Di blog lain saya ucapkan Selamat Hari Vesak. Kenapa? Kerana seperti biasa saya nak menjentik minda. Menari rentak RAP (dah lupa … Ransangan Akal bukan Perasaaan). Ramai anak muda suka Rap juga. Taka kurang, ramai ibu-ibu, ada juga bapa, pun suka Rap. Mereka semua pegang patent yang berbeza. Maka tak kurang juga yang mengatakan megucapkan selamat itu bermakna kita meraikan agama mereka. Dengan itu gugurlah aqidah. Terlalu mudah bagi mereka berfatwa, tanpa mengambilkira fakta sains yang kukuh.
Saya tanya anak-anak saya, dah tahu irama rap belum? Tahu dari mana rap tu? Lega, anak saya tak tahu Rap, Raggae, atau Nyasid (adik beradik). Maka al kisah, rap ini mempunyai lirik terpanjang, sebenarnya tak perlu lirik pun kalau kulit hitam, dia bantai apa dia suka. Kita dengar sedap kita pun ikut. Maka mereka proaktif, sedangkan kita terus reaktif. Orang dah masuk padang, kita pun masuk padang. Orang bola, kita bola. Orang itu, kita itu. Orang sekularkan agama, kita pun sekularkan agama. Tapi selalunya, orang main kita, main-main.
Saya memetik sami Buddha ini beberapa kali di dalam tulisan saya. Kerana saya cukup terkesan dengan apa yang saya lihat di Manchester, sewaktu belajar dulu. Punya tenangnya mereka, berjalan di bandar besar tersebut. masih ada yang berkaki ayam. Apa peduli orang lain kata. Aku dengan tuhan aku. Aku cinta tuhan aku. Engkau ada apa? Begitu tebalnya percaya di dalam jiwa mereka, letaklah api di jalan, dia tak berhenti berjalan, keculi ada semut api, kerana buka takutkan apanya tapi takutkan semutnya. Ajaran Buddha melarang samasekali membunuh binatang, apatah lagi membunuh orang … macam 711 tu!
Sudah pasti seorang Muslim tidak setuju dengan apa yang diperjuangkan oleh si Buddha tadi. Jumud. Ketinggalan. Macamana lah agama mereka ni? Maka timbul angkuh di hati mereka. Terutama apabila membaca di Al Quran yang Allah bersama dengan orang-orang islam (Muslim). Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Sobirin. Khawlisin. Mukminin. Muktaqim dan pelbagai lagi. Apatah lagi ditiup semangat oleh penyampai-penyampai ajaran mereka, yang selalu memang tidak dapat dinafikan berkobarnya semangat ketika menyampaikan sesuatu.
Kita bukan tak terfikir seperti mereka terfikir. Tuhan enkau tu salah. Tahun aku ni yang betul. Chegu aka ajar begini begini. Kau ni sesat, sekurang-kurang dalam hati. Tetapi tidakkah kita tambahkan sedikit pemikiran kita untuk bertanya kepada diri, soalan-soalan yang mengarah kepada membuktikan kepercayaan kita. Memang ia diberitahu supaya tidak dipersoal! Supaya bila ada penyampaian, ikut sajalah jangan banyak soal.
Yang Maha Esa yang membentuk kita jugalah yang membentuk mereka. Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang memberikan rezeki kepada kitalah yang memberikan rezeki kepada mereka. Yang Maha Mengetahui segalanya itulah yang mengilhamkan kita dan mereka. Tiada dua, tiada berbilang, hanya Dia. Satu, Wahid. Tetapi bagaimana boleh timbul perbezaan besar? Begitu ketara! Pasti ada yang tak kena. seuanya kerana kita dan mereka hanya percaya. Tanpa berusaha untuk membuktikan dasar kepercayan kita. Tanpa mahu membuka minda seluas-luasnya mencari kebenaran. Memikirkan apakah, bagaimanakah kita semua perlu menyelamatkan diri bersama. Mereka mahluk tuhan seperi kita.
Selagi sains dan ilmunya tidak digunakan untuk mencari convergent, ke arah satu titk pertemuan, selagi itu kita tidak berada di landasan ayng betul untuk dikategorikan sebagai telah memulakan langkah pertama. Allah telah mengajar betapi convergent (menyatunya) carakerjanya dan hukumNya tidak berubah. Sunnah Allah tidak berubah, tetapi kita terus menitik-beratkan yang berubah. Kita berbalah tentang mencari penyatuan sesuatu yang berubah. Buka minda kita seluas-luas untuk memikiraknnya. Percaya kita tiada bezanya dengan percaya mereka, sekiranya kita dan mereka terus tidak mengindahkan Sunnah Allah.
Mei 20, 2008 at 2:06 am |
Salam.
