R54 Komen pendek.

R54 Komen pendek

1. #139 Pak Din Says:
December 4th, 2007 at 10:03 am

Niatnya adalah beragama dengan Allah. Tetapi kerana ‘khazanah pintu’ ilmu tak terpilih, maka hatinya jadi tak bersih walaupun kulitnya masih bersih. ‘Usahlah berdengkur’, lalai dengan ritual tak bertujuan, walaupun dengan ‘budi yang baik dan hati pengasih’, semasa memikul belati (tugas) dengan tidak memilih (semua ritual dibuatnya), tetap masih beragama tanpa Tuhan, sekiranya Allah tidak dikenali. Biar kita sentiasa bertafakur, memikirkan tentangNya, bagaimana carakerjaNya, dengan ‘berkata benar dan bermulut fasih’ dan tahu apa yang disampaikan. Niatnya baik, ‘yang mana khilaf, tegur menegur’, tetapi apakan daya Salafi ku, salafi ku .. Salafi mu, salafi mu. Semuga hanya istilah salafinya berbeza, tetapi tidak berbeza apa yang ada di dalam salafi itu (Nabi saw dan sahabat-sahabatnya hanya satu set, tiada yang lain), untuk kembali ke pangal jalan mencari agama dengan Allah. Sebelum tersesat di hujung jalan U-turn lah.

2. #28 Pak Din Says:
December 4th, 2007 at 11:38 pm

Saifulislamism bukanlah dalam ertikata sentiasa bersetuju dengan Ustaz. Itu yang unik Saifulislamism, tarikan kepada satu kelainan yang memberikan ruang meluahkan ’setuju untuk tidak bersetuju’. Ramai yang satu ketika memberikan komen semacam taksub dan taklid, dimasa yang lain komennya berbau anti-SI. Itulah keistimewaan ruangan ‘mencetus fikir ini’ tidak seperti yang lain, di antara yang top 10, tidak menyediakan ruangan sebegitu. Kita tak boleh bidas, bahas, balas kalau konsepnya ialah ‘hukumnya …’. Bukan kata kita tak perlu syariat dan nas, tetapi kita perlu dengan dalil aqlinya sekali. Barulah dapat beragama dengan Allah.

3. #25 Pak Din Says: http://saifulislam.com/?p=1056
December 4th, 2007 at 11:00 pm

1. Kalau saya katakan bahawa kita kena berguru dengan Allah, sudah pasti ramai yang kurang setuju. Di kalangan Muslim terlalu tebal momokkan, kalau belajar tanpa guru, maka syaitanlah yang menjadi guru. Sebenarnya Allah mentrbiah manusia melalui AlamNya. Al Quran menyatakan pada benda, tumbuhan dan binatang (Alam) banyak contoh dan ibarat bagi manusia yang berfikir. Taklid dan taassub, perlu pada pringkat kanak-kanak (pembelajaran) di mana, kita mengharap anak-anak mencontohi ibubapa dalam beribadah, tetapi pada masa yang sama, ilmu yang sebenar, melalui dalil aqli (pengunaan akal) perlu disemai, supaya tidak terus taklid dan taassub selepas kanak-kanak menjadi remaja dan dewasa.

2. Apabila momokan menjadi budaya, maka timbullah taklid dan taasub, ditambah lagi yang berguru tidak dapat membuka minda untuk belajar menggunakan dalil aqlinya. Kalau dia boleh sebut dalil aqlinya pun, kerana dia taqlid dan taasub, bukan kerana kefahaman dari pelajarannya. Sebenarnya terlalu ramai guru yang mengajar dan membentuk murid menjadi taklid untuk kepentingan mereka (pengajar), tanpa disedarinya. Tidak ramai guru yang membimbing, untuk murid berfikir dilandasan yang betul, dengan penekanan bahawa satu hari nanti, pelajar perlu belajar terus dari Allah. Peranan guru sebenarnya, adalah untuk membimbing murid belajar berfikir, sehinggalah murid dapat berfikir sendiri, bukan dengan jalan mudah memomokkan murid bertaklid dan taksub kepadanya.

