R57

#51 Sharudin Says:
December 6th, 2007 at 2:03 pm Salam bebas

1. Saya tidak menganggap Ustaz sebagai ustaz-ustaz kebiasaan yang lain, kerana pendekatan Usatz. Sudah pasti tertariknya saya pada Teori Darwin yang Ustaz tidak tolak mentah-mentah, sangat mempengaruhi pengkategorian atas Ustaz sebagai berbeza dari ustaz arus perdana, yang menyebarkan Islam popular. Maka apabila Ustaz “terpaksa mengenepikan persepsi negatif selama ini, bahawa motivasi adalah berniaga air liur”, saya semakin pasti, kembara mencari Tuhan itu, bermula dengan memahami perangai mahluk yang dicipta Tuhan, tertutama yang diberi pilihan terbanyak dalam melaksanakan aktiviti hariannya, iaitu manusia. Lembu tidak banyak pilihan, melainkan memakan rumput, tetapi manusia boleh memilih yang tradisi, sambal belacan atau, yang hampir menjadi tradisi, burger keju MD, BB dan KFC.

2. Apabila Ustaz mempositifkan persepsi negatif kerana kejutan buadaya 11 tahun merantau, saya melihatnya sebagai pengaruh taqlid zuriat Melayu. Maaf kata. Yang sebenarnya bukan sepenuhnya salah, kerana kita memeluk Islam bukan jadi Arab. Seperti kata SS MAZA ”Berdakwah dahulu kemudian berpolitik, jangan masuk politik kerana nak berdakwah”. Memang bidang motivasi pilihan terbaik menyelitkan dakwah, kerana serampang becabang matanya. ”Praktikal, komunikasi dua hala, mesej difahami, bertanggungjawab terhadap kesan, proses berterusan… tidakkah semua ini kehendak agama? Tidakkah ini tanggungjawab sebenar seorang pendakwah?”

3. Bagaimanakah untuk melaksanakannya? Cara terbaik semestinya ”setelah saya memahami cara untuk memahami teks mesej dari Allah SWT (Al-Quran) dan mesej Rasul-Nya (Sunnah Nabi SAW), saya merasakan bahawa saya wajib pula mempelajari cara untuk memahami manusia dan tabiatnya sebagai subjek Allah SWT menujukan Syariat-Nya itu.” Di sini mungkin beberapa perbezaan pendapat menyorok. Al-Quran mengandungi sebahagian besar (6/7?) Syariat Allah (untuk manusia memahami carakerja terbaik), yang sebenarnya memerlukan terjemahan, dan terjemahan itu dilakukan oleh Nabi saw, melalui apa yang kita setujui sebagai Sunnah Nabi saw. Jadi Sunnah Nabi saw itu adalah versi manusia kepada Syariat Allah, yang memang ditujukan untuk manusia, setelah manusia gagal hidup dengan aman antara satu sama lain, sebelum adanya.

4. Sudah pasti ”Hukum Syariat Allah bukan untuk manfaat Dia, tetapi untuk mengatur kita sebagai manusia.” Bukan sahaja hukum bukan untuk manfaat Dia, malah, Dia tidak pernah mengambil manfaat kehadiran ZatNya. Penekanan saya selama ini ialah bagaimana kita hendak mengimbangi kehadiran Sunnah Allah ke dalam sistem percaya kita, kerana kepincangan Muslim tertakluk kepada itu. Merudumnya zaman kegemilangan Islam adalah kerananya. Ketidak-fahaman Muslim untuk mengangkat martabat Sunnah Allah setanding dengan Syariat Dia, sangat diperlukan. Syariat Allah termaktub di Al Quran tetapi Sunnah Allah termaktub di dalam Kitab Alam, dengan sebahagian kecil (1/7?) pautan diletakkan di dalam Al Quran.

5. Saya kurang setuju dengan ”Maka ’kenal Allah’ tetapi ’tidak kenal manusia’, menjadikan kita sombong apabila bercakap kepada manusia dengan lagak tuhan!”. Mengenal Allah dengan sebenar-benarnya tidak akan menjadikan manusia bercakap lagak Tuhan. Sudah pasti yang sebegitu adalah kepincangan juga, kerana terlalu faham dan membudayakan Syariat Allah, dengan hanya mempejalari carakerjaNya tetapi tidak mahu mengenalNya, menyebabkan golongan ini menolak adanya Tuhan tetapi menggunakan hasil kerja Tuhan. Sebab itu penekanan adalah kepada keseimbangan pemahaman kedua-dua Syariat Allah (Sunnah Nabi) dan Sunnah Allah. Sebenarnya itulah yang hendak dipaparkan iaitu, Muslim mesti mengikut dua Sunnah (Allah dan Nabi). AWSJ saya perhatikan hanya suku Sunnah!

6. Pemilihan Ustaz ke atas ilmu sejarah seterusnya adalah separuh dari cerita. ”Kajian saya terhadap tamadun lama (Ancient Civilizations), tamadun pertengahan dan tamadun moden khususnya tamadun Eropah, sarat mengandungi unsur-unsur yang sama berlaku kepada Tamadun Islam. Kebanyakan persamaan itu berlaku kerana ia terbit bukan dari perbezaan Syariat, tetapi datang dari persamaan pelakunya, TABIAT MANUSIA.” Separuh lagi terletak pada sejarah Tuhan dalam ertikata mengkaji sejarah kesan pembentukan Alam dari mula ianya berlaku. Teori Big Bang, Teori Darwin, Teori of Everything dan pelbagai lagi teori-teori yang sebenarnya adalah perakaman carakerja Allah ke dalam bahasa manusia. Seperti di atas, yang dicari adalah keseimbangan bukan kepincangan (hanya satu kaki sahaja untuk berjalan).

