S009 Permata999 sampai ke 485.

1. Kelas Permata telah sampai ke hari 485, 15 hari lagi melalui nisfu (separuh) yang dijadualkan. Ayat 93 sehingga ayat 105 Surah Am Mu’minuun, surah ke 23 di dalam Juzuk ke 18. Untuk pengetahuan, kelas ini tidak berlansung setiap hari, tetapi sekurang-kurangnya 4 kelas dalam seminggu. Pada awalnya ia lebih kerap, tetapi dengan kegiatan kelas tambahan dan saya menghadiri kursus, pada tahun ini bilangan hari seminggu semakin kurang. Bagaimanapun, bilangan akhir kelas ini masih ditetapkan pada 999 hari, atau anggaran awal lebihkurang 3 tahun.

2. Suka saya memetik tiga ayat untuk dikongsi bersama pembaca, iaitu ayat 104 sehingga 106, seperti berikut;
104. Api Neraka itu membakar muka mereka dan tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.
105. (Sambil dikatakan kepada mereka): Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?
106. Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.

3. Sebagaimana yang diketahui, ayat-ayat Allah terdapat dalam dua kategori besar (ulasan dari Dr Danial), iaitu ayat-ayat yang dimuatkan di dalam Kitab Al Quran, yang berjumlah 6,236 dan ayat-ayat dari Kitab Alam, yang tidak terkira jumlah banyaknya. Ramai yang sedia maklum kehadiran ayat-ayat Al Quran, tetapi jauh lebih ramai yang tidak tahu dan tidak mahu tahu adanya ayat-ayat Kitab Alam. Kehadiran ayat-ayat Al-Quran dalam bentuk tersurat sementara ayat-ayat Kitab Alam merupakan apa yang tersirat di dalam perancangan dan ketentuan Allah.

4. Sebagaimana Surah Al Fatehah menjadi pembuka atau pintu kepada Al-Quran, maka keseluruhan Al-Quran itu pula menjadi pembukaan atau pintu kepada Kitab Alam. Allah menerangkan di dalam Al Quran, bahawa segala kejadian yang berlaku di Alam ini, dengan diambil contoh penciptaan langit dan bumi, serta pertukaran malam dan siang, sebagai tanda-tanda atau ayat-ayat yang membuktikan wujudnya Allah dan kuasaNya. Ayat-ayat Alam inilah yang dirujuk sebagai Sunnah Allah dan Al Quran menjelaskan bahawa ianya tidak pernah dan tidak akan berubah mengikut masa. Lihat Bhg 3 Teori Darwin – Keadilan pada Pintu.

5. Di Bhg 16 Teori Darwin – Hukum garisan dan hukum halangan, saya cuba menarik perhatian kepada mendahulukan yang utama atau mengambingi kehadiran kedua kesan dari jenis ayat-ayat di atas. Malangnya Muslim seakan mendustakan kehadiran ayat-ayat Alam dan ini sangat jelas dapat dilihat kesan pendustaannya dari kemunduran di dalam segala bidang kehidupan di atas muka Bumi ini. Mereka lupa bahawa kehidupan di dunia ini adalah sebagai jambatan ujian yang akan menentukan kehidupan akhirat. Adakah dengan tidak mengambil ujian, atau menduduki bahagian kecil ujian, kita akan lulus ujian?

6. Terlebih lagi malang adanya yang angkuh dengan memperkecilkan dunia seraya berkata “Biarlah mereka menyibukkan diri dengan keduniaan, bahagian kita di akhirat”, setelah hanya melakukan segala suruhan tanpa mahu memahami untuk apa ia dilakukan. Mereka lebih mementingkan ritual dari cuba memahami tujuan melakukannya. Mereka terus melakukannya ibarat robot yang telah diprogram untuk membuat sesuatu, sehinggalah satu hari nanti meraka lenyap dari muka Bumi. Di akhirat kelak alangkah terperanjatnya mereka apabila mendapati di Dunia mereka terlalu asyik dengan duduk di pintu tanpa keluar medalami Kitab Alam.

7. Keredhaan dari Allah akan diperolehi apabila kita tahu mencari keizinanNya di Dunia. Keizinan melalukan sesuatu merupakan ujian kehidupan bagi menentukan kehidupan seterusnya. Jangan diimpikan mendapat keredhaan Allah sekiranya di Dunia tidak mengkaji dan berusaha memahami ilmu Allah yang ditulisNya di Kitab Alam. Segala-gala yang ada di Kitab Alam itulah SunnahNya atau CarakerjaNya, yang hanya Dia berikan kunci ghaib membukanya kepada sesiapa yang berusaha mencarinya. Sesungguhnya ayat-ayat Kitab Alam itulah Sunnah Allah dan sangat menentukan kehidupan di Dunia dan Akhirat.

35 Respons bagi “S009 Permata999 sampai ke 485.”

  1. Ummu Aniq Berkata:

    Salam.

    Antara ciri-ciri manusia yang berjaya di akhirat adalah manusia yang ketika berada di dunia sentiasa :
    - melaksanakan ibadat khusus yang wajib dan sunat seperti solat, puasa dan sebagainya.
    - bermuamalah dan berkomunikasi dengan akhlak mulia.
    - mengurus dan mentadbir dengan mengikut panduan al-Quran dan hadis.
    - melaksanakan hukum mengikut syariat Islam.

    Adakah ciri-ciri ini ada pada diri kita? Tepuk dada tanya iman…
    Wallahu a’lam.