Sememangnya Allah bersifat Ar-Rahman – Allah Maha Pemurah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepada manusia sama ada mukmin atau kafir. Namun sifat Ar-Rahim Allah (Maha Penyayang) hanya khusus untuk hamba-Nya yang sentiasa beriman, bertaqwa dan taat kepada perintah-Nya. Tidak dinafikan ramai dikalangan kita yang menjadi Islam kerana ibu bapa mereka Islam, maka merekapun Islam. Islam pada nama sahaja kerana apabila ditanya kenapa mereka menjadi orang Islam, sekadar mengangkat bahu dan geleng kepala… Aduh, pilu sungguh!
Pernah saya bertanya kepada anak murid, kalau mereka tak laksanakan perintah Allah esp. solat, apa beza mereka dengan bukan Islam ? Kalau mereka tidak menutup aurat esp. the girls tak pakai tudung, macamana nak bezakan mereka dengan orang bukan Islam ? Hakikatnya inilah akibatnya kalau kita tidak menggunakan akal untuk mencari sunnatullah. Kita akan sama dengan mereka selagi kepercayaan kita kepada Allah tidak beserta dengan dalil kewujudan Allah.
Wallahu a’lam.
Mei 20, 2008 at 8:25 am |
Ukuran beriman bertakwa dan taat itu, seperti yang Ummu tuliskan adalah subjective. Pengukuran tahap beriman bertakwa bukan dengan melihat penutupan aurat, walupun ia menghala ke arah itu. Tidak cukup. Tidak cukup dengan Ikhsan arus perdana. Secara purata pemakaian tudung telah menampakkan kemajuan besar di zaman Mahathir (22 tahun memerintah), tetapi kadar jenayah meningkat jauh lebih tinggi dari kadar kemajuan pakai tudung!
Itulah kesan kalau kita hanya membaca dan melaksanakan penafirsan Al Quran secara arus perdana. Solat itu wajib, tetapi penekanan kepada menghidupkannya lebih wajib tidak ada. Hasilnya adalah pergi sekolah pakai tudung balik sekolah buka tudung, baik sikit pergi sekolah pakai tudung, jumpa bf pakai tudung. Baik lagi sikit, sampai khalwat pakai tudung.
Mengeluh ramai yang tak solat, sekarang dah bertambah yang solat, tetapi solat yang tidak mencapai tujuan. Solat itu adalah untuk mencegah fahsa dan mungkar, mikronya dan mengenal Allah, makronya. Sekarang yang ditekankan kyusuk dalam solat, luar solat tak yang hendak perjuangkan untuk kyusuk. Kalau kita tak tukar mindset, hanya memperjuangkan kyusuk yang sediaada, kita tak sampai kepada kebenaran. Hanya dengan kefahaman penuh Sunnah Allah, akan menjamin ke arah kebenaran. Memang susah.
Sebagai pendidik asas, saya sokong pendekatan Ummu. Buat apa yang telah dikata cara terbaik sekarang. Tapi, terus terang saya katakan, ia tidak akan mendatangkan hasil menyeluruh kepada keimanan dan ketakwaan seseorang. Ia sesuai untuk peringkat permulaan, tetapi tanpa pendekatan lebih mengenali Sunnah Allah, ia tidak akan berjaya.
Kita bercakap benda yang sama, kita menggunakan bahasa yang sama, kita melihat benda yang sama tetapi kerana pengalaman dan keterbukaan minda yang berbeza, persepsi kita berbeza. Dalil kewujudan Allah, sangat mudah, dari darjah satu sekolah Agama Johor, sifat 20 Allah itu telah diajarkan dan murid-murid lusus cemerlang dalil aqli dan naqli semua sifat Allah, tetapi itu hanya seperti dirikanlah solat, tetapi tidak memahami kenapa Allah mencampakkan orang yang solat ke dalam api neraka?
Selagi kita tidak nampak kepentingan mengetahui Darwin atau Big Bang atau Hukum Newton dan semua kesimpulan ilmu sains, dihubungkaitkan dengan aqidah, selagi itu pengajaran dan pendekatan sekarang tidak akan berkesan ke arah mencari kebenaran. Memang susah, bila kita rasa ianya susah. ‘Kesianlah aku nak suruh anak aku ambil sains’, ‘Ustaz kat masjid tak pernah sentuh pasal sains untuk masuk syurga, pun!’, dan beribu macam alasan yang diberikan sekarang untuk tidak mendekati Sunnah Allah.
Pandangan Dato’ Dr Harun Din
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14493&Itemid=91
“Kayu ukur sebenar untuk mengukur Islam dilaksanakan atau tidak, adalah menerusi al-Quran dan as-Sunnah. Selagi kehendak kedua-dua ini tidak dilaksanakan, maka selagi itulah Islam yang sebenar belum terlaksana. ”
Maka as Sunnah itu terdapat dalam dua bentuk, iaitu Sunnah Allah dan Sunnah Rasul (Syariat Allah). http://sharudin.wordpress.com/2007/11/22/s05/
Mei 20, 2008 at 10:39 am |
Salam.
