R58

Disember 7, 2007

#14 Pak Din Says:
December 6th, 2007 at 6:21 pm

Salam Kelantan

1. Cerita kali ini saya jumpa jarum emas iaitu “saya pun dalam beras lagi masa tu pakcik”. Saya pernah dengar sekali sebelum ini, dari ibu mertua saya, “masih di dalam daun”. Tetapi secara purata, pada saya, jarang terdengar ungkapan sedemikian dan sudah pasti kalau mahu penjelasan hubungannya kepada kita, sebagai manusia yang telah lahir ke dunia, ia akan mendatangkan kesulitan bersama menceritakannya. Hakikatnya ia sangat berkaitan dengan kesatuan Alam, di mana saintifiknya saya rujuk sebagai termasuk di dalam rangkuman Theory of Everything (TOE).

2. Kita sebagai manusia adalah roh, yang diberikan jasad untuk membolehkan kita hidup di dunia, sebagai ujian menentukan kedudukan di kehidupan yang lebih kekal di akhirat. Kenyataan ini memerlukan benih kepercayaan dan kemudian bila disuburkan dengan ilmu sains, akan memberikan kefaham yang menarik. Roh kita yang akan merentasi 7 alam, tetapi jasad kita hanya berfungsi di alam dunia sahaja. Hidupnya jasad kita adalah kerana roh yang ditiupkan selepas bercantumnya benih dari ibu dan bapa. Kemudian apabila ditariknya roh dari jasad, tubuh kita mereput dan bertukar kembali menjadi tanah atau saintifiknya kembali kepada unsur-unsur asas dalam Chemical Table of Elements, CTE (hanya lebihkurang 117 kesemuanya, yang membentuk Alam ini).

3. Kitaran kehidupan yang berdasarkan superprogram Allah (Qodo’ dan Qadar), membolehkan kesemua 117 unsur asas di dalam CTE boleh dikitar, dari bentuk contoh, jasad manusia reput menjadi makanan kepada tumbuhan berhampiran (yang menerangkan masih dalam daun) yang kemudiannya dimakan oleh binatang daunnya, dan kita memakan daging binatang itu. Dengan pemakanan yang sihat kita menghasilkan benih, yang membolehkan ia menjadi seorang manusia lain sebagai zuriat kita, untuk menggantikan kita hidup di dunia ini. Begitu juga tumbuhan yang mengambil carbon dioxide sebagai sumber tenaga dan mengeluarkan oxygen sebagai bahan buangan, yang manusia (termasuk binatang) ambil sebagai tenaga. Begitulah kitaran sinergi kehidupan.

4. Sebab itu saya sangat setuju dengan “Proses mendidik jiwa bukan hanya boleh dilakukan dengan duduk di dalam majlis ilmu, tetapi kepekaan kita berinteraksi dengan persekitaran juga adalah proses menafsirkan bahasa alam yang disampaikan oleh Allah melalui makhluk dan kejadian-kejadian harian kita.” Dan lanjutan dari itu, pentingnya memahami carakerja Allah atau Sunnah Allah, kerana kesemuanya telah diberitahu Allah di dalam Al Quran, malah menjadi ayat-ayat yang paling awal diwahyukan kepada Nabi saw. “Bacalah (sudah pasti bacalah Alam, kerana Al Quran belum sepenuhnya), … Yang mengajar dengan perantaraan Kalam (Alam). Dia yang mengajar apa yang kita tidak ketahui”.

5. Sudah pasti Allah menentukan segala-galanya. Sebaik mana perancangan kita, hasil darinya merupakan ketentuan Allah. Seperti apa yang berlaku “Walaupun saya tidak berpeluang hadir ke masjid ilmu dengan Tuan Guru tarekat yang menjadi tujuan asal saya keluar rumah, jiwa saya tetap tersentuh dan terdidik apabila bermusafir dengan mata dan hati yang dicelikkan. Bukan sekadar berjalan suka-suka, tetapi seperti biasa saya suka dengan gelagat manusia. Berkenalan dengan manusia, berkomunikasi dengan manusia, dan kembali memanusiakan diri.” Keterbukaan kita menafsir dan bertindak-balas, sesuai perbezaan apa yang dijangkan berlaku sangat penting untuk memberikan manfaat kepada kita. Pentingnya kebebasan yang diberikan digunakan sepenuhnya bukan sebaliknya.