  2. shar Berkata:

    Terima kasih Ummu Aniq.

    Saya sentiasa memastikan kehadiran ciri-citi tersebut,
    - ibadah khusus yang wajib adalah yang menjadikan kita mencapai tujuan mengenal Allah, bukan bangga dapat melakukannya atau terpaut kata-kata manusia.
    - ahlak yang mulia perlu dilihat dari sudut akal dan bukan hati, yang selalunya cenderung kepada nafsu.
    - jangan sekali-kali dilupakan dua sumber penting, yang menjadi titik tolak atau pintu keluar mencari ayat-ayat Allah yang lebih luas.
    - Jangan disempitkan Islam sebagai disampaikan oleh Nabi terakhir sahaja, malah perli diingat terdapatnya 128,000 nabi-nabi yang menyampaikannya.

    Sentiasa tanya pada akal kerana lazomnya menepuk dada mengambarkan kepercayaan yang tidak disertakan dengan usaha mencari bukti.

  3. shiha Berkata:

    Salam…

    Pak Din, teruskan perjuangan membuka mata anak bangsa :). Bukan mudah untuk menguasai Sunnatullah dan Syariatullah serentak. Tapi hidup memanglah tak pernah mudah. Yang susah itulah nikmat.

    Wasalam.

  4. shar Berkata:

    Wah, that my girl! ops .. girl’s mother.

  5. shar Berkata:

    I think the comment is inappropiate, but should I erase? I think I should leave it there, but tell and promise myself to be more careful when making comments. Even if I erase the original copy (written by Allah) will not be erased. Sorry!

  6. shiha Berkata:

    I agree and you should feel sorry

  7. shar Berkata:

    “Darwin sebagai seorang pemerhati alam (saintis), Allah ilhamkan kepadanya Kitab Manzur (ilmu alam) Kita sebagai seorang Muslim Allah menurunkan Kitab Mastur (Al-Quran) sebagai panduan.”

    Dari

    http://msaidhawwa.blogspot.com/2008/05/benarkah-islam-menolak-evolusi.html

  8. Ummu Aniq Berkata:

    Salam.
    Terima kasih atas ulasan yang bernas. Memang akal yang perlu ditanya kerana dengan akal yang dimanfaatkan berdasarkan ilmu yang dipelajari maka baru hadirnya iman yang tulen.
    Terima kasih sekali lagi.

  9. shar Berkata:

    Bukanlah saya bertujuan mempromosi mana-mana manhaj, tapi mulakan dengan “Syariat” mengikut Sunnah Rasul, dengan mengambil “Tarikat” mengetahui Sunnah Allah untuk mendapat “Hakikat” terbuka kebenaran )selepas membuka luas minda, yang akan menghasilkan “Maarifat” kenal hakikat Allah dan akhirnya “Hadirat” merasakan kehadiranNya dalam setiap apa yang kita lakukan, hatta, berbincang dengan Syaitan.

    Selamat berkenalan.

  10. Ummu Aniq Berkata:

    Salam.
    Untuk merasakan “Hadirat” itulah step yang paling sukar dalam proses mengenal Allah… Contohnya dalam solatpun payah untuk adanya perasaan tersebut kerana pelaksanaan solat itu dibuat atas dasar tanggungjawab sebagai seorang muslim…
    Semoga dengan adanya perbincangan seperti ini dapat membuka minda yang masih kabur dalam mencari jalan menuju keredhaan Allah, InsyaAllah.

  11. shar Berkata:

    Masaalahnya kita diajar untuk kyusuk semasa solat! Patut ke?
    Mungkin jawapan terdapat di celah-celah yang berikut atau ratusan komen saya sebelum ini.

    http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15682
    http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15686
    http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15697
    http://saifulislam.com/?p=1738#comment-15734
    http://saifulislam.com/?p=776#comment-19067

  12. shar Berkata:

    Zoroastrianism is uniquely important in the history of religion because of its possible formative links to both Western and Eastern religious traditions. As “the oldest of the revealed credal religions”, Zoroastrianism “probably had more influence on mankind [sic] directly or indirectly than any other faith”.[9]

    It has been asserted[10][11] that key concepts of Zoroastrian eschatology and demonology had influence on the Abrahamic religions. However, Boyce[12] and other Iranists also note that Zoroastrianism itself inherited ideas from other belief systems and, like other practiced religions, accommodates some degree of syncretism. For example, one of the popular strains within Zoroastrianism considers (the representation of) evil to have been one of God’s creations (that subsequently turned from God). This idea of a unity of a creative principle is a relatively recent development and directly attributed to influence from Christianity, specifically, the impact of Protestant missionaries on the Indian subcontinent during the 19th century (see Angra Mainyu in present-day Zoroastrianism for details).

    http://en.wikipedia.org/wiki/Zoroastrianism

  13. shar Berkata:

    Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?

    Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.

    Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.

    http://saifulislam.com/?p=474

  14. Pak Din Berkata:

    Sdri Ummu Aniq

    Soalan saya perlu diubah ke “Patutkah kita diajar kyusuk hanya di dalam solat sahaja?”

  15. Ummu Aniq Berkata:

    Salam.
    Emm… Bagus soalan tu. Selama ini dari kecil hingga sekarang kita diajar dan ditekankan supaya khusyuk dalam solat. Even dalam syllabus Pendidikan Islam pun ditekankan perkara ini. Namun, tidak wajar hanya khusyuk dalam solat sahaja yang ditekankan kerana dalam hidup kita banyak lagi ibadat wajib dan ibadat sunat lain yang perlu kita laksanakan. Ia perlu seiring dengan sifat Istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Apa pendapat saudara ?

