R59 Sifat 20 Allah

Disember 8, 2007

Salam lemah

1. Tertarik saya menyentuh kata-kata Asmah “Saya hanyalah hamba Allah yang lemah”. Ini adalah kerana Asmah telah memberikan komen yang sangat positif pada komen saya bertajuk ‘Salam taklid’, yang saya rasakan dibuat secara tidak sedar, dengan permulaan “SubhanALLAH..percernaan yang amat JELAS… Berbahagialah manusia…”. Sudah pasti ramai yang faham isu yang berkaitan dengan komen tersebut, tetapi alangkah bererti sekiranya ramai Muslim hari ini yang dapat menerima penjelasan saintifik kepada isu kepercayaan yang dipegang selama ini. Sebagaimana disebutkan simpang yang perlu diambil berhampiran dengan simpang yang telah salah diambil, kerana dibuat tanpa penjelesan sains.

2. Dalam mengatakan kita adalah hamba yang lemah, masih terdapat element ego di dalam diri kita. Tidak seperti kalau dikatakan bahawa kita tak punya apa-apa, kerana wujudnya kita juga tidak layak sama dengan wujudnya Allah. Kita tidak wujud pada zat dan kalau pada bahasanya kita mengatakan kita wujud, kita hanya wujud pada nama berbanding Allah wujud pada zat. Maknya wujud Allah tidak memerlukan sesiapa atau se-apa, manakala wujudnya kita pada nama, menunjukkan kita memerlukan kepada Allah untuk memungkinkan bukan sahaja kekuatan melakukan sesuatu (perbuatan), malah diri yang ada sebelum adanya kekuatan.

3. Hakikatnya sebelum adanya kekuatan pada diri (diri yang lemah), diri itu sendiri perlu diingat tidak ada, bukan sahaja kekuatan pada diri tidak ada. Maka layaknya kita adalah hamba yang tak punya apa-apa kalau tidak diberikan hakguna oleh Allah untuk mempunyai diri, yang kemudiannya ditambah dengan kekuatan untuk diri yang asas tadi melaksanakan segala tugas di dunia ini. Dengan kefahaman penjelasan saintifik tentang 3 teori utama (Big Bang, Darwin dan Everything) kita akan faham dengan kenapa hanya Zat Allah yang layak dipanggil wujud, dan segala yang lain bergantung kepada adanya Allah, untuk memungkinkan ‘keberadaan’nya di Alam ini.

4. Terkandung di dalam pengajaran Sifat20, bahawa kesemua sifat tersebut hanyalah layak dipakai oleh Allah, tiada mahluk yang boleh dikaitkan dengan penggunaan sifat tersebut. Sifat ‘Muhalaftu lil Hawadis’ menguatkan lagi, bahawa sifat wujud (dan yang lain) mustahil ada pada yang lain, selain Allah. Kalaupun kita menggunakan perkataan yang sama untuk menerangkan tentang sifat tersebut, kita perlu sentiasa ingat bahawa hakikatnya berbeza. Jangan sampai kita mengatakan ada dua wujud, dengan ertikata perbezaannya hanya wujud kita berpermulaan dan berpenghabisan, sementara wujud Allah tidak begitu. Ini seperti mengatakan kita lemah dan Allah Kuat. Kuatnya Allah tiada tandingan oleh sesiapa, sehinggakan kita tidak layak kita menggunakan lemah, kerana berkata begitu bermakna, masih ada sedikit kekuatan dibanding dengan Allah. Sebenarnya kita tak punya kekuatan langsung.

5. Selanjutnya begitulah sepatutnya kita berpegang kepada sifat-sifat yang lain, terutama sifat-sifat Maani dan Maanawiah, 7 sifat setiap satu. Tidak layak kita mengaitkan contoh melihatnya manusia dengan adanya mata, sementara Allah tidak memerlukan alat untuk berbuat sesuatu, sebagai perbezaan di antara dua melihat itu. Walaupun mengatakan melihatnya mahluk terbatas dan melihatnya Allah tidak. Hakikatnya mahluk tidak dapat melihat sekiranya tidak kerana adanya sifat Allah boleh melihat. Maka begitulah sifat-sifat yang lain. Kita tidak layak untuk mempunyai semua sifat 20 (dan yang lain), melainkan hanya diberikan hakguna menggunakan sifat tersebut dengan izinNya.

6. Kita perhatikan ayat Al Quran 8:17

“Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Demikianlah (caranya nikmat yang dikurniakanNya kepada kamu) dan sesungguhnya Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang-orang yang kafir.”

Walaupun ia mengkhususkan penceritaan kepada perbuatan Nabi saw, seperti tujuan asal, Al Quran sebagai panduan kepada semua manusia, di mana terjemahannya dilaksanakan oleh Nabi saw, dan dikenali sebagai Sunnahnya.

7. Pembetulan komen. Tajuk ‘Salam bebas’ bertarikh 6-Dis perenggan 5 komen 9865 “kerana terlalu faham dan membudayakan Syariat Allah” sepatutnya “membudayakan Sunnah Allah”. Perenggan yang sama AWSJ sepatutnya ASWJ atau Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pada komen 9890 perenggan 1, “tentang bagaimana untuk berlayar menuju tujuan”. Selain dari, seperti biasa, kesalahan ejaaan dan pengolahan bahasa yang biasa. Maaf dipinta.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.