M001 Respond to Muhtar Suhaili

di Mei 11, 2008 pada 9:19 am12 shar
Salam semua

Mahasuci Allah yang telah membentuk segala yang ada di Alam ini termasuklah manusia, dari tiada kepada ada. Bagaimanapun sekiranya kita mengatakan bahawa Dia mengadakan kita dari tiada dengan yang sesuatu yang tiada, maka implikasinya ialah adanya sesuatu yang lain daripada zatNya. Secara saintifiknya, terbatallah Thermodyamic Law no satu, itupun kalau kita percaya dengan sains dan cuba untuk mengaitkannya dengan akidah kita.

Kita sebagai roh, yang diberikan jasad di Dunia, melalui 7 phasa kehidupan di alam Allah. Dengan adanya roh (pemandu) dan jasad (kenderaan) maka kita di gelar An Naas (pelupa) kerana semamangnya itu yang berlaku. Di alam roh sebelum diberikan kenderaan baru, roh kita telah kenal dengan sekenal-kenalnya Allah, tetapi akibat kecanggihan BMW (kenderaan) yang diberikan, terus lupa diri dan mememandu laju, tanpa menghiraukan had-laju dan peraturan yang disediakan.

Alam ke3 yang akan kita lalui ialah alam Barzah, persempadanan, antara kebangkitaan dan keduniaan. Dan kita tidak lagi berada di di dimensi yang sama seperti di dunia, kerana kereta kita dah reput, bukan dimakan ulat dari tanah, tetapi ulat yang hidup dari microorganism yang sememangnya hidup bersama kita di dunia, walaupun tidak kita sedari atau tidak kita mahu menerima keberadaannya. Kita (roh) tidak ke kubor, tetapi ke alam Barzah. Kalau kita ke kubur mudahlah untuk kita mengelak soalan dengan menyertai projek membeku jasad yang berleluasa sekarang ni.

Kehidupan yang ke4 ialah apbila kita dikejutkan dengan semboyan alam kebangkitan, bukan dari tidur lena di kubur, tetapi dari alam barzah. Protein-protein jasad kita tadi telah bertuka dari complex molecules kepada basic element seperti hidrogen, oxygen dan sebagainya dan diserap oleh akar-akar dan udara yang ada di persekitaran kawasan kubur. Allah telah mengajar kitar semua dari azali.

Kehidupan ke5 apabila kita berkumpul untuk kemudian menerima buku akaun (kehidupan ke 6) dan akhirnya mendapat balasan (ke7). Setiap fasa mengambil masa yang lama dan Al Quran mengingatkan “Adakah kau ingat kau hidup lama di dunia?”

Maka mendefinasikan mati sebagai ‘habislah, tiada kehidupan lagi’ merupakan satu mitos yang perlu diperbaharui kalau tidak mahu diperbetulkan. Setuju dengan kenyataan Dunia bahawa hidup itu untuk mati, tetapi aktifnya kita di dunia menggunakan nikmat Allah, akan menunjukkan adakah kita akan bersikap ‘habislah … mati’ di alam-alam berikutnya.

di Mei 10, 2008 pada 10:32 am12 shar
Salam semua

Bukan kali pertama di sini, tetapi tergerak untuk meneliti motto yang sdr kemukakan “Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia”.

Atas dasar ‘berkongsi idea minda’ sudah pasti saya bersetuju dengan motto di atas sebagaimana juga saya sanga setuju dengan motto SI (maaf di sini pula?) “Erti hidup pada memberi”.

Apabila saya membaca ‘mayat yang cemerlang’ maka timbullah perbezaan yang memerlukan sync pulse. Saya berpendapat kita adalah roh, yang diberikan jasad unutk menjalani ujian kehidupan di Dunia untuk menentukan kedudukan di Akhirat. Maka jasad itu adalah kenderaan bagi kita. Bila kita dah tak suka dengan jasad dan meninggalkannya, roh (kita) tidak ke kubur, kerana yang ke situ adalah kenderaan buruk kita. Kita diberikan kenderaan baru di Akhirat nanti untuk pergi menerima Buku Akaun Amalan.

Kecemerlangan di Akhirat sudah pasti berdasarkan aktifnya kegiatan di Dunia ke arah tujuan hidup, yang yang kita asasnya ialah mengenal Tuhan. Kalau keaktifan di Dunia itu tidak disandarkan kepada kenalnya kita (roh) kepada Pembentuknya, maka jadi kita seorang yang sangat kuat bekerja dan sangat banyak memberi, tetapi masih tidak memenuhi sasaran, kerana tidak mengenal tuan punya diri yang memodalkan segalanya. Sebab itu pentingnya “Awal Ad Din MaarifatuLlah”

11 Responses to M001 Respond to Muhtar Suhaili

  1. Ummu Aniq berkata:

    Salam.

    Satu perbandingan atau misalan yang sangat logik yang boleh diterima akal. Terima kasih atas artikel ini dan saya akan panjangkan kepada anak-anak murid saya yang semakin hanyut dengan arus ‘hubbud dunya’ (cinta dunia) kerana menasihati tanpa perbandingan seperti ini umpama bercakap di angin lalu..
    Semoga Allah permudahkan Pak Din dalam segala usaha baik yang dilakukan, InsyaAllah.

