R65 Terima kasih SI kerana ruang dan peluang.

Februari 15, 2008

1. #30 Pak_Din Says:
February 14th, 2008 at 2:39 am
Salam semua,
Kisah singa dan rusa sangat menarik … tetapi saya selalu ingat ‘Early bird catches first worm’ … being first does matter, from the right angle. MFR … dah lama tak tengok cerita, tapi cerita tu habis saya tengok, mungkin pasal budak sixth sense.

2. #5 Pak_Din Says:
February 14th, 2008 at 12:37 pm
Saya lebih suka compilation ‘budak 6th sense’ tu dari ‘testing ceramah’ yang kurang audio-less-visualnya, hehe.
Untuk tidak hilang wang pertaruhan, jangan pertaruhkan semangat buluh runcing di zaman tekan butang ni. 2/3 yang ada tidak ada masaalah tayar bocor untuk meneruskan perjalanannya. Saya faham ada tyre balancing dan wheel alignment yang perlu dibuat, tetapi setiap kali wiper rosak (masaalah yang agak kecil) kita beli kereta baru tu, sama dengan semangat buluh runcing.
Ada lagi ke siri ‘budak 6th sense’ tu, yang akan datang? Terima kasih.

3. #14 Pak_Din Says:
February 14th, 2008 at 2:38 pm
Dalam isu berdoa ni kita perlu berhati-hati mengendalikan senjata yang diberikan. Tak tahu menggunakan dan tidak mahu tahu menggunakan senjata menjadikan senjata Mukmin ibarat Gajah Putih, kalau tidak lebih teruk lagi memusnahkan diri Muslim. Ada satu kata-kata yang selalu saya ingat ‘Tak berdoa kufur dan berdoa syrik’. Kalau setiap kali berdoa hanya mengingatkan Allah tentang kerja yang sepatutnya Dia lakukan, contoh ‘Ya Allah berikan kemenangan Muslim ke atas bukan Muslim’, kita hanya mengingatakn Allah, semacamlah Allah lupa kerjaNya. Sebab itu berdoa jadi syrik, kerana mengarah Allah memberikan sesuatu. Sebaliknya kalau tak berdoa sudah pasti kita akan menjadi kufur kerana tidak menghayati kesempurnaanNya.

Doa itu tidak boleh dijadikan satu pulau sendirian. Doa, Usaha, Iltizan dan Tawakal (DUIT). Doa sepatutnya menyeru diri (mengingatkan diri) supaya berazam membuat pillihan terbaik (Ikhtiar) dan dengan azam itu diterjemah menjadi usaha mengikut Sunnah Allah, contoh mengambil tahu kenapa sawi Ah Chong subur dari sawi Ali. Ramai Muslim yang berdoa kemudian berusaha, bukan untuk mengambil tahu (belajar) sawi AC subur, tetapi sibuk dengan Fardu Ain semata-mata tanpa mahu mengetahui keperluan FA itu diadakan. Fardu Kifayahnya untuk memastikan, seperti kata Ustaz, “kesempurnaan usaha melengkapi syarat kemenangan” dianaktirikan.

4. #17 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 11:32 am
Terima kasih Ustaz atas alu-aluan. Saya tak ke halaman lain pun semasa cuti. Memang rindu nak menulis di SI ni. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz atas milestone terbaru dengan penerokaan ke Timur Tengah, walaupun ia bukannya suasana baru bagi Ustaz. Sudah pasti kejayaan akan datang buat Ustaz dan sesiapa sahaja yang meniti usaha mengikut acuan Allah. Sunnah dan peraturanNya menentu segalanya. Syabas sekali lagi.

Sesekala di masa akan datang saya akan bercuti lagi, tujuan untuk memuhasabah apa yang telah ditulis. Ditambah pula dengan mode ‘menulis tetapi bukan penulis’ memaksa graph mood penulisan turun-naik. Mungkin ia satu kelemahan diri saya tetapi itulah yang saay cuba untuk perbaiki dan mencari kekuatan di dalam kelemahan yang ada. Walau apapun yang dapat dirumus dari turun-naik mood itu, ia adalah jatidiri saya dalam merentasi hutan belentara kehidupan yang penuh dengan ujian ini.

Menyentuh hal perang, atau lebih tepat bemain mercun, saya melihatnya sebagai bukti kepada benarnya kata-kata bahawa kepercayaan semata-mata itu, bersifat bahaya asasnya. Tanpa ilmu dan pengetahuan yang kemudian membuktikan kepercayaan, manusia sesat di dalam banyak aspek kehidupan. Mungkin mercun bagi mereka tetapi apa kata meraka kepada apa yang mereka kata sebagai gangguan kepada mereka yang berdasarkan kepada kepercayaan sahaja.