  16. Pak Din Berkata:

    Itulah tradisinya. Kyusuk hanya dalam solat. Merasakan adanya Allah hanya ketika solat. Bila di luar solat segalanya tidak berasaskan perlunya kusyuk kepada Allah. Solat itu perlu didirikan, seperti di dalam Al Quran, agar dapat mencegas fahsa dan mungkar. Dan buka setakad itu sahaja. Allah malah mengingatkan kepada orang yang bersolat, bahawa Neraka Wayl bagi mereka, sekiranya solat mereka tidak mencapai tujuan tadi, kerana kelalaian mengenali tujuan utama solat di dirikan. Sekarang ini ramai orang tidak solat (kufr), ramai yang solat dan tidak dapat apa-apa dan paling ramai yang solat tetapi mendapat api neraka, kerana tidak menghidupkan solat. Tidak hidup kerana cerita pasal kyusuk dalam solat sahaja, di luar solat tak pernah ditekankan pasal kyusuk.

  17. Ummu Aniq Berkata:

    Dalam rukun Islam, solat menjadi rukun yang kedua manakala yang pertama mengucap dua kalimah syahadah. Andai hakikat Allah kita tak kenal, bagaimana nak datangnya khusyuk dalam ibadah ?
    Saya amat sedih ramai dikalangan anak-anak murid saya yang ucapan syahadahnya sempurna boleh dihitung dengan jari… Sangat mencabar untuk mendidik anak-anak yang tidak mendapat didikan Islam dari rumah, untuk mengenal Allah SWT di sekolah. Sehinggakan pernah sampai satu tahap hendak saja saya luahkan kepada mereka : “lantak engkaulah, yang masuk syurga engkau, yang masuk nerakapun engkau…” Namun wajarkah saya buat begitu? Kerana itulah saya perlukan satu kekuatan dalam diri untuk makrifatullah supaya apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana-Nya.
    Wallahu a’lam.

  18. Pak Din Berkata:

    Sudah pasti tidak wajar secara lisan kepada mereka, mungkin di hati adalah selemah-lemahnya kita boleh luahkan, tetapi saya faham dengan hak individu, yang diperolehi oleh anak-anak sekarang, yang mulanya diberikan oleh segelintir ibu bapa dan kemudiannya menular menjadi piawaian masyarakat disebabkan kes-kes terpencil yang berlaku ataupun atas nama menghormati hak asasi manusia.

    Keseluruhan rukun islam itu perlu dihidupkan, solat sebagai tiangnya agama, disebut secara jelas di Al Quran. Ini termasuklah syahadah, jika tidak dihiupkan maka ia menjadi sefasih burung kakak tua. Syahadah yang tidak berkesan tidak kelihatan terjemahannya di dalam perbuatan atau pegangan seseorang. Contoh bersyahadah, kemudian mengatakan kesusuhan hidupnya adalah ketentuan Ilahi. Apa yang ditentukan Ilahi? Bukan Melayunya yang ditentukan Ilahi menjadi mundur, tetapi ciri-ciri orang yang bertindak semacam Melayu yang ditulis Allah akan mundur. Jadi mulutnya bersyahadah, tindak-tanduknya tidak.

  19. Ummu Aniq Berkata:

    Terima kasih Pak Din. Saya masih lagi dalam proses memahami tulisan-tulisan Pak Din especially berkaitan dengan Teori Darwin. Izinkan saya print mana-mana article Pak Din yang saya rasa sesuai untuk saya kongsi dengan keluarga, rakan dan anak murid (boleh baca sambil mengawas exam, he..he..).
    Semoga Allah memberi ilham yang lebih hebat kepada Pak Din untuk dikongsi bersama pembaca blog, InsyaAllah.

  20. Pak Din Berkata:

    Kesemua tulisan adalah bagi tujuan untuk perkongsian bersama sekiranya mendatangkan manfaat. Pada masa yang sama curahan ilham dari Allah, perlu kepada penapisan yang sempura, bukan sahaja dari saya, tetapi saya mengharapkan kepada yang sudi memberikan pandangan alternatif. Sudah pasti kita tahu bahawa Allah memberikan yang terbaik, melalui malaikahnya, tetapi kehadiran unsur -ve melalui syaitan tidak boleh dinafikan, datang mengganggu, samada kita sedar atau tidak. Hal ini terangkum di dalam kefaham saintis yang kemudiannya merumus Thermodynamic Law ke 2.

    Saya merasa tersentuh saudari melihat kepada Teori Darwin. Semaemangnya itulah yang diharapkan. Tetapi apa yang saya tulis bulanlah hanya mengjangkau sesuatu bagi tujuan lulus degree, atau batu loncatan untuk bekerja, malah saya menyentuh Darwin untuk memperbetul aqidah kita. Memang belum ramai yang bersetuju dengan kenyataan itu, bahawa ia berkaitan dengan aqidah, tetapi itu;ah yang saya cuba hendak sampaikan.

    Saya terharu kerana saudari memulai dari sudut ibadah, yang saya kita adalah tatacara perlakuan kita bagi menyusun strategi untuk mendapatkan aqidah yang sempurna. Tidak ramai yang mahu melihat kepada tujuan mengenali Allah dengan aqidah yang sempuran, melalui jalan memperbaiki tatacara perlaksanaan ibadah.