Memang iman tidak dapat diukur dengan pemakaian tudung dan ramainya yang solat namun sekurang-kurangnya ia adalah alternatif agar mereka nampak jalan untuk mengenal Allah. Dalam Islam, anak yang berumur 10 tahun kalau tak solat dah boleh kena rotan walaupun mereka belum baligh dan masih belum wajib menunaikan solat! Disini kita nampak kepentingan solat itu sendiri untuk menjadikan seseorang itu manusia yang taat dan bersyukur.
Juga tidak dinafikan untuk memberi kefahaman tentang sunnatullah itu amat rumit lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang tidak pernah didedahkan untuk mengenal Allah dari rumah. Jadilah mereka sekadar ikut-ikutan, ada yang rela duduk dalam tandas daripada buat amali solat hinggakan ada yang sanggup cuti solat sampai berminggu-minggu. Ini baru bab ibadat. Bila masuk bab aqidah, lagilah tenar. Suruh sebutkan rukun Islam dan Rukun Iman pun tergagap-gagap, yang beri Rukun Negarapun ada. Inikan pula nak suruh mereka sebut Sifat 20, terus ternganga…
…”Kita bercakap benda yang sama, kita menggunakan bahasa yang sama, kita melihat benda yang sama tetapi kerana pengalaman dan keterbukaan minda yang berbeza, persepsi kita berbeza”. Saya setuju dengan quote tersebut kerana kita berhadapan dengan orang yang berbeza, menghadapi situasi yang berbeza dan masalah yang berbeza. Namun tujuan kita tetap sama iaitu untuk menjadi hamba Allah yang benar-benar ikhlas dalam menjalani kehidupan yang singkat di dunia ini menuju ke tempat yang kekal abadi.
Wallahu a’lam.
Mei 20, 2008 at 11:24 am |
#1 Pak Din Says:
May 20th, 2008 at 11:10 am
You may click on your name and/or comment to edit. (48 seconds)
“Ini common sense. Pemikiran yang tidak logik, adalah musuh kepada dalil! Betulkan cara berfikir sebelum meminta dalil”
Salam
Seperti biasa tulisan Ustaz sudah pasti mencabar minda yang bergerak. Creative. Innovative. Proactive. Progressive dan yang setara dengannya. Tidak dinafikan Ustaz sememangnya mempunyai kelebihan di situ, dengan idea-idea menarik yang tidak pernah putus. Dan sudah pasti tidak akan putus.
Memang saya sendiri terasa nak keluar merah jadi putih atau lain, … tapi fikir-fikir balik tak menjawab banyak soalan cepumas … Siapa kita? Apa kita? Di mana kita, ke mana, kenapa? bagaimana? dan seterusnya. Yang kita masih setuju ialah bagaimana nak menyatukan perbezaan!
Tak nafikan pentingnya beraksi di dunia dengan mempunyai jatidiri dengan fikrah yang mengikut selera diri, tetapi kita tidak boleh melaksanakan itu di semua peringkat atau tahap. Tang dahan boleh atau bagus lagi ranting, tapi kalau tang batang atau akar, hanya yang tunjang yang memberikan kekuatan maksimum. Memang ada Allah tarbiahkan di Alam pokok yang bermacam, tak da akar tunjang, bercabang di batang, tetapi itulah yagn di arah kita melihat kepada kejadian penciptaanNYa, agar kita dapat memikirkan evolusi yang ke mana akan memberikan impak istemewa!
Bagaimanapun aktibiti Dunia perlu diteruskan.
It is not only the art of performing life, but the SCIENCE of understanding the art of performing life.
Dari Sifulislam.com
#44 Pak Din Says:
May 20th, 2008 at 11:47 am
The Poling case is best understood in the context of the decision-making process of this unusual vaccine court. Unfortunately, in recent years the VICP seems to have turned its back on science.
Salam
Dr Shila tolong saya .. the Greek has landed. (Maaf Dr Shiha, gf lama nama Shila, cerita dulu kala)
Anyway
The key point is above. Dont turn your back on me. Backstabbing can happen!
Point taken, whatever we have to contribute, please, please, please contribute. I know the black gold prices has sprint up, (actually to pay for Iraq War … if you much know … lookout for that theory in sharudin.com, not now later, not today, same date next year maybe!). Never ever question about humanitarian activities, especially when it kiss 1/4 million as in Myanmar, China or earlier Aceh. Whatever you have contribute, please, please, please! But …
Balik perang tu, ada schedule perang yang lagi besar. Sunnah Allah.
Ini yang saya nak tekankan tentang sains. Kita terlalu berminat dengan sains gunaan, sampaikan apa sahaja keluar kita masuk melabur. Ada aja duit sikit kita labur kat consumber goods hasil dari kemajuan sains …. tapi sains yang mengarah kepada ketuhanan tu yang sedih. Tak glamour. Tak kick. Tak ada impak pada iman! Mana boleh?
Mei 21, 2008 at 4:09 am |
Salam
Post #44 Pak Din nih memang saya tak faham. Bila masa pula I turned my back nih?
Mei 21, 2008 at 4:19 am |
Hai tak tidur jugak .. berapa rekaat? Ingat abid dan alim, bukan apa?
Ya tak ya pulak … tak kan nak gostan macam lepas salam dengan Sultan kot?