3. Kalau dilihat dari segi politik (kepimpinan) sekarang ini, keadaannya lebih teruk. Antara kesetiaan (taklid dan taasub) dan kepintaran (penggunaan akal), arus perdana memilih kesetiaan sebagai jalan mudah untuk berjuang, kononnya. Maka terbentuklah masyarakat robot, yang cukup pintar untuk bertaklid, terutama kepada yang menawarkan ketenangan jiwa (dengan menjanjikan syurga), kemewahan harta dan sebagainya. Maka kalau guru (agama terutamanya) dan kepimpinan, telah menitik-beratkan kesetiaan, tidak hairan kalau murid dan masyarakat tidak dapat berfikiran terbuka, dari kehidupan seharian sehinggalah hal-hal agama.

4. #18 Pak Din Says: http://saifulislam.com/?p=1056
December 4th, 2007 at 6:51 pm

Sebagaimana saya percaya adanya Allah dan tidak percaya kepada kebanyakan Muslim bercerita tentang Allah, begitulah saya juga taklid dan taassub kepada Saifulislam dan bersetuju dengan Ustaz “artikel saya menyeru kepada pembebasan diri dari taqlid dan taasub”. Dalam percaya dan beriman kita kena berilmu selepas benih iman tertanam di jiwa, maka taklid dan taassub juga perlu kepada ilmu untuk perlaksanaannya. Bak kata Asmah, ahlak itu ada +ve dan -ve nya.

2 Respon to “R54 Komen pendek.”


  1. 1 Sha Ogos 15, 2008 at 11:47 pm

    Posted: July 11, 2008 – 11:41 AM

    ——————————————————————————–
    judyn wrote:
    Jgn terlalu taksub dgn jenama, tetapi quality sesuatu jenama sepatutnya menjadi kriteria utama. BMW520 dgn Mazda6 2.3T mana OK?

    Setuju … dan jangan kita terlalu bergantung kepada jenama atau lebal. Kita pastikan kita faham dengan mutu isikandungannya. Ya betul kita tahu ada jenama yang telah berjaya, tetapi pandangan dari sudut teknikal dan dari sudut bukan-teknikal, memberikan persepsi berbeza tentang kehidupan.

    Dari http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36389&sid=8947d621d0a210ac266ff06f58f0e945

  2. 2 Min Ogos 17, 2008 at 12:22 pm

    Salam

    Sebagai mahluk kita tidak punya apa-apa. Segalanya adalah hak milik Allah. Kita hanya diberikan hak guna dan dipertanggung-jawabkan ke atas segala yang kita gunakan. Kita diarah untuk mendapatkan yang terbaik dari modal yang diberikannya. Berusahalah unutk mendapat keuntungan yang besar dari modal insan yang telah diberi pinjam oleh Allah.

    “. Tidak layak ada perbandingan sebenarnya. Hanya Allah yang punya segalanya. Jadi tidak timbul kita lemah dan Allah berkuasa, kerana megatakan kita lemah masih memberikan implikasi kita boleh dibandingkan kepada Allah. Kita tak punya apa-apa. Kita tak punya zat, jasmani melainkan apa yang ditajjalikan Allah kepada kita. Perbincangan kapas dan baju kapas sebagai contoh. Jadi kita tidak wujud, hanya Allah yang wujud. Itulah yang pengajaran Sifat 20 melakan. Allah itu wujud. Wajib wujud. Lawannya adam, tak wujud. Kalau kita mengatakan mahluk wujud, maka kita telah tidak membudayakan Sifat 20 di dalam kehidupan seharian kita.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/05/25/s013-allah-lebih-berkuasa/

    Dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1130


Tinggalkan jawapan




 

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 43,699 hits

Salam semua

Komen yang menggunakan nama saya Sharudin, Shar atau Pak Din, yang diakhiri dengan alamat web, selalunya adalah petikan dari alamat tersebut. Ia sebagai pautan dan tidak berkaitan dengan setuju atau tidak saya kepadanya. Semua pendapat adalah bagi tujuan kefahaman dan pendidikan.