5. #24 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 12:54 pm
Kalau kita percaya kenaikan harga adalah kerana BN maka betullah kepercayaan itu, tetapi sebaliknya sekiranya kita percaya dan kemudian berpengetahuan tentang ilmu ekonomi, kita akan dapati kepercayaan itu meleset. Kenaikan harga tiada kaitan hampir dengan siapa memerintah, ia berkait rapat dengan siapa yang memilih pemerintah, iaitu pengguna. Kerakusan pengguna yang menaikkan harga barang. Buktinya tunggu bulan puasa nanti, dimana kita percaya bahawa dengan datangnya Ramadan pengambilan barang makanan sepatutnya berkurangan, tetapi hakikat menunjukkan sebaliknya. Inilah kuasa percaya tanpa bukti. Untuk yang duduk atas pagar lompat kepada percaya dan fikir dan bukan percaya semata-mata.

6. #41 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 4:27 pm
Dasar perjuangan kedua-dua sebenarnya sama, cuma beza satu Hadari (lebih fikir) satu lagi Popular (lebih percaya). Bagaiman boleh berbeza kalau kedua-dua BA dan BN punya rakan kongi yang berlainan akidah. Wajib kita memperbetulkan salah tanggapan bahawa yang satu tu sahaja yang berjuang untuk Islam.

7. #17 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 4:36 pm
Kesian Ustaz, Ini kes guna matahari sebagai lampu suluh sampaikan tak nampak tulisan yang ada.

8. #39 Pak_Din Says:
February 15th, 2008 at 5:59 pm
Untuk tidak termakan ‘ubat racun’ eloklah diandaikan BA tidak menang kerana sebelum bertanding lagi jawapan kepada kegagalan memerintah telah diberikan … termakun racun. Saya lebih kuhatir rarun-racun PRU semasa kempen yang samar, yang selalunya berdasarkan andaian dan jangkaan yang dibuat tanpa pengalaman. Memanglah kalau tidak diberi peluang pertama, masakan boleh ada pengalaman, tetapi itulah kekhuatiran yang ada di sudut benak. Belum berjaya mengendali skala mini dan memasang semangat mengejar skala mega. Belum pasti boleh berjalan dah berkempen mengajak berlari. Kita perlu menghayati realiti kerana fantasi senang diperolehi di alam maya (cyber) sekarang ini. Belum belajar membuktikan percaya sudah mahu membuat andaian.

Kepada YusMMu, saya bukan rindukan Mahathir, tetapi saya rindukan orang-orang yang berwawasan seperti dia. Ciri-ciri jatidiri bukan menunggu penggal kedua atau ketiga, tetapi dari sebelum menjadi pemimpin sudah terserlah kepimpinannya. Saya bukan sukakan wadah (BN) tetapi saya rindukan isi di dalam wadah. Jangan asyik menukar wadah kerana kita akan terlupa kepentingan isinya. Kalau rasa isinya kurang masin, kenapa tak cari garam. Kenapa tidak sama-sama membetulkan citarasa dari sibuk mencari wadah baru? Kita tidak menyusun keutamaan akibat selalu mengikut selera dan hati.


S001 Bermula bulan ke 6.

Februari 15, 2008

Salam semua,

1. Bersyukur kita kepada Allah Azza Wa Jal (awj), dengan limpah kurnia qudrah dan iradah dariNya dapat kita bertemu kembali di halaman ini. Terus terang saya katakan, tiada pekara pokok baru yang ingin diutarakan kerana pada asasnya kehidupan ini adalah berkaitan dengan tauhid atau mengesakan. Sepertimana telah saya sentuh di masa lepas, carakerja Allah mengarah kepada kesatuan (convergent) sementara carakerja mahluk mengarah kepada perpecahan (divergent). Al Quran menekankan bahawa kita tidak akan dapat bertemu dengan perubahan kepada carakerja Allah (Sunah Allah). Sementara penurunan kitab-kitab berbeza mengikut zaman, membuktikan carakerja manusia, sebagai khalifah kepada mahluk, sentiasa berubah mengikut zaman.

2. Mahluk dicipta oleh Allah awj. Sebelum adanya mahluk, zat Allah telah sedia ada atau qidam dan selepas ketiadaan mahluk nanti hanya zat Allah sahaja yang ada atau baqa. Kedua-dua ini jelas kepada kebanyakan kita tentang hanya adanya zat Allah. Yang kurang difahami ramai ialah setelah adanya mahluk atau Alam ini, masih HANYA zat Allah yang ada atau wujud. Mustahil wujud dua zat dengan hanya perbezaan, antara beberapa pendapat, bahawa zat mahluk itu tiada sebelum ada dan kemudian tiada selepas ada. Tidak layak bagi mahluk untuk menggunakan sifat ada. Kalau digunakan kata sifat yang sama bagi menerangkan sifat Allah dan mahluk, ia merupakan hanya sama pada nama atau kata dan tidak sama pada zat atau hakikat.