Mei 21, 2008 at 6:37 am |
Malam/pagi ni bukan kira berapa rakaat Pak Din. Biasalah ada baby kecik nih. Imran tak tidur, mama dia pun tak tidurla jawabnya :)
Mei 21, 2008 at 6:54 am |
Abistu esok siswa tanya A awak jawab A+ … Saya tahu semuanya di hujung jari. Takut dah ngantuk, ketuk jari kuat pun tak keluar, jaga-jaga sikit! Tapi itulah apa nak buat dah nama ibu, lainlah daddy, menjeritlah enkau, esok main ngan daddy ya! malan ni jerit seorang-sorang. Pokokmya itu kerjasama di banding kerja sama-sama. Easier said than done.
Seterusnya hidup pun begitu juga … ESTD. Al Quran said Life is a play so dont’t be playful, Life is a bubble, don’t near anything sharp, it burst. Life is a business, so make full use of the resources given FREE by Allah to MAKE profit. Goes on, Life is … whatever … so adapat and evolve, that the KEY point.
Menyusu anak adalah ibadah, sekiranya kerjanya dibuat dengan ilmu berasaskan pengetahuan tentang Allah. Solat pun masuk neraka kalau tak dapat mencegah fahsa dan mungkar. Tapi bila sebut yang kedua itu, orang senget sikit, tak tau kenapa? padahal Al Quran yang cakap. Maka itu yang perlu difahami dengan hidup. Its not what we do, its why we do it. Its not only the art of performing life but the science of understanding the art of performing life. Today add the next portion on top of that, the philosophy of science and art of “the science of understanding the art of performing life”. Try telling that to your kids in kartoon version. I am sure you can never sleep!
Mei 21, 2008 at 3:46 pm |
Salam..
Tak mampu saya nak terangkan pada anak – anak, kalau saya sendiri pun nampak ayat Pak Din dah berlapis – lapis! Ilmu masih belum cukup di dada. Tapi agaknya kalau nak tunggu sampai cukup ilmu, sampai ke tualah budak – budak tak dapat diajar oleh saya. Benar, nak ajar hakikat kehidupan seperti yg Pak Din katakan tu, bukanlah mudah. Tapi, as a start, utk budak2 seusia mereka (preschoolers), drills yg Ummu Aniq katakan tu tetap penting. Solat, puasa, menutup aurat dan sebagainya. Selepas itu kena evolve to the next step, which is falsafah di sebalik melakukan kesemua itu. Bab nih yg pening nih. Selagi tak meresap ke dalam jiwa mereka (dan saya!) sepenuhnya, selagi itulah ibadah itu tak dilakukan dengan sesungguh hati dan sesungguh faham. Tapi itupun belum tentu dapat menyelamatkan kita dari azab api neraka. Banyak sungguh onar dan durinya.
Apalah ada pada tidur, Pak Din. Hanya sekadar untuk merehatkan badan dan reenergize the body and mind. Betulke? Kita bukannya baby yg perlukan tidur sampai 18 jam. Tapi kalau langsung tak tidurpun tak boleh jugak nanti body function terjejas. Erm.. kalau ada anak – anak Pak Din yang nak buat medic, bagitau mereka, biasa – biasakanlah tak cukup tidur. Supaya tak tension bila bekerja besok. Tapi ramai kawan yang saya kenal, cukup marah kalau tidur mereka terganggu. Terutamanya yang ada baby kecik. Sukar utk adapt dengan status baru sebagai ibu (dan bapa). Masih mengharapkan keselesaan seperti tak de anak dulu. Habis tu camna?
Wasalam.
Mei 26, 2008 at 12:13 am |
Tak jumpa pulak dari mana datang pharse berikut, “The script is getting tougher and tougher”.“semata – mata ‘a pawn’ (in a chess game)”. Tulis siang tadi tak sempat post, malam dah lupa mana nak letak.
Salam Shiha,
How are you doing? Hibernating or consolidating thoughts and plans? Or somehow, it came across your mind not to let this blog knows everything. Be strong! Be ourselves! Have self-esteem (jatidiri). Its only a systematic error, as in the study of science, not a random error. A mistake is not a mistake, if it is not repeated twice. Yes, we might think we have not repeated the same thing. Or repeating the same rubbish?, but who are people to judge what we do. The best teacher is Allah. He sourced all ilham and guidance. What do people have when they keep on closing their mind, when Allah said we should be opening ours, especially to observe, and deduce that His presence and energy are always there with us, in nature.
“The script is getting tougher and tougher”. Its in how we define life. If we are expecting life to be easy than everything will be difficult, but if we mindset out approach to learn and accept that life is tough, then, there is nothing as tough as trying to undersatand His attributes, hence being maarifatullah. Worse than that, if maaarifatullah is considered as rubbish, than let main stream people say that. Let them sunk in doing what they like best, without thinking the purpose of doing what they do. We are not here on this world to searh for tranquality (peaceful mind) but we are here in search of the truth, the absolute truth. And remember there is nothing easy about finding the truth.
