teknologi, di dalam hidup kita, tetapi apabila ditekankan bahawa sains itu adalah pengkajian carakerja Allah, ilmu untuk mengenal Allah dan sebagainya, ramai antara kita yang tidak dapat menerimanya. Kita hanya suka melayan nafsu, mengambil dan menggunakan hasil sains dari terlibat sendiri dalam pengkajian ilmu tersebut.

6. Al Quran telah meyebutkan pelbagai ayat-ayat sains sejak 1400 tahun dahulu. Malangnya, sikap sub-kontrak kepada bukan Muslim, telah menjadikan ayat-ayat tersebut hanya dapat dibuktikan kebenarnya setelah saintis-saintis bukan Muslim membuat kajian terhadapnya. Selepas kajian menghasilkan sesuatu barulah pendakwah Muslim berani menyampaikannya dalam syarahan mereka. Segala yang yang masih memerlukan kefahaman lanjut diketepikan oleh pendakwah Muslim, malah ramai yang mempermainkannya, umpama teori Darwin atau teori Big Bang sekarang. Oleh kerana kefahaman sepenuhnya belum tercapai, bermacam cercaan negatif diberikan kepada sains dan saintis yang mengkaji bab-bab tersebut.

7. Muslim perlus terus membuka minda seluas-luasnya untuk berjaya di dalam kehidupan dunia dan akhirat. Muslim mesti faham kepada apa itu Sunnah Allah (ilmi sains atau carakerja Allah) sekuat tekad Muslim menyanjung tinggi Syariat Allah. Dengan meminggirkan atau tidak mengambul berat bab Sunnah Allah (bukan setakad menjadi doktor, jurutera, arkitek dan sebagainya) tetapi sehingga bab itu boleh di bawa ke dalam kuliah antara Magrib dan Isya, kalau tidak Subuh Ahad, barulah Muslim dapat dikatakan melawan nafsu untuk dapat menghasilkan ekonomi sendiri.

Comment Posted By Pak Din On November 15, 2007 @ 12:48 pm

1. Pak Lah ada menyebutkan bahawa kalau nak memilih tunggulah sampai pilihraya nanti. Soalnya ialah kita perlukan mechanism mengubah SPR, orang yang akan menjadi pengadil, siapa menang siapa kalah?, dan itu tidak boleh dijalankan serentak dengan pilihanraya! Kita tahu itu tujuan BERSIH, tetapi caranya perlu diperhalusi. Bukan dengan merelakan diri unutk dimandikan air berubat yang kemudian menaikkan semangat untuk memperjuangkan sesuatu.

2. Saya sokong cadangan berdiplomasi 100% dan bukan dengan ‘melantik’ seseorang menjadi ketua setan. Bagaimana boleh kita menerima orang-orang yang tergamak memberi gelaran sedemikian dan mengharapkan mereka ini akan lebih baik dari yang ada?. Yang ada tidaklah seteruk mana, dan tidak pernah mengelar orang lain sebegitu. http://www.youtube.com/watch?v=qDyH9qtBp8Q

Comment Posted By Pak Din On November 14, 2007 @ 5:33 pm

Paling tidak makcik letak perasa dan kambing tidak. Memang dua-dua makan sirih tapi makcik mencari kenimaktan tetapi kambing mencari keperluan. Sudah pasti berbeza. Jadi apa perlunya nak adakan lagi, demo, demo (mereka) yang nak berdemo lagi ni.

Comment Posted By Pak Din On November 14, 2007 @ 4:12 pm

Salam
Akhi Mfrstudio, Ish ish ish … Jangan setan persetan … Baca dulu ni http://saifulislam.com/?p=10#comment-8564. Saya akan lawat laman Ahki kemudian.

Comment Posted By Pak Din On November 14, 2007 @ 3:24 pm


R37

November 14, 2007

#79 Pak Din Says:
November 14th, 2007 at 10:37 am Salam po litik

1. Sebagaimana kita tidak perlu menjadi imam untuk mendapat 27 darjah, bergitu juga kita tidak perlu menjadi ahli politik untuk berpolitik. Sebagimana kita menjadi ahli masyarakat yang membentuk sebuah negara (yang kemuadian mendokong ummah), kita tidak perlu menjadi pemimpin tertinggi untuk meninggalkan kesan kepada masyarakat. Pemimpin yang baik memerlukan pengikut yang baik dan bergitulah sebaliknya. Keseluruhan suasana masyarakat bernegara dan berpolitik tidak hanya bergantung kepada beberapa orang atau kumpulan jemaah yang memimpin sahaja. Semua memainkan peranan yang besar.

2. Saya tertarik dengan Tipah yang asyik tertipu, di dalam semua bidang. Seperti kata Kak Ija “kesedaran politik orang ramai seolah2 meningkat begitu juga kefahaman terhadap Islam, tetapi rupa2nya Tipah Tertipu!!!”. Orang ramai Malaysia terutama Melayu Islam baru tersedar tentang kepentingan politik atau kepimpinan, walaupun pekara kepempinan telah lama terpahat di dalam Al Quran. Apabila tersedar (dari tidur) maka sifat Glokal (Glabah dan Kalut, mengikut kata Ahki Muhtar Suhaili) menguasai diri, terkecualilah penidur professional. Masing-masing mencari dahan untuk berpaut. Rapuh tak rapuh belakang kira. Asalkan nampak macam dahan, termasuk yang lapuk di dalam dan dicat baru di luar, pun jadilah untuk membentuk keyakinan diri berpaut pada sesuatu.

3. Maka apa saya warna yang melambai, kuning ke, hijau ke, biru ke, tidak menjadi kisah. “Tahawwur ialah keberanian manusia menempuh suatu hal meskipun menurut pertimbangan akal yang waras perkara itu tidak sewajarnya ditempuh. Punca kepada timbulnya sikap berani membabi buta ialah lantaran darah marah yang mendidih yang timbul dari nafsu membalas dendam” jelas Ahki Muhtar Suhaili. Segala rational berhubung dengan tindakkan yang perlu diambil menjadi kurang proiritinya. Sifat inilah yang dieksploit oleh penganjur selalunya untuk menjayakan kemahuan mereka.

