R56 Saifulislamisme?

Disember 5, 2007

#46 Pak Din Says:
December 5th, 2007 at 11:12 am

Salam taklid

(komen di SIO telah dipendekkan – Aug 10)

1. Saya sangat setuju dengan Saifuddin, “lebih ramai yang berjaya menemui Tuhan melalui jalan bukan agama berbanding jalan agama”, tetapi suka mengingatkan bahawa agama (Islam) itu dibena dari sejak Nabi Adam ra sehinggalah disempurnakan syariatnya oleh Nabi saw dan seramai 124k nabi terlibat di antaranya. Sebelum dari berakalnya Nabi Adam, Alam ini juga semuanya Islam (beragama) dengan Al Quran menyatakan bahawa mereka semua (yang tidak berakal) bertasbih kepada Allah. Jadi, bukan sahaja ‘hari ini’, malah sejak dari dahulu kala lagi penemuan Tuhan hanya dengan jalan agama. Yang menjadikan menemui Tuhan melalui ilmu sains, nampak sebagai bukan jalan agama, adalah kerana Muslim hari ini tidak mahu mempercayai atau menserasikan sains pada agama. Ilmu sains itu adalah kajian tentang Alam, Sunnah Allah dan kesan kerja Allah, dan sudah pasti ia sebahagian dari agama.

2. Mencari hakikat ketuhanan juga sangat dipinggirkan sekarang ini. Setelah mazhab sufi tercemar dengan isu ketaassuban kepada guru, semacam semua ajarannya salah, sedangkan terdapat banyak pendekatan mereka yang selaras dengan akal, terutama ke arah mencari hakikat Haliq dan mahluk. Jadi penekanan sekarang ke arah mengenal manusia untuk kemudian dikenalkan dengan Tuhan, sedangkan keutamaannya ialah ‘awwaludin marifatul Llah’, dan kemudian secara automatik kita mengenal siapa manusia di sisi Allah. Kerana beberapa isu berkaitan Ilmu Kalam Sifat 20, disalah tafsir oleh golongan yang kurang memberikan penekanan dalil aqli, pembaharuan (mengemaskini) tidak dilaksanakan, tetapi dipinggirkan keseluruhannya ke tepi. Sebagai ingatan sifat Allah tak terkira banyaknya, tetapi boleh dimulakan dengan Sifat 20 atau Asmaulhusna 99 dan sebagainya.

3. Maka yang taklid kepada iman taklid (iman keturunan), susah untuk diperbetul, dari contoh, seorang yang tidak beragama Islam, memeluk Islam kerana ilmu. Islamnya Melayu adalah kerana gen (zuriat) percaya. Memang kita perlukan percaya sebagai benih asas, tetapi penyuburannya tidak lain dari baja ilmu, bukan baja kepercayaan berterusan, terutama yang telah jauh menyimpang akibat penolakkan daya fikir, yang juga telah menjadikan Muslim anti sains ketuhanan. Hanya kerana tidak dapat memahami ilmu sains, mereka juga menolak orang-orang yang bersains, sehinggalah apabila sains menghasilkan sesuatu manfaat kepada kehidupan mereka, jadilah mereka orang pertama melanggannya.

4. Semakin jelas kesilapan dalam beragama ialah kerana penolakkan konsep maarifatullah sebagai asas. Kemudian dengan penolakkan asas ini, segala kegiatan asas harian tidak lagi berdasarkan kepada ingin mengenal atau mencari Tuhan, jauh lagi dari mengkaji carakerja Tuhan dan Sunnah Tuhan. Kehidupan seharian disebukkan dengan hanya mengkaji carakerja manusia tanpa mahu mengaitkan bahawa, hakikatnya, tiada Tuhan tiada manusia. Tiada yang wujud melainkan yang Esa. Tiada apa-apa boleh berlaku, dan tiada kekuatan melakukan sesuatu, melainkan dengan adanya Dia. Hanya Dia yang berkuasa melaksanakan segala-galanya. Menyebut ‘Dia Dia Dia …’ bukanlah proses mengkaji carakerjanya. Itu mengharapkan keajaiban, sebagaimana salahnya Muslim menggunakan senjata Mukmin, iaitu doa. Tanpa senjata doa, bukan Muslim lebih berjaya kerana penyerapan sebenar konsep doa ke dalam, contoh, Habit 7 Stephen Covey.