    Saya percaya saudari mempunyai siswa siswi yang berpotensi untuk digilap mindanya agar dapat mengjangkau kepada pekara-pekara yang tidak terjangkau oleh kebanyakan kita. Sudah pasti jangkauan ini perlukan sentuhan pembetulan dari masa ke semasa, tetapi kita perlu melihat bahawa mendidik mereka mengjangkau itu adalah keutamaan pertama.

  21. Ummu Aniq Berkata:

    Salam.
    Saya menitikberatkan tatacara pelaksanaan ibadah kerana dalam ibadah-ibadah ini banyak rahsia Allah yang boleh diungkap dan banyak hikmah Allah yang boleh diperolehi. Bukankah Allah berfirman yang bermaksud : “Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu”.
    Saya ada membaca laman tazkirah yang bertajuk ‘Solat Dalam Sudut Pandangan Sains’ yang mengaitkan solat dengan sains, membuatkan saya cuba untuk lebih memahami bahawa dalam setiap perlakuan ibadah kita kepada-Nya ada rahsia, ada kebaikan dan ada manfaatnya untuk orang yang melaksanakannya. Kita hanya akan dapat merasai dan menjiwai ibadah tersebut seandainya kita benar-benar kenal hakikat Allah SWT. Daripada kenal Allah ini barulah datang cinta kepada Allah, kemudian barulah datang keikhlasan dalam pelaksanaan ibadah kerana hakikatnya Allah bukan hanya ada ketika solat…

  22. Pak Din Berkata:

    Sangat cantik peringatan tersebut. Tetapi jangan kita mikro kan beribadah itu sehingga lupa tujuan ibadah itu. Pada makro beribadah tidak lain ke arah menganal Allah. Awwal Ad Din Maarifatulah. Jangan kita lupa seperti di dalam membuat penyelesaian mathematik, pada awalnya kita membuat anadaian let the unknown be x. Dari pemerhatian yang saya lihat andaian mengenal unknown itu kekal sebagai unknown, kerana keterbiasaan ianya unknown dan menjadi robotik (alah bisa tegal biasa) kepada ibadah. Hasilnya, Ramadhan adalah bulan paling tinggi Melayu membeli makanan. Puasanya cantik tapi hasil kenal Tuhannya tidak. Banyak lagi ibadah yang menjadi mangsa. Saya tidak mempertiaki kewajiban ibadah tetapi yang bagaimana.

    Seperti yang banyak talah saya kemukakan, Sunnah Nabi hanya diikuti separuh sahaja. Sunah selepas Nabi berumur 40 tahun. Nabi berniaga tak ramai nak memperjuangkan. “Setelah selesai solat, bertaburlah kamu di atas muka Bumi, mencari yang terbaik dari Allah”. Kenapa semua ilmu tentang kejadian ciptaan Allah hanua dikuasai oleh Bukan Muslim? Maka itulah salahnya beribadah Muslimsekarang ini, diberatkan lagi oleh kefahaman penyampai tidak menitikberatkan makro.

    Hakikat Allah tidak data secara automatik dengan ibadah yang tidak hidup/ Dengan kyusuk yang diperjuangkan hanya dalam solat! Kyusuk itu bukan tunduk ke bawah melihat sejadah. Kalau cicak lalu, apa yang kita nampak? Kalau kita nampak cicak maka, tak kyusuk lagi, tetapi kalau kita dah boleh nampak cicak dan kesenian membentuk cicak berjalan antigraviti barulah hanpir kyusuk? Macamana nak berilmu tentang khusuk kalau penekannya adalah makraj huruf? Samapi tergeliat lidah Melayu menyebut dhall! faham makna pun tidak?

    Jangan dipersoal kewijaban beribadah, persoalkan kehidupan ibadah (Ramadahan makan kurang, Fatwa berdasarkan fakta sains, sebagai contoh) untuk menghidupkan kehidupan kita. Selagi persoalannya berkisar kepada kyusuk tradisi, samapi berpisah roh dan jasad tidak akan mendapat hakikat.

  23. Ummu Aniq Berkata:

    Ha..ha.. Terasa pulak sebab bila mengajar anak murid cara nak khusyuk dalam solat antaranya tunduk lihat sejadah dan dengar bacaan sendiri serta betulkan makhraj…
    Namun, pokok pangkalnya perspektif khusyuk itu sangat luas merangkumi seluruh aspek kehidupan. Mungkin Pak Din boleh relatekan dengan Teori Darwin Bhg 2 – Isi dan kulit ?

  24. Pak Din Berkata:

    Ya tak nafikan ia betul ketika masih unknown x. Ketika kita masih tidak dapat menghubungkitkan chemical table of element kepada adanya kita. Perlu tunduk. Perlu berusha membetulkan makhraj. Tetapi jang sampai ia menjadi kebiasaan, tunduk tapi tak kyusuk. Betul makhraj tapi tak kyusuk. Guna akal tapi tak maarifatullah. Memang susah. Tetapi keazaman mengatasi segala. Keazaman yang diterjemahkan kepada perancangan kemudian perlaksanaan. Ramai yang tersangkut di kebiasaan. Terlalu biasa dengan tidak mengbuhungkaitkan solat dengan kerja, hasilnya mensekularkan pemikiran, iaitu dah solat tak perlu kyusuk. Bukan orang Putih yang mensekularkan system kita, tetapi ia bermula dari diri yang terpaut dengan penyampai yang mensekularkan ceramah di masjid. Sehingga kita tidak dapat terima kalau Teori Darwin diceramahkan antara MAgrib dan Isya.