4. Ustaz Hasrizal sentiasa mengingatkan “Apa yang paling penting adalah komitmen kita dengan Akhlaq. Sepanjang Ramadhan, banyak artikel yang telah saya tulis untuk emphasize bahawa “kuat sejati ialah pada keupayaan mengawal diri ketika marah”. Kawal diri kalau suka sangat dengan sesuatu, kawal diri juga semasa marah atau bencikan sesuatu.” Dan kadang-kadang (hampir selalu sebenarnya) menurut Akhi Amin Ahmad “sememangnya kita pilih utk tidak bersetuju (kadang2 tanpa hujah)..”. Tiada alasan yang dapat difikirkan dengan rational, bahkan hanya menurut emosi (dari pengaruh lambaian warna-warna melambai lembut di atas).

5. MemBERSIH adalah proses yang sehat. Tujuan yang sangat baik dan murni. Tetapi tujuan sahaja tidak dapat menjamin hasil yang sempurna. Kerana tujuan tidak menghalalkan cara, sebagaimana cara yang salah juga tidak akan mencapai kepada tujuan dan matlamat. Ustaz pilih Surah Al Maaon, kerana salah satunya mengandungi amaran keras Allah kepada mereka yang mendirikan tiang agama (solah). Cara yang salah atau proses yang tidak mencapai tujuan (seperti solat yang tidak mencegah kepada fahsa dan mungkar) akan hanya mendapat balasan buruk dari Allah. Begitu juga tujuan BERSIH dengan cara yang kurang bersih.

6. Akhi Drz yang mengatakan “Saya rasa Dr MAZA tak pernah merasai suasana Islam di negeri bukan Islam”, perlu memahami mengapa Ustaz Harizal cenderung kepada kata-kata Muhammad Abduh berhubung “Di Paris, ada Islam tanpa Muslim, tetapi di Mesir ada Muslim tanpa Islam”. Dengan berpuluh demo pun tidak akan dapat menyenangkan kerja Dr MAZA dan mufti-mufti lain di Malaysia, untuk mereka sahaja membentras segala kegiatan tidak diingini. Semuanya terpulang keapda team-work. Pemimpin dan yang dipimpin. Kedua-dua perlu pro-aktif.

7. Saya tidak merasakan BA akan dapat menangani masaalah yang BN hadapi dengan cara pemikiran dan pendekatan yang sediaada pada BA sekarang. Memang saya sendiri suka melaungkan reformasi, tajdid, anti-ultra-ke, mini-ke, salafi, tetapi laungan-laungan tersebut perlu datang dari akal rational, dan bukan hanya dari lambaian lembut warna-warna yang memperjuangkan jalan pintas. Jalan dan mengembara (jasmani dan rohani) untuk membuat rumusan dari nota-nota kaki yang ada, berhubung carakerja bagaimana yang akan memberikan hasil yang lumayan. Sunnah Allah menunggu pilihan kita.


R36

November 13, 2007

# 34 Pak Din Says:
November 13th, 2007 at 12:30 am
Salam BERSIH

1. Syukur, protes BERSIH telah berlalu dengan tiada kejadian yang terlalu buruk bersamanya. Sesungguhnya ia sesuatu yang perlu dilakukan, walaupun sepatutnya mendapat kebenaran pehak berkuasa. Memang biasa, pekara sebegini akan berlaku walau siapapun memerintah! Kedua-dua pehak akan cuba menegakkan benang basahnya. Sudah menjadi tabiat budaya turun temurun, biar menang sorak, tak kiralah kampung tergadai. Yang pasti kalau pembangkang dan pemerintah bertukar tangan, sekalipun, selagi masih berbangsa Melayu, akan terjadi pekara yang sama.

2. Yang penting surat telah sampai ke tangan Raja. Akan berterusanlah benang basah ditegakkan. Yang satu kata kejayaan menyampaikan hasrat di hati kepada Payung pemerintah dan yang satu lagi kata hendak memerangkap Raja-raja untuk bermain politik. Tahniah kedua-dua pehak, kerana kesabaran dalam bertindak tidak mencetuskan kejadian buruk. Kedua-dua perlu sedar dalam sistem demokrasi beraja ini, parliament yang terdiri dari kedua-dua pehak saling membetulkan satu sama lain. Hasil dari pertikaman lidah di parliament itulah kesemua undang-undang digubal dan kemudian dilaksanakan.

3. Kesanggupan BERSIH mengadakan pasukan khas bagi tujuan membendung keganasan juga perlu disanjungi. Kekuathiran pehak penjaga keamanan juga bukanlah tidak bertempat. Semuanya berdasarkan kejadian lalu, di mana memastikan sesuatu demonstrasi, samada dicadang aman atau tidak, tidak menjamin kententeraman awam dapat dikawal. Apabila keadaan menjadi tegang, yang berserban pun akan mengambil kesempatan baling batu sembunyi tangan. Seakan Allah tak nampak bagaimana imannya yang rapuh di dalam jiwa?

4. Empat pekara yang dikemukakan bukannya sesuatu yang baru. Bukan tidak pernah dibahas di parliament. Bukannya Raja-raja asyik bermain golf atau menunggang kuda sehingga tidak tahu hal-hal rakyat. Tetapi itulah budaya short-sighted. Budaya jalan pintas. Disuruh oleh Allah untuk berilmu dalam menjalankan sesuatu, terutamanya dengan mematalamatkan syurga dalam kehidupan, carakerja berpotensi huru-hara yang dipilih untuk melaksanakan sesuatu hajat. Bukankah menyusun strategi yang lebih kukuh dari itu, masih boleh dibuat?

5. Penguat-kuasa undang-undang juga perlu berstrategi lebih jitu dalam menangani peristiwa sedemikian. Kalau telah diwar-warkan slogan berhemah dan berhati-hati di jalan raya, kenapa tidak slogan yang sama digunakan semasa bertindak? Kalau sesuatu terkeluar dari atur cara asal barulah bertindak, sekiranya belum terkeluar, kenapa perlu bertindak awal, kepada pekara yang belum pasti berlaku? Bagaimanapun syabas kedua-dua pehak kerana hasil tidakan masing-masing, tidak menjadikan keadaan huru-hara kepada persekitaran.

