S012 Kajian perkataan Al Quran 01

Mei 21, 2008

Salam semua,
Apa yang saya paparkan ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan program Visual Basic Excel, untuk mengkaji perkataan Al Quran. Study ini saya buat mulai akhir 80an. Sedikit penjelasan terdapat di muka bertajuk Kalam.


S011 Manhaj Ulil Al Baab.

Mei 21, 2008

Salam semua,

1. Al Quran dengan jelas mengajar Muslim untuk menggunakan segala indera ke arah mencari kebenaran hakiki. Ditanya beberapa kali apakah sama mereka yang berilmu dengan yang tidak berilmu? Secara khususnya Al Quran mengajak Muslim menjadi Ulul, Uolo Al Baab, iaitu menggunakan akal dan minda secara terbuka melihat dan memerhatikan kejadian Alam Semulajadi. Dari pemerhatian itu Al Quran mengkategorikan Al Baab adalah orang yang dapat melihat kekuasaan Allah atau menyakini tanda-tanda (ayat-ayat) Allah yang bertujuan untuk mentarbiahkan manusia setelah dilantik menjadi khalifah di atas muka Bumi ini. Kejadian Alam tidak lain dari kesan carakerja Allah atau Sunnah Allah atau Qudrah dan Iradah atau Qodo dan Qadar Nya.

2. Al Quran, yang tiada keraguan di dalamnya, juga mengingatkan melalui beberapa ayat bahawa kita tidak akan melihat perubahan di dalam Sunnah Allah. Ianya tidak pernah dan tidak akan berubah, Ibarat satu program permainan komputer yang lengkap, yang tidak perlu diubah lagi, dan tidak mengandungi kesalahan (bug dan sebagainya) , yang memberikan pemainnya sepenuh pilihan, untuk pemain sendiri menentukan kemenangan atau kekalahan. Sesiapa sahaja yang mengetahui program tersebut, samasa dia mahu mengenali pencipta program atau tidak, perlu memilih cara terbaik dan tertentu untuk mendapat kemenangan. Maka begitu juga manusia atau mahluk, mestilah membuat pilihan terbaik untuk mendapat kemenangan kehidupan di dunia.

3. Saya bermanhaj ulil Al Baab, sebagaimana saranan Al Quran, untuk tidak terperangkap di dalm kotak Usuludin, Fekah, Dakwah atau bermacam nama lain yang digunakan, untuk mengotakkan pemikiran Muslim sekarang ini kepada kumpulan kecil, yang selalunya tidak menunjukkan keserasian antara satu sama lain. Ulil Al Baab memerhatikan kejadian Alam dan belajar dari tarbiah Allah untuk menjalankan penghidupan yang sempurna. Allah tidak sahaja membentuk yang baik seperti malaikah, malah dengan qudrat dan iradahNya juga Dia membentuk yang berunsur jahat seperti syaitan. Kita di berikan akal, untuk memilih yang terbaik dengan mengambil contoh tauladan dari Kalam Allah. Inilah yang selalu saya rujuk sebagai Kitab Alam, yang merupakan rakaman carakerja Allah.

4. Maka adanya Kitab Alam adalah dari pemahaman kita membaca Kitab Al Quran. Kita boleh terus membaca Al Quran tanpa keluar membaca Kitab Alam. Al Quran yang mengandungi 6236 ayat terlalu sedikit kalau dibandingkan dengan ayat-ayat Allah yang berada di Kitab Alam, yang tidak terkira banyaknya. Malangnya membaca Kitab Alam ini bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya memerlukan kecekapan memerhatikan perubahan kepada kejadian persekitaran, yang telah banyak dilaksanakan oleh pemerhati bukan Muslim, berbanding bilangan pemerhati Muslim. Ini kerana Muslim telah tersangkut mindanya diajar untuk mengutamakan ayat-ayat yang tidak mengajak kepada penggunaan akal, berbanding ayat-ayat yang menggunakan akal.

5. Tidak timbul soal pengkaji bukan Muslim tidak jujur atau mengeksploit kajian mereka, tetapi sebenarnya yang berlaku adalah pemikiran segelintir Muslim yang diajar menjadi sekular dengan memisahkan pemerhatian yang dibuat oleh Muslim dan bukan Muslim. Semua kerana mereka menutup minda dari menerimanya, membuatkan Allah seterusnya menutup hati dan minda mereka dalam menerima tarbiah dari Kitab Alam. Mereka kemudiannya mengatakan terpaksa memakai kasut ini dan itu sedangkan hanya satu manhaj yang berkesan iaitu Ulil Al Baab. Al Quran secara khusus menyebutnya di dalam beberapa ayat tentang Ulil Al Baab ini. Oleh itu sama-samalah kita memahami kehendak Al Quran yang sebenar, tanpa mahu mengkajinya untuk tujuan peperiksaan atau tujuan cari makan atau terlebih teruk, ego dengan berada di kotak sempit berjenama khusus.

6. Manhaj Al Baab melihat secara makro atau pandang luas kepada sesuatu isu. Umpmanya Islam, adalah makro, tetapi Bahasa Arab adalah adalah mikronya, kerana Nabi saw, salah satu dari beribu nabi-nabi yang dibebankan dengan penyebaran Islam. Al Baab, dengan saranan Al Quran merujuk pekara-pekara perincian kepada ahlinya. Maka Al Baab memberikan yang terbaik dari semua, kerana tarbiah yang dipelajarinya dari Kitab Alam, diperolehi sudah pasti dari pintu keluar Al Quran. Dan Al Quran juga menyarankan rujukan kepada As Sunnah Rasul, carakerja Rasul (Syariat Allah), berbanding As Sunnah Allah, carakerja Allah.

Sekitar perbincangan di Blog Sdr Saifuddin

Halwa telinga. Faham dulu isi dan kulit sebelum tonton. Terima kasih.





Tak cukup beritahu ya.

Mengajar anak berfikir - SIO
Book of the Universe


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.