R68 SI 23-24/2/2008

1. #7 Pak_Din Says:
February 23rd, 2008 at 7:38 am
Manusia diberikan naluri mempertahankan apa yang dipercayainya. Artikel Ustaz sebelum ini mengukuhkan kenyataan itu. Tamadun manusa dari mulanya terbina atas dasar yakin kepada apa ayng dipercayai. Kebenaran Bumi mengelilingi Matahari hanya ditemui kurang 500 tahun sedangkan tamadun besar telah bermula 5000 tahun. Jadi walaupun kepercayaan manusia terhadap Alam itu salah, ia tidak menghindarnya dari mempercayai sesuatu dan melaksanakan yang dipercayai. Dan ini masih berlaku sekarang. Amerika yang mempunyai ‘amalan kelas satu kempen pilihan raya’ terdiri dari majority penduduk yang bergantung kepada kepercayaan. Mereka dialun irama kempen yang menyakinkan, walaupun apa yang dikempenkan tidak sepenuhnya kebenaran. Itulah yang selalu saya rujuk manusia suka dijaga hatinya bukan dijaga akalnya. Biar apa pun kebenaran yang ada, kepercayaan meyakinkan manusia untuk bertindak. Mereka merasakan bahawa kepercayaan mereka adalah kebenaran dan tidak mahu berusaha membuktikan kepercayaan mereka. Ini dibuktikan oleh 4500 tahun manusia percaya Bumi adalah paksi kehidupan sedangkan ia adalah bukan kebenaran.

2. #46 Pak_Din Says:
February 23rd, 2008 at 7:56 am
Lanjutan dari kenyataan bahawa manusia bertindak lebih banyak atas kepercayaan dan bukan kebenaran maka lahirlah pendapat yang sains sosial itu menggantikan syariah. Sudah pasti saya menyokong Ustaz bahawa bukan itu yang dilaksanakan. Ustaz mengahwinkan kedua-duanya, sebagaimana pentingnya kita menghawinkan atau synergikan Sunnah dan Syariah Allah. Saya lebih gemar merujuk sebagai Sunnah Allah (SA) dan Sunnah Nabi (SN). Maka kalau ada 3 cabang utama dalam beragama (SN) iaitu usuluddin/tauhid … maka kita mesti mengenali 3 cabagn yang sama di dalam SA, yang kajian tentangnya dirujuk sebagai ilmu sains. Saya melihat Pure Science sebagai Tauhid (bukti) dalam SA, sementara Usuluddin sebagai Tauhid (percaya) di dalam SN. Begitu juga dengan Sains Sosial boleh dianggap sebagai Syarak (bukti) di dalam SA, sementara Ibadah sebagai Syarak (percaya) di dalam SN. Setiap yang dipercayai mesti dibuktikan. Hanya apabila kita gagal memaksimakan penggunaan akal kritikal kita akan tidak dapat melaksanakan pembuktian.

3. #8 Pak_Din Says:
February 24th, 2008 at 1:12 pm
Sungguh tepat kata-kata Ustaz, pilihlah prinsip bukan orang yang melaksanakan prinsip. Pilih Islam bukan Muslim. Kerana semua Muslim dari pelbagai mazhab, kumpulan, manhaj dan sebagainya, mengatakan mereka adalah pejuang Islam di lisan mereka. Hasilnya ialah bercakaran, berperang dan berbalah kerana sudut pandangan dari kedudukan mereka ke arah Islam yang luas ini, terlindung akibat halangan, yang selalunya adalah perangkap adat, rabun pemikiran dan tuntutan nafsu. Selagi kita tidak memfokuskan kepada erti sebenar ‘Awaluddin maariful Llah’, kita akan sentiada keluar dari mulut buaya masuk ke mulut rimau dan keluar dari barisan masuk barisan lain.

4. #16 Pak_Din Says:
February 24th, 2008 at 9:37 pm
Semangat yang ditiup melalui slogan memang cepat maraknya, tetapi cepat padamnya secepat maraknya. Semangat yang diazamkan pemikiran yang waras, memerlukan jangkamasa panjang tetapi ia terus hidup lama dan susah nak terpadam. Laungan slogan hanya befungsi jangka pendek dan banyak mengundang bahaya dengan mencetusnya kemarahan pehak lawan. Sudah pasti ia tidak bersesuaian dengan akhlak mulia yang menjadi ukuran. Tanpa disedari kebanyakan slogan, yang merupakan juga sebuah doa dan harapan, hanya membuktikan yang menggunakan senjata tidak tahu apakah yang didoakan. “Hidup Islam, Hancur kezaliman …..” adalah sejagat sifatnya. Ia hanya menghancukan orang yang menggunakan slogan/doa kerana tidak mahu mengakui bahawa slogan itu boleh digunakan oleh dua-dua barisan. Fikir betul-betul siapa lebih Islamik, melihat ‘Islam tanpa Muslim di Paris (KL) atau Muslim tanpa Islam di Kaherah (Kota Baru)’

5. #32 Pak_Din Says:
February 24th, 2008 at 10:21 pm
Hai bang … Pakistan dah ada senjata nuclear, kita masih di tahap senjata no_clear. Jijik kalau kalah. Hakikatnya demokrasi itu yang membuatkan ramai Paki terpaksa jual karpet di sini. Jadi kalau menang nanti, kita harapkan ramai Melayu di Medan! Atau kerana Paki itu Islam kita bagi makan sajalah mereka. Kuasa di Pakistan dan Bangladesh (dulu Pakistan) semua turun temurun, ipar duai. Dua tahun saya merenatau di sna, simpang malikat 44, janganlah jadi macam di sana.

