S011 Manhaj Ulil Al Baab.

Salam semua,

1. Al Quran dengan jelas mengajar Muslim untuk menggunakan segala indera ke arah mencari kebenaran hakiki. Ditanya beberapa kali apakah sama mereka yang berilmu dengan yang tidak berilmu? Secara khususnya Al Quran mengajak Muslim menjadi Ulul, Uolo Al Baab, iaitu menggunakan akal dan minda secara terbuka melihat dan memerhatikan kejadian Alam Semulajadi. Dari pemerhatian itu Al Quran mengkategorikan Al Baab adalah orang yang dapat melihat kekuasaan Allah atau menyakini tanda-tanda (ayat-ayat) Allah yang bertujuan untuk mentarbiahkan manusia setelah dilantik menjadi khalifah di atas muka Bumi ini. Kejadian Alam tidak lain dari kesan carakerja Allah atau Sunnah Allah atau Qudrah dan Iradah atau Qodo dan Qadar Nya.

2. Al Quran, yang tiada keraguan di dalamnya, juga mengingatkan melalui beberapa ayat bahawa kita tidak akan melihat perubahan di dalam Sunnah Allah. Ianya tidak pernah dan tidak akan berubah, Ibarat satu program permainan komputer yang lengkap, yang tidak perlu diubah lagi, dan tidak mengandungi kesalahan (bug dan sebagainya) , yang memberikan pemainnya sepenuh pilihan, untuk pemain sendiri menentukan kemenangan atau kekalahan. Sesiapa sahaja yang mengetahui program tersebut, samasa dia mahu mengenali pencipta program atau tidak, perlu memilih cara terbaik dan tertentu untuk mendapat kemenangan. Maka begitu juga manusia atau mahluk, mestilah membuat pilihan terbaik untuk mendapat kemenangan kehidupan di dunia.

3. Saya bermanhaj ulil Al Baab, sebagaimana saranan Al Quran, untuk tidak terperangkap di dalm kotak Usuludin, Fekah, Dakwah atau bermacam nama lain yang digunakan, untuk mengotakkan pemikiran Muslim sekarang ini kepada kumpulan kecil, yang selalunya tidak menunjukkan keserasian antara satu sama lain. Ulil Al Baab memerhatikan kejadian Alam dan belajar dari tarbiah Allah untuk menjalankan penghidupan yang sempurna. Allah tidak sahaja membentuk yang baik seperti malaikah, malah dengan qudrat dan iradahNya juga Dia membentuk yang berunsur jahat seperti syaitan. Kita di berikan akal, untuk memilih yang terbaik dengan mengambil contoh tauladan dari Kalam Allah. Inilah yang selalu saya rujuk sebagai Kitab Alam, yang merupakan rakaman carakerja Allah.

4. Maka adanya Kitab Alam adalah dari pemahaman kita membaca Kitab Al Quran. Kita boleh terus membaca Al Quran tanpa keluar membaca Kitab Alam. Al Quran yang mengandungi 6236 ayat terlalu sedikit kalau dibandingkan dengan ayat-ayat Allah yang berada di Kitab Alam, yang tidak terkira banyaknya. Malangnya membaca Kitab Alam ini bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya memerlukan kecekapan memerhatikan perubahan kepada kejadian persekitaran, yang telah banyak dilaksanakan oleh pemerhati bukan Muslim, berbanding bilangan pemerhati Muslim. Ini kerana Muslim telah tersangkut mindanya diajar untuk mengutamakan ayat-ayat yang tidak mengajak kepada penggunaan akal, berbanding ayat-ayat yang menggunakan akal.