6. Umumnya BERSIH hendak menunjukkan perpaduan jitu dari pelbagai pehak, di atas isu-isu yang dikemukakan. Sememangnya kedua pehak bersetuju (kerajaan dan pembangkang) sistem pemerintahan perlu dikemaskini setiap masa, terutamanya sistem pilihanraya. Tidak akan bermakna kebebasan berdemokrasi, sekiranya dalam pelaksanaan pilihanraya terdapat kepincangan, walau sekecil manapun. Hanya dengan memdapat mandat yang sempurna, akan memastikan kejayaan cemerlang dalam sistem pemerintahan.

7. Masyarakat Malaysia perlu lebih matang dalam berpolitik. Dalam keghirahan mengejar kemajuan di bidang sains dan teknologi, rakyat seharusnya lebih memusatkan pemikiran kepada sesuatu yang lebih mendatangkan faedah kepada agama, bangsa dan negara. Menyedari bahawa segala sesuatu yang telah dan akan berlaku adalah mengikut Sunnah Allah, akan menjadikan kita lebih banyak berfikir panjang, dari bertidak dengan sort-sighted actions atau mengambil jalan pintas dalam menyelesaikan sesuatu.


R35

November 12, 2007

# 24 Pak Din Says:
November 12th, 2007 at 11:44 am
Salam atas-bawah

1. Persoalan pertama yang terbit ialah bagaimana membena bangsa atau negara yang dapat mengatasi yang lain. Bagi memastikan survival of the fittest. Yang paling sesuai untuk mendapat keizinan meneruskan tamadun dan menduduki dunia. Dahulu kelayakan diberikan kepada kekuatan bawahan, tapi kini kekuatan bahagian atasan lebih menentukan kejayaan. Work smart not hard. Atau yang ingat berkorban kena Work smart and hard. Malangnya arus perdana memenjurus kepada Work hard not smart (sedar atau tidak). Tetapi tak nafi dari golongan Work less and not smart (relaxlah beb).

2. Kedua, kefahamaan kerja sama-sama lawan kerjasama!. Ada yang kata kerja sama-sama saya. Tak dengar pulak Nopolean kata bergitu. Kerjasama menghasil tamadun besar di dunia. Kerja sama-sama hanya bererti bila menceritakan sifat kerja, iaitu kerja sama-sama kuat, kerja sama-sama smart dan sebagainaya. Yang cantik sudah semestinya berkerjasama bersama-sama dengan kuat dan smart. Pilihlah antara yang ada, kerana apa yang dipilih akan menentukan Qadar Allah yang terbaik bagi menghasilkan keputusan.

3. Ketiga, Kak Ija yang membaca seluruh artikel dan nampak kesimpulan yang tak nampak “Syok sendiri dengan nota kaki”. Setuju sangat saya dengan penzahiran itu. Asyik mengukur panjangnya nota kaki, tak sedar sekarang dah tukar meter. Nota badan mesti hasil dari kerja atasan, bukan penat kaki berjalan mencari letaknya nota kaki. Tetapi jangan lupa kepelbagaian. Syok sendiri pun ada hasilnya. Janganlah terasa pula macam syok sendiri ni teruk sangat. Segala yang teruk semuanya adalah hasil dari keterlaluan. Yang paling baik dalam membuat sesuatu adalah kesederhanaan.

4. Seterusnya, Ustaz meletakan ayat terakhir untuk menyimpul sebagai, ”Kebijaksanaan itu perlu untuk menterjemahkan ketinggian akal dan minda, kepada sesuatu yang boleh dijamah oleh seluruh masyarakat.”. Ada dua sifat yang macam serupa di situ, bijak dan pandai, mana satu yang kita nak lebih?. Bijak menggunakan pandai atau pandai menggunakan bijak?. Macam telur dan ayam aja! Akal dan minda yang melahirkan bijak dan pandai, sebagaimana akal dan minda juga yang menimbulkan rational dan emosi. Jadilah orang yang bijak dan pandai yang menggunakan akal dan minda untuk mengawal rational dan emosi, dalam memberi ilmu dan pengetahuan kepada ramai.

5. Tapi kata Knowledge of Power, dari Edward Said (Kritian yang berbaju Islam), lebih berkesan kalau diterbalikkan, The Power of Knowledge, kerana seiring denganya ada The Miracle of Belief. Bila disambung menjadi The Miracle of Belief, in the power of knowledge, ia sangat berkesan untuk menangani keserabutan yang mana perlu diguna sebagai keutamaan dalam perjuangan. Sebagaimana kita perlukan semangat, tetapi bukan dengan buluh runcing sebagai senjata perang. Kita perlukan semangat menjadikan bulu runcing sebagai pena melakar senjata perang.

6. Berdasarkan kepada 5 ulasan di atas, sudah pasti “Berilmu di atas, beramal di bawah” sangat penting, untuk dilaksanakan bagi mendapat kejayaan. Dengan semangat kerjasama, amalan setiap ahli masyarakat sangat menentukan. Bukan sama-sama melakukan kerja yang sama, tetapi sama-sama berkerjasama dalam bidang-bidang sendiri. Masyarakat yang tidak bekerjasama, tidak akan dapat membolehkan adanya individu yang perlu ke bidang tertentu. Masyarakat perlu berilmu di atas untuk mengetahui, bagi mereka yang rela pergi berperang, jangan ditambah tugasannya dengan mengemas bandar atau kampung. Masing-masing ada tugasnya. Kefahaman dari ayat Al Quran.

7. Komen ini telah ditulis sebelum saya cuti, tapi tak sempat post. Lepas cuti rasa kena bersihkan 7-10. Wow! Ada 7 tajuk baru. Dan ada politik. Syabas Ustaz! Doakan saya masih boleh menyusun pemikiran melalui penulisan. Itulah masaalah menulis dari seseorang yang bukan Penulis. Hehe.