6 Responses to R68 SI 23-24/2/2008

  1. Sha berkata:

    Ummu Aniq February 28th, 2008 at 1:19 am

    Salam.
    Istidraj… banyak contoh yang telah Allah perlihatkan kepada kita sama ada melalui sirah rasul bahkan yang ada di depan mata. Teringat zaman persekolahan dahulu ketika saya masih tercari-cari jemaah manakah menyampaikan mesej Islam yang sebenar, saya pernah tertarik dengan jemaah Al-Arqam, ada antara hujahnya ” Kalau jemaah kami jemaah yang tidak benar, mana mungkin Allah izinkan kami terus berkembang luas bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar negara”. Bersyukur pada Allah kerana saya tidak terperangkap dengan hujah tersebut dan akhirnya kita lihat Al-Arqam tersungkur juga dengan kehendak Allah.

    Semoga Allah selamatkan kita semua daripada menjadi orang yang bodoh dan dungu…

    Dari http://saifulislam.com/?p=1522#comment-13331

  2. Sha berkata:

    ESQ akan memandu seseorang dalam membangunkan prinsip hidup dan keperibadian berdasarkan ESQ Way 165. Angka 165 merupakan simbol bagi 1 hati yang Ehsan pada God Spot, 6 Prinsip Moral berdasarkan Rukun Iman dan 5 Langkah Kejayaan yang berdasarkan Rukun Islam.

    Walaupun ESQ berasaskan agama Islam, ini tidak bererti ESQ hanya ditujukan secara eksklusif untuk individu Islam sahaja. ESQ adalah untuk semua tanpa mengira agama atau bangsa. ESQ adalah untuk sesiapa sahaja yang berkeinginan membentuk keperibadian yang unggul dan bertanggungjawab. Selain itu, ESQ juga merupakan suatu usaha yang telah dapat menghubungkan rasionalisme dunia kerjaya dengan spriritual keTuhanan dengan cukup berjaya yang akan membawa kepada bukan sahaja kejayaan di dunia tetapi juga kejayaan di akhirat.

    Dari http://www.esq.com.my/main/

  3. Sha berkata:

    Berhubung dengan cadangan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat menurut jejak langkah Kelantan mengharamkan judi dan mengawal penjualan arak, beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu.

    “Ketika kita hendak melaksanakan pengharaman judi di Terengganu dan Kelantan dahulu, kita tanya orang bukan Islam dahulu. Bila mereka kata judi juga dilarang oleh agama mereka, kita haramkan judi itupun dengan perlahan-lahan sehingga mereka ada pekerjaan lain.

    “Arak pula dibenarkan oleh agama mereka, jadi kita benarkan untuk mereka.

    “Tentang negeri-negeri Pakatan yang lain seperti Perak sekarang, kita kena memahami realiti kita berada dalam kerajaan campuran dan tidak mempunyai kuasa mutlak. Jadi dalam kerajaan sebegini kita utamakan pelaksanaan Islam yang universal yang tonjolkan keadilan seperti banteras rasuah dan sebagainya,” kata Abdul Hadi.

    Dari http://elbaritii.blogspot.com/2008/08/presiden-pas-kita-utamakan-pelaksanaan.html

  4. Sha berkata:

    Secara mantiq/ logik, diambil kesimpulan, kata ‘ujûd’ tidak dapat diberikan kepada segala sesuatu selain Tuhan (kerana tiadnya selain tuhan atau tiada makhluk serta Allah: mâ siwâ Allâh), alam dan segala sesuatu ‘yang ada’ hanyalah fantasi/ilusi Illahiyat semata2. tanpa realiti kebekuan/jamadat. Namun demikian, Syekh memakai pula kata ujud khusus untuk menunjukkan Tuhan.

    Beliau mengungkapkan secara metaforik/ kinayah/ qias untuk mempertahankan bahwa wujud hanya ‘milik’ PENAMPAKAN/ TAJALLI Tuhan secara majaz/berselindung/topeng. Sedangkan wujud yang ada pada alam/perasaan, hakikatnya adalah wujud Tuhan yang dipinjamkan/majaz kata2.. Sebagaimana cahaya hanya milik matahari dan diri matahari itu sendiri.

    ‘Hubungan’ antara Tuhan dan alam sering digambarkannya dengan hubungan antara ZAT dan SIFAT (cahaya dengan kegelapan). Karena wujud hanya milik Tuhan, maka ‘adam (ketiadaan) adalah “milik” alam.

    Karena itu, Ibn al-‘Arabi mengatakan bahwa wujud adalah cahaya, dan ‘adam adalah kegelapan

    Dari http://maskbrain.blogspot.com/2008/08/tajalli-konsep-nur-muhammad.html

  5. Min berkata:

    The Uncertainty Principle
    A German scientist named Werner Heisenberg came up with this idea called the uncertainty principle. He figured that the position and momentum of an atomic particle cannot both be observed accurately at the same moment in time. The idea shows that because these pieces are so small, whatever device you use to measure the particles will affect them. Think about it. If you use light to examine a piece of light, won’t you knock it around? Well now you just lost the idea of position. What if you freeze it in place? That’s all very well, but now you don’t know where it was going, or how much momentum it had. When you increase the precision of one measurement, the other measurement will suffer

    Dari http://www.physics4kids.com/files/mod_quantum.html

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.