5. Sunnah Allah tidak pernah dan tidak akan berubah. Ia mengarah kepada kesatuan. Ilmu sains membuktikan semua mahluk terbentuk dari zarah-zarah halus yang bergelar atom. Kalaulah dapat diterima itu, iaitu dari berbilion jenis mahluk di Alam ini (benda, tumbuahan, binatang, manusia dan lain) adalah berasal dari satu jenis iaitu atom (sebenarnya ada 120 element asas membentuk Alam, Chemistry Table of element), adalah sudah hampir kefahaman ke arah kesatuan Alam. Al Quran juga menerangkan mahluk berasal dari satu, Cuma kita menghadkan di mana satu itu. Ada yang berhenti pada satu Adam, satu cell, satu atom, satu Big Bang, satu ‘Darwin’ dan sebagainya, tanpa mahu mengunjurkan sedikit kepada yang wujud pada zat sebenar.

6. Kedangkalan meneruskan unjuran hanyalah kerana kita masih ada taklid dan taksub (TT) kepada apa yang telah diturunkan melalui zuriat. Seperti berhentinya kesatuan tadi di satu tahap, maka TT kita juga begitu. Yang telah menghapuskan 90% TT pasti mengatakan yang menghilangkan TT pada kadar 30%, sebagai masih TT, sedangkan mereka (yang 90%) masih ada 10% TT untuk dihapuskan. Kalau ia mengambil masa beberapa generasi, dari zaman kecemerlangan Islam kepada zaman perpechahan Islam (kini), Sunnah Allah akan menentukan proses pembetulannya juga akan mengambil masa. Kita mengharap ia tidak begitu lama, tetapi kadarnya bergantung penuh kepada kadar kembalinya Muslim secara keseluruhan, mengambil akal sebagai alat untuk maarifatullah (kenal Allah).

7. Sudah pasti kehilangan akal, mereka yang mengatakan ‘tiada apa di dalam jubahku melainkan Dia’, begitu juga ‘Ana ul Haq’ (Mansur Al-Hallaj) dan sememangnya patut dipisah roh dan jasadnya. Tetapi melalui Al Quran dan kajian ilmu sains, pencarian hakikat menghala ke arah itu. Sudah pasti ada persimpangan yang mengelirukan, tetapi simpang yang perlu di ambil berhampiran persimpangan yang telah salah di ambil. Jadi kenapa kita harus takut mengarah ke persimpangan itu. Hanya akal yang digunakan secara besyukur (ke atas pemberiannya) yang dapat masalahah dalam jubah itu. Ia bukan ke arah pantheism, wahdat al-wujud, Bahá’í Faith‘s unity atau sebagainya, tetapi kesatuan ke arah Theory of Everyhing, dengan pandangan dari sudut mereka yang mempunyai benih iman (bukan taklid dan taasub).

#34 Pak Din Says:
December 5th, 2007 at 3:55 am

Usik usik membawa bahagia. Balah berbalah padah ke neraka. Ingat mengingat dah pun dicerita. Masa dah tiba nak layan mata .. ngantuk. Salam.

#32 Pak Din Says:
December 5th, 2007 at 3:42 am

huhuhuhuhu kena beri space lah, takut orang tak tahu. Apa ada pada menyebut tanpa tahu apa yang disebut?

#29 Pak Din Says:
December 5th, 2007 at 1:27 am
Salam ism

1. Kalau dilihat dari fakta dalam 3 bulan SI menerima 6000+ komen dengan 10k komen yang tidak diterima, bukanlah aritkel asal yang bermasaalah, tetapi yang memberikan komen. ”Saifulislam.com bukan agenda suka-suka … gaya bebas tanpa arah dan tujuan…. Saya menulis dengan matlamat. … kembara insan mencari Tuhan”. Terbukti di artikel ”Beragama tanpa Tuhan”, 50% dari komen sesuai untuk padam dari pandangan. Tetapi apa kan daya, itulah SI, menerima apa sahaja pandangan, demi ”mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU.” Lainlah kalau sudah keterlalauan dan bukan ke arah pencarian Tuhan, hanya mahu mengisi masa, menulis sesuatu, tak tentu hala.