    Teori Darwin yang saya paparkan disimpulkan kepada DARWIN, perlu diintegrasikan bagi mendapat hanya satu tujuan, hakikat Allah. Kalau saudari mahu mulakan dengan Bhg 2, saya boleh, tetapi kesinbungan pemikiran perlu mengambil kesemua 20 Bhg.

    Isi dan kulit cuba membuka minda bahawa Allah mencipta kebaikan yang kemudian menghasilkan kejahatan. Seperti pencil. Angkat keatas satu hujung, untuk melambang kebaikan, kemana perginya sudut satu lagi? Ke bawah, sekiranya paksinya ditengah. Maka yang turun itu ada kejahatan, bukan penciptaan itu yang diinginkan tetapi ia hasil dari penciptaan kebaikan tadi. Saintifiknya Termodynamic 2.

    Maka seharian, kalau kita kata baik dari Allah, jahat dari Syaitan tanpa memahami isi dan kulit, maka kita mengtakan ada dua kuasa berbeza, yang baik Allah punya, yang jahat syaitan punya. Tidak berkuasa syaitan hendak melakukan kejahatan sekiranya tidak mendapat keizinan dari Allah. Bukan itu mendua Allah dengan kehadiran dua kuasa?

  25. Ummu Aniq Berkata:

    Salam.
    Saya masih belum khatam lagi teori Darwin ni, tapi hingga setakat ini apa yang saya faham ialah teori Darwin ini kita tidak boleh tolak bulat-bulat kerana ia banyak menjelaskan tentang hakikat sunnatullah. Sunnatullah bermaksud cara dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap makhluk-Nya. Semua sistem dan perjalanan alam berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah SWT. Allah menjadikan sesuatu mengikut proses-proses tertentu untuk menjadi pengajaran dan kemaslahatan kepada manusia.
    Cuma disini, kita tidak boleh relatekan hakikat kejadian manusia moden (keturunan Adam) dengan manusia yang wujud dalam teori Darwin kerana manusia moden (kita semua) telah dijadikan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Adam berilmu, tahu siapa penciptanya dan apa tugasnya sedangkan manusia dalam teori Darwin adalah jenis manusia yang dijadikan Allah sebelum Adam yang telah dipupuskan oleh Allah. (Berdasarkan buku Akal kepada Berakal tulisan Mokhtar Jamil & Datuk Dr. Hj. Faisal Hj. Othman).
    Betulkan saya kalau kefahaman saya ini salah…

  26. Pak Din Berkata:

    Itulah yang dikhuatirkan khatam sebelum sempat khatam teori Darwin, apatah lagi Kitab Alam. Tetapi kepingan jigsaw yang dah ada mencukupi untuk bercakap sesuatu tentangnya, takut tidak sempat membincangkannya di dunia ini. Sudah pasti kita tidak dapat menolak kesan carakerja Allah, sebagaimana kita tidak dapat menolak wujudnya Allah, walupun Al Quran melarang kita memikirkan tentang zatNya. Sunnah dan Syariat Allah, kedua-duanya adalah peraturan. Sunnah Allah menceritakn tentang carakerja Allah semnetara Syariat Allah, yang juga dikenali sebagai Sunnah Rasul merupakan cadangan carakerja manusia. Allah menjadikan setia sesuatu dengan kadar ukuran terentu mengikut hitungan (mathematics)

    Allah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian. Allah menjadikan Alam ini sebaik-baik kejadian yang serba sempurna dengan tiada kecacatan, termasuklah penciptaan syaitan itu. Tidak layak kita mengatakan Allah menciptakan sesuatu tanpa sifat kesempurnaanNya. Manusia modern adalah keturun Adam dan Adam berevolusi dari unsur-unsur tanah dan air. Al Quran mengatakan segala sesuatu yang ada di Alam ini dahulunya adalah satu. Saintifiknya singularity. Dengan berlakunya Big Bang maka terpisahlah 4 daya utama yang membentuk Alam ini, sebelum terbentuknya unsur kimia pertama iaitu Hidrojen.

    Manusia sebelum Adam dipupuskan Allah tetapi Sunnah Allah menghuraikan mereka sempat mengevolusikan mahluk seterusnya. Adam adalah manusia pertama yang diberikan cukup akal yang layak digelar manusia, walaupun jasadnya dan keturunan jasadnya ciptaan Allah melalui cara evolusi telah ada sebelum ia layak digelar manusia. Ibarat kanak-kanak yang baru lahir yang digelar manusia berakal selepas balig. Sebelum balig, ia adalah manusia yang mempunyai jasad tetapi belum cukup akal untuk dipertanggungjawabkan apa yang dilakukannya. Sebab itu manusia yang mati sebelum balig layak untuk terus ke syurga.