5. Tidak timbul soal pengkaji bukan Muslim tidak jujur atau mengeksploit kajian mereka, tetapi sebenarnya yang berlaku adalah pemikiran segelintir Muslim yang diajar menjadi sekular dengan memisahkan pemerhatian yang dibuat oleh Muslim dan bukan Muslim. Semua kerana mereka menutup minda dari menerimanya, membuatkan Allah seterusnya menutup hati dan minda mereka dalam menerima tarbiah dari Kitab Alam. Mereka kemudiannya mengatakan terpaksa memakai kasut ini dan itu sedangkan hanya satu manhaj yang berkesan iaitu Ulil Al Baab. Al Quran secara khusus menyebutnya di dalam beberapa ayat tentang Ulil Al Baab ini. Oleh itu sama-samalah kita memahami kehendak Al Quran yang sebenar, tanpa mahu mengkajinya untuk tujuan peperiksaan atau tujuan cari makan atau terlebih teruk, ego dengan berada di kotak sempit berjenama khusus.

6. Manhaj Al Baab melihat secara makro atau pandang luas kepada sesuatu isu. Umpmanya Islam, adalah makro, tetapi Bahasa Arab adalah adalah mikronya, kerana Nabi saw, salah satu dari beribu nabi-nabi yang dibebankan dengan penyebaran Islam. Al Baab, dengan saranan Al Quran merujuk pekara-pekara perincian kepada ahlinya. Maka Al Baab memberikan yang terbaik dari semua, kerana tarbiah yang dipelajarinya dari Kitab Alam, diperolehi sudah pasti dari pintu keluar Al Quran. Dan Al Quran juga menyarankan rujukan kepada As Sunnah Rasul, carakerja Rasul (Syariat Allah), berbanding As Sunnah Allah, carakerja Allah.

Sekitar perbincangan di Blog Sdr Saifuddin

Halwa telinga. Faham dulu isi dan kulit sebelum tonton. Terima kasih.





Tak cukup beritahu ya.

Mengajar anak berfikir - SIO
Book of the Universe

12 Responses to S011 Manhaj Ulil Al Baab.

  1. Pak Din berkata:

    Saya terpaksa cut and paste ini dari Aksimet, maaf Saifuddin, entah apa proble WordPress ni..

    saifuddin | bluetorch45@yahoo.com | msaidhawwa.blogspot.com | IP: 81.10.114.54

    Pak Din ada menyebut tentang convergent, saya teringat satu hadis Rasulullah SAW tentang baginda buat analogi Islam sebagai garis lurus.

    “Dan sesungguhnya (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya”. (Al-An’am : 153).

    Dan sungguh Rasulullah SAW, telah menjelaskan makna ayat ini kepada para shahabatnya. Beliau pada suatu hari menggambarkan kepada para shahabat sebuah garis lurus di atas tanah, disusul dengan menggambar garis-garis pendek yang banyak di sisi-sisi garis lurus tadi.

    Kemudian beliau SAW membacakan ayat di atas ketika menudingkan jari tangannya yang mulia ke atas garis yang lurus dan kemudian menunjuk garis-garis yang terdapat pada sisi-sisinya, beliau bersabda:

    “Ini adalah jalan Allah, sedangkan jalan-jalan ini, pada setiap muara jalan-jalan tersebut ada syaithan yang menyeru kepadanya”. (Shahih sebagaimana terdapat di dalam “Zhilalul Jannah fi takhrij As-Sunnah : 16-17).
    http://syafiquniten.blogspot.com/2007/02/asas-kebangkitan-dunia-islam.html

    Kita cenderung memahami hadis ini dengan makna literal. Garis lurus itu Islam, garis-garis lain adalah sekularisme, liberalisme, darwinisme, sosialisme. Islam saja betul, yang lain tidak boleh pakai.

    Walhal tanpa disedari ada makna yang tersirat dalam hadis tersebut. Dalam graf, kita ada extrapolation. Garis2 pendek yang Nabi lukiskan itu sekiranya diekstrapolasikan pasti ada titik temu dengan garis lurus (Islam). Titik temu itulah yang saintis Muslim perlu cari. Darwinisme baik sekularisme baik sosialisme baik.

