Salam lemah
1. Tertarik saya menyentuh kata-kata Asmah “Saya hanyalah hamba Allah yang lemah”. Ini adalah kerana Asmah telah memberikan komen yang sangat positif pada komen saya bertajuk ‘Salam taklid’, yang saya rasakan dibuat secara tidak sedar, dengan permulaan “SubhanALLAH..percernaan yang amat JELAS… Berbahagialah manusia…”. Sudah pasti ramai yang faham isu yang berkaitan dengan komen tersebut, tetapi alangkah bererti sekiranya ramai Muslim hari ini yang dapat menerima penjelasan saintifik kepada isu kepercayaan yang dipegang selama ini. Sebagaimana disebutkan simpang yang perlu diambil berhampiran dengan simpang yang telah salah diambil, kerana dibuat tanpa penjelesan sains.
2. Dalam mengatakan kita adalah hamba yang lemah, masih terdapat element ego di dalam diri kita. Tidak seperti kalau dikatakan bahawa kita tak punya apa-apa, kerana wujudnya kita juga tidak layak sama dengan wujudnya Allah. Kita tidak wujud pada zat dan kalau pada bahasanya kita mengatakan kita wujud, kita hanya wujud pada nama berbanding Allah wujud pada zat. Maknya wujud Allah tidak memerlukan sesiapa atau se-apa, manakala wujudnya kita pada nama, menunjukkan kita memerlukan kepada Allah untuk memungkinkan bukan sahaja kekuatan melakukan sesuatu (perbuatan), malah diri yang ada sebelum adanya kekuatan.
3. Hakikatnya sebelum adanya kekuatan pada diri (diri yang lemah), diri itu sendiri perlu diingat tidak ada, bukan sahaja kekuatan pada diri tidak ada. Maka layaknya kita adalah hamba yang tak punya apa-apa kalau tidak diberikan hakguna oleh Allah untuk mempunyai diri, yang kemudiannya ditambah dengan kekuatan untuk diri yang asas tadi melaksanakan segala tugas di dunia ini. Dengan kefahaman penjelasan saintifik tentang 3 teori utama (Big Bang, Darwin dan Everything) kita akan faham dengan kenapa hanya Zat Allah yang layak dipanggil wujud, dan segala yang lain bergantung kepada adanya Allah, untuk memungkinkan ‘keberadaan’nya di Alam ini.
4. Terkandung di dalam pengajaran Sifat20, bahawa kesemua sifat tersebut hanyalah layak dipakai oleh Allah, tiada mahluk yang boleh dikaitkan dengan penggunaan sifat tersebut. Sifat ‘Muhalaftu lil Hawadis’ menguatkan lagi, bahawa sifat wujud (dan yang lain) mustahil ada pada yang lain, selain Allah. Kalaupun kita menggunakan perkataan yang sama untuk menerangkan tentang sifat tersebut, kita perlu sentiasa ingat bahawa hakikatnya berbeza. Jangan sampai kita mengatakan ada dua wujud, dengan ertikata perbezaannya hanya wujud kita berpermulaan dan berpenghabisan, sementara wujud Allah tidak begitu. Ini seperti mengatakan kita lemah dan Allah Kuat. Kuatnya Allah tiada tandingan oleh sesiapa, sehinggakan kita tidak layak kita menggunakan lemah, kerana berkata begitu bermakna, masih ada sedikit kekuatan dibanding dengan Allah. Sebenarnya kita tak punya kekuatan langsung.
5. Selanjutnya begitulah sepatutnya kita berpegang kepada sifat-sifat yang lain, terutama sifat-sifat Maani dan Maanawiah, 7 sifat setiap satu. Tidak layak kita mengaitkan contoh melihatnya manusia dengan adanya mata, sementara Allah tidak memerlukan alat untuk berbuat sesuatu, sebagai perbezaan di antara dua melihat itu. Walaupun mengatakan melihatnya mahluk terbatas dan melihatnya Allah tidak. Hakikatnya mahluk tidak dapat melihat sekiranya tidak kerana adanya sifat Allah boleh melihat. Maka begitulah sifat-sifat yang lain. Kita tidak layak untuk mempunyai semua sifat 20 (dan yang lain), melainkan hanya diberikan hakguna menggunakan sifat tersebut dengan izinNya.