  27. Ummu Aniq Berkata:

    Salam.
    Terima kasih atas respon Pak Din. Maksud belum khatam saya disini adalah belum khatam pemahaman, bukan khatam pembacaan. Saya bukan seorang yang berlatar belakangkan sains (science background) walaupun masa SPM (1988) saya mengambil mata pelajaran Biologi Manusia dan Kemasyarakatan, jadi teori ini agak complicated untuk difahami dengan istilah-istilah sains, fizik ect sementelah saya daripada dulu disogokkan dengan teori Darwin bertentangan dengan Islam.
    Setelah bertahun-tahun mengajar dengan fahaman teori ini bertentangan dengan Islam namun terbuka fikiran saya untuk mengetahui secara mendalam tentang kaitan teori ini dengan Sunnatullah setelah saya membaca tulisan Ustaz Hasrizal dalam article “Adam Adam sebelum Adam”.
    Berdasarkan syllabus berkenaan kejadian manusia dalil kewujudan Allah dalam Pendidikan Islam Form 1 :
    a) manusia selepas Adam terjadi daripada percantuman air mani;
    b) air mani manusia terjadi daripada darah;
    c) darah pula terjadi daripada pati zat makanan yang dicernakan oleh sistem penghadaman manusia;
    d) makanan manusia adalah terdiri daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan;
    e) tumbuh-tumbuhan pula menyedut zat-zat makanan daripada tanah.
    Kesimpulannya, semua manusia adalah diciptakan daripada tanah dan berasal daripada keturunan Nabi Adam a.s. Maka dengan ini tertolaklah teori Darwin yang mengatakan manusia berasal daripada monyet.
    Setelah saya membaca dan cuba memahami teori Darwin yang ditulis oleh Pak Din esp. Bhg. 4, 6 & 7, kemudian saya relatekan dengan pembacaan saya berdasarkan buku Kisah Nabi-Nabi dalam Al-Quran tulisan Dr. Afif Abdul Fathah Thobbaroh, kefahaman saya ialah :
    1. Islam tidak menolak perkembangan ilmu pengetahuan bahkan mengakui penemuan-penemuan kajian sebagai salah satu cara untuk mengenal cara kerja Allah SWT. Ahli Antropologi membuat penyelidikan bahawa bumi ini telah dihuni oleh bermacam-macam jenis manusia sebelum Nabi Adam berdasarkan penemuan-penemuan tengkorak manusia dan tulang-tulang manusia dan melalui proses evolusi jenis manusia itu akhirnya sampai kepada fosil orang Neandertal yang dikira sebagai nenek moyang manusia berakal.
    2. Teori Darwin adalah berkenaan sejarah kehidupan manusia di muka bumi melalui proses-proses evolusi sehingga membawa kepada kejadian Adam yang lebih baik penciptaannya daripada manusia yang terdahulu.
    3. Al-Quran mengisyaratkan bahawa ada makhluk yang sudah hidup di bumi sebelum Adam (Surah Al-Baqarah : 30).
    4. Al-Quran juga menjelaskan tentang asal kejadian Adam dan keturunannya yang berasal daripada tanah (Surah Sad : 71 dan Surah Al-Hijr : 26). Tanah itu juga telah melalui proses evolusi sehingga menjadi manusia. Al-Baidhawy dalam tafsirnya mengatakan : ” Yang dimaksudkan Al-Hama ul Masnun (Al-Hijr :26) adalah tanah yang berubah menjadi kehitaman akibat dilalui aliran air dalam jangka waktu yang panjang”.
    5. Walaupun ada berbagai-bagai pendapat tentang asal-usul kejadian manusia, namun kita kena terima hakikat kita adalah ruh yang dipinjamkan sementara kedalam jasad (kenderaan), menjalankan tugas sebagai khalifah Allah sehinggalah tiba waktu ditentukan sama ada syurga atau neraka.
    6. Untuk menentukan akhiran kita sama ada syurga atau neraka, kita mestilah berusaha mengenal Allah dengan sebenar-benarnya melalui bukti-bukti yang Allah berikan berdasarkan alam syahadah selain daripada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
    7. Jadi, tidak dapat tidak, teori Darwin ini tidak dapat ditolak kerana untuk mengenal Allah kita hendaklah kenal asal kejadian kita dahulu barulah kita kenal Allah.
    8. Bila kenal Allah barulah datangnya sifat Ihsan dalam setiap badah yang kita lakukan iaitu keikhlasan juga dalam pekerjaaan kerana pekerjaan juga adalah ibadah.
    Betulkan kalau saya silap.
    Wallahu a’lam.

  28. Pak Din Berkata:

    Salam

    Sangat mendalam kefahaman Ummu kalau diambilkira ia berasaskan SPM Biology. Sudah pasti penelitian Ummu tidak hanya untuk lulus SPM atau kelulusan selanjutnya, tetapi sentiasa memikirkan ke arah memperbaiki aqidah. Syabas Ummu. Saya sangat-sangat berharap berjumpa ramai orang seperti Ummu. Kirim salam kat Abi dan beritahu Abi mempunyai seorang Ummu yang sangat luas pandangannya. Kalaulah Abi tak setuju? …

    Sudah apsti pada umur semuda Ummu, 15 tahun, 20 tahun dahulu, sangat berpontensi untuk digilap, tetutamanya gilapan itu datang dari jiwa ang sentiasa hendak mengetahui kebenaran. Di tambah lagi dengan fakta bahawa Ummu mengajar minda-minda baru. Saya dapati Ummu sangat praktikal orangnya, sanggup memahari anak murid dan menceritakannya. Tiada salah kita menggunakan kemarahan atau emosi yang lain, sehinggalah kita menggunakan dengan tiada kawalan. Tetapi ramai yang tidak meahu memahami itu.

    “Setelah bertahun-tahun mengajar dengan fahaman teori ini bertentangan dengan Islam namun terbuka fikiran saya untuk mengetahui secara mendalam tentang kaitan teori ini dengan Sunnatullah setelah saya membaca tulisan Ustaz Hasrizal”. Syabas kepada Ustaz Hasrizal kerana dapat membuka bukan sahaja minda Ummu tetapi membuka minda saya untuk mempertahankan Teori Darwin, secara khusus dan kebenaran ilmu sains, secara amnya. Saya sebenarnya tertekan dengan kefahaman Muslim arus perdana, sebagaimana Ummu katakan.