“semata – mata ‘a pawn’ (in a chess game)”. Yes, we have agreed, to be a superstar. But what is the chances of being one? Do we then regret we are not borned in Hollywood or Bollywood but instend in Malaywood? That where the understading of His way of writing the script is very improtant. In order to understand His script, which is almost imposibble, we have to understand how He works. Sunnah Allah. People do get bored with this particuar word, Sunnah Allah, I recond, but what choice do we have, in order to understand His script. We kept forgetting He formed this Universe with His energy and power, with His intention and will. If we say taht we nwvwe forget that, I am sure Muslim will not be in the position they are at the moment of history.
The whole idea about life is to find a superstar, not among the heros or heroines. There cannot be more than a pair of those. The rest are supporting actors, passer-by, and a whole gamut of charaters required for the play. Every actor is important. Leaving one, at any level, means that the whole play changed. So I have the view that superstars are not borned out of a hero’s role, its out of every actor. In the case of our life, we are not considering us as an actor, not as a single human being. Its our generation, its our understanding that we are playing role in the formation of our next generations. And the previous generations also affect our presence in this very world. So how do we reat to that? Do we say that we were destained not to be superstar? Never, its not the role given, its the role we played. Do adapat and evolve, in the true sense.
Mei 26, 2008 at 4:02 am |
http://quran.al-islam.com/Targama/dispTargam.asp?l=Eng&t=mal&nType=1&nSora=10&nAya=11
Mei 31, 2008 at 9:36 am |
Salam..
Tengah hibernate dari blogsphere. Ada dateline (deadline?) yang perlu dikejar by this monday, 2/6. InsyaAllah menyusul selepas itu :)
Mei 31, 2008 at 12:29 pm |
Hibernate ok jangan switch off, manalah tahu sambung marah samapi tahap Cik Puan Sdari Faridah! Apa cerita sebenar? Nak juga jaga tepi kain orang, sebeb sebahagian iman terletak di situ, indirectly.
Dari SI
“Jadi, mothers” and fathers (yang rajinlah), “out there (termasuklah saya), di samping mengajar anak – anak kecil dengan kata nama, jangan lupa ajarkan kata kerja. Saya dah cuba, agak lebih sukar kerana kata kerja adalah konsep. Contohnya ‘lari’ – bagaimana nak digambarkan pada flash card? Sedangkan gambar pada flash card tu statik. Kenalah buat aksinya sekali atau gunakan medium yang bergerak seperti video atau youtube. Perasan tak, kebanyakan flash card yang ada di pasaran, lebih banyak menunjukkan kata nama, berbanding dengan kata kerja?”
You have done your own sylibus for teaching your kids. 7 tahap belajar. 1. ABC 2. Sukukata 3. Perkataan 4. Ayat 5. Karangan 6. Understanding the science and Art 7. Understanding the Philosophy of those learn. Saya mulakan dahulu dengan hal kemahiran hidup biasa contoh apa itu duit dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan kita. Kemudian pasa kedua pengajaran kata zat, sifat dan perbuatan dalam 3 bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Pada mulanya bukan nak ajar mereka sangat, tetapi nak melatih diri mengingatkan pekara asas itu, perbendeharaan kata, nahu, pembenaan ayat dan seterusnya.
Saya berdasarkan kepada Al Quran kata-kata kerja yang digunakan, mengikut banyak bilangan terdapat di dalam Al Quran. Terdapat 77,000 jumlah perkataan di Al Quran yang menjadi 15,000 perkataan yang sama, dimana kalau di bedah lagi ia menjadi kepada 700 kata asas perbuatan. Kata nama perbuatan ini yang mengukur kemimanan kita, sudah pasti dengan tasawur atau definasi dan falsafah yang betul. I am sure you can do it better as you have the hormon of love or mother-child bonding, more than me as a man.
Balik nanti cerita pasal hormone, tertuama yang menimbulkan ketenangan. Saya selalu dengar adreline, dan menyalahgunakannya! The best to your assignment.
Jun 4, 2008 at 4:38 pm |
Salam..
Tak dapat nak ulas panjang. Saya cover bab hormon tu dululah. Salah satu topik yang saya ajar pada staf2 kat hospital adalah Fisiologi Penyusuan. Ini fav topic saya. Salah satu hormon yg dibincangkan dalam topik ini adalah hormon Oksitosin.
Fungsi utama hormon ini adalah untuk proses pengeluaran susu dari payudara. (Prosesnya adalah amat detailed sampai ke tahap reseptor dan sebagainya), cukuplah saya ceritakan yang basicnya saja buat masa ini. Fungsi kedua adalah untuk proses mengecutkan rahim (semasa melahirkan anak) dan juga proses mengecutkan rahim dalam minggu pertama selepas kelahiran. Ibu yang fully breastfeed anaknya, rahimnya lebih cepat mengecil dan balik ke bentuk asal, berbanding dengan ibu yang tak breastfeed. Dapat mengelakkan dari berlakunya insiden tumpah darah yang boleh membawa maut.
