Komen bagi: R57

Oleh: Rin
Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.

Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.

Dari http://www.shoubraonline.blogspot.com/

Oleh: Rin
Pendidikan islam secara tradisional nampaknya bermula di Nusantara hampir-hampir bersekali dengan perkembangan Islam peringkat awal itu, dengan pertolongan para pendakwah dan ulama’ serta para ahli tsawwuf yang datang dari Asia Barat termasuk India Selatan.

Anggapan ini boleh dibuat tanpa menimbulkan keraguan oleh kerana tabiat batin agama Islam itu sendiri yang mewajibkan menuntut ilmu ke atas tiap-tiap orang beriman. Di dalam pertengahan abad ke 14H, ada dicatatkan bahawa sultan negeri Samudra, al-Malik al-Zahir sangat berminat tentang pendidikan dan pengajaran Islam, sehingga oleh kerana itu baginda mengadakan majlis muzakkarah ilmu di dalam istana.

Di dalam abad kemudiannya, Sumatera merupakan pusat pendidikan dan pengajaran Islam, teruma sekali pada zaman kejayaan kerajaan Islam Acheh dalam sejarah Nusantara.

Selepas Acheh, Pattani menjadi pusat pendidikan Islam di Nusantara, sehingga beberapa fakta boleh menyebabkan kita bercakap berkenaan golongan ulama’ Petani yang mempunyai keperibadian tersendiri di dalam pemumpukan ilmu-ilmu Islam dan perlaksanaan pendidikan Islam.

Mereka yang menjayakan pendidikan ini terutama sekali yang cergas berusaha dalam abad ke 19M yang mengarang kitab-kitab dalam bahasa Melayu (Jawi), antara yang paling terkemuka tidak syak lagi ialah Syaikh Daud al-Fatani dan kumpulannya rahmatullah ‘alaihim ‘ajmain. Kemudiannya pendidikan secara lama itu berkembang di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu.

Dari http://halimislamic.blogspot.com/2007_08_01_archive.html

Oleh: shar
Dalam dunia akademik Barat, lazimnya aliran Hanbali digambarkan sebagai musuh ketat golongan sufi. Ibn Taimiyyah (“Shaykh al-Islam”), antara pengemuka terbesar Hanbali, menjadi ikon pertentangan Hanabilah terhadap tasawwuf. Sarjana Barat yang ingin mengkaji sejarah Islam akan banyak merujuk kepada kenyataan Ibn Battutah dalam kitab rihla beliau. Ibn Battutah dikatakan pernah memberi deskripsi Ibn Taymiyyah seperti berikut, “Seorang yang sangat disegani dan mampu membicarakan dalam pelbagai ilmu, tetapi akalnya tak berapa stabil (anna fi ‘aqalihi shai’an)”.

http://misgonline.com/muktamar/latest/mahu-tasawuf-mahu-ibn-taymiyyah-mahu-tadah-kitab.html

Oleh: shar
2 dimensi penting sumbangan al-Shatibi, menurut Dr Ebrahim Moosa, ialah bahawa (1) shariah yang diturunkan kepada manusia ini punyai matlamat (maqasid), dan (2) matlamat ini jelas dalam fenomena kehidupan bagi mereka yang arif dalam selok-belok shariah. Hal ini menambahkan keanjalan terhadap implementasi Shariat supaya sesuai dengan peredaran zaman dan pada masa sama terus konsisten dengan wahyu Tuhan.

http://usrah.kakiblog.com/2007/12/07/isu-isu-pemikiran-islam-kontemporari/