    Al-Farabi, Ibnu Sina, Ibnu Rushd dulu telah jumpa titik temu falsafah dengan Islam. Tapi ada golongan yang tidak jumpa ini mudah saja menuduh mereka Muktazilah. Pada hal mereka percaya Tuhan jadikan alam ini dengan Law of Pairs. Setiap makhluk berpasang-pasangan. Ilmu juga adalah makhluk. Ilmu ada yang hitam dan ada yang putih (berpasangan). Yang kita cari adalah ilmu putih.

    Ada syaitan (yang diboldkan) bermakna tidak boleh dijadikan ikutan. Tapi bila ada syaitan bermakna ada malaikat (law of pairs). Syaitan arab jahiliyyah adalah membunuh bayi, berzina dan minum arak. Malaikat arab jahiliyyah adalah menghormati tetamu dan halful fudhul. Nabi tidak tolak semua, malahan Nabi ambil yg Malaikat. Begitu juga darwinisme. Syaitan darwinisme adalah social darwinisme, malaikat darwinisme adalah evolution.

    Justeru umat Islam perlu belajar jadi saintis seperti Nabi, tidak pukul rata dan tidak pula telan semua.

    Bukan Spam — Mei 21, 7:10 AM — [ Lihat Kiriman ]

  2. Pak Din berkata:

    Salam Saifuddin

    Satu pandangan yang sangat bernas dan perlu dijadikan rujukan dalam perjuangan, “Islam saja betul, yang lain tidak boleh pakai.” Perlu kita perbetulkan sedikit quote itu kepada “Muslim saja betul, yang lain tidak”, kerana sudah pasti kalau Muslim telah menghasilkan kesemuanya, kita akan setuju dengan kenyataan itu. Tetapi sekarang ini segala-gala yang nampak Islam itu tidak datang dari Muslim. Ia kebanyakannya hasil dari non-Muslim. Semua bidang, saya beri kata. Sedangkan segalanya dibentuk Allah untuk Muslim.

    Kita, yang sedar akan kepincang itu perlu mengembling tenaga sepenuhnya bagi memastikan kefaham inidapat diperbetulkan. Dalam Mastika terbaru, terdapat artikel dari Dr Danial, dengan buku Saintifik Qurannya, mengatakan “Al Quran menceritakan Big Bang 1400 tahun dahulu, sedangkan sains hanya memperolehinya tak sampai 100 tahun”. Saya tidak mempertikai Al Quran tak kata itu, tetapi kepada tnggu orang yang kita kata kafir untuk memikirkannya, baru kita terhegeh-hegeh kata begitu. Dr pulak. Tapi Dr ni cretionist. Buku itu kemudian disetujui oleh Mufti Perlis dan Perak. Susah perjuangan kita ni.

    Tapi jangan risau, kita buat apa yang perlu dan kita tulis apa yang benar. Syabas Saifuddin. Give me more link and info. TQ

  3. Pak Din berkata:

    55. Kitab suci Al-Quran yang tertulis didalamnya firman Allah s.w.t dipanggil Qur’an tadwini , sedangkan alam semesta yang terbentang luas ini dipanggil Qur’an taqwini. Tulisan di dalam al-Qur’an dipanggil ayat yang bererti tanda atau simbol. Melalui al-Qur’an Allah s.w.t memperlihatkan tanda-tanda kewujudanNya, kekuasaanNya dan kesempurnaanNya. Tanda-tanda ini diterjemah sebagai wujud dengan af’al tertentu di cakrawala (alam kabir) dan dalam diri manusia ( alam saghir). Keserupaan di antara kedua alam ini digambarkan melalui istilah-istilah lahiriah (kosmologis) dan batiniah (ontologis). Kewujudan Allah s.w.t sebagai Maha Pencipta dan peranan alam semesta yang diciptakannya dan seterusnya peranan manusia sebagai hambaNya telah dinyatakan oleh Mahmud Shabistari – Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/08/06/s020-dari-blog-ummahonline/