R34

November 12, 2007

# 32 Pak Din Says:
November 12th, 2007 at 4:52 pm Salam politik

1. Samada disedari atau tidak, soal politik adalah soal kepimpinan. Apa tujuan Allah menjadikan manusia di Bumi ini, sekiranya tidak menjadi pemimpin? Khalifah di atas Bumi Allah. Kalau kita faham perlunya kepimpinan di peringkat keuarga, maka begitulah pentingnya kepimpinan di kalangan sekumpulan keluarga (kampung, daerah, negeri dan negara). Tidak timbul bahawa politik itu kotor kerana politik itu sebahagian dari Islam dan Islam tidak pernah kotor, hanya penganutnya yang menjadi kotor, disebabkan tidak memahami kehendakNya.

2. Kotornya pemimpin adalah kerana kotornya yang dipimpin. Demi demokrasi (penuh atau sebahagian), yang dipimpin mahu menyuarakan pendapat masing-masing. Samada berilmu atau tidak, masing-masing mahu menggunakan hak sebagai seorang individu yang hidup bermasyarakat. Kalau diketepikan hak menentukan pemimpin, sudah pasti mereka akan memberontak dan mengatakan pemimpin mereka tidak menghormati mereka kerana tidak memberikan hak menentukan pemimpin.

3. Kesedaran kepada kepimpinan memang redah di kalangan Muslim. Mereka tahu ada nas yang mengatakan, sekiranya terdapat lebih dari dua orang dalam kumpulan, maka seorang dari mereka perlu dilantik untuk memimpin atau menjadi ketua. Di dalam solat berjemaah, itulah yang hendak diutarakan, soal kepimpinan. Tetapi kita semua terlebih maklum, solah yang dihidupkan, mati sejurus selepas memberi salam. Bila imam membuat salah semasa solat, baru kita akan dapat lihat yang dipimpin faham soal kepimpinan atau tidak, nak berpisah atau nak bersama meneruskan solat bersama imam?

4. Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di kalangan mahluk, setelah diberikan ilmu asas. Allah mengharapkan seterusnya manusia mencari ilmu untuk meneruskan kekhalifahannya. Maka kaum yang tidak berusaha menambah ilmu, bukan sahaja terpinggir dari menjadi pemimpin, malah dilihat kadang-kadang tidak juga sesuai dipimpin sebagai manusia, iaitu mempunyai hak kebebasan untuk dipimpin. Sebahagian besarnya menunjukkan sikap tidak boleh dipimpin secara demokrasi, kerana tidak mahu memahami atau berilmu tentang bagaimana hendak menjadi yang dipimpin.

5. Menjadi pemimpin perlu kefahaman tentang kerjasama dan kerja sama-sama. Mengimbangi kedua-duanya perlu dibust secara bijak. Ada pemimpin yang hanya menjadi wakil suara dari yang dipimpin, maka tiada pembaharuan yang akan berlaku kerana segalanya adalah berdasarkan suara majoriti yang dipimpin. Kita perlukan pemimpin yang membuat pembaharuan dengan merumus dari suara majoriti, sesuatu yang baru dari ideanya sendiri. Pada dasarnya sama dengan suara majoriti, tetapi pada hasilnya, mendatangkan sesuatu yang di atas dari yang dipimpin harapkan. Kalau yang dipimpin mengharapkan kebaikan, pemimpin menghasilkan kecemerlangan.

6. Masalah timbul apabila yang dipimpin tidak berilmu untuk membezakan kebaikan dan kecemerlangan. Maka pemimpin beradaptasi menjadi, yang mewakili suara yang dipimpin bulat-bulat. Tanpa ada pembaharuan. Demi mengekalkan era kepimpinannya. Terbentuklah kecenderungan mencari populariti, dengan mengabaikan perjuangan sebenar yang harus dicapai. Apabila kecenderungan ini berjangkit keseluruh perusuk bahagian perjuangan, maka terbentuklah ciri-ciri politik kotor, yang hanya menggunakan kuasa pasaran kemahuan manusia secara menyeluruh. Manusia dijadikan sangat minat kepada yang popular, termasuklah dalam berbudaya (berpolitik) dan beragama.

7. Kita perlu berbangga bagaimanapun, adanya kebebasan terkawal, suasana politik demokrasi berparliment (beraja). Mungkin ada yang merasakan ia tidak berfungsi sepenuhnya, tetapi selagi kita dapat menggunakan akal dengan sempurna, tujuan utama kita memilih sistem tersebut akan dicapai. Kebabasan berfikir dengan akal yang sempurna berlatar-belakangkan suasana kehidupan yang bebas, akan memastikan tujuan kehidupan dapat dipimpin ke arah mencapai kebebabasan hidup hakiki, yang semestinya merangkumi kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Kejayaan melaksanakan Syariat dan Sunnah Allah swt.


R33

November 5, 2007

# 3 Pak Din Says:
November 5th, 2007 at 4:03 pm
Salam akhilla

1. Selamat Hari Raya kepada semua yang masih menyambut rumah terbuka. Sesungguhnya rumah terbuka ini harus dilaksanakan sepanjang tahun kalau tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan keluarga kerja atau keluarga darah. Saya berpendapat bukan pada Hari Raya sahaja, rumah terbuka boleh dilawati, malah yang Deepavali dan Tahun Baru Cina pun boleh kita hadiri. Kita bukan merayakan agama atau kepercayaannya tetapi kita merayakan kemasyarakatannya, bagi menjayakan synergy kaum membena satu negara. Ekonomi yang kaum lain bena, kita juga yang menggunakannya.

2. Kepekaan sepatutnya dialih, untuk melihat kepada kadar pembaziran yang berlaku semasa berrumah terbuka. Sudahlah nyata semasa Ramadhan kenaikan jumlah makanan yang diambil oleh pengguna (terutama Muslim yang berpuasa), kini semasa Hari Raya ditambah lagi penambahan penggunaan dari bulan-bulan biasa. Buktinya tiba sahaja hari perayaan kawalan bekalaan dan harga perlu diperketat untuk menampung permintaan semasa. Jadi semacam nyata bahawa, keperluan berhubung mesra antara keluarga kerja atau biasa akan menyebabkan berbelebihan belanja. Baiknya dapat, tak baiknya pun sekali. Macam tak boleh pisah. Saudara kembar positif dan negatif.