Namun, fungsi ketiga hormon ini, yang masih dalam peringkat kajian dan tidak dapat dibuktikan sepenuhnya dalam manusia, adalah, membantu membentuk ‘bonding’ atau attachment antara ibu dan anak. Hormon ini membantu ibu menjalin hubungan yang lebih erat dengan anaknya.
Kajian pada ibu – ibu tikus:
Sekumpulan tikus betina dimasukkan ke dalam sebuah sangkar. Manakala sekumpulan tikus betina yang lain dimasukkan ke dalam sangkar kedua. Kumpulan kedua itu diberi suntikan hormon oksitosin. Manakala kumpulan pertama tidak diberi oksitosin. Kemudian, anak – anak tikus (bukan anak mereka sendiri) dimasukkan ke dalam kedua – dua sangkar tersebut. Didapati, kesemua anak tikus di dalam sangkar pertama telah dibunuh oleh ibu2 tikus itu (ingat, mereka tidak mendapat suntikan oksitosin). Sebaliknya bagi sangkar kedua, keputusan yang didapati adalah berbeza. Sekitar 20% dari ibu tikus itu tetap membunuh sebahagian dari anak tikus. 60% lagi hanya membiarkan anak – anak tikus itu. Dan 20% yang terakhir telah menunjukkan ‘parenting’ behaviour di mana anak – anak tikus itu dibela oleh ibu tikus itu tadi. Sekali lagi, anak – anak tikus itu bukanlah anak mereka yang sebenar. Maknanya, ibu tikus itu membela anak angkat. Sedangkan kita tahu, sifat kebanyakan binatang adalah teritorial, di mana, kalau anak itu bukan dari darah dagingnya, anak itu biasanya dibunuh.
Hasil dari kajian ini menunjukkan akan pengaruh oksitosin dalam membentuk parenting behaviour tadi. Bukan anak sendiri (yg pada kebiasaannya akan dibunuh)pun sanggup diambil malah dibela. Itu cerita tikus.
Seperti yang pernah saya ceritakan sikit sebelum ini (dalam post yg dulu), ibu yang menyusukan akan menghasilkan hormon oksitosin yang tinggi, berbanding dengan ibu yang memberi anaknya susu tepung. Ini kerana proses penyusuan itu sendiri akan menggalakkan penghasilan hormon oksitosin itu.
Saya pernah diberitahu bahawa kebanyakan drug addicts, banduan dan yang seumpama dengannya tidak pernah disusukan oleh ibu masing – masing.
Bagi perempuan2 yang melahirkan anak luar nikah pula, salah satu perkara yg ditekankan adalah untuk menyusukan anak masing – masing supaya tidak timbul perasaan dendam kepada anak itu.
Betapa powerfulnya proses penyusuan itu, dan juga hormon oksitosin itu. Hormon inilah yang dikatakan ‘hormone of love’. Cubalah google ‘oxytocin’ atau ‘hormone of love’, banyak cerita lain yang saya tak ceritakan di sini ada di situ.
Namun begitu, bukanlah hormon ini semata – mata yang bertanggungjawab akan relationship antara ibu dan anak. Ada pelbagai faktor lain yang turut terlibat. Dan bagi ibu yg tidak menyusukan anak masing – masing, ini bukanlah death sentence. Ibu itu masih mempunyai hubungan yg kuat dengan anak masing – masing. Cumanya, proses penyusuan itu dapat menambahkan lagi kekuatan hubungan itu.
Diharap perenggan di bawah ini dibaca dengan niat mencari ilmu.
Hormon ini jugalah yang dikatakan salah satu hormon yang membawa kepada ketenangan. Yang ni, universal untuk lelaki dan perempuan. Walaupun lelaki tidak melahirkan anak, tambahan pula menyusukan, mereka juga ada hormon oksitosin ini. Kajian menunjukkan hormon ini meningkat dengan tingginya selepas pasangan suami isteri bersama. Dan hormon ini jugalah yang menyebabkan si suami tertidur selepas itu! Maaf ye, silalah berpandangan terbuka. Saya hanya berkongsi ilmu dan disebabkan kebenaran ilmu itulah saya berani berkata demikian.
Wallahua’lam dan wasalam.
Jun 5, 2008 at 12:34 am |
Salam…
Maha hebatnya ciptaan Allah SWT ye… Begitu banyak rahsia Allah dalam tubuh manusia itu sendiri yang perlu digali dan dikaji sehingga timbul rasa takjub dengan kebesaran-Nya.
Setuju sangat dengan kata Shiha :Betapa powerfulnya proses penyusuan itu, dan juga hormon oksitosin itu. Hormon inilah yang dikatakan ‘hormone of love’. Rasanya kan, disebabkan penyusuanlah anak-anak akak semuanya rapat dengan akak kecuali yang kedua yang bernama Aniq tu sahaja yang begitu rapat dengan abahnya. Mungkin juga sebab dia sempat menyusu selama 1 tahun 2 bulan aje (sebab dah nak dapat adik).
