Salam mp3
1. Pepatah Rom pernah menyebut “permulaan kepada sesuatu perkara adalah separuh daripada perkara itu sendiri”. Sekiranya tidak, hasil negatifnya ialah “pi mai pi mai, tang tu juga”. Terlalu sedikit hasil yang diperolehi, walaupun “sudah lama saya menulis tentang sindrom mahasiswa jumud dan tidur ini.” Jumud dari segi meningkatkan kepekaan rational untuk memaksimakan kepedulian kepada persekitaran yang berlaku, samada dari pemerhatian aktiviti tamaddun yang berjaya atau melihat kehalusan seni bena Alam ciptaan Tuhan. Hanya dengan langkah pertama, yang selalunya mengundang kesalahan, langkah-langkah seterusnya dapat diyakini. Malangnya persekitaran pembelajaran mahasiswa diselubungi kepimpinan yang mementingkan pengisian masa kosong dari pengisian minda yang kosong.
2. Sememangnya di dalam menyusun apa sahaja aktiviti manusia, peringkat yang paling sukar adalah untuk memulakannya. “Sikap lesu pelajar daripada mahu terlibat dengan aktiviti berpersatuan, hadir ke ceramah dan sebagainya, bukan sekadar soal kelesuan iman yang abstrak tetapi ia berlaku akibat corak kehidupan yang kesemuanya menjurus kepada” pengisian kekosongan masa di atas. Hanya dengan tujuan yang tepat, bukan setakad pengisian, sesuatu aktiviti dapat memperolehi hasil ganjaran lumayan dari usahanya dan kemudian, juga dari Tuhannya. Selepas kesalahan pertama berlaku, tiada kesalahan seterusnya akan terjadi sekiranya keprihatinan menuju tujuan ditingkatkan, dalam pengisian minda yang kosong.
3. Malangnya “gaya hidup kita hari ini kesemuanya menjurus manusia kepada terus menerus berada di dalam ‘dunia sendiri’ lantas hilang kepekaan kepada persekitaran. Semua orang selesa mendengar lagu pilihan masing-masing” Yang muda dengan nada rancaknya dan yang berumur, walaupun lenyap nada musiknya, nada bahan pendengarannya masih sumbang, tak berketentuan halatujunya. Bertambah parah lagi gaya hidup disesuaikan hanya kepada arus perdana yang popular, tetapi kurang menjurus kepada pencarian bukti, ke atas kepercayaan yang diwarisi turun temurun. Gaya hidup berginilah yang kemudian memilih kepimpinan mengikut selera nada kesukaan mereka.
4. “Dan kepedulian terhadap persekitaran sememangnya memberikan banyak pengalaman” kepada “input kehidupan dan pengalaman.” Tamadun kemanusiaan dibena dengan kepedulian mengolah persekitaran. Samada ia ke arah pembinaan tamadun yang sesuai kehendak Tuhan atau sebaliknya, tamadun yang berjaya menggunakan persekitaran keadaan kemanusiaan, secara teratur dengan mengenalpasti selera dan kelemahan manusia. Mungkin kita jelas dengan yang bertentangan dengan ketuhanan (kafir), tetapi malangnya bilangan yang mirip kepada kesamaran, iaitu mengaku berTuhan kepada Tuhan yang satu, tetapi tidak dapat bersepakat melaksanakan kehidupan bersatu, disebabkan perbezaan anggapan dan kepercayaan kepada Tuhan.
5. Kehidupan ke arah satu keTuhanan “yang bersifat perkongsian, semakin terhapus dan terhakis. Keseluruhan lifestyle kita telah menjadikan kita anti sosial. menjadi semakin selfish hingga ia cukup dijadikan alasan untuk usaha baik pulih sosial dianggap jenayah.” Disebabkan kepercayaan mengatasi segala-gala, kelihatan berpuak-puak mereka ini, yang tidak dapat bersosial antara satu dengan yang lain. Masing-masing dengan gaya kehidupan tersendiri, menterjemah satu sunber yang sama. Bukan setakad itu, satu sumber yang sama itu telah diterjemah perlaksanannya oleh seorang manusia yang menjadi contoh rujukan, tetapi hasil dari terjemahan tersebut juga berbeza-beza dalam penterjemahan selanjutnya.