3. Balik kepada keluarga Saifulislam.com, satu entiti yang termasuk dalam kategori kommuniti maya, walaupun ramai yang mengenali sesama sendiri, secara offline, tidak dinafikan keluarga sebegini perlu juga diambilkira kerana peranannya hari ini pada masyarakat biasa. Keluarga maya yang kadang-kadang memberikan 2nd Life ini, sekiranya diambil secara positif akan memberikan kesan mendalam untuk membentuk 1st Life. Saya kita, di atas dasar keterbukaannya, rumah terbuka, pejabat terbuka dan rumah terbuka, menjadi terhad, dibanding dengan perhubungan (komputer) terbuka yang tersirat di dalam kommuniti maya.

4. Polar pemikiran pada ruang maya masih perlu hala tuju yang perlu direvolusikan. Sekarang ini memang kita mengaitkan 2nd Life untuk 1st Life, bukan dua kehidupan berbeza, tetapi dilihat secara positifnya, bukan untuk mengundang Bipolar Life, tetapi, satu hari nanti bila (malah hari ini juga) terpisahnya secara pizikal akan membantu merapatkan hubungan rohani, dengan berkesan melalui online. Pointnya ialah saudara kembar positif dan negatif, dapat dikurangkan di dalam komputer terbuka, yang digunakan sekarang. … Alah, tak best lah tak nampak biji mata!

5. Sementara masih di dalam isu keluarga, SI juga bagai keluarga biasa, dimana ada cucu (yang dah boleh guna keyboard) hinggalah ahli yang senior. Dalam konsep terima-menerima rumah terbuka, sepatutnya melahirkan minda terbuka. Di keluarga biasa pun atuk-nenek boleh bercakaran, tak tegur sapa, .. tapi anak-cucu sudah tahu macam mana nak menyesuaikan diri dengan situasi berkenaan. Berkat asuhan dan bimbingan. Maka untuk mencari keberkesanan berkeluarga maya, saya kita, procedure yang sama perlu disesuaikan di dalam keluarga maya.

6. Saya bersetuju dengan Ustaz definasikan self-centered akan tidak melahirkan takwa, kerana “tidak mengizinkan kita menjadi anggota masyarakat yang lumpuh. Hidup, masih hidup, tetapi sudah tidak bergerak. Hanya terperosok di posisi sendiri.” Tetapi, sesensitf mana kenyataan yang akan dikemukakan, bergantung kepada kepekaan mana yang hendak diaktifkan. Bukankah pengajaran sedari muda, masyarakat adalah self-centred. Fardu Ain (FA) lebih utama. Fardu Kifayah (FK) dilagukan semacam “Seorang buat lain tak payah”. Bait-bait lagu ni yang memadam api kebersamaan muda (dengan kawan dan jemaah) kepada apa yang berlaku sebaliknya bila dah berumahtangga, kebanyakannya.

7. Penyampaian di kebanyakan sekolah masih terlalu banyak tidak berpehak kepada Fardu Kifayah. Banyak yang sepatutnya masuk dalam silibus FK disamarkan, secara sedar atau tidak. Apa yang penting kalau di sekolah, cukup bulan ambil gaji, cukup tahun pergi sekolah terbuka. Maka lahirlah masjid terbuka ada waktunya. (Solat wajib, masjid terbuka, hati (atau minda) tertutup.) Keterbukaan menerima falsafah Sunnah Allah sebagai sebahagian dari FA kurang mendapat perhatian. Memang ada di ajar, bagi yang tak menentang, tapi arus perdanaya adalah menentang.

8. Sebab itu diharapkan dengan 2nd Life, diharap dapat membentuk masyarakat berfikiran terbuka, sebagaimana terbukannya rumah terbuka, siapa sahaja boleh datang? Walaupun ada kesan sampingan perbelanjaan tinggi. Kita perlu terbuka untuk menjadikan 2nd Life tidak terikat kepada 1st Life, walaupun itu bukan tujuan utama. Tetapi sekurang-kurangnya memberikan ruang kepada trait-trait yang berkecil hati dengan pendekatan 1st Life.

9. Ekonomi juga menjadi anak tiri kepada FK. Kita bukan hanya perlukan micro-economy, tetapi macro-economy yang akan menjamin kesinambungan ummah. Tetapi kalau pendekatan hanya mementingkan zakat (pengeluaran) tanpa cuba menerangkan pendapatan (micro dan macro), hasilnya adalah masyarakat yang mengharapkan tongkat. Dah lah tadi dalam proses mendapatkan ilmu, diberi tongkat, muamalahnya pun atas dasar yang sama, kerana pengajarannya begitu. Ada masjid yang cakap pasal pasaran modal sebelum Isya? Ada yang menerangkan hubungan nafsu dengan kuasa pasaran, selepas maghrib? Kalau adapun hanya harga pasaran emas berkilau dan emas hitam (minyak).

10. Sempena rumah, masjid, pejabat dan jasmani terbukanya sekali, kita berharap minda terbuka dapat dizahirkan sekali. Masih ramai yang belum terbuka melihat rohani (akal) yang terbuka. Jasmani terbuka selalu dilihat di bandar-bandar terbuka termasuklah rumah terbuka. Kadang-kadang betul juga Barat membuka jasmani di dalam Budakmain, kerana senang ditutup kalau ada yang lalu, atau magic key Alt F4, kalau tergamak menekannya. Tapi kalau jasmani terbuka di rumah terbuka yang melambangkan bandar terbuka, kita tahu konsep keterbukaan yang mana yang lebih terbuka?