2. Kenapa perlu pencarian Tuhan? ”Kalau sudah jumpa, kenapa masyarakat makin binasa? Usahkan dalam majlis lagha, dalam seminar Islam kontemporari pun manusia boleh semacam tidak berTuhan, khususnya ketika tenggelam di dalam debat dan tikam lidah” tak berkesudahan. Ramai yang takut belajar dari Tuhan tetapi mengaku telah berjumpa Tuhan? Memang benar tuhan-tuhan yang ditemui, kerana pelbagai pendekatan dan cara telah dibeza-bezakan. Masing-masing mengaku mendapat petunjuk dan hidayah (Al-Quran dan Sunnah) dari Tuhan, tetapi semuanya hanya bersetuju untuk tidak bersetuju tentang ’Tiada tuhan melainkan Allah’.

3. Beberapa generasi selepas zaman kejatuhan Islam “adalah generasi yang disconnected. Terputus hubungan dengan Allah. Agama yang sepatutnya bertujuan menjawab persoalan siapa aku dan siapa Dia,” menjadi agama ritual semata-mata. Semuanya timbul gara-gara mengenepikan kekuatan fikir, setelah ia digunakan unutk membena zama kegemilangan Islam, gemilang dengan pencapaian dan kemajuan ilmu sainsnya, yang mengkaji kejadian Alam, kepunyaan Tuhan. Apabila berlaku itu (pembekuan akal), persoalan siapa aku dan siapa Dia, tidak dititik-beratkan, hanya cukup menjadi kakak-tua bertasbih di bibir, sedangkan ‘mengenal aku’ tidak ada kena mengena dengan ‘mengenal Dia’.

4. Maka segala niat dan kerja “dibuat atas nama agama, tetapi kesan berTuhankan Allah SWT tidak kelihatan … di mana banyak orang agama, di situlah banyak masalah dan kesulitan” kerana masing-masing memberi pandangan ‘tentang aku’ yang tidak ada kena mengena dengan ‘tentang Dia’. Aku, aku, Dia, Dia. Aku di dunia, Dia entah di mana? (tak boleh tanya!). Salafi, yang asalnya menceritakan tentang zaman, diputarbelit, secara tak sedar menjadi manhaj, mazhab dan sebagainya. Maka tak sesuai Salaf-ul-Soleh, ditukar Salafi-Tajdid, Salafi-Itu, Salafi-Ini, Salafi-Lapuk, Ultra-Salafi dan sebagainya. Begitu juga yang wujudnya satu diharamkan, dan yang wujudnya macam satu (sebenarnya bukan), dibolehkan. Macam mana masyarakat tak makin binasa?

5. Maka yang tidak mahu mencari Tuhan, kerana kononnya telah berjumpa Tuhan, mengajar masyarakat taklid dan taassub kepada ajaran mereka, kerana itu lebih mudah untuk diperjuangkan, dengan modal ‘tak ikut kata, tak masuk syurga’, lain sedikut dari pendekatan zaman Kristian dahulu, ‘siapa nak syurga, belilah sijil’. Tak banyak perbezaannya. Mengetahui manusia senang diperasaankan, pastikan sahaja hati mereka tertawan, biarpun akal jauh bertentangan. Dengan percaya dan perasaan, manusia akan sanggup melakukan apa sahaja, demi syurga, yang menawarkan pun tak pasti!

Nota SI 9753 SI 9766 SI 9771 SI 9865 SI 9890 SI 9976 SI 10499


Dilindungi: R55 Entah kenapa ni?

Disember 5, 2007

Kiriman ini dilindungi dengan kata laluan. Untuk melihatnya, sila masukkan kata laluan anda di bawah:



R54 Komen pendek.

Disember 5, 2007

R54 Komen pendek

1. #139 Pak Din Says:
December 4th, 2007 at 10:03 am

Niatnya adalah beragama dengan Allah. Tetapi kerana ‘khazanah pintu’ ilmu tak terpilih, maka hatinya jadi tak bersih walaupun kulitnya masih bersih. ‘Usahlah berdengkur’, lalai dengan ritual tak bertujuan, walaupun dengan ‘budi yang baik dan hati pengasih’, semasa memikul belati (tugas) dengan tidak memilih (semua ritual dibuatnya), tetap masih beragama tanpa Tuhan, sekiranya Allah tidak dikenali. Biar kita sentiasa bertafakur, memikirkan tentangNya, bagaimana carakerjaNya, dengan ‘berkata benar dan bermulut fasih’ dan tahu apa yang disampaikan. Niatnya baik, ‘yang mana khilaf, tegur menegur’, tetapi apakan daya Salafi ku, salafi ku .. Salafi mu, salafi mu. Semuga hanya istilah salafinya berbeza, tetapi tidak berbeza apa yang ada di dalam salafi itu (Nabi saw dan sahabat-sahabatnya hanya satu set, tiada yang lain), untuk kembali ke pangal jalan mencari agama dengan Allah. Sebelum tersesat di hujung jalan U-turn lah.