6. “Apa yang difikirkan hanyalah tembolok masing-masing, tanpa ada kepedulian terhadap korupsi, krisis sosial dan politik… malah kesemuanya adalah sampah belaka bagi sebuah masyarakat yang memang dibiarkan tercorak dengan sikap mementingkan diri sendiri, “ dengan pengabaian terhadap penyatuan ummah yang sebenar. Keutamaan diseru ke arah kegiatan persendirian yang sangat ritual, sementara kegiatan berbentuk pembenaan kekuatan ummah dari segi ekonomi, ilmu sains, kepimpinan dan yang paling utama pembuktian keesaan Tuhan, menjadi kegiatan yang kurang diberi keutamaan. Kepeduliannya mengarah kepada pembentukan masyarakat robotik, dari masyarakat yang boleh berfikir, bagi memastikan kesatuan tercapai.
7. Saya paparakan penyimpangan jangkauan dari permasaalah asal, dengan menggunkan ayat-ayat asas yang sama, untuk kita sama-sama berfikir, kepabagaian pemikiran manusia terhadap penyampaian yang sama. Mungkin tidak ramai yang berminat melihat paparan penyimpangan tetapi “apabila kita menyeru dan berdakwah, raikan mereka yang menyahutnya biar pun ia hanya segelintir, mereka yang ganjil, yang peduli dan masih ada hati.” Seperti biasa kepekaan rational amat penting dalam melihat dari sudut-sudut berbeza, kepada isu asas yang sama. Kebijaksanaan bersetuju untuk tidak bersetuju dan dapat terus memestikan kesimbungan masyarakat sedemikian, amat menentukan kebersamaan hidup di dunia.
By Pak Din on Dec 9, 2007
Salam
Saya setuju dengan aimi “dek paradigma ‘kemajuan’ yang sebenarnya jumud …” kerana kemajuan yang berjaya menjadikan masyarakat hampir menjadi robot dalam perkerjaan dan ritual dalam peribadatan.
Tidaklah khuatir sangat kerana “ramai lebih selesa duduk berhujung minggu dirumah di depan internet, dpn ps ataupun dpn tv menonton filem”, seperti kata pauhfc, tetapi kesan pelajaran dan pemerhatian yang lahir dari aktiviti tersebut, yang sangat merisaukan. Dalam segala aktiviti, termasuk pemerhatian Alam, ramai Muslim melihat tapi tak nampak (look but do not see), hanya kerana niatnya ialah untuk memenuhkan masa bukan mempelajari sesuatu.
Senyum Shiha melihat Ustaz mengeluh, begitu juga saya!. Tetapi keluhan Ustaz ke arah positif. Memeperjuangkan pedulism dalam ertikata, seperti perenggan di atas, keprihatinan kita mempelajar sesuatu dari apa yang kita perhatikan dari persekitaran. Kepekaan kita memperbaiki halatuju hubungan sosial, seperti juga kata Shiha, membudayakan semangat kejiranan tanpa elemen berbaur gossip. Peduli sahaja tak cukup kalau peduli itu hanya untuk di sensasikan dan mengisi masa kosong.
By Pak Din on Dec 8, 2007
Salam
Prasangka kita selalunya yang membuat kita menerima yang salah, apa yang disampaikan sudah pasti betul pada penyampai. Tak nafikan belajar menggunakan frequency yang sama adalah satu kesukaran buat manusia. Tersipu-sipu bila tersalah erti pendapat orang.
Apa GBP tu Firdaus? terlupa pula.
0 Respon to “R60”