Di blog lain saya ucapkan Selamat Hari Vesak. Kenapa? Kerana seperti biasa saya nak menjentik minda. Menari rentak RAP (dah lupa … Ransangan Akal bukan Perasaaan). Ramai anak muda suka Rap juga. Taka kurang, ramai ibu-ibu, ada juga bapa, pun suka Rap. Mereka semua pegang patent yang berbeza. Maka tak kurang juga yang mengatakan megucapkan selamat itu bermakna kita meraikan agama mereka. Dengan itu gugurlah aqidah. Terlalu mudah bagi mereka berfatwa, tanpa mengambilkira fakta sains yang kukuh.
Saya tanya anak-anak saya, dah tahu irama rap belum? Tahu dari mana rap tu? Lega, anak saya tak tahu Rap, Raggae, atau Nyasid (adik beradik). Maka al kisah, rap ini mempunyai lirik terpanjang, sebenarnya tak perlu lirik pun kalau kulit hitam, dia bantai apa dia suka. Kita dengar sedap kita pun ikut. Maka mereka proaktif, sedangkan kita terus reaktif. Orang dah masuk padang, kita pun masuk padang. Orang bola, kita bola. Orang itu, kita itu. Orang sekularkan agama, kita pun sekularkan agama. Tapi selalunya, orang main kita, main-main.
Saya memetik sami Buddha ini beberapa kali di dalam tulisan saya. Kerana saya cukup terkesan dengan apa yang saya lihat di Manchester, sewaktu belajar dulu. Punya tenangnya mereka, berjalan di bandar besar tersebut. masih ada yang berkaki ayam. Apa peduli orang lain kata. Aku dengan tuhan aku. Aku cinta tuhan aku. Engkau ada apa? Begitu tebalnya percaya di dalam jiwa mereka, letaklah api di jalan, dia tak berhenti berjalan, keculi ada semut api, kerana buka takutkan apanya tapi takutkan semutnya. Ajaran Buddha melarang samasekali membunuh binatang, apatah lagi membunuh orang … macam 711 tu!
Sudah pasti seorang Muslim tidak setuju dengan apa yang diperjuangkan oleh si Buddha tadi. Jumud. Ketinggalan. Macamana lah agama mereka ni? Maka timbul angkuh di hati mereka. Terutama apabila membaca di Al Quran yang Allah bersama dengan orang-orang islam (Muslim). Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Sobirin. Khawlisin. Mukminin. Muktaqim dan pelbagai lagi. Apatah lagi ditiup semangat oleh penyampai-penyampai ajaran mereka, yang selalu memang tidak dapat dinafikan berkobarnya semangat ketika menyampaikan sesuatu.
Kita bukan tak terfikir seperti mereka terfikir. Tuhan enkau tu salah. Tahun aku ni yang betul. Chegu aka ajar begini begini. Kau ni sesat, sekurang-kurang dalam hati. Tetapi tidakkah kita tambahkan sedikit pemikiran kita untuk bertanya kepada diri, soalan-soalan yang mengarah kepada membuktikan kepercayaan kita. Memang ia diberitahu supaya tidak dipersoal! Supaya bila ada penyampaian, ikut sajalah jangan banyak soal.
Yang Maha Esa yang membentuk kita jugalah yang membentuk mereka. Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang memberikan rezeki kepada kitalah yang memberikan rezeki kepada mereka. Yang Maha Mengetahui segalanya itulah yang mengilhamkan kita dan mereka. Tiada dua, tiada berbilang, hanya Dia. Satu, Wahid. Tetapi bagaimana boleh timbul perbezaan besar? Begitu ketara! Pasti ada yang tak kena. seuanya kerana kita dan mereka hanya percaya. Tanpa berusaha untuk membuktikan dasar kepercayan kita. Tanpa mahu membuka minda seluas-luasnya mencari kebenaran. Memikirkan apakah, bagaimanakah kita semua perlu menyelamatkan diri bersama. Mereka mahluk tuhan seperi kita.
Selagi sains dan ilmunya tidak digunakan untuk mencari convergent, ke arah satu titk pertemuan, selagi itu kita tidak berada di landasan ayng betul untuk dikategorikan sebagai telah memulakan langkah pertama. Allah telah mengajar betapi convergent (menyatunya) carakerjanya dan hukumNya tidak berubah. Sunnah Allah tidak berubah, tetapi kita terus menitik-beratkan yang berubah. Kita berbalah tentang mencari penyatuan sesuatu yang berubah. Buka minda kita seluas-luas untuk memikiraknnya. Percaya kita tiada bezanya dengan percaya mereka, sekiranya kita dan mereka terus tidak mengindahkan Sunnah Allah.
Dikirim oleh Pak Din 31