6. Kita perhatikan ayat Al Quran 8:17
“Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Demikianlah (caranya nikmat yang dikurniakanNya kepada kamu) dan sesungguhnya Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang-orang yang kafir.”
Walaupun ia mengkhususkan penceritaan kepada perbuatan Nabi saw, seperti tujuan asal, Al Quran sebagai panduan kepada semua manusia, di mana terjemahannya dilaksanakan oleh Nabi saw, dan dikenali sebagai Sunnahnya.
7. Pembetulan komen. Tajuk ‘Salam bebas’ bertarikh 6-Dis perenggan 5 komen 9865 “kerana terlalu faham dan membudayakan Syariat Allah” sepatutnya “membudayakan Sunnah Allah”. Perenggan yang sama AWSJ sepatutnya ASWJ atau Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pada komen 9890 perenggan 1, “tentang bagaimana untuk berlayar menuju tujuan”. Selain dari, seperti biasa, kesalahan ejaaan dan pengolahan bahasa yang biasa. Maaf dipinta.
Disember 8, 2007 at 11:54 am |
http://saifulislam.com/?p=1056#comment-9865
http://saifulislam.com/?p=1056#comment-9890
Disember 8, 2007 at 11:37 pm |
Perkara Aqidah atau Keimanan harus ditetapkan dengan dalil yang bersifat qath’iy (pasti) baik tsubut (sumber) maupun dilalahnya (penunjukkannya). Sebab, keimanan yang dituntut oleh Syaari’ adalah keimanan yang menyakinkan dan tidak disusupi keraguan. Menurut istilah, kata I’tiqad (keyakinan) bermakna, tashdiiq al-jaazim al-muthaabiq li al-waaqi’ ‘an al-daliil (pembenaran pasti yang sesuai dengan kenyataan dan ditunjang dengan bukti).
Prof. Mahmud Syaltut, Islam, ‘Aqidah wa Syari’ah, menyatakan Hadits ahad adalah hadits yang sanadnya masih mengandung syubhat atau kesamaran . Oleh karena itu, dari sisi tsubut (penetapan), hadits ahad tidak bisa menghasilkan kepastian atau keyakinan. Karena tidak menghasilkan keyakinan, alias hanya menghasilkan dzan saja, maka hadits ahad tidak bisa dijadikan hujjah untuk perkara-perkara yang membutuhkan keyakinan pasti (‘aqidah). Pendapat ini dipegang dan dianggap paling kuat oleh jumhur para ‘ulama.
http://sampaikan.wordpress.com/2007/04/25/hadist-ahad-bukan-merupakan-hujah-dlm-perkara-aqidah/
September 15, 2008 at 6:03 am |
Allah itu Esa pada zat, sifat dan perbuatan. Walaupun pengajaran Tauhid menghuraikan Sifat 20, ia tidak bermakna Allah hanya mempunyai sebanyak itu sahaja bilang sifat. Sifat Allah tidak terhingga bilangannya sebagaimana banyak bilangan mahluk yang diciptakannya. Bagaimana pun sebagai asas Tauhid cukup dengan memperlajari Sifat 20. Begitu juga Asmalul Husna yang berjumlah 99. Kebanyakan nama-nama Allah juga berdasarkan sifatNya. Keesaan Allah menyebabkan sifat-sifatnya tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain.
Dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=98&thread_id=5283&pid=69361#post_69361
September 17, 2008 at 4:52 pm |
Both believed deeply in the unity of truth in the Islamic faith. Truth is one. Ultimately, there cannot be a “scientific truth” that would be different from a “religious truth.” Thus, if there are differences in the statements of science and the statements of religion, these differences are only apparent. They can be overcome.
Once this is said, it must be added that there was actually some disagreement between Al-Ghazali and Ibn Rushd, because they disagreed on the location of the borderline between science and religion. Al-Ghazali claimed that, in case of apparent disagreement, it is usually the fault of the scientists who go beyond the limits of science when they claim things about the action of God in the world, the nature of fundamental reality, and so on. Whereas for Ibn Rushd, if there is a contradiction between the statements of religion and the statements of science, one has to come back to the Holy Book and make new, more valid, “interpretations” of the text that do not contradict the sound results of science.