  2. Pak Din berkata:

    Hadits-Hadits Shahih Tentang Fitnah Qubur

    Hadits-hadits shahih dalam masalah ini amat sangat banyak, diantaranya seperti saat berceramah beliau SAW pernah menceritakan tentang azab kubur, sehingga gaduhlah mereka yang mendengarnya[4].

    Demikian pula dari Aisyah ra berkata: “Tidak pernah kulihat Nabi SAW setelah selesai shalat melainkan meminta perlindungan dari azab kubur.[5]” Juga pada saat shalat Kusuf, beliau SAW memerintahkan untuk berlindung dari azab kubur[6]. Dan menurut Imam Nawawi – dalam syarah-nya atas Muslim – ada lebih dari 60 hadits shahih yang marfu’ berkaitan dengan masalah ini.

    Hadits-hadits shahih & hasan tentang adzab qubur amatlah banyak, bahkan sebagian ulama muhadditsin menyatakan bahwa hadits-hadits tentang adzab qubur mencapai derajat Mutawattir Ma’nawi.[7] Dengan demikian terbantahlah orang yang mengatakan bahwa azab qubur tidak bisa diterima karena haditsnya adalah hadits ahad[8].

    http://www.al-ikhwan.net/index.php/aqidah-daiyah/2007/fitnah-qubur-menurut-al-quran-as-sunnah-dan-mawqif-para-ulama-as-salafus-shalih/

  3. Pak Din berkata:

    Posted: June 19, 2008 – 10:57 AM

    ——————————————————————————–
    Wa’alaikumussalam

    Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

    Roh merupakan makhluk Allah swt yang bersifat ghaib dimana keadaan sebenarmya hanya Allah swt yang mengetahuinya. Firman Allah swt :-

    وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
    “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” [al-Israa’ : 85].

    Menurut Imam al-Bukhari, Ibn Mas’ud ra. meriwayatkan bahawa kaum Yahudi telah bertanya Nabi berkenaan dengan Roh, dan Nabi berdiam sehinggalah ayat ini diturunkan sebagai jawapannya.

    Didalam tafsir Jalalain ada menyatakan bahawa apa-apa perkara mengenai Roh maka manusia tidak mengetahuinya (melainkan diberitahu oleh Allah), dan manusia diberikan pengetauan mengenainya dengan kadar yang sedikit apabila dinisbahkan kepada ilmu Allah swt.

    Dr Wahbah al-Zuhaily didalam kesimpulan penafsiran ayat diatas menjelaskan bahawa : sesungguhnya ilmu manusia sangatlah sedikit apabila dibandingkan dengan ilmu Allah. Didalam ayat tersebut mereka bertanya mengenai perkara ROH yang dimiliki oleh Allah swt, dan Dia tidak memberitahu kamu mengenainya, dan Dia memberitahu kamu hanya sedkit mengenai ilmu tesebut. [Tafsir al-Munir, 8/168].

    Perkataan ROH didalam al-Quran disebut sebanyak 21 kali. Roh didalam al-Quran membawa boleh membawa maksud spirit yang berada didalam badan manusia yang hidup, iaitu Roh manusia, dan juga boleh membawa maksud Malaikat; iaitu Malaikat Jibril as. Contohnya didalam – perkataan al-Roh didalam surah al-Qadrsurah al-Maryam : 17, Roh al-Quddus didalam al-Baqarah : 87 dan 253, al-Maa’idah : 110, dan al-Nahl : 102, al-Roh al-Amin didalam al-Syu’araa’ 193. Disini kita dapat lihat bahawa ia bukan hanya melibatkan Roh manusia, akan tetapi skopnya melibat Malaikat, dimana Allah swt sahaja yang tahu hakikat sebenarnya.

    Perkara mengenai ROH ini adalah perkara Ghaib, dimana skop pengetahuan manusia tidak menjangkau mengenainya. Ia sangat kompleks, dan tidak mungkin boleh difaham oleh makhluk yang bernama manusia, sebagaimana dinisbahkan kepada soalan kaum Yahudi kepada Nabi , dan baginda menjawab dengan firman Allah : “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.”.

    Mengenai persoalan sejauh mana manusia boleh mendalami isu ROH? Langkah yang berhati-hati dan selamat adalah skop pengetahuan mengenai ROH boleh didapati didalam surah-surah al-Quran, Hadith Nabi dan tafsiran pada ulama’ Salaf. Banyak lagi ilmu-ilmu zahir yang boleh kita tumpukan perhatian untuk mempelajarinya, dimana Allah swt menggalakkan hamba-hamba mengkaji, mempelajari, memerhati dan mengambil iktibar. WA.