6. Cuma kecenderungan biasa ialah menyebut ketentuan Allah dengan membawa konotasi Jabariah, di kalangan Muslim. Memang benar Allah menentukan sega-galanya, tetapi kita perlu faham apa yang ditentukan? Allah tidak pernah menentukan di azali, Muslim jadi umat tertindas, termiskin, terpechah, terlemah dan apa sahaja yang setara dengannya. Allah menentukan ciri-ciri orang-orang yang akan menjadi sedemikian. Maknanya, siapa sahaja yang sekarang mendapati mereka di dalam keadaan yang sediada (termasuklah contoh ter, ter, ter, tadi) adalah kerana ia memilih, secara sedar atau tidak, secara berilmu atau tidak, ciri-ciri yang menghasilkan keadaan tersebut. Ia bukan sahaja berlaku kepada Muslim, malah berlaku pada semua manusia, tetapi keadaan memaksa kita membuat kesimpulan Muslim telah memilih ciri-ciri tersebut.

7. Di sebelah tangan yang satu, mereka yang Qadariah, mengatakan bahawa tiada unsur-unsur ketuhanan terlibat selepas pemilihan. Apa sahaja yang manusia pilih itulah yang dia akan dapat dan ia semata-mata hasil kerja pelakunya. Mereka ini kekurangan faham konsep tawakkal, iaitu segalanya yang manusia pilih, hakikatnya bukan manusia yang memungkinkan ia berlaku, selaras ‘laa hawala walaa quwata, illa billah’. Ketidak-halusan seni carakerja mahluk, sebenarnya yang membuatkan, apa yang mereka pilih, tidak menjadi seperti apa yang dirancangkan. Sebahagian ASWJ terlalu mirip kepada Jabariah, kesimpulan saya.


R57

Disember 7, 2007

#51 Sharudin Says:
December 6th, 2007 at 2:03 pm Salam bebas

1. Saya tidak menganggap Ustaz sebagai ustaz-ustaz kebiasaan yang lain, kerana pendekatan Usatz. Sudah pasti tertariknya saya pada Teori Darwin yang Ustaz tidak tolak mentah-mentah, sangat mempengaruhi pengkategorian atas Ustaz sebagai berbeza dari ustaz arus perdana, yang menyebarkan Islam popular. Maka apabila Ustaz “terpaksa mengenepikan persepsi negatif selama ini, bahawa motivasi adalah berniaga air liur”, saya semakin pasti, kembara mencari Tuhan itu, bermula dengan memahami perangai mahluk yang dicipta Tuhan, tertutama yang diberi pilihan terbanyak dalam melaksanakan aktiviti hariannya, iaitu manusia. Lembu tidak banyak pilihan, melainkan memakan rumput, tetapi manusia boleh memilih yang tradisi, sambal belacan atau, yang hampir menjadi tradisi, burger keju MD, BB dan KFC.

2. Apabila Ustaz mempositifkan persepsi negatif kerana kejutan buadaya 11 tahun merantau, saya melihatnya sebagai pengaruh taqlid zuriat Melayu. Maaf kata. Yang sebenarnya bukan sepenuhnya salah, kerana kita memeluk Islam bukan jadi Arab. Seperti kata SS MAZA ”Berdakwah dahulu kemudian berpolitik, jangan masuk politik kerana nak berdakwah”. Memang bidang motivasi pilihan terbaik menyelitkan dakwah, kerana serampang becabang matanya. ”Praktikal, komunikasi dua hala, mesej difahami, bertanggungjawab terhadap kesan, proses berterusan… tidakkah semua ini kehendak agama? Tidakkah ini tanggungjawab sebenar seorang pendakwah?”

3. Bagaimanakah untuk melaksanakannya? Cara terbaik semestinya ”setelah saya memahami cara untuk memahami teks mesej dari Allah SWT (Al-Quran) dan mesej Rasul-Nya (Sunnah Nabi SAW), saya merasakan bahawa saya wajib pula mempelajari cara untuk memahami manusia dan tabiatnya sebagai subjek Allah SWT menujukan Syariat-Nya itu.” Di sini mungkin beberapa perbezaan pendapat menyorok. Al-Quran mengandungi sebahagian besar (6/7?) Syariat Allah (untuk manusia memahami carakerja terbaik), yang sebenarnya memerlukan terjemahan, dan terjemahan itu dilakukan oleh Nabi saw, melalui apa yang kita setujui sebagai Sunnah Nabi saw. Jadi Sunnah Nabi saw itu adalah versi manusia kepada Syariat Allah, yang memang ditujukan untuk manusia, setelah manusia gagal hidup dengan aman antara satu sama lain, sebelum adanya.