7. Setuju 100% Ustaz ”bercakap tentang dakwah, fikrah dan siasah, … bermakna bercakap tentang tabiat manusia, dan bagaimana ia berhubung dengan Allah yang Esa.”, tetapi itu kan satu kaki. Hanya tambah satu kaki, dah jadi dua, untuk kesetabilan semasa berjalan di atas dunia dan akhirat seterusnya. Kita boleh guna tongkat (sub-con pengkajian Alam kepada bukan Muslim), tetapi itulah berlaku di arus perdana. Bila susah sedikit pemahaman kepada ayat-ayat sains, daripada menyalahkan diri sendiri, Muslim mengambil pendekatan menyalahkan saintis dan mengajar pelajarnya untuk taqlid (ikut aja lah, jangan banyak soal) dan taaassub (tak ikut, tak masuk syurga) kepadanya. Sudah pasti ini tak kena pada Ustaz kerana ”Kesemua artikel saya menyeru kepada pembebasan diri dari taqlid dan taasub. Tetapi jika seruan saya itu pula menjadikan segelintir pembaca bertaqlid dan taasub dengan saifulislam.com, mereka telah menghabiskan masa yang banyak di sini kerana gagal menggarap cita-cita dan harapan yang satu itu.”

4 Respon to “R57”


  1. 1 shar Disember 7, 2007 at 12:35 pm

    2 dimensi penting sumbangan al-Shatibi, menurut Dr Ebrahim Moosa, ialah bahawa (1) shariah yang diturunkan kepada manusia ini punyai matlamat (maqasid), dan (2) matlamat ini jelas dalam fenomena kehidupan bagi mereka yang arif dalam selok-belok shariah. Hal ini menambahkan keanjalan terhadap implementasi Shariat supaya sesuai dengan peredaran zaman dan pada masa sama terus konsisten dengan wahyu Tuhan.

    http://usrah.kakiblog.com/2007/12/07/isu-isu-pemikiran-islam-kontemporari/

  2. 2 shar Disember 7, 2007 at 12:43 pm

    Dalam dunia akademik Barat, lazimnya aliran Hanbali digambarkan sebagai musuh ketat golongan sufi. Ibn Taimiyyah (”Shaykh al-Islam”), antara pengemuka terbesar Hanbali, menjadi ikon pertentangan Hanabilah terhadap tasawwuf. Sarjana Barat yang ingin mengkaji sejarah Islam akan banyak merujuk kepada kenyataan Ibn Battutah dalam kitab rihla beliau. Ibn Battutah dikatakan pernah memberi deskripsi Ibn Taymiyyah seperti berikut, “Seorang yang sangat disegani dan mampu membicarakan dalam pelbagai ilmu, tetapi akalnya tak berapa stabil (anna fi ‘aqalihi shai’an)”.

    http://misgonline.com/muktamar/latest/mahu-tasawuf-mahu-ibn-taymiyyah-mahu-tadah-kitab.html

  3. 3 Rin Ogos 6, 2008 at 12:07 am

    Pendidikan islam secara tradisional nampaknya bermula di Nusantara hampir-hampir bersekali dengan perkembangan Islam peringkat awal itu, dengan pertolongan para pendakwah dan ulama’ serta para ahli tsawwuf yang datang dari Asia Barat termasuk India Selatan.

    Anggapan ini boleh dibuat tanpa menimbulkan keraguan oleh kerana tabiat batin agama Islam itu sendiri yang mewajibkan menuntut ilmu ke atas tiap-tiap orang beriman. Di dalam pertengahan abad ke 14H, ada dicatatkan bahawa sultan negeri Samudra, al-Malik al-Zahir sangat berminat tentang pendidikan dan pengajaran Islam, sehingga oleh kerana itu baginda mengadakan majlis muzakkarah ilmu di dalam istana.

    Di dalam abad kemudiannya, Sumatera merupakan pusat pendidikan dan pengajaran Islam, teruma sekali pada zaman kejayaan kerajaan Islam Acheh dalam sejarah Nusantara.

    Selepas Acheh, Pattani menjadi pusat pendidikan Islam di Nusantara, sehingga beberapa fakta boleh menyebabkan kita bercakap berkenaan golongan ulama’ Petani yang mempunyai keperibadian tersendiri di dalam pemumpukan ilmu-ilmu Islam dan perlaksanaan pendidikan Islam.

    Mereka yang menjayakan pendidikan ini terutama sekali yang cergas berusaha dalam abad ke 19M yang mengarang kitab-kitab dalam bahasa Melayu (Jawi), antara yang paling terkemuka tidak syak lagi ialah Syaikh Daud al-Fatani dan kumpulannya rahmatullah ‘alaihim ‘ajmain. Kemudiannya pendidikan secara lama itu berkembang di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu.

    Dari http://halimislamic.blogspot.com/2007_08_01_archive.html

  4. 4 Rin Ogos 6, 2008 at 12:10 am

    Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.

    Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

    Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

    Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.

    Dari http://www.shoubraonline.blogspot.com/


Tinggalkan jawapan




 

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 43,659 hits

Salam semua

Komen yang menggunakan nama saya Sharudin, Shar atau Pak Din, yang diakhiri dengan alamat web, selalunya adalah petikan dari alamat tersebut. Ia sebagai pautan dan tidak berkaitan dengan setuju atau tidak saya kepadanya. Semua pendapat adalah bagi tujuan kefahaman dan pendidikan.