    5. Dari Blog Dr Danial
    Ilmu merupakan pintu gerbang kepada segala kebaikan. Dalam konteks ini al-Quran menekankan tentang kepentingan menguasai dua ayat. Penguasaan dua ayat bermaksud menguasai, pertamanya, ayat-ayat al-Quran dan, keduanya, ayat-ayat Allah yang tersembunyi di alam semesta. Ayat dalam bahasa Arab mempunyai dua maksud, seperti yang disebutkan dalam Hans Wehr: A Dictionary Of Modern Written Arabic. Pertama, ia bermaksud “verses of the Quran” atau ayat-ayat Quran, dan kedua, ia bermaksud “sign” atau tanda dan bukti. – Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/07/18/s019-hasil-44-hari-keluar-ke-aan/

    “Darwin sebagai seorang pemerhati alam (saintis), Allah ilhamkan kepadanya Kitab Manzur (ilmu alam) Kita sebagai seorang Muslim Allah menurunkan Kitab Mastur (Al-Quran) sebagai panduan.”
    http://msaidhawwa.blogspot.com/2008/05/benarkah-islam-menolak-evolusi.html
    Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/05/08/s009-permata999-sampai-ke-485/#comment-922

    18. Penggabungan kedua-dua ilmu naqli (wahyu) dengan ilmu aqli (yang diterajui oleh ilmu sains) merupakan projek PengIslaman Ilmu yang gagasannya telah diterokai oleh Allahyarham Prof. Dr. Ismail Faruqi, Ziauddin Sardar dan lain-lain di peringkat antarabangsa, oleh Prof. Dr. Shaharir Mohd Zain (khasnya melalui Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)), Prof. Dato’ Dr. Osman Bakar, Prof. Wan Ramli Daud dan lain-lain di peringkat Malaysia.

    19. Terdapat dua ciri penting sains Islam dalam gagasan ini, pertama ialah penggabungan ilmu wahyu dengan ilmu akal dan logik dan kedua ialah pemurnian ilmu iaitu semua ilmu sebenarnya berasal dari Ilmu Allah s.w.t yang Maha Esa dan Maha Mengetahui. Oleh itu, tidak ada manusia atau tamadun yang berhak untuk mengatakan sesuatu ilmu (termasuk teknologi yang dibangunkan) itu adalah haknya, dalam erti lain ilmu sains dan teknologi adalah untuk kebaikan manusia sejagat.

    Dari http://sharudin.wordpress.com/2008/08/06/s020-dari-blog-ummahonline/

    Para ulama Aqidah atau Ulama’ yg membahaskan ilmu al-iman membahagikan bahawa yg dapat dilihat didunia ialah Ayaatillah(Tanda2 wujudnya Allah serta kebesarannya)..utk penafsiran “melihat tuhan”…
    ..mereka juga membahagikan Ayaatillah kepada 2 bahagian…
    Ayatillah al-mandzurah (tanda2 kewujudan Allah yang dilihat)…contohya makhluk ciptaan Allah, bumi ,.,matahari..manusia,,binatang2..tumbuh2an…dll….
    Ayaatillah al-maqru’ah (Tanda2 kewujudan Allah yg dibaca) seperti Al-quran yang merupakan mukjizat terbesar nabi Muhammad s.a.w. kpd ummatnya…

    Dari http://ummahonline.wordpress.com/2008/04/17/melihat-tuhan/#comment-181

  4. [...] pengajian Tauhid Afal (lanjutan dari Tauhis Ubudiah, Uluhiah dan Asma wa Sifat). Hanya dengan menjadi Al Baab, tarbiah Allah di Alam ini dapat dimanfaatkan. Dan ilmu untuk memahami tarbiah Allah di Alam ini [...]