Permata 309-333 Surah 7 Al A’raaf

November 5, 2007

19/8 – 12-9 (Ayat 178 hingga akhir dalam bulam Ramadan)


Permata 291-308 Surah 6 Al An’aam

November 5, 2007

24/7 – 16/8


Permata 270-290 Surah 5 Al Ma’idah

November 5, 2007

19/6 – 23/7


Permata 247-269 Surah 4 An Nisa’

November 5, 2007

15/5 – 18/6


Permata 230-246 Surah 3 Ali Imran

November 5, 2007

23/4 – 14/5


Permata 205-230 Surah 2 Al Baqarah

November 5, 2007

25-3 22-4


Permata 201-204 Surah 1 Al Fatehah

November 5, 2007

21-3 24-3


Permata 369-373 Surah 13 Ar Rad (Guruh)

November 5, 2007

Dari Shawal 14 (26 Nov) hingga Shawal 20 (1 Nov)

Ar-Rad | 43 verses | The Thunder سورة الرعد
Sura # 13 | Makkah

1. المر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ وَالَّذِي أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ الْحَقُّ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يُؤْمِنُونَ
Alif, Laam, Miim, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.

2. اللّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى يُدَبِّرُ الأَمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

3. وَهُوَ الَّذِي مَدَّ الأَرْضَ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْهَارًا وَمِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.

4. وَفِي الأَرْضِ قِطَعٌ مُّتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِّنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الأُكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.

5. وَإِن تَعْجَبْ فَعَجَبٌ قَوْلُهُمْ أَئِذَا كُنَّا تُرَابًا أَئِنَّا لَفِي خَلْقٍ جَدِيدٍ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّهِمْ وَأُوْلَئِكَ الأَغْلاَلُ فِي أَعْنَاقِهِمْ وَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدونَ
Dan jika engkau merasa hairan (wahai Muhammad), maka sungguh menghairankan perkataan mereka yang kafir itu (yang mengatakan): Adakah apabila kami telah menjadi tanah betulkah kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru? Mereka itulah orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan mereka dan merekalah yang dibelenggu dengan belenggu-belenggu pada leher mereka dan merekalah juga ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
6. وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالسَّيِّئَةِ قَبْلَ الْحَسَنَةِ وَقَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِمُ الْمَثُلاَتُ وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو مَغْفِرَةٍ لِّلنَّاسِ عَلَى ظُلْمِهِمْ وَإِنَّ رَبَّكَ لَشَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan perkara buruk (azab yang dijanjikan) sebelum mereka memohon kebaikan; padahal sesungguhnya telah berlaku sebelum mereka peristiwa-peristiwa azab yang telah menimpa orang-orang yang kafir seperti mereka dan (ingatlah) sesungguhnya Tuhanmu amat melimpah keampunanNya bagi manusia (yang bertaubat) terhadap kezaliman mereka dan sesungguhnya Tuhanmu juga amatlah keras balasan azabNya (terhadap golongan yang tetap ingkar).
7. وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُواْ لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَةٌ مِّن رَّبِّهِ إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ
Dan berkatalah orang-orang yang kafir: Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) sesuatu mukjizat dari Tuhannya? Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar.
8. اللّهُ يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنثَى وَمَا تَغِيضُ الأَرْحَامُ وَمَا تَزْدَادُ وَكُلُّ شَيْءٍ عِندَهُ بِمِقْدَارٍ
Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.
9. عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْكَبِيرُ الْمُتَعَالِ
Dialah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah jua Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi (yang Mengatasi segala-galanya).
10. سَوَاءٌ مِّنكُم مَّنْ أَسَرَّ الْقَوْلَ وَمَن جَهَرَ بِهِ وَمَنْ هُوَ مُسْتَخْفٍ بِاللَّيْلِ وَسَارِبٌ بِالنَّهَارِ
Sama sahaja kepadaNya: Sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang.


R31

November 3, 2007

# 28 Pak Din Says:
November 2nd, 2007 at 2:29 pm
Salam Buku

1. Penluisan sesuatu idea di minda memang penting, samaada apa bentuk medianya. Kalau orang purba terpakasa menjadikan dinding gua sebagai media, kita zaman ini mempunyai pelbagai media yang berkesan. Memang buku, sebagai media cetak masih belum boleh dipinggirkan oleh media elektronik. Sebab itu, di dalam media elektronik pun ada idea yang hendak memiripkan penulisan atau persembahan sebagai sebuah buku, e-book. Saya kita tidak menjadi satu masaalah sekirannya media cetak dan elektronik berjalan seiringan sekali. Ia sebatutnya dilihat sebagai satu synergy bukan sebaliknya.

2. Budaya penulisan tidak dapat dinafikan peranan pentingnya. Sepenting perana budaya menjadi pemikir. Tidak bermakan sesuatu pemikiran atau penemuan baru, sekiranya ia tidak dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Lisan adalah cara asas, dalam mengmastikan sesuatu meme dapat diteruskan oleh generasi yang berikutnya. Dengan pewarisan yang berkesan, kesinambungan meme dapat dipersembahkan dan kemudian diperbaiki dan di tambah isinya oleh generasi penerus, untuk mengukur di tahap mana takuk kemajuan telah dicapai. Keseluruhan tamadun dunia bergantung pada pewarisan yang tepat dan berkesan.

3. Di bidang sains, penulisan meme sains telah membuktikan kepentingan media cetak. Apa yang difikirkan oleh penemu Ilmu Sunah Allah (sains dan teknologi) banyak yang tidak dapat dihadzam pada masanya dikeluarkan. Ingat bell curve, 5% yang berada di hujung positif. Dari bahagian itu, mungkin ada segelintir, yang menghasilkan sesuatu meme yang lansung tidak memberikan makna kepada masyarakat semasa. Ia mengambil masa dan beberapa pemikir seterusnya untuk menyedari betapa pentingnya meme yang telah dikeluarkan dahulu. Eienstein dan Darwin adalah contoh paling nyata. Contoh Muslim orang lain sebutlah!

4. Di bidang penurunan wahyu juga, pernah saya ingatkan tentang bagaimana mulanya, Ilmu Syariat Allah (agama dan kehidupan) tidak disampaikan secara kitab khusus kepada Nabi Adam, sehinggalah kepada Nabi Seth. Itupun kerana teknik media cetak yang tidak berkesan, menyebabkan kehilangan benayakan kitab-kitab tersebut, kecuali Al Quran yang teksnya tidak berubah sehingga sekarang dan akan terpelihara pada masa akan datang. Walaupun Allah mungkin merujuk kepada Kitab Alam atau Umul Kitab (Lauh Mahfuz), malangnya kedua-duanya penulisannya adalah dalam bahasa ghaib.