4. Sudah pasti ”Hukum Syariat Allah bukan untuk manfaat Dia, tetapi untuk mengatur kita sebagai manusia.” Bukan sahaja hukum bukan untuk manfaat Dia, malah, Dia tidak pernah mengambil manfaat kehadiran ZatNya. Penekanan saya selama ini ialah bagaimana kita hendak mengimbangi kehadiran Sunnah Allah ke dalam sistem percaya kita, kerana kepincangan Muslim tertakluk kepada itu. Merudumnya zaman kegemilangan Islam adalah kerananya. Ketidak-fahaman Muslim untuk mengangkat martabat Sunnah Allah setanding dengan Syariat Dia, sangat diperlukan. Syariat Allah termaktub di Al Quran tetapi Sunnah Allah termaktub di dalam Kitab Alam, dengan sebahagian kecil (1/7?) pautan diletakkan di dalam Al Quran.

5. Saya kurang setuju dengan ”Maka ’kenal Allah’ tetapi ’tidak kenal manusia’, menjadikan kita sombong apabila bercakap kepada manusia dengan lagak tuhan!”. Mengenal Allah dengan sebenar-benarnya tidak akan menjadikan manusia bercakap lagak Tuhan. Sudah pasti yang sebegitu adalah kepincangan juga, kerana terlalu faham dan membudayakan Syariat Allah, dengan hanya mempejalari carakerjaNya tetapi tidak mahu mengenalNya, menyebabkan golongan ini menolak adanya Tuhan tetapi menggunakan hasil kerja Tuhan. Sebab itu penekanan adalah kepada keseimbangan pemahaman kedua-dua Syariat Allah (Sunnah Nabi) dan Sunnah Allah. Sebenarnya itulah yang hendak dipaparkan iaitu, Muslim mesti mengikut dua Sunnah (Allah dan Nabi). AWSJ saya perhatikan hanya suku Sunnah!

6. Pemilihan Ustaz ke atas ilmu sejarah seterusnya adalah separuh dari cerita. ”Kajian saya terhadap tamadun lama (Ancient Civilizations), tamadun pertengahan dan tamadun moden khususnya tamadun Eropah, sarat mengandungi unsur-unsur yang sama berlaku kepada Tamadun Islam. Kebanyakan persamaan itu berlaku kerana ia terbit bukan dari perbezaan Syariat, tetapi datang dari persamaan pelakunya, TABIAT MANUSIA.” Separuh lagi terletak pada sejarah Tuhan dalam ertikata mengkaji sejarah kesan pembentukan Alam dari mula ianya berlaku. Teori Big Bang, Teori Darwin, Teori of Everything dan pelbagai lagi teori-teori yang sebenarnya adalah perakaman carakerja Allah ke dalam bahasa manusia. Seperti di atas, yang dicari adalah keseimbangan bukan kepincangan (hanya satu kaki sahaja untuk berjalan).

7. Setuju 100% Ustaz ”bercakap tentang dakwah, fikrah dan siasah, … bermakna bercakap tentang tabiat manusia, dan bagaimana ia berhubung dengan Allah yang Esa.”, tetapi itu kan satu kaki. Hanya tambah satu kaki, dah jadi dua, untuk kesetabilan semasa berjalan di atas dunia dan akhirat seterusnya. Kita boleh guna tongkat (sub-con pengkajian Alam kepada bukan Muslim), tetapi itulah berlaku di arus perdana. Bila susah sedikit pemahaman kepada ayat-ayat sains, daripada menyalahkan diri sendiri, Muslim mengambil pendekatan menyalahkan saintis dan mengajar pelajarnya untuk taqlid (ikut aja lah, jangan banyak soal) dan taaassub (tak ikut, tak masuk syurga) kepadanya. Sudah pasti ini tak kena pada Ustaz kerana ”Kesemua artikel saya menyeru kepada pembebasan diri dari taqlid dan taasub. Tetapi jika seruan saya itu pula menjadikan segelintir pembaca bertaqlid dan taasub dengan saifulislam.com, mereka telah menghabiskan masa yang banyak di sini kerana gagal menggarap cita-cita dan harapan yang satu itu.”


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.