#14 Pak Din Says:
December 6th, 2007 at 6:21 pm
Salam Kelantan
1. Cerita kali ini saya jumpa jarum emas iaitu “saya pun dalam beras lagi masa tu pakcik”. Saya pernah dengar sekali sebelum ini, dari ibu mertua saya, “masih di dalam daun”. Tetapi secara purata, pada saya, jarang terdengar ungkapan sedemikian dan sudah pasti kalau mahu penjelasan hubungannya kepada kita, sebagai manusia yang telah lahir ke dunia, ia akan mendatangkan kesulitan bersama menceritakannya. Hakikatnya ia sangat berkaitan dengan kesatuan Alam, di mana saintifiknya saya rujuk sebagai termasuk di dalam rangkuman Theory of Everything (TOE).
2. Kita sebagai manusia adalah roh, yang diberikan jasad untuk membolehkan kita hidup di dunia, sebagai ujian menentukan kedudukan di kehidupan yang lebih kekal di akhirat. Kenyataan ini memerlukan benih kepercayaan dan kemudian bila disuburkan dengan ilmu sains, akan memberikan kefaham yang menarik. Roh kita yang akan merentasi 7 alam, tetapi jasad kita hanya berfungsi di alam dunia sahaja. Hidupnya jasad kita adalah kerana roh yang ditiupkan selepas bercantumnya benih dari ibu dan bapa. Kemudian apabila ditariknya roh dari jasad, tubuh kita mereput dan bertukar kembali menjadi tanah atau saintifiknya kembali kepada unsur-unsur asas dalam Chemical Table of Elements, CTE (hanya lebihkurang 117 kesemuanya, yang membentuk Alam ini).
3. Kitaran kehidupan yang berdasarkan superprogram Allah (Qodo’ dan Qadar), membolehkan kesemua 117 unsur asas di dalam CTE boleh dikitar, dari bentuk contoh, jasad manusia reput menjadi makanan kepada tumbuhan berhampiran (yang menerangkan masih dalam daun) yang kemudiannya dimakan oleh binatang daunnya, dan kita memakan daging binatang itu. Dengan pemakanan yang sihat kita menghasilkan benih, yang membolehkan ia menjadi seorang manusia lain sebagai zuriat kita, untuk menggantikan kita hidup di dunia ini. Begitu juga tumbuhan yang mengambil carbon dioxide sebagai sumber tenaga dan mengeluarkan oxygen sebagai bahan buangan, yang manusia (termasuk binatang) ambil sebagai tenaga. Begitulah kitaran sinergi kehidupan.
4. Sebab itu saya sangat setuju dengan “Proses mendidik jiwa bukan hanya boleh dilakukan dengan duduk di dalam majlis ilmu, tetapi kepekaan kita berinteraksi dengan persekitaran juga adalah proses menafsirkan bahasa alam yang disampaikan oleh Allah melalui makhluk dan kejadian-kejadian harian kita.” Dan lanjutan dari itu, pentingnya memahami carakerja Allah atau Sunnah Allah, kerana kesemuanya telah diberitahu Allah di dalam Al Quran, malah menjadi ayat-ayat yang paling awal diwahyukan kepada Nabi saw. “Bacalah (sudah pasti bacalah Alam, kerana Al Quran belum sepenuhnya), … Yang mengajar dengan perantaraan Kalam (Alam). Dia yang mengajar apa yang kita tidak ketahui”.
5. Sudah pasti Allah menentukan segala-galanya. Sebaik mana perancangan kita, hasil darinya merupakan ketentuan Allah. Seperti apa yang berlaku “Walaupun saya tidak berpeluang hadir ke masjid ilmu dengan Tuan Guru tarekat yang menjadi tujuan asal saya keluar rumah, jiwa saya tetap tersentuh dan terdidik apabila bermusafir dengan mata dan hati yang dicelikkan. Bukan sekadar berjalan suka-suka, tetapi seperti biasa saya suka dengan gelagat manusia. Berkenalan dengan manusia, berkomunikasi dengan manusia, dan kembali memanusiakan diri.” Keterbukaan kita menafsir dan bertindak-balas, sesuai perbezaan apa yang dijangkan berlaku sangat penting untuk memberikan manfaat kepada kita. Pentingnya kebebasan yang diberikan digunakan sepenuhnya bukan sebaliknya.
6. Cuma kecenderungan biasa ialah menyebut ketentuan Allah dengan membawa konotasi Jabariah, di kalangan Muslim. Memang benar Allah menentukan sega-galanya, tetapi kita perlu faham apa yang ditentukan? Allah tidak pernah menentukan di azali, Muslim jadi umat tertindas, termiskin, terpechah, terlemah dan apa sahaja yang setara dengannya. Allah menentukan ciri-ciri orang-orang yang akan menjadi sedemikian. Maknanya, siapa sahaja yang sekarang mendapati mereka di dalam keadaan yang sediada (termasuklah contoh ter, ter, ter, tadi) adalah kerana ia memilih, secara sedar atau tidak, secara berilmu atau tidak, ciri-ciri yang menghasilkan keadaan tersebut. Ia bukan sahaja berlaku kepada Muslim, malah berlaku pada semua manusia, tetapi keadaan memaksa kita membuat kesimpulan Muslim telah memilih ciri-ciri tersebut.