  5. Rin berkata:

    1. Dalam Al Quran istilah Ulil Al Baab disentuh tidak kurang dari 16 kali. Manhaj Al Baab ini berkisar kepada pengunaan akal selepas asas percaya terbena. Maka Manhaj Al Baab atau Ulil Albaab, lembutnya, adalah pendekatan pecaya-fikir berbanding kebiasaannya percaya-percaya. Yang lari lari percaya-percaya ini pula, seperti di Europa tersasar kepada fikir-fikir, iaitu tanpa element pecaya lansung. Maka jangan lupa kepada fikir-percaya, yang mendahulukan fikir, tetapi dengan adanya Rukun Iman, lebih sesuai, Ulil Albaab ini dikaitkan dengan percaya-fikir.

    Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/26/r48/

  6. Ana berkata:

    Universe
    From Wikipedia, the free encyclopedia
    Jump to: navigation, search
    For other uses, see Universe (disambiguation).
    Earth in the Universe
    Universe
    Observable universe
    Large-scale structures
    Virgo Supercluster
    Local Group
    Milky Way Galaxy
    Orion Arm of the Milky Way
    Gould Belt
    Local Bubble
    Local Interstellar Cloud
    Solar System
    Earth
    Show expanded version with scale
    The Universe is defined as everything that physically exists: the entirety of space and time, all forms of matter, energy and momentum, and the physical laws and constants that govern them. However, the term “universe” may be used in slightly different contextual senses, denoting such concepts as the cosmos, the world or Nature.

    Astronomical observations indicate that the universe is 13.73 ± 0.12 billion years old and at least 93 billion light years across. The event that started the universe is called the Big Bang. At this point in time all matter and energy of the observable universe was concentrated in one point of infinite density. After the Big Bang, the universe started to expand to its present form. Since special relativity states that matter cannot exceed the speed of light, in a fixed space-time, it may seem paradoxical that two galaxies can be separated by 93 billion light years in 13 billion years; however, this separation is a natural consequence of general relativity. Stated simply, space can expand with no intrinsic limit on its rate; thus, two galaxies can separate more quickly than the speed of light if the space between them grows. Experimental measurements such as the redshifts and spatial distribution of distant galaxies, the cosmic microwave background radiation, and the relative percentages of the lighter chemical elements, support this theoretical expansion and, more generally, the Big Bang theory, which proposes that space itself was created ex nihilo at a specific time in the past. Recent observations have shown that this expansion is accelerating, and that most of the matter and energy in the universe is fundamentally different from that observed on Earth and not directly observable (cf. dark matter and dark energy). The imprecision of current observations has hindered predictions of the ultimate fate of the universe.

    Dari http://en.wikipedia.org/wiki/Universe

  7. [...] mengingati Allah melalui kejadian Alah di sekeliling kita, sebagaiman saranan AQ untuk kita menjadi Al Baab. Itu sahaja yang mampu dibuat oleh jasad, yang tidak menggunakan banyak sumber tenaga jasmani [...]

  8. [...] paling dalam dan besar dalam akidah). Bagaimana dikambus lubang lama, selagi dasarnya tidak menjadi Ulil Al Bab (dengan Kitab Alamnya), selagi itulah kita akan hanya memindah lubang akidah. Dari satu akidah ke [...]

  9. [...] kepada manusia, bahawa untuk mencungkil potensi menjadi Akhsanul Takwin, kita perlu menjadi Ulil AlBab, iaitu mereka yang dapat membaca Kitab Alam, selepas membaca Kitab Al Quran. Mereka yang dapat [...]

  10. [...] Kitab Alam merujuk kepada kebenaran atau hakikat (roh Alam), yang lebih luas merangkumi SunnahNya. Manhaj Ulul AlBab menghubungkan kedua Kitab Petunjuk dan Kitab [...]

  11. [...] programming masih menjadi aktiviti utama. Tak ada kena mengena dengan aqidah? Fahamkahlah ayat Al Bab, maka akan jelaslah kenapa aktiviti itu saya pilih. Sejak bermulanya Projek Al Quran pada 1994, [...]

  12. [...] 1. Al Quran dengan jelas mengajar Muslim untuk menggunakan segala indera ke arah mencari kebenaran hakiki. Ditanya beberapa [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.