Untung Shiha sebab terlibat dengan bidang yang banyak berkaitan dengan bukti kewujudan Allah secara direct berbanding dengan akak yang hanya memperoleh ilmu berdasarkan pembacaan. Namun, hendakkan sesuatu ilmu itu seribu daya diusahakan dan kalau tak nak, seribu dalih yang dicari…ye tak?
Semoga apa yang kita usahakan mendapat keredhaan Allah SWT dan membuka minda kita dalam usaha mengenal-Nya, InsyaAllah…
Jun 5, 2008 at 8:07 am |
Saya sebenarnya tidak bermaksud mendapatkan perincian tentang hormon tertentu seperi yang Shiha kemukakan, tetapi kerana Shiha dah kemukakan saya berterima kasih di atasnya.
Sacara makronya, minda manusia boleh berada di tahap murung (blue) sebelum ia menjadi grey (irreversible depression) atau teruknya black. Saya berminat secara makronya menjawap masalah peningaktan kemurungan secara menyeluruh. Kes kemurungan yang meningkat dikalangan Muslim selalunya berkait dengan kedudukan ekonomi yang tidak stabil. Ketidak seimbangan kuasa pasar yang menentu arahtuju kehidupan. Kuasa ekonomi tidak terletak di tangan Muslim, kerana terlelu sibuk dengan Fardu Ain dan membiarkan Fardu Kifayah diterajui oleh non-Muslim, sehinggakan apa keadaan kritikal, barulah Muslim mengambil sikap reaktif.
Untuk berada di tahap sparkle (term satu tahap keadaan minda di atas normal) yang akan membuatkan manusia lebih produktif, creatif dan innovatif. Apakah hormon yang terlibat? Contohnya menjadi reaktif dalam berdemonstrasi hanya memerlukan adrelene, yang saya kira semangat itu selalu ditiup oleh penyalahguna keadaan. Anti Amerika, anti Isreal atau anti Denmark, semuanya boleh ditimbulkan dengan mengambil hati perserta demonstrasi. Tetapi hormone yang menerapkan sparkle ini yang jauh lebih penting untuk diterapkan.
Saya menyentuh ini kerana sebagai seorang doktor Muslim, apakah kita menyelesaikan masaalah kemurungan orang bukan Muslim dengan menyeruhnya solat? Ia hanya menambah beban kepada mereka. Sudah pasti asas berbalik kepada Tuhan itu sama, tetapi cara pelaksanaannya berbeza. Oleh kerana Allah tidak memberikan hormone berbeza kepada semua, sudah semestinya minda dan persepsi sesorang itu yang berkaitan dengan harmon yang dikeluarkan atau sebaliknya ada hoormon tertentu yang menjadikan minda berada didalam keadaan sparkle yang kemudiannya akan menghasilkan mutu hidup yang lebih baik.
Saya tahu isu ini sensitif dan memerlukan minda terbuka dan kita kena membuka minda. Kita tidak boleh berada ditakuk lama, hanya memikirkan masaalah Muslim sahaja dengan cara one-way, dengan cara beleter (seperti kebanyakan Ustaz) tanpa mahu mengeluarkan diri dari kepompong perangkap adat yang menyelubunginya.
Jun 5, 2008 at 8:58 am |
Salam..
Hehe salah faham soalan la pulak. Tapi apa salahnya berkongsi ilmu. Ini menyebabkan saya tertarik dengan tahap2 minda yg Pak Din katakan. Sparkle -> blue -> gray -> black. Boleh jelaskan lagi?
Percaya atau tidak, hormon yg sama boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Adrenaline rush – utk menyiapkan dateline, utk merasa emosi marah; dan juga untuk rasa bersemangat meneruskan kehidupan. Ada satu term yang dipanggil “fight or flight”. To be continued.
Seperti biasa, anak2 perlu dihantar ke babysitter.
p/s: Alhamdulillah, assignment siap dan hasilnya memuaskan hati saya dan pihak yang berkenaan. Tapi masih boleh membuat penambahbaikkan. Strive for the best.
Jun 5, 2008 at 12:05 pm |
Eih saya paste ini dari buku ‘Undertanding Mind’. Ia mengkategorikan 7 (no paling saay suka) tahap kesihatan minda mengikut warna, saya fikir satu standard yang diterima pakai di US?. Apa yang penting, minda normal di tengah-tengah (tahap 4) tidak menghasilkan kemajuan dan juga tidak mengahsilkan kemudharatan kepada pemiliknya. Kita hendak minda yang atas normal, iaitu yang mempunyai asas unutk menghasilkan kehidupan yang penuh warna dan pelbagai. Soalan saya, sudah pasti Allah telah menentukan aktiviti asuhan yang berkaitan dengan pengeluaran hormon tersebut. Contoh dengan percaya kepada sesuatu ia mententeram kita, tanpa perlu mengetahu percaya itu berasas atau tidak. Contoh Bumi mengelilingi Matahari.