    Ustaz Hasrizal tidak membuka perbincangan untuk membuktikan asal usul dari monyet, tetapi Teori Darwin. Begitu juga saya, penekanan adalah kepada mengaitkan aqidah dengan Teori Darwin, khususnya dan ilmu sains atau ilmu mengkaji carakerja Allah amnya. Jangan disalahtafsir kenyataan ini kerana, “Beauty is in the mind of the beholder”. Tetapi cantik sungguh jalan pemikiran yang Ummu ambil untuk sampai kepada perkataan monyet itu.

    Terima kasih sekiranya benar tulisan saya memebriakn impak kepada pemifiran Ummu. Dari 7 kesimpulan (8-1) yang Ummu berikan saya mengharap Ummu tidak memberhentikan kereta di situ, kerana kerana kereta saya baru hidup enjen. Tak dapatlah nak tunjuk kecancihan saya memandu sekiranya Ummu dah berhenti. Tetapi saya pasti Ummu seorang yang cekal dan sangat berberkebolehan menegakkan kecekalan itu.

    “ penemuan-penemuan tengkorak manusia dan tulang-tulang manusia dan melalui proses evolusi jenis manusia itu akhirnya sampai kepada fosil orang Neandertal yang dikira sebagai nenek moyang manusia berakal “. Saya kira penemuan-penemuan ini semuanya benar, walaupun tidak dinafikan segelintir manusia yang sentiasa mengambil peluang untuk mengeksploit keadaaan untuk ideologi sempit mereka.

    ”2. Teori Darwin adalah berkenaan sejarah kehidupan manusia”. Saya kemukakan contoh manusia sebelum balig, yang saya kategorikan sebagai kurang sempurna, kerana belum balig. Oleh itu Kesempuranaan Allah itu tidak terjejas, kerana mengevolisi manusia dari belum sempurna.

    “ teori Darwin ini tidak dapat ditolak kerana untuk mengenal Allah” dan “ kita hendaklah kenal asal kejadian kita dahulu barulah kita kenal Allah” Cantik sungguh kesimpulan itu, secantik minda anda. Sudah pasti Abi terpikat kerana kecintikan paras rupa sekali, hehe!

    Sama-sama “Betulkan kalau saya silap.”
    Wallahu a’lam.

  29. Adros Berkata:

    Allhahuakbar!!

  30. shiha Berkata:

    Salam semua..

    Salam ukhuwwah buat Ummu Aniq :)

    Senang (hati) sekali saya membaca rumusan yang Ummu buat. Menunjukkan sesiapa saja mampu mendalami sains, jika ingin melakukannya. Saya juga, walaupun dari aliran sains, masih bertatih – tatih untuk melihat alam (dalam erti kata yang lebih mendalam). Dari segi falsafahnya, tak dapat dinafikan blog Pak Din banyak membantu [mekasih daun keladi!]

    Quote:
    “e) tumbuh-tumbuhan pula menyedut zat-zat makanan daripada tanah.
    Kesimpulannya, semua manusia adalah diciptakan daripada tanah dan berasal daripada keturunan Nabi Adam a.s. Maka dengan ini tertolaklah teori Darwin yang mengatakan manusia berasal daripada monyet.”

    Soalan dari saya utk semua, tapi bukankah monyet juga berasal dari (unsur – unsur) tanah?

    Wasalam

  31. Pak Din Berkata:

    Kadang-kadang tu susah juga nak jadi Melayu, terutama yang Islam. Ditelah tak lalu, diluah orang tak lalu (tengah Makan!) tersangkutlah di kerongkong. Moga diberi ketahanan nafas memendam rasa.
    Tetapi sebatang lidi tak bermakna lansung … tapi kalau jadi penyapu, vacuum cleaner pun kalah (betul ke?)
    Cakap siang pandang-pandang, cakap malam …
    Biar mati anak jangan mati adat.
    Secupak tak jadi segantang.
    Menunggu bula jatuh ke riba.
    Sebahagian dari ‘perangkap adat’ yang perlu pendekatan baru. Bukan untuk melawan kata ibu, tapi ibu sendiri tak cerita apa berlaku semasa berada di dalam perut! Ya ibu kata tak terbayang membawa ke sana sini 9 bulan, tetapi ibu tak menyedari 9 bulan sebelum bersama, segala apa yang iu lakukan mempengaruhi diri. Bukan salah ibu mengandung!
    Jadi buu!, maa!, mii! Relakan zuriatmu menceritakan sesuatu yang sangat menyinggung ibu .. satu kebenaran! bahawa monyet itu berasal dari (unsur-unsur) tanah.