    Lihat juga penjelasan Ustaz ZainYs didalam link dibawah ini :-

    000003-SJ-AQIDAH: Hukum mendatang roh orang yang telah mati
    http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=printview&t=14247&start=0

    Sekian, wassalam

    _________________
    [b:83f33f771d]خيرالأمين[/b:83f33f771d][img:83f33f771d]http://al-ahkam.com.my/forum/images/panel_feqh.gif[/img:83f33f771d]

    Dari http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=36162

  4. Pak Din berkata:

    Relation Between This Life and the Next

    A very basic point to which the revealed Books have drawn our attention is the relation between the life of these two worlds. The life of the next world is inseparable from the life of this world. The seed of the life after death is sown in this world by man himself, who determines in this life what is going to happen to him in the next life.

    Pure faith, correct belief, realistic conception of the world, excellent human habits free from jealousy, cheating, malice, hatred and fraud, as well as the good deeds conducive to the development of the individual and society performed with sincerity of purpose, are the things which ensure happy eternal life. In contrast, disbelief, wrong conceptions, dirty habits, selfishness, self-importance, self-conceitedness, tyranny, oppression, hypocrisy, taking usury, telling lies, calumny, back-biting, fault-finding, creating rift, abstention from the worship of the Creator and other similar qualities and habits are the things which make one’s life very miserable in the next world.

    There is a beautiful saying of the Holy Prophet. He said: “This world is the cultivation field of the next world. As you sow in this world, so you will reap in the next.”

    AS it is not possible for anyone to sow barley and reap wheat, to sow thorns and pluck flowers, or to sow colocynth and pick dates, similarly it is also impossible for a man whose conduct is bad in this world, to be happy and comfortable in the next.

    Dari http://www.wisdoms4all.com/English/doc/Article/03.htm

  5. Min berkata:

    Begitulah serba sedikit berkenaan dengan kematian,yang bagi kita jiwa orang muda,yang kurang memikirkan soal kematian.Sedangkan Nabi menceritakan,secerdik-cerdik manusia adalah mereka yang banyak mengingati mati.Dengan ingat pada kematian,kita akan mencongak sejauh mana amalan kita,jika terasa ianya masih kurang,maka akan ditambahkan lagi amalan tersebut agar ianya seiring dengan datangnya ajal yang tidak pernah kenal usia.Moga-moga dengan coretan ringkas ini,akan membantu kita dalam menangani soal kematian yang tidak pernah lekang dari telinga.

    Yang terakhirnya,mari kita sedekahkan bacaan Al-fatihah kepada ayah,ibu ,datuk nenek dan sesiapa yang telah pergi meninggalkan kita untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di muka bumi ini selaku khalifah Allah..Al-fatihah.

    Dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1124

  6. Pak Din berkata:

    Kebenaran Siksa Kubur dan Beragam Siksa bagi Orang-orang Kafir

    Allah Ta’ala berfirman,

    “Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.” (Thaahaa: 124)

    Menurut Abu Sa’id al-Khudri dan Abdullah bin Mas’ud, yang dimaksud dengan penghidupan yang sempit ialah siksa kubur.

    ” Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada azab selain daripada itu.” (Ath-huur: 47)

    Ada ulama yang berpendapat bahwa yang dimaksud dengan kalimat ada azab selain daripada itu dalam firman Allah itu, adalah azab kubur, karena Allah menyebut ayat itu sesudah ayat,

    “Maka, biarkanlah mereka hingga mereka menemui hari (yang dijanjikan kepada) mereka yang pada hari itu mereka dibinasakan.” (ath-Thuur: 45)

    Yaitu, hari terakhir dalam kehidupan dunia. Hal itu menunjukkan azab yang mereka alami pada hari itu adalah azab kubur. Demikian pula dengan firman Allah,

    “Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui” (ai-Anfaal: 34)

    Dari http://rockbebeh.blogspot.com/2007/09/azab-allah.html

  7. [...] Allah (yang dinamakan diri yang sebenarnya diri). Dialah yang bertanggung jawab dan dialah yang dipuji atau diseksa oleh Allah [...]

  8. [...] 6. Maka “Mahasuci Allah yang telah membentuk segala yang ada di Alam ini termasuklah manusia, dari tiada kepada ada. Bagaimanapun sekiranya kita mengatakan bahawa Dia mengadakan kita dari tiada dengan yang sesuatu yang tiada, maka implikasinya ialah adanya sesuatu yang lain daripada zatNya. Secara saintifiknya, terbatallah Thermodyamic Law no satu, itupun kalau kita percaya dengan sains dan cuba untuk mengaitkannya dengan akidah kita. Kita sebagai roh, yang diberikan jasad di Dunia, melalui 7 phasa kehidupan di alam Allah.” Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/05/12/m001-respond-to-muhtar-suhaili/ [...]

  9. [...] Lepas tahun ke 2. 1. Mungkin bersiap ke Batu 2. Tak mungkin nak cari yang no 2, kerana asas masaalahnya semuanya serupa. Sebenarnya kalau [...]

  10. Pak Din 31 berkata:

    Pak Din Oden ‎”kita ini bangkai hidup”, di mana bangkai = jasad mati, menjadikan ayat tersebut menjadi kita ini jasad mati yang hidup.

    Saya lebih gemar melihat kita sebagai “Roh yang diberikan jasad sebagai kenderaan di Dunia”

    http://www.facebook.com/yoan.p.kata/posts/329715517043360

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.