7. Di sebelah tangan yang satu, mereka yang Qadariah, mengatakan bahawa tiada unsur-unsur ketuhanan terlibat selepas pemilihan. Apa sahaja yang manusia pilih itulah yang dia akan dapat dan ia semata-mata hasil kerja pelakunya. Mereka ini kekurangan faham konsep tawakkal, iaitu segalanya yang manusia pilih, hakikatnya bukan manusia yang memungkinkan ia berlaku, selaras ‘laa hawala walaa quwata, illa billah’. Ketidak-halusan seni carakerja mahluk, sebenarnya yang membuatkan, apa yang mereka pilih, tidak menjadi seperti apa yang dirancangkan. Sebahagian ASWJ terlalu mirip kepada Jabariah, kesimpulan saya.
Menyorot sejarah percambahan fiqh dan usulnya, antara tokoh terawal yang mensistematikkan bidang ini ialah Imam Shafii. Ringkasnya, ada dua sumber dalil naqliyyah, Quran dan Sunnah dan dua sumber dalil aqliyyah, ijma’ dan qiyas. Kemudian terbentuk pula beberapa konsep seperti istihsan, istishab, maslaha mursala, sadd al-dhara’i, ‘urf, shar’ man qablana, dan mazhab sahabi.
http://usrah.kakiblog.com/2007/12/07/isu-isu-pemikiran-islam-kontemporari/
Kita mahu berbincang tentang perlaksanaan Islam khasnya dikalangan masyarakat Meayu dan penganut Islam (sekurang-kurangnya), kita mahu melihat tahanan ISA dibebaskan dan ISA itu sendiri dikaji semula, kita mahukan badan kehakiman yang adil berteraskan keadilan Islam, kita mahu segala gejala rasuah dan salah-guna kausa yang diharamkan oleh Islam dibenteras dan dihapuskan, kita mahu bantuan per kapita kepada sekolah-sekolah agama bukan sekadar dikembalikan malah diperingkatkan lagi, kita mahu institusi masjid dan surau semakin diberi otoriti untuk berperanan dalam masyarakat, kita mahu isu murtad ditangani menurut Islam, kita mahu sekolah-sekolah pondok dan semua institusi pengajian Islam sampai ke Universiti Islam ditambah di perkasa dan dipertingkatkan pasarana dan kemudahannya, kita mahu segala bentuk maksiat (judi, arak dan lain-lain) dikawal dan dibendung, kita mahu saudara-saudara baru Islam dibela dan diberi bantuan dan bimbingan sehingga mereka nanti mampu menarik lebih ramai dari kalangan mereka untuk bersama Islam, kita mahu Islam diberi peluang diperjelaskan kepada masyarakat bukan Islam sehingga ia tidak lagi dibimbangi atau dicurigai, kita mahu institusi Raja-raja Melayu yang dipertanggungjawab mengawal Islam semakin kemas dipertahankan dan sudah pasti senarai ini berjela-jela lagi sehinggalah PAS berpuas hati matlamat perjuangannya mampu tercapai.
Dari http://www.n32.blogspot.com/ Monday, August 04, 2008
Membela perpaduan ummah
(Ini merupakan artikel terbaru saya untuk ruangan “Menongkah Arus” di Harakahdaily)
Dalam mekanik kuantum, para ilmuwan yang memiliki tafsiran berbeza-beza sekalipun boleh mencapai konsensus setidaknya dalam hal jangkaan. Sementara, seperti ditunjukkan Aminrazavi, dakwaan perennialis kerap bertentangan. Dia memberikan contoh pandangan evolusionis Teilhard de Chardin, yang mendakwa mendapatkan pengalaman ilahiah, tapi lalu dikritik oleh Nasr, yang memiliki dakwaan serupa.
Jawaban Nasr: “selalu ada kesepakatan dalam hal-hal yang menyangkut prinsip”–misalnya prinsip tauhid—meskipun ekspresinya mungkin berbeza-beza. Namun jika dibatasai pada prinsip amat umum seperti itu, apakah lalu pemikir Muslim seperti Sayyid Qutb dan Fazlur Rahman, misalnya, yang tampaknya akan menentang banyak aspek perennialisme, boleh disebut juga sebagai perennialis?
Gagasan utama lain dalam falsafah perennial adalah tentang Rantai Keberadaan (Great Chain of Being), yang mengimplikasikan adanya hierarki ontologis, sementara sains moden berkembang pesat tanpa asumsi ini. Huston Smith melihat adanya kecurigaan umum yang keras terhadap segala gagasan tentang hierarki, kerana dianggap memberi dasar bagi penindasan dan totalitarianisme.
Dari http://ummahonline.wordpress.com/2008/07/02/falsafah-perennial-kembali-ke-masa-depan/