Dari http://science-islam.net/article.php3?id_article=618&lang=en
September 17, 2008 at 6:01 pm |
Terhadap sifat-sifat Allah swt yang tertera dalam ayat-ayat atau hadis, manhaj salaf adalah itsbat(menetapkan) adanya sifat-sifat Allah swt sesuai kesempurnaan-Nya, bukan ta’wil(memberikan makna), ta’thil(mengingkari/meniadakan), tahrif(mengubah), tasybih(menyerupai makhluk) dan takyif(bertanya bagaimana). Hasan al Banna telah menetapkan yang demikian itu dalam al Aqaid-nya, tetapi risalah itu tidak dipahami (atau tidak dihargai) dengan semestinya. Al Banna tetap dicela. Ia dituduh berpaham tafwidh, yaitu menyerahkan kandungan makna sifat-sifat-Nya kepada Allah swt tanpa meyakininya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menegaskan bahwa tafwidh adalah model akidah paling buruk (Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad Asy Syihy, Dialog Bersama Ikhwani, hlm. 16-18. Lihat juga As Sunnah edisi 05/Th. III/1419-1998, hlm. 26)
Dari http://iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=114&thread_id=5598&pid=73208#post_73208
Jun 29, 2009 at 5:19 pm |
Saifulislam.Com » Al-Ghazzali Sasaran Liberalisasi Agama
Beliau hanya diperkenalkan kepada asas ilmu Falsafah semasa menuntut ilmu Kalam bersama al-Juwayni dan sumber-sumber lain di Naysabur dan Madrasah …
http://saifulislam.com/?p=322
Saifulislam.Com » Sabar dan Hikmah Dalam Berdakwah
dan satu lagi, apa kata ustaz cadangkan beberapa buku sejarah ilmu kalam yang ada, supaya mangkuk2 yang extreme ni boleh faham macam mana mazhab2 yang ada …
http://saifulislam.com/?p=343
Saifulislam.Com » Perlukah Manusia Kepada Tuhan?
He should not be Fana’, to quote the Ilmu Kalam. He is as clear an image ( imagination without ‘ination’) can be. We are virtual. We are in ‘fantasy’. …
Saifulislam.Com » Model Hijrah Songsang
Mustahak nak faham ni dulu, baru boleh cerita ilmu kalam … atau mahluk yang dibentuk oleh empunya ilmu kalam. Kita adalah roh (atau ruh – pemandu) yang …
http://saifulislam.com/?p=1894
Saifulislam.Com » Modal Insan Bukan Dengan Wang Dan Mesin
selaku salah seorang pelajar hard science di taman ilmu dan budi ….. yang merangkumi sifat-sifat maani dari ilmu Kalam (Kudrah, Iradah, Ilmu, Hayat, …
http://saifulislam.com/?p=831
Saifulislam.Com » Buntunya Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya
Saya tidak ada masalah dengan pendekatan Ilmu Kalam dalam penelitian terhadap Usuluddin agama kita, tetapi untuk anak saya yang berusia 7 tahun itu diajar …
http://saifulislam.com/?p=5744
Saifulislam.Com » Apa Rasanya Disalah Erti?
Ada yang sejauh Ilmu Kalam, ada yang selurus Mazhab Dhahiri. Kesemuanya adalah reaksi kepada cabaran salah faham manusia yang pelbagai terhadap Islam. …
Search Results kalam allah – Saifulislam.Com
Search Results for ‘kalam allah’ ↓ … Kalau nak tahu baris-baris di tengah perkataan, belajarlah ilmu Shorof. Kalau nak tahu [...] …
http://saifulislam.com/?s=kalam+allah&paged=4
Saifulislam.Com » Belajar Berfikir
Pandangan saya yang masih cetek ilmu: … golongan berautoriti dalam bidang ilmu tersebut seperti ulama tafsir, kalam, tasawwuf dsb, dahulu dan sekarang. …
http://saifulislam.com/?p=2479
Saifulislam.Com » Beragama Tanpa Tuhan
Bagi khalaf pula, biar pun mereka tegas mempertahankan gagasan pembelajaran aqidah melalui Ilmu Kalam, tetapi sebahagian mereka turut bermusuh dengan seruan …
http://saifulislam.com/?p=1037
Saifulislamisme? – Saifulislam.Com
Kerana beberapa isu berkaitan Ilmu Kalam Sifat 20, disalah tafsir oleh golongan yang kurang memberikan penekanan dalil aqli, pembaharuan (mengemaskini) …