5. Maka sudah pasti, idea Ustaz membukukan segala penulisan adalah sesuatu yang berada di arus perdana ketamadunan, malah akan menjadi kerugian besar sekirnya tidak dilakukan. Seharusnya ia telah berlaku bukan akan.Bagaiman bentuk persembahan isi kandungannya, terpulang kepada kebijaksanaan mengolah semua catatan dari pembaca dan arah tuju kemahuan pembaca. Tidak dinafikan pelbagai ragam pembaca yang perlu diambilkira, yang suka ringan, yang tak suka falsafah, yang mencari yang popular dan sebagainya. Semua ini akan menentukan kos membukukan sesuatu idea yang tersirat.

6. Bagaimana berlakunya kejutan sewaktu berpindah dari persekitaran Barat kepada persekitaran Melayu, akan menunjukkan akan berlakunya kejutan dalam penghasilan buku dicadangkan. Kita sesalunya mengharapkan kejutan positif, dari usaha yang positif. Tetapi ketidak tentuan selera manusia boleh menghasilkan apa sahaja yang tidak kita jangkakan. Saya memang hairan dengan selerea pembaca yang sanggup membeli hasil cerekarama seperti Harry Porter, disamping kagum dengan keajaiban percaya di atas kejayaan buku seperti ‘Da Vincci Code’.

7. Best seller di atas adalah di atas pasaran dunia, atau pasaran Bahasa Inggeris, di mana kita sedia maklum kesediaan masyarakatnya membaca. Dengan minat membaca, sebagai penerus kegiatan menjentik minda, masyarakat mereka sanggup mengeluarkan modal dan bermodal untuk melakukannya. Di dalam masyarakat kita, mencari yang ingin melabur membeli buku berbeza, terutama di dalam masyarakat Melayu. Lebih teruk dari itu, masyarakat kita berkebolehan membiarkan buku tidak terusik, walaupun telah tersedia di depan mata. Minat membaca di kalangan kita Melayu Islam sangat terhad. … Salah! … diharapkan begitu.

8. Sebagai ukuran kasar, Saifulislam (fikirkanlah …) perlu mendapatkan 50% tambahan hits bagai menyamai blog Ustaz Zaharuddin (hukumnya …) . Atau kalau diambilkira top 10, Saifulislam menguasai 1073/6843 = 16% (average data 2-Nov). Blog berdendanglah (musik) dah jadi no 2, tetapi ‘fikirkanlah’ masih perlu 30% lebih peminat untuk mengejarnya ‘berpolitiklah’. Dari 350 penulisan Ustaz telah menghasilkan 600 ribu views yang kemudiannya menghasilkan 6000 komen dari anggaran 600 pengomen berbeza dan 60 pengomen kerap. Dengan membukukan blog, diharapkan jangkauan dapat diperbesar kepada pembaca yang tak memblog.

9. Sudah pasti saya menyokong penuh idea dan usaha Ustaz membukukan blog. Saya pun dah banyak menulis macam orang bekerja ayng lain, … surat, memo, lapuran, kontrak dan bermacam lagi, tetapi kami semua dah menerima bayaran melalui gaji, jadi baru nak belajar menulis untuk meluahkan dan menyurat pengalaman di media elektronik (tulis buku banyak modal .. idea dan wang). Satu usaha yang patut diberikan sokongan tetapi tidak dapat dinafikan kerumitan yang berkait dengannya. Hanya keyakinan dapat menghasilkan sesuatu.

10. Ruangan tumpang … Apa buat kat Surrey (UK US Aus?) tu Cik Shiha (Mrs K… bukan Dato K tapi maaf kalau salah initial) Dengar ramai jeritan pesakit di sini yang pangil Dr (ha ha), nak mempertajamkan kepakaran lagi ke? … memang perlu (he he) atau memperbaharui janjisetia bulan madu dulu … maklumlah dah ada zuriat (hu hu). Jangan lupa orang Malaysia dan Saifulislam. Lari jangan tak lari … dah senior nanti tak larat. Ho ho ho (bunyi Lebai? Merah naik raindeer … jangan marah, cepat tua)


R32

November 3, 2007

# 7 Pak Din Says:
November 3rd, 2007 at 11:52 pm
Salam centric

1. Tajuk, isi dan kesimpulan yang berbeza. “Jemaah itu keperluan dan Ummah itu tujuan”. Kalau dilihat dari sudut berbeza, memandangkan manusia adalah mahluk sosial, iaitu memerlukan antara satu dengan yang lain, maka jemaahlah yang akan melayani keperluan kita. Samada sesorang itu meninggal sebagai salaf atau khalaf, yang berjiran dengan kita, menjadi kewajipan kita menguruskan jenazahnya, sebenarnya bukan kepada keperluan si mati, tetapi lebih kepada keperluan si hidup untuk mengebumikannya. Kalau ada talkin pun bukan untuk si mati, yang hidup yang lebih patut mendengarnya,

2. Ummah pula lebih kepada tanggapan atau persepsi keseluruhan manusia yang mengaku di bawah satu payung kepercayaan, dalam kes ini, ummah merujuk kepada Muslim. Dengan berasaskan mahu manusia, yang popular mengatasi yang tak popular. (Kedua-dua mengaku mereka lebih benar dari yang lain). Jadi ummah tidak boleh menjadi tujuan, kerana ketidak-sukaan manusia menjunjung akal (rational) dari nafsu (emotional). Kedua-dua akal dan nafsu boleh digunakan oleh kepercayaan untuk membentuk jatidiri yang kuat, walau apa tujuannya.