3. Dengan sifat berkuasaNya Allah (‘Az) maka Allah membentuk mahlukNya dengan ‘penjelamaan’ atau ‘penterjemaahan’ (dua perkataan Melayu yang paling hampir untuk menghurai Jal). Kuasa, tenaga dan daya Allah itulah yang tajjali membentuk mahluk. Ini diperhatikan dan dibuktikan oleh saintis dengan rumusan e=mc^2. Maka segala-galanya adalah berasal dari tenaga dan kuasa. Secara saintifiknya kuasa itu ada pengawalan penggunaan tenaga. Allah mempunyai tenaga yang tidak terkira jumlahnya (saintifiknya infinity). Tidak bermakna jumlah tenaga yang banyak jumlahnya sekiranya tidak dikawal penggunaannya. Sebab itu Allah menjadikan sesuatu itu dengan kadar tertentu dan sebab yang ditentukan oleh iradahNya.

4. Kesemua benda (matters) mengandungi mass (m), yang dihurai oleh rumusan di atas, sebagai berhubungan dengan tenaga (e) dan ganda dua kelajuan cahaya (c x c atau c ^ 2) sebagai konstantnya. Ibarat wap air boleh menjadi air sekiranya disejukkan dan air menjadi wap air sekiranya dipanaskan, maka air (cecair) boleh bertukar menjadi wap (gas) dan sebaliknya. Ibarat ini tidak bergitu tepat kerana kedua-duanya masih benda (matters), tetapi ia dapat menggambarkan dari air ia hilang dari pandangan menjadi wap dan kemudian boleh ditukar kembali menjadi air. Dalam rumusan di atas ia mengaitkan hubungan benda (matters) dengan bukan-benda/tenaga (non-matters/energy). Jadi jelas bahawa Alam ini terdiri dari benda (matters), yang kemudiannya menimbulkan konsep ‘materialistic world’, dan tenaga (roh).

5. Di dalam pasa kedua penulisan saya di halaman ini saya akan cuba memaparkan dari sudut ketuhanan segala pemenuan sains yang menyokong kepada adanya kuasa yang membentuk Alam ini. Kita akan juga lihat kemudian bagaimana kuasa ini membentuk jasmani dan rohani Alam. Seterusnya bagaimana kepintaran (intelligent) yang berada bersama Alam itu merupakan tajjali dari adanya Allah. Walaupun mathematik yang terlibat di dalam memahami rumusan-rumusan ini sangat komplek, kita akan cuba menjelajahinya dengan tidak melibatkannya sebaik yang mungkin. Isunya ialah untuk membolehkan kita seterusnya memahami bahagian-bahagian yang positif di dalam percaya dan fikir, arts dan sains, iman dan ilmu, dan sebagainya, yang kemudiannya menerangkan apa itu creationist dan evolutionist.

6. Sebagai manusia, Allah memberikan kita dua kaki dan dua tangan (malah dua bahagian otak) untuk kestabilan dan kekuatan untuk melaksanakan tugas jasmani di dunia. Begitu juga dua carakerja (sunnah atau peraturan) yang akan memastikan perjalanan rohani kita stabil iaitu Sunnah Allah dan Sunnah Mahluk, atau lebih tepat lagi Sunnah Nabi, kerana antara semua mahluk yang ada, Nabi saw telah dipilih untuk menerima wahyu terakhir bagi menjadikan kehidupan manusia ke arah kesempurnaan sebagai khalibah di muka bumi ini. Kalau kecacatan jasmani dengan berkaki satu akan mendatangkan masaalah kepada manusia, maka kepincangan mengikuti kedua-dua sunnah juga akan menyebabkan masaalah besar kepada rohani manusia.

7. Topik utama di bawah Sunnah Nabi akan menyentuh banyak tentang kegiatan ekonomi, kerana ekonomi merupakan kayu ukur yang berkesan untuk melambangkan kegiatan sosial manusia, walau sensitif mana ia akan dilihat oleh sesetengah pehak. Ekonomi juga diberikan penekanan oleh Nabi saw, dengan peringatan bahawa berniaga itu adalah 90% dari sumber rezeki. Nabi saw juga menghabiskan jangka masa yang panjang bekecimpung di dalam bidang ekonomi dengan berniaga, sebagai menyediakan asas keperluan diri sebelum dilantik untuk membawa tugasan yang lebih berat berdakwah kepada manusia di persekitaran, khasnya dan seluruh dunia amnya.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.