  32. Ummu Aniq Berkata:

    Salam.
    Salam ukhuwwah juga buat Shiha.. Blog Shiha tentang faedah susu ibu tu sangat menarik. Alhamdulillah, akak juga menyusukan kesemua 5 orang anak akak, 3 lelaki dan 2 perempuan walaupun adakalanya terpaksa juga beri susu formula ketika akak di sekolah. Saja nak appreciate kat sini sebab tiap kali nak tulis komen kat blog Shiha tak lepas.. Tak tahu kenapa. Akak akui kelemahan diri yang masih cetek tentang teknologi alam maya…
    Pak Din, terima kasih atas sumbangan ilmu yang tak terkira. Masih banyak lagi yang belum saya terokai tentang teori Darwin sebab bila difikir-fikirkan dan direnungkan, setiap detik perlakuan kita di atas muka bumi milik Allah ini semuanya membawa kepada beberapa soalan :
    Siapakah kita?
    Siapa yang mencipta kita?
    Kenapa kita dicipta?
    Apa matlamat hidup kita?
    Kemana kita setelah kita mati?
    Dan pelbagai lagi soalan-soalan yang kadang-kadang menyesakkahn akal untuk mencari jawapannya. Maka, disinilah perlunya kita kaitkan persoalan ini dengan teori Bhg 14 – yang menjadi asas aqidah Islam itu sendiri iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Benarlah kata-kata bijak pandai, semakin banyak kita belajar semakin banyak perkara yang kita tidak tahu…
    Tentang monyet juga berasal dari unsur tanah… Dalam surah An-Nur ayat 45 bermaksud : ” Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian diantara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian diantaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
    Soalan : Adakah monyet tu termasuk dalam kategori haiwan yang disebut dalam ayat or ia species yang special ?

  33. Pak Din Berkata:

    Dalam satu tafsir, daabah, itu adalah semua mahluk termasuk kita. Dalam beberapa ayat di Al Quran juga ia merujuk kepada semua. Janganlah kuathir mak kategorikan kita termasuk. Tidak kurang kesempurnaan Allah dengan mengevolusikan manusaia dari kurrang sempurna. Janganlah ditegakkan sesuatu yang kita ambil dengan hanya percaya, tanpa bukti. HAnya dengan memnuka minda seluas-luasnya kita dapat melihat kebenaran.

    Susah nak telan, ramai yang keluarkan tapi marilah kita mencari kebenaran. Kebenaran dan ketenangan tak boleh duduk semeja dengan definasi arus perdana. Arus perdana di ajar mencari ketenangan. Solat untuk mencari ketenangan. Ibadah khusus untuk mencari ketenagan. Maka berebutlah semua mencari ketenangan. Yang dapat cara itu, adalah ketenangan yang bukan hakiki. Kerana pendekatannya berasaskan ’sapu semua masaalah bawah karpet’.

    Bila saya buat blog ini, dengan menjawab kepada persoalan Darwin, ianya semata-mata hanya kerana aqidah. Kerana mencari kebenaran. Kerana arus perdana telah banya menyorokkan kebenaran. Kerana penyampai arus perdana berjaya menyakinkan sebahagian besar masyarakat itulah caranya. Buat buat dan jangan tanya. Sebenarnya kalau di tanya, mereka tak ada jawapan, sebab itu lebih baik perjuangkan buat, buat dan jangan tanya. Apa yang kau sibuka sangat dengan dengan saudara kau tu?

    Semamang 5 soalan di kemukakan Ummu itu adalah antara soalan-asoalan asas yang akan memacu kepada keperluan mencari kebenaran. Semamang soal sebegitu yang menguatkan semangat saya menjawab persoalan Darwin, walaupun dengan B Sc (Hons) Electronic Communication, saya lebih banyak boleh buat duit, dari menghabiskan masa mencari jawan kepada soalan-soalan karut (kata arus perdana)? Hiduplah engkau denga soalan engkau.

    Tapi syabas, orang-orang seperti Ummu, Shiha dan Saifuddin adalah antara yang mahu mencari jawapan. Tetapi saya tahu ianya tidak mudah. Bagaimanapu sekiranya dahulu Ummu tidak dapat lansung menerima Darwin sekarang ini dengan penjelasan dari Saifulislam.com sudah berubah sedikit. Itulah evolusi walaupun perkataan itu tidak berapa sesuai digunakan di kontek ini. Saya mengaharapkan beberapa orang lagi yang ingin berfikir bersama. Idealnya kalau dapat 7 orang.

    Dan jangan terperanjat solan-soalan dia ataslah yang sumbatkan di minda anak-anak saya. Tetapi kalau tidak di awasi penerimaannya, bahaya bersar akan datang. Sebab tiu ia bukan kerja ringan. Sebab itu ia tidak semudah menulis satu manual dan harap boleh diikuti oleh semua orang. Ya mingkin kalu kita mementingkan menjadi penulis buku, yang kemudiannya menghasilkan ekonomi. Tetapi ini bukan ke arah itu. Jauh sekali. Saya mengeluarkan modal untuk melaksanakan dan mengharapkan keuntungan lain dari ekonomi biasa. Bukan dalam matawang Rm USD atau setara tetapi dalam matawang kebenaran.

    Saya cadang nak keluar UMNO macam cifu saya, tapi fikir balik ia tak menjawab soalan siapa saya, dari mana nak ke mana, siapa yang bawa, sipa nak ikut serta, jadi sebab itu saya masuk manhaj Ulil-Albaab.

  34. S015 Jangan merasa tertekan. « Sharudin.com Berkata:

    [...] Allah juga mengingatkan kita tentang azab-azabNya bagi mereka yang mendustakan ayat-ayatNya. Manusia bebas melakukan apa sahaja ketika menjalani ujian di Dunia, tetapi peringatan keras telah [...]

  35. P230 Hakikat Insan. « Keluarga Sharif Yamah Berkata:

    [...] Pernah saya utarakan, apa hukumnya melihat cicak berjoget di dinding ketika kita solat! Kalau hanya cicak yang terlihat di mata dan kemudian di otak, maka [...]

Tinggalkan jawapan