3. Dari kesimpulan, “Kuncinya adalah pada meletakkan ALLAH sebagai matlamat. Tanpa God-Centered, sama ada kita akan menjadi self-centered, atau larut sebagai social-centered.” Kalau dipandang tujuan sebagai mengarah kepada matlamat, maka tujuan dan matalamat harus selari. Tujuan kepada Ummah dengan matlamat kepada Allah, tidak membuatkan akhirnya menemui Allah, kerana ummah adalah arus perdana yang kuat berdasarkan nafsu, kerana fitrahnya manusia. Kita memang ingin ummah yang Allah centered, tetapi yang minum air bukannya kita, kita hanya membawa ke sumber air.

4. Tidak dinafikan percaya kepada Tuhan adalah asas mengenal Allah, tetapi ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’. Allah itu adalah tujuan dan matlamat untuk kejayaan keseluruhan. Secara jasmani kita berummah dengan yang ramai atau semua, tetapi kecenderungan ummah memilih secara bukan akal, akan memaksa kita secara rohaninya tidak berummah. Atau mempunyai ummah tersendiri yang jauh lebih kecil dari Ummah Popular. Ini tidak dapat dielak kerana ingin berhikmat dengan keadaan persekitaran.

5. Self-centred juga tidak dapat disalahkan sepenuhnya dengan alasan di atas. Self centred yang mengenal diri secara pengunaan akal rational berbeza dari yang secara menggunakan bukan-akal. Walaupun ramai (arus perdana) tidak menerima kenal diri untuk kenal Allah, ia adalah sesuatu yang sebenarnya, boleh disebut sebagai kenal Allah untuk kenal diri. Self centred yang berasaskan nafsu akan menghasilkan social centred yang berasaskan sama dan self centred yang berasaskan akal akan menghasilkan ummah yang dikehendaki. Bukan self centred masaalah sebenarnya. Mengajak individu kepada berfikir menjadi masaalah asasnya.

6. “yang mengganggu Ummah adalah SIKAP NEGATIF dan CARA BERFIKIR yang salah.” Isi yang membincangkan wadah, media, jemaah dan sebagainya yang dipilih untuk mencapai matlamat, tidak sepenting, tujuan sebenar, mengenal Allah. Perpecahahan jemaah adalah kerana tanggapan berbeza tentang bagaimana Allah yang sebenar. Apakah cara sains (rational) atau cara arts (emotional) yang dipilih untuk dijadikan tujuan dan akhirnya matlamat. Cara berfikir yang salah ditambah dengan sikap negatif berpandukan emosi, yang perlu diperbetulkan.

7. Black American, Muslim Europa dan Melayu Malaysia memilih, tanpa disendari, Qadar Allah yang menghasilkan keadaan mereka sekarang. Allah tidak pernah menentukan yang Melayu akan lebih mundur dari Orang Putih, atau dekat sedikit dari Kaum Cina Malaysia. Individu Melayu sendiri, yang kebanyakan mewarisi trait Islam, yang diajar memilih, yang kemudiannya sesuai ketentuan Allah menjadikan mereka tidak semaju kaum lain. Kalau mereka kata ‘Melayu Boleh’ pun, sebagai ransangan membena jatidiri, hanya yang berfikir akan mendapat hasil. Yang menggunakan emosi akan hanya menghasilkan ego bukan usaha.

8. Semua kesibukan berjemaah, bermazhab, berkumpulan dan sebagainya hanya akan menyebukan Muslim dengan housekeeping berbuat demikian. Mangsanya adalah tujuan sebenar, disebabkan kesebukkan tersebut, dalam membuktikan siapa lebih betul, hanya melahirkan satu hasil, bahawa semuanya salah, melainkan yang memasang tujuan mengenal Allah untuk mengenal diri atau sebaliknya. Kita sebuk mengorek nas-nas untuk membetulkan carakerja kita, kita lupa dengan carakerja Allah, yang sebenarnya akan membawa kita kepada mengenalNya dan mengenal diri, yang sudah pasti akan menghasilkan Muslim yang Islam, bukan yang popular.

9. “Subjek yang menjadi sasaran dan kritik bukan lagi pada permasalahan SIKAP TAASUB setiap kumpulan terhadap kumpulan lain, tetapi kepada konsep berjamaah itu sendiri.” Pembenaan ummah yang popular adalah berdasarkan kebolehan mengolah sikap taksub, walau apa yang digunakan. Ini yang telah tertanam di minda kebanyakan Muslim. Ikut, ikut dan ikut bukan fikir, ikut dan fikir. Kalaupun telah tersedar ramai yang terikut, dan cuba membuang permasaalahan sikap taasub, ia telah berakar umbi dalam ummah yang ada sekarang, ummah yang berorientasikan popular.

10. Akhir kata, sebagaimana Ustaz pernah memberikan komen, lebihkurang, individu yang merdeka di dalam jemaah atau ummah yang bersatu, adalah kemerdekaan yang sebenar. Ummah yang merdeka sekalipun (yang tidak merdeka fikirannya), tidak akan dapat menghasil kejayaan yang sebenar. Sebagaimana Allah mengingaktkan Dia tak akan mengubah nasib sesuatu KAUM sehingga individu di dalam kaum itu sendiri mengubahnya. Pentingnya self centric dalam membena ummah. Sudah pasti bukan atas definasi self centric yang popular.


Permata 368 14 Swl 26 Okt Ulangkaji

November 1, 2007

1. Setelah tamat surah Yusuf, kelas mengadakan ulangkaji ke atas pelajaran-pelajaran yang telah di sentuh setakad ini secara nota peta minda. Memang tidak dinafikan walau telah berkali sesuatu pekara itu disentuh dalam perbincangan, ia masih belum dapat diingat dengan sempurna. Ulangkaji menyentuh kefahaman doa yang dibaca sewaktu memulakan kelas.

2. “Allahu maftah ‘alaina hikmah … “. Apakah konsep yang dibawa oleh doa tersebut? Apakah yang perlu dibuka agar kita dapat memastikan hikmah datang kepada kita? Apakah itu hikmah? Apakah perbendaharaan yang kita inginkan ia mengalir kepada kita? Bagaimanakah persiapan diri kita menerima pekara-pekara tersebut, iaitu hikmah dan perbendaharaan?

3.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.