Saya ingin mejurus kepada jkajian saintifik Kumpulan Saifuddin tentang solat dan ketenangan. Adakah hanya solat yang menghasilkan hormon tersebut? Bagaima ianya keluar dan terdapat lebih banyak ditubuh orang yang tidak bersolat. Saya tidak pernah mempersoalkan kewajipan bersolat. Tetapi kita perlu mengkaji sedalam-dalamnya dalam kontek makro, kemanusiaan bukan hanya Muslim.
Saya memperjuangkan ilmu sains, ilmu pembuktian, yang mana tidak kira apa agama yang dianuti oleh seseorang ia kan dapat mengarah kepercayaan taklid seseorang kepada keparcayaan berdasarkan ilmu (iman ilmu). Hanya iman ilmu yang dapat menghasilkan Muslim bertamadun tinggi, kalau tidak kita hanya menghasilkan Muslim taklid yang sentiasa perlu ditiup semangat dan tidak mempunyai jatidiri yang asli.
Segala-galanya makro pada saya. Ingat helang. Dive to details only when we knew where are diving to! And the effect of hastely dive to make ourselves busy. Kita terlalu sibuk hanya dengan Fardu Ain, sehinggakan satu masa nanti ketinggalan di dalam mengerjakan fardu kifayah menyebabkan kita tersepit melaksanakan fardu ain.
Jun 6, 2008 at 12:40 am |
Sekiranya berminat untuk menghubungi program Permata,
Sekretariat PERMATA Negara
Jabatan Perdana Menteri
W101 Tingkat 1, Blok 3440
Enterprise Building One (EB1)
63000 Cyberjaya
603-8319-4000
Saya sedang memonitor anak buah saya (2+ y) di Batu Pahat yang menyertai program ini. Ia merupakan program perkembangan minda kanak-kanak berasaskan cara saintifik dari Britain. Sedang dalam percubaan dari awal tahun 2008. Kemasukan terhad, tetapi dengan capacity sebagai doktor sudah pasti anda meminatinya.
Thanks for the octosin info. My wife sleep well as well! Do give more info, in future. There are still unused neurons available, hehe, before its too late. http://en.wikipedia.org/wiki/Oxytocin
Jun 8, 2008 at 8:32 am |
Salam..
Thanx for the info. Will check it out.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/4/26/nation/21070502&sec=nation
Pagi Ahad yang mendamaikan. Bunyi hujan yang renyai – renyai turun sangat menenangkan.
Jun 10, 2008 at 10:11 am |
TQ for the link, satu aja ke?
Ada beberapa leaflet yang dikeluarkan. Saya sendiri hanya pernah membaca tapi tak ada salinan. Seperti counterpartnya, yang menggunakan pendekatan American, asas pembelajaran adalah keterbukan dan pembenihan cara berfikir secara terbuka. Ada baik dan buruk, seperti biasa dan yang pasti, mereka yang berjaya adalah yang dapat menyesuaikan segalanya ke arah matlamat mencari kemenangan hidup di dunia (mendapat keizin Allah melaksanakan segalanya) untuk mendapatkan keredhaanNya di Akhirat.
KEpincagnan Muslim ialah mengharapkan keredhaanNya tampa mahu memahami bahawa keredhaan adalah isu subjektif berbanding keizinan yang lebih kepada isu objektif.
Jun 16, 2008 at 6:48 pm |
[...] Saya tertarik dengan apa yang ditulis oleh Saudara Sharudin di dalam blognya Sharudin.com. [...]
September 2, 2008 at 7:05 am |
Secara kebetulan atau memang ditakdirkan, proses untuk memupukkan semangat toleransi dan kesetiakawanan di bawah naungan Hadhari di Malaysia, menuju kejayaan.
Pada tahun lalu banyak perayaan yang dikongsi bersama dengan kaum Muslimin di Malaysia. Misalnya ‘Eidulfitri dan Diwali. Hari sambutan Christmas pula bersamaan dengan minggu Hari Raya ‘Eidul Adha. Dan minggu ini pula, minggu sambutan Ardh Kumbh Mela bersamaan dengan hari sambutan Awal Muharram. Dan juga tak ketinggalan Hari Ponggal pada minggu lalu.
Dan untuk sambutan bukan sangkut paut dengan agama, kini di KL kami sibuk dengan sambutan Hari Flora sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Dan maaf yek, orang-orang Johor kerana tak dapat menjemput anda kalian ke KL untuk melihat acara bunga api yang begitu menarik sewaktu minggu pelancaran VMY ’07. Biarlah kami di KL merayakan kesemuanya bagi pihak sekalian penduduk Malaysia.
Penyambutan hari Ardh Kumbh Mela, juga ditetapkan berdasarkan kepada rukyah dan falak. Mengikut perkiraan, tepat waktu 1730 GMT pada January 7 lalu, matahari memasukki ruang Tropic of Capricorn, untuk menandakan kemasukkan waktu kedudukan matahari dan cakrawala yang berlaku hanya sekali dalam setiap enam tahun.
Dari http://keraskeng.blogspot.com/2007/01/perayaan-dan-perayaan.html