2. #28 Pak Din Says:
December 4th, 2007 at 11:38 pm

Saifulislamism bukanlah dalam ertikata sentiasa bersetuju dengan Ustaz. Itu yang unik Saifulislamism, tarikan kepada satu kelainan yang memberikan ruang meluahkan ’setuju untuk tidak bersetuju’. Ramai yang satu ketika memberikan komen semacam taksub dan taklid, dimasa yang lain komennya berbau anti-SI. Itulah keistimewaan ruangan ‘mencetus fikir ini’ tidak seperti yang lain, di antara yang top 10, tidak menyediakan ruangan sebegitu. Kita tak boleh bidas, bahas, balas kalau konsepnya ialah ‘hukumnya …’. Bukan kata kita tak perlu syariat dan nas, tetapi kita perlu dengan dalil aqlinya sekali. Barulah dapat beragama dengan Allah.

3. #25 Pak Din Says: http://saifulislam.com/?p=1056
December 4th, 2007 at 11:00 pm

1. Kalau saya katakan bahawa kita kena berguru dengan Allah, sudah pasti ramai yang kurang setuju. Di kalangan Muslim terlalu tebal momokkan, kalau belajar tanpa guru, maka syaitanlah yang menjadi guru. Sebenarnya Allah mentrbiah manusia melalui AlamNya. Al Quran menyatakan pada benda, tumbuhan dan binatang (Alam) banyak contoh dan ibarat bagi manusia yang berfikir. Taklid dan taassub, perlu pada pringkat kanak-kanak (pembelajaran) di mana, kita mengharap anak-anak mencontohi ibubapa dalam beribadah, tetapi pada masa yang sama, ilmu yang sebenar, melalui dalil aqli (pengunaan akal) perlu disemai, supaya tidak terus taklid dan taassub selepas kanak-kanak menjadi remaja dan dewasa.

2. Apabila momokan menjadi budaya, maka timbullah taklid dan taasub, ditambah lagi yang berguru tidak dapat membuka minda untuk belajar menggunakan dalil aqlinya. Kalau dia boleh sebut dalil aqlinya pun, kerana dia taqlid dan taasub, bukan kerana kefahaman dari pelajarannya. Sebenarnya terlalu ramai guru yang mengajar dan membentuk murid menjadi taklid untuk kepentingan mereka (pengajar), tanpa disedarinya. Tidak ramai guru yang membimbing, untuk murid berfikir dilandasan yang betul, dengan penekanan bahawa satu hari nanti, pelajar perlu belajar terus dari Allah. Peranan guru sebenarnya, adalah untuk membimbing murid belajar berfikir, sehinggalah murid dapat berfikir sendiri, bukan dengan jalan mudah memomokkan murid bertaklid dan taksub kepadanya.

3. Kalau dilihat dari segi politik (kepimpinan) sekarang ini, keadaannya lebih teruk. Antara kesetiaan (taklid dan taasub) dan kepintaran (penggunaan akal), arus perdana memilih kesetiaan sebagai jalan mudah untuk berjuang, kononnya. Maka terbentuklah masyarakat robot, yang cukup pintar untuk bertaklid, terutama kepada yang menawarkan ketenangan jiwa (dengan menjanjikan syurga), kemewahan harta dan sebagainya. Maka kalau guru (agama terutamanya) dan kepimpinan, telah menitik-beratkan kesetiaan, tidak hairan kalau murid dan masyarakat tidak dapat berfikiran terbuka, dari kehidupan seharian sehinggalah hal-hal agama.

4. #18 Pak Din Says: http://saifulislam.com/?p=1056
December 4th, 2007 at 6:51 pm

Sebagaimana saya percaya adanya Allah dan tidak percaya kepada kebanyakan Muslim bercerita tentang Allah, begitulah saya juga taklid dan taassub kepada Saifulislam dan bersetuju dengan Ustaz “artikel saya menyeru kepada pembebasan diri dari taqlid dan taasub”. Dalam percaya dan beriman kita kena berilmu selepas benih iman tertanam di jiwa, maka taklid dan taassub juga perlu kepada ilmu untuk perlaksanaannya. Bak kata Asmah, ahlak itu